borak kosong |
- Buncitnya perut adik ni
- Gilalah..dipukul,dihentak dengan meja dan akhirnya dibakar hidup-hidup
- Hebat..Gadis Remaja Berikan Hadiah Ginjal Untuk Ibunya
- Nakal kuda ni,mentang-mentang yang naiknya awek cun
- Manusia makan besi
- Muka hancur kena tembak tapi nampak relaks je
- Luka lara Rita Rudaini
- Facebook mampu undang ketagihan
- Pameran seni tampilkan wanita bogel di Itali
- Pai ‘mayat’ laris
- Padah layan nafsu
- Ditipu pakej ‘pucuk muda’
- Ibu rebah dihentak anak
- Azimat gila kuasa
- Rakan sekolah hadiah sebutir peluru hidup
- Jatuhkah maruah kita sebagai lelaki?
- Gila betul mainan macam ni Jepun nak keluarkan
- [Hebat] 43 tahun kerja tanpa pernah ambil cuti sakit
- Kesian..kerana hujung gaunnya terpijak,payudara artis China ini tersembul
- Penemuan Fantastik: Membuat Lampu Tanpa Elektrik Dari Bekas Botol ! [Video]
- Bagaimana nak tahu dia lelaki ke perempuan?
- Agaknya dah berapa lama dia tak basuh rambut?
- Laman web untuk orang tua cari pasangan muda
- "Tak ada kereta,tak ada kahwin",akhirnya lelaki ini sanggup ambil duit akaun ayahnya beli kereta Ferrari
- Penerbangan yang mewajibkan penumpangnya bogel
Posted: 15 Apr 2012 09:15 PM PDT |
Gilalah..dipukul,dihentak dengan meja dan akhirnya dibakar hidup-hidup Posted: 15 Apr 2012 09:00 PM PDT |
Hebat..Gadis Remaja Berikan Hadiah Ginjal Untuk Ibunya Posted: 15 Apr 2012 08:45 PM PDT Ibu mana yang tidak gembira saat menerima hadiah dari puteri-nya, apalagi hadiah tersebut merupakan sesuatu yang sangat istimewa. Inilah yang dialami Sarah Nesbit dari Fort Mill, Carolina Selatan, AS, yang menerima hadiah yang tak ternilai harganya dari sang putri Melody (18), iaitu sebuah ginjalnya untuknya. Sontak saja ini membuat emosi Sarah campur aduk, begitu mengetahui puteri tercintanya itu rela memberikan ginjalnya, agar dirinya ia dapat sihat seperti sedia kala. "Saya marah. Itu anak perempuan saya dan tak ada seorang pun yang ingin dioperasi ketika mereka merasa itu tidak perlu." tutur Sarah. Diketahui, Sarah telah menunggu bertahun-tahun untuk transplantasi ginjal, namun ia tidak menyangka yang menjadi donor adalah darah dagingnya sendiri. Namun untuk Melody, tidak mempunyai pilihan lain. Dia teringat kala Sarah membuat pilihan sulit saat mengandung adiknya, Ernie. Dimana kerana komplikasi, doktor memperingatkan Sarah bahawa jika meneruskan kehamilan, dia terpaksa harus menjalani dialisis sampai ia mendapat transplantasi ginjal baru. Tapi ia tidak ragu-ragu dengan pilihannya untuk melahirkan Ernie dan segera setelah itu ia mulai mengalami masalah dengan ginjalnya. "Saya fikir dia layak mendapat kesempatan kedua dalam hidup," tutur Melody yang dikutip orange. Jadi, tanpa memberitahu ibunya, Melody melakukan ujian saat ia genap berusia 18 tahun untuk mengetahui apakah dia merupakan penderma yang tepat. "Aku tidak percaya. Belum pernah aku merasakan cinta tanpa syarat seperti itu." tutur Sarah dengan terharu. Transplantasi ginjal antara ibu dan anak ini akan berlangsung minggu depan, dan memerlukan waktu minggu pemulihan bagi keduanya. |
Nakal kuda ni,mentang-mentang yang naiknya awek cun Posted: 15 Apr 2012 08:30 PM PDT |
Posted: 15 Apr 2012 08:15 PM PDT |
Muka hancur kena tembak tapi nampak relaks je Posted: 15 Apr 2012 08:00 PM PDT |
Posted: 15 Apr 2012 07:45 PM PDT SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya tidak lepas daripada ujian demi ujian. Pasang surut hubungan dalam rumahtangga sebenarnya adalah asam garam yang perlu ditempuh oleh setiap pasangan. Namun, setiap yang berkahwin sudah pastinya tidak pernah meletakkan had usia perkahwinan mereka. Tambah pula, bagi mereka yang memang berkahwin atas dasar cinta dan suka sama suka sudah tentunya mengharapkan yang terbaik untuk perkahwinan yang dibina. Sama juga kisahnya dengan pasangan suami isteri Rita Rudaini Mokhtar, 36 dan Aidil Zafuan Abdul Razak, 25 yang kini sedang dilanda kemelut dalam rumah tangga. Hubungan yang pada mulanya dibina berlandaskan cinta dan kasih, ini semakin goyah apabila si suami berhasrat memfailkan permohonan cerai. Usia perkahwinan yang baru sahaja mencecah empat tahun pada Februari lalu, ini sudah semakin hampir menemui jalan penamat. Sehari sebelum menyambut hari lahirnya yang ke-36 pada Rabu lalu, Rita mengesahkan bahawa dia menerima khidmat pesanan ringkas daripada suaminya yang memaklumkan telah membuat permohonan cerai. Berita yang diterima itu bagaimanapun tidak mengejutkan Rita memandangkan suaminya telah empat bulan meninggalkan rumah mereka. Akhirnya, kemarau yang yang tidak sudah- sudah melanda rumahtangga pasangan ini sudah hampir ke kemuncaknya. Reda menerima takdir yang sudah tertulis buatnya, Rita bersyukur di saat dirinya dirundung duka kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, masih lagi setia menemani. Ketabahan anak kelahiran Kangar, Perlis ini dalam menempuh alam rumahtangga yang sering dihimpit badai sebenarnya terletak pada zuriat yang dilahirkan. Tidak mahu dilihat lemah di mata anak-anaknya biarpun kedua-duanya masih lagi kecil, Rita sedaya upaya tidak mengalirkan air mata di hadapan mereka. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lara di hati Rita seakan dapat dirasai apabila anaknya yang sulung Rayyan seakan-akan tidak mahu berenggang daripada ibunya sepanjang majlis sambutan ulang tahun Rita yang diadakan di Hotel Royal Chulan, pada 11 April lalu. Biarpun dirinya sedang dilanda derita, namun aktres jelita ini tidak mahu melayan perasaan sedihnya mengenangkan perpisahan yang bakal terjadi sebaliknya cuba mengukir tawa dan menggembirakan diri di samping kelompok keluarga, rakan dan peminat yang selama ini setia menyokong dirinya. "Sempena ulang tahun saya pada hari ini (Rabu), saya ingin melupakan segala peristiwa pahit dan mahu maju ke hadapan. "Biarlah selepas ini saya dan anak-anak saya bahagia tanpa derita. Saya hanya ingin tumpukan perhatian kepada anak-anak. Saya janji kepada diri saya sendiri untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan sempurna. Sebagai ibu, saya hanya mahu melihat mereka membesar dengan baik tanpa sebarang kekurangan. Tanpa mereka, saya boleh mati," katanya sebak. sumber : sinar harian |
Facebook mampu undang ketagihan Posted: 15 Apr 2012 07:30 PM PDT STOCKHOLM - Laman sosial Fecebook dipercayai mendatangkan ketagihan dan pengguna yang menghabiskan masa dengannya bakal mengalami kurang keyakinan dalam kehidupan. Pakar di Universiti Gothenburg, Sweden, memberitahu, kebanyakan pengguna log masuk sebaik sahaja mereka menghidupkan komputer, sekali gus bertukar kepada ketagihan. Kumpulan individu berpendapatan rendah dan kurang pendidikan adalah golongan berisiko tinggi dengan situasi ini. Sehingga kini, kajian mendapati, 85 peratus individu melayari laman sosial itu setiap hari dan separuh daripadanya membuka Facebook sebaik sahaja melayari laman pengguna. Sebanyak 25 peratus pengguna mengakui berasa kurang selesa jika meninggalkan laman itu walaupun sehari. sumber : sinar harian |
Pameran seni tampilkan wanita bogel di Itali Posted: 15 Apr 2012 07:15 PM PDT VENICE, Itali - Satu pameran seni berjudul Madame Fisscher diadakan di Palazzo Grassi di sini bermula pada 15 April sehingga 15 Julai depan. Pameran itu yang menampilkan karya seni artis Switzerland, Urs Fischer menampilkan beberapa model wanita yang mendedahkan keseluruhan tubuh badan mereka. Beberapa model itu melakukan pelbagai gaya dalam keadaan bogel seperti duduk dan berbaring. - Agensi sumber : kosmo online |
Posted: 15 Apr 2012 07:00 PM PDT PERNAMBUCO (Brazil): Beratus-ratus penduduk dikhuatiri telah memakan daging paha dan pinggul mangsa pembunuhan selepas daging mereka dijadikan inti pai. Penjaja, Isabel da Silbeira menjualnya setiap hari kepada penduduk tempatan di sekitar bandar ini. Polis percaya, makanan itu yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai empanada, mengandungi bahagian tubuh sekurang-kurangnya dua wanita yang dibunuhnya bersama-sama suaminya, Jorge, 50. Kedua-duanya dibantu oleh wanita berusia 25 tahun, Bruna Cristina da Silva, juga kekasih Jorge. Laporan sebelum ini menyatakan, Jorge ialah pakar karate. Sebahagian mayat Alexandra Falcao, 20, dan seorang lagi wanita berusia 31 tahun ditemui dalam peti sejuk sementara sebahagian lagi tertanam di belakang rumah pasangan itu di Garanhuns, timur laut Brazil. Polis turut menemui kanak-kanak berusia lima tahun, dipercayai anak seorang gadis berumur 17 tahun yang dilapor hilang dari bandar berhampiran pada 2008. Ketua Polis, Wesley Fernandes berkata, ketiga-tiga mereka merancang membunuh seorang pemuda sebagai mangsa ketiga mereka. "Mereka sudah membuat perancangan dan menetapkan tarikh untuk membunuh lelaki itu. Kedua-dua pembunuhan yang mereka lakukan sama saja - menikam hingga mati, mengalirkan darah, memotong mayat mangsa dan mengambil bahagian paling enak untuk dibuat inti empanada. "Apabila Isabel keluar, dia akan menjaja pai itu. Ia habis dalam sekelip mata. Ia amat popular," kata Fernandes. Pegawai polis itu juga berkata, ketiga-tiga suspek turut memakan mayat mangsa kerana yakin ia boleh membersihkan jiwa mereka. "Dengan membolehkan orang lain memakan daging itu juga, mereka menganggap ia akan membantu mereka menjadi suci juga," kata Fernandes. Polis mula menjejaki ketiga-tiga suspek selepas seorang wanita terbabit ditangkap menggunakan kad kredit seorang mangsa yang hilang bulan lalu. - Agensi sumber : myMetro |
Posted: 15 Apr 2012 06:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Akibat terlalu mengikut nafsu menyebabkan golongan gay memilih menjalani kehidupan songsang walaupun sedar tindakan itu dilarang dalam Islam, kata pakar motivasi, Prof Madya Md Izzudin Ali. Beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan golongan homoseksual itu pada peringkat permulaan hanya mempunyai sedikit perasaan terhadap perkara itu, namun apabila mereka terus melayan nafsu sendiri, menyebabkan lama-kelamaan mereka terus terjerumus kepada kehidupan songsang itu. "Ada kalangan mereka menganggap perasaan begitu wujud disebabkan masalah hormon, tetapi apabila sudah tahu ada yang tak kena dengan diri, mereka yang sepatutnya merujuk kepada pakar bagi menyelesaikan masalah, melayan perasaan hingga akhirnya terus dengan kehidupan songsang. "Lebih menyedihkan apabila hubungan sejenis itu sudah menjadi perkara biasa dan normal kepada mereka hingga terlupa azab bakal menanti akibat mengamalkan perbuatan berkenaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dalam Metro Ahad semalam mengenai lokasi Goyang Pak Arab menawarkan pakej tayang 'anu' yang memang dikenali sebagai pusat kunjungan lelaki bernafsu songsang untuk melampiaskan nafsu masing-masing. Malah, ada antara rumah urut dikunjungi wartawan, penjaga kaunternya dengan selamba menyerahkan album mengandungi gambar lelaki dengan aksi berahi untuk dibuat pilihan sebelum sesi urut. Ketika ditanya pakej urutan berahi yang ditawarkan, penjaga kaunter itu tanpa segan-silu mengakui menawarkan pakej tayang anu dengan bayaran RM75 ketika sesi urutan, selain menyediakan pakej urut batin dan B2B dengan kadar bayaran berbeza. Izzudin berkata, kebanyakan mereka yang terjebak dengan kehidupan songsang memilih menjalani corak kehidupan itu kerana terpengaruh dengan rakan, selain media seperti Internet yang begitu terbuka memaparkan cara hidup dilaknat Allah itu. "Konsep 'bertaubat kemudian' diamalkan seolah-olah mereka tahu bila ajal akan tiba hingga terus hanyut dibuai keseronokan duniawi, malah langsung tidak rasa bersalah dengan perbuatan itu," katanya. sumber : myMetro |
Posted: 15 Apr 2012 06:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Hanya tiga hari diperlukan seorang duda warga emas untuk mencari 'pucuk muda' bagi mengisi kekosongan hidup dengan upah kahwin rendah. Pakej itu ditawarkan seorang lelaki berusia 30-an yang menyasarkan golongan lelaki tua sebagai sasaran termasuk upah kahwin RM700, seutas rantai emas dan wang tunai RM1,100 untuk persiapan majlis perkahwinan dengan pasangan muda berbanding pakej biasa berharga antara RM10,000 dan RM20,000. Dalam kejadian terbaru, seorang warga emas berusia 67 tahun membuat laporan di Balai Polis Rawang, di sini, kelmarin selepas kerugian hampir RM2,000 apabila diperdaya suspek dan bakal 'isteri'. Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, kira-kira jam 9.30 pagi, 9 April lalu, mangsa mendakwa dihubungi lelaki yang baru dikenalinya sebelum suspek mengatur pertemuan dengannya. "Kurang 10 minit kemudian, lelaki terbabit datang di tempat kerja mangsa di Rawang sebelum bertanyakan warga emas terbabit sama ada benar dia mahu berkahwin atau sebaliknya. Selepas mangsa bersetuju, suspek meminta tempoh tiga hari bagi membolehkannya mencari calon isteri yang sesuai," katanya. Sumber itu berkata, pada keesokan hari, suspek menghubungi mangsa sebelum mengatakan sudah bertemu dengan calon isteri yang sesuai dan berjanji akan memperkenalkan wanita berusia antara 20 dan 30 tahun kepada warga emas itu, kira-kira jam 2.30 petang, Khamis minggu lalu. Menurutnya, selepas bertemu dan berbincang, mangsa bersetuju untuk berkahwin dengan wanita berusia 20-an yang dibawa suspek. Katanya, suspek kemudian menetapkan beberapa syarat termasuk upah kahwin RM700, wang majlis perkahwinan RM1,100 selain seutas rantai emas sebagai hantaran perkahwinan. "Mangsa yang bersetuju dengan tawaran itu kemudian menyerahkan wang dan rantai emas kepada lelaki terbabit dengan disaksikan bakal 'isteri' itu. "Suspek terbabit kemudian berjanji akan mengatur perkahwinan antara mangsa dan pasangannya itu dalam masa terdekat," katanya. Bagaimanapun, mangsa hanya menyedari ditipu lelaki terbabit dan bakal isterinya itu selepas gagal menghubungi mereka. Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran kediamannya. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan. sumber : myMetro |
Posted: 15 Apr 2012 06:15 PM PDT CHUKAI: Seorang wanita berusia 59 tahun hanya mampu mengerang kesakitan apabila dibelasah anak lelakinya dengan besen berulang kali sambil merayu kepada lelaki itu menghentikan perbuatan terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Paya Berenjut, di sini, tengah hari kelmarin. Tindakan biadab dan tidak berperikemanusiaan lelaki berusia 30 tahun yang bagaikan dirasuk itu apabila hajatnya mendapatkan wang daripada ibunya tidak dilayan wanita berkenaan. Menurut sumber, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, wanita yang berusia 59 tahun sedang berehat di ruang tamu selepas keletihan memasak makanan tengah hari untuk keluarga. Katanya, ketika berehat, mangsa dikejutkan dengan kehadiran anak lelakinya yang masih bujang itu. Lelaki itu tiba-tiba meminta ibunya memberi wang untuk berbelanja. sumber : myMetro |
Posted: 15 Apr 2012 06:00 PM PDT SUBANG JAYA: Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu. Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai. Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih. Cemara babi juga dicari kononnya membuatkan si pemakai kebal iaitu pihak lawan sukar menjatuhkannya dalam arena politik. Mendedahkan perkara itu, Pengamal Perubatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie berkata, kebiasaannya benda pelik itu diperoleh daripada bomoh yang menjalankan khidmat mereka tanpa bersandarkan al-Quran. sumber : myMetro |
Rakan sekolah hadiah sebutir peluru hidup Posted: 15 Apr 2012 05:45 PM PDT SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia 37 tahun terkejut apabila anak lelakinya berusia 10 tahun menunjukkan sebutir peluru hidup yang 'dihadiahkan' rakan sekolahnya ketika sesi persekolahan di sebuah sekolah di Subang Jaya, di sini, kelmarin. Wanita berkenaan menyedari kejadian itu apabila anaknya yang pulang ke rumah mereka di USJ di sini, menunjukkan peluru berkenaan, jam 12.30 tengah hari. Wanita itu merampas peluru berkenaan sebelum bergegas ke Balai Polis USJ 8, di sini, membuat laporan penemuan peluru itu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah merampas peluru berkenaan daripada kanak-kanak itu termasuk rakannya yang menemui peluru berkenaan. Menurutnya, rakan kanak-kanak itu menemui beberapa peluru di rumahnya sebelum menghadiahkan kepada anak wanita berkenaan. Katanya, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan baru berpindah ke rumah itu yang sebelum ini dihuni seorang anggota polis yang sakit. "Ketika mengosongkan rumah berkenaan untuk berpindah, anggota terbabit tertinggal peluru hidup itu sebelum ditemui kanak-kanak berkenaan," katanya. SUMBER : MYmetro |
Jatuhkah maruah kita sebagai lelaki? Posted: 15 Apr 2012 05:30 PM PDT p/s merayu boleh tapi janganlah sampai melutut. |
Gila betul mainan macam ni Jepun nak keluarkan Posted: 15 Apr 2012 05:15 PM PDT |
[Hebat] 43 tahun kerja tanpa pernah ambil cuti sakit Posted: 15 Apr 2012 05:00 PM PDT Semangat dan amanah dengan kerja membuat lelaki ini tidak mahu mengambil cuti sakit.... LONDON: Jim Owen mempunyai alasan sangat kukuh untuk berbangga setiap kali bercakap mengenai kerjanya sebagai juru ukur pihak berkuasa tempatan (PBT) di Britain. Sejak bertugas di kerajaan tempatan Basildon, Essex, pada 1968, Owen tidak pernah mengambil cuti sakit walaupun sehari. Owen yang mempunyai dua anak dan tiga cucu mengaitkan amalan kerja baik dan keturunan sebagai penyumbang kesihatan hidupnya. Pada usia 66 tahun kini, Owen masih berkhidmat sepenuh masa dengan PBT berkenaan dan tiada rancangan untuknya bersara.Kata Owen, memang pada hari tertentu dia pernah berasa kurang sihat atau tidak selesa apabila bangun pagi dan boleh berehat di rumah. "Tapi saya sangat sukakan kerja ini dan tak mahu mengecewakan rakan yang lain."Apa yang penting adalah memberikan usaha terbaik untuk tugasan saya," katanya. Menurut Owen, dia dibesarkan oleh ibu bapa yang hidup pada zaman perang dan mereka sentiasa mengajarnya untuk berusaha gigih setiap hari tanpa sebarang pengecualian. Katanya, dia juga sentiasa mementingkan amalan pemakanan sihat, tidak merokok serta sering membuat tugasan di luar pejabat."Keadaan itu memberi peluang saya menghirup udara segar," katanya.Owen turut menganggap dirinya sangat bertuah kerana memiliki keturunan yang sihat. Sementara itu, pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg, berkata Owen adalah petugas berdedikasi dan tidak pernah mengeluh.Owen mula bekerja ketika masih budak dengan menjadi penghantar akhbar di sekitar tempat tinggalnya di Southend, Essex.Pada 1968, dia mula berkhidmat di PBT Basildon sebagai jurunilai. Disebabkan ketekunannya bertugas, majikan Owen memberi kenaikan pangkat dengan melantiknya menduduki jawatan pengurusan. - DM |
Kesian..kerana hujung gaunnya terpijak,payudara artis China ini tersembul Posted: 15 Apr 2012 04:45 PM PDT SHANGHAI - Acara fashion ceremonial di Shanghai, China, Minggu 11 Disember kelmarin menyajikan cerita unik. Terjadi insiden kecil di mana gaun Sun Feifei terpijak, dan membuat payudaranya terekspos. Kerana bawah gaun yang dikenakannya terpijak, penyangga payudara Sun Feifei pun langsung menyembul. Insiden melorotnya strapless gown warna putih itu langsung menjadi santapan para paparazzi, dengan langsung mengabadikan kejadian. Demikian seperti disitat Ifeng Insiden itu terjadi saat Feifei berjalan di atas red carpet. Tanpa sengaja, MC Fang Ling memijak hujung gaunnya, dan membuat busana yang dikenakannya langsung melorot. Pembantu Feifei yang melihat kejadian itu, dengan segera menutupi dada Feifei menggunakan selendang besar. Sedangkan Feifei terlihat berusaha menutupi rasa malu dengan terus menghindari kerumunan wartawan. (efi) |
Penemuan Fantastik: Membuat Lampu Tanpa Elektrik Dari Bekas Botol ! [Video] Posted: 15 Apr 2012 04:30 PM PDT Seorang bapak dari Filipina ini berhak mendapat penghargaan atas penemuan "bola lampu"nya yang sepatutnya masuk kedalam salah satu penemuan paling inspirasional tahun ini. Memang bola lampu itu tak akan menyala pada malam hari, tapi bayangkan berapa banyak bil elektrik yang boleh dijimat menggunakan solusi kreatif ini. |
Bagaimana nak tahu dia lelaki ke perempuan? Posted: 15 Apr 2012 04:30 PM PDT Cuba kita lihat gambar wanita ini.. memang cantik.... Sesiapa yang melihatnya pasti tergoda.. Tapi jangan tergoda dulu kerana dia sebenarnya seorang lelaki yang di make up menjadi wanita.... Kepakaran tukang make up membuat kita tertipu.. Jadi bagaimana kita nak tahu dia lelaki atau perempuan bila kita berhadapan dalam situasi begini? Ini yang jadi persoalan..!!!! |
Agaknya dah berapa lama dia tak basuh rambut? Posted: 15 Apr 2012 04:15 PM PDT |
Laman web untuk orang tua cari pasangan muda Posted: 15 Apr 2012 04:00 PM PDT WASHINGTON - Satu laman web, SeekingArrangement.com mengatur janji temu untuk golongan lelaki kaya mencari pasangan. Ia merupakan salah satu daripada laman web yang memaparkan golongan lelaki tua untuk mencari gadis yang lebih muda. Laman itu mendedahkan akaun bank si lelaki tua dan elaun bulanan yang boleh diberikannya kepada seorang wanita. Lelaki yang berminat akan membuka akaun dengan bayaran AS$50 (RM149) dan tambahan sebanyak AS$1,000 (RM2,981) setahun. "Orang ramai bertemu, mereka berunding dan berasa serasi. Jika kedua-dua mereka tidak menyukai di antara satu sama lain, tiada apa-apa perkara yang akan berlaku," kata pengasas laman itu, Brandon Wade. - AFP sumber : kosmo online |
Posted: 15 Apr 2012 11:00 AM PDT Lelaki ini sanggup menghabiskan duit kerana terlampau sayangkan mak wenya... jom baca kisah nya.... I love her too much and truly cannot leave her, but she is too materialistic. After returning from Singapore, she seems to have become a different person, and since then I have been very unhappy within my heart with her change. Today, I went to her house, and the topic of marriage came up. Her family is all very satisfied with me and I did not say anything, