Ahad, 15 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Demam, Anuar Zain tetap hebat

Posted: 15 Apr 2012 07:15 PM PDT



DIKERUMUNI peminat wanita merupakan sesuatu yang lumrah buat Anuar Zain.



SETIAP kali sambutan Minggu Setiausaha yang biasanya diraikan pada bulan April setiap tahun, penyanyi popular Anuar Zain antara yang menjadi kegemaran menghiburkan para setiausaha.
Pada 10 April lalu, kira-kira 1,000 peminatnya yang terdiri di kalangan setiausaha telah berpeluang menyaksikan persembahan penyanyi berusia 42 tahun itu pada acara Anuar Zain Secretaries Week 2012 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Selain menikmati makanan tengah hari yang disediakan, para peminat yang hadir turut didendangkan dengan dendangan beberapa buah lagu popular yang dinyanyikan oleh penyanyi berkenaan.
Antara lagu yang dinyanyikan adalah Keabadian Cinta, Sesuci Cintamu, Bila Resah, Ajari Aku, Sedetik Lebih, Semua Untukmu, Ku Berjanji Karna Cinta, Suria dan Siara serta sebuah lagu Inggeris berjudul Saving All My Love For You sempena tribute buat mendiang Whitney Houston.
Ketika ditemui selepas usai persembahan, Anuar meluahkan rasa lega kerana masih mampu menghiburkan tetamu yang hadir, biarpun dirinya berada dalam keadaan yang kurang sihat.
"Pada mulanya saya cukup risau kerana demam dan takut akan menjejaskan persembahan saya, namun demi peminat saya lupakan keadaan kesihatan semata-mata untuk tidak mahu menghampakan mereka.
"Bagaimanapun, saya gembira dan bersyukur kerana maklum balas yang diterima daripada peminat yang datang sangat positif, walaupun saya akui tidak dapat tampil dengan persembahan yang terbaik kerana keadaan kesihatan yang kurang memuaskan," ujarnya.
Menariknya, peminat yang hadir bukan sahaja telah dihiburkan dengan lagu-lagu popular yang didendangkan Anuar, malah mereka turut berpeluang untuk beramah mesra dan bergambar dengan penyanyi tersebut.
Memulakan persembahan pada pukul 2 petang dan berakhir dua jam kemudian, selepas itu penyanyi yang juga adik kepada Ziana Zain itu turut meluangkan masa bersama tetamu sehingga pukul 9 malam.
"Selalunya dalam setiap persembahan sempena Minggu Setiausaha yang dijayakan, sudah tentu akan ada sesi bersama tetamu yang hadir dan inilah peluang terbaik untuk saya beramah mesra dengan mereka.
"Saya akan melayan sehingga tetamu yang terakhir dan tidak kisah kalau sesi tersebut berlangsung dalam tempoh yang agak lama. Lagipun saya harus memikirkan tetamu yang sanggup membayar harga tiket yang cukup mahal dan seharusnya mereka perlu dilayan sebaik mungkin," jelasnya.

----

Mentor 6: Anas Peroleh Markah Tertinggi Dua Minggu Berturut-Turut

Posted: 15 Apr 2012 06:51 PM PDT

Faizal Tahir bersama protegenya, Anas Ridzuan.
SHAH ALAM: Protege Faizal Tahir, Anas Ridzuan masih lagi kekal mendapat jumlah kutipan markah tertinggi iaitu 64 markah pada konsert kedua Mentor 6, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ), malam Ahad.
Anas yang merupakan peserta kumpulan A mengalahkan dua peserta lain iaitu protege Ramlah Ram, Ana Syuhada (41 markah) dan Ferhad, Tisha (44 markah).
Juri tetap, Ramli MS berkata, peserta-peserta Mentor 6 masih lagi belum mencapai tahap sebagai seorang penyanyi profesional.
"Ini merupakan persembahan program kebangsaan. Saya ingin mengingatkan kepada semua peserta bahawa mereka perlu mencapai tahap persembahan masing-masing.
"Dan setakat ini mereka belum lagi sampai ke tahap itu. Banyak lagi perkara yang perlu diasah," katanya.
Pada konsert kedua bagi kumpulan A itu, Anas membawakan lagu Dewi dan berduet bersama dengan protege Ella daripada kumpulan B, Caroline untuk lagu Keliru.
Tisha pula tampil dengan lagu Naluri Lelaki dan berduet dengan KJ (protege Adam) menerusi lagu Aku Dan Dirimu.
Manakala Ana Syuhada membawakan lagu Patah Seribu serta Someone Like You secara duet bersama Zatul (protege Ogy).
Sebelum ini pada konsert minggu pertama kumpulan A, Anas memperoleh markah keseluruhan sebanyak 79, Tisha (55) dan Ana pula mendapat 51 markah.
Sharifah Aini yang juga merupakan juri tetap bersama Ramli MS berkata dia amat gembira dengan persembahan kesemua peserta secara keseluruhan.
Sementara itu, kesemua peserta Mentor akan mengadakan persembahan showcae di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu (18 April) pukul 3 petang.

----

Siti Nurhaliza Obses Minyak Wangi

Posted: 15 Apr 2012 06:51 PM PDT


KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengakui dia begitu obses dengan pelbagai jenis minyak wangi yang ada di pasaran ketika usianya masih remaja lagi.
Siti berkata, dek kerana kegilaannya itu, dia memiliki lebih daripada 100 botol minyak wangi di rumah dan akan memakainya mengikut 'mood' dan tempat sesuai yang dihadirinya.
"Memang sejak dari dulu lagi saya tergila-gilakan wangian. Malah di rumah juga saya mempunyai set wangian tersendiri agar rumah berbau harum.
"Dan setakat ini, saya memiliki koleksi minyak wangian lebih daripada seratus botol daripada pelbagai jenama. Itu tidak lagi dicampur dengan set wangian yang dihadiahkan kepada teman-teman," katanya.
Tambah Siti yang baru sahaja mengeluarkan tiga set minyak wangi di bawah jenamanya, SimplySiti Eau De Parfum (EDP), dia percaya, wangian mampu mengubah mood seseorang terutamanya ketika berada dalam tekanan.
"Jujur saya katakan, setiap bauan yang saya miliki boleh mengubah mood sebenarnya.
"Bagi saya, ia mampu mengurangkan rasa tekanan kerja dan sebagainya. Malah minyak wangi juga boleh memberikan rasa gembira buat diri saya.
"Sebab itulah, kerana rasa obses dalam minyak wangi itu saya hasilkan tiga jenis wangian yang ebrkualiti tinggi buat para peminat. Sekurang-kurangnya saya dapat kongsi minat saya ini bersama para peminat," ujarnya.
Simplysiti EDP merupakan wangian peringkat kualiti tinggi yang menggabungkan sains dan seni haruman dari Perancis dengan hasil sentuhan pakar wangian terkemuka Perancis iaitu Joelle Lerioux-Patris dari Mane iaitu salah sebuah pengeluar wangian terkemuka di dunia.
Memiliki tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire, SimplySiti EDO yang hanya RM69.90 kini sudahpun berada di pasaran.

----

ALBUM BARU: 'Zamani Terbaik' Ubati Rindu Para Peminat

Posted: 15 Apr 2012 06:43 PM PDT

ALBUM: Zamani Terbaik
ARTIS: Zamani
EDARAN: Sony Music Entertainment
SEPERTI yang diketahui ramai, Zamani tidak pernah gagal dalam muziknya dan sering menjadi perhatian setiap kali muncul dengan lagu-lagu baru.
Buat para peminat yang merindui penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini, ia pasti dapat diubati dengan kehadiran album kompilasi terbaru terbitan Sony Music Entertainment yang berjudul Zamani Terbaik.
Menarik tentang album ini, ia merupakan kompilasi yang mengumpulkan lagu-lagu popular Zamani dan kumpulannya, Slam, yang mula popular sejak tahun 1990-an itu.
Sebanyak 16 buah lagu dimuatkan, semestinya lagu seperti Syair Si Pari-Pari, Terima Kasih, Kurnia dan Andai Gerimis Tiada Pasti menjadi pilihan buat para peminat setianya.
Zamani turut merakamkan lagu-lagu popular penyanyi lain seperti Jangan Kau Rayu, nyanyian Rahim Maarof dan Namun Ku Punya Hati oleh Revolvers.
Ternyata walaupun Zamani semakin kurang aktif dalam industri seni muzik, lagu-lagu lamanya masih lagi menjadi ingatan dan kerana itu pihak Sony yakin album kompilasi ini mampu laris dijual.
Suara lunak Zamani yang masih kekal nadanya sejak dahulu lagi boleh dikatakan masih lagi sesuai untuk didengar pada masa kini.
Malah saya percaya, ada juga generasi muda yang meminati penyanyi yang kerap membawakan lagu-lagu berentak balada dan pop rock ini.
Apa-apapun, saya agak tertarik dengan lagu Jangan Kau Rayu dan Namun Ku Punya Hati, nyanyian Zamani yang tersendiri mampu membuai jiwa pendengar.
Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah, Tak Kenapa, Biarkan ia Pergi, Bila Matamu Berkaca, Semanis Mungkin, Seribu Mimpi, Gejolak Rindu, Kala Hujan, Malam Seribu Gelisah, Dari Mata Hati dan Nista.

----

Bob Kuman Terlantar Sakit - Memerlukan Bantuan Kewangan

Posted: 15 Apr 2012 05:50 PM PDT

pasti ramai yang sedia maklum mengenai keadaan Bob Kuman (Bawal Power, KU2) yang berada dalam keuzuran sekarang. Saudara Mazidul Akmal telah menghebahkan dalam blog beliau dan kini akaun Bob telah disekat akibat banyak transaksi masuk. Sila berhubung dengan Bob (nombor di hujung post ini) untuk maklumat terkini samada akaun beliau telah dilepaskan kembali sebelum anda memberi bantuan.

kopipaste dari mazidulakmal.com


Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.

"Ada apa Bob?," soal saya.

"Abang tolong datang sahaja," pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.


"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.


"Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna," celah Bob.


"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.


"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah geraiBawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.


Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.


"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.

Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.


"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit," jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3. 

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047)

'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

----

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu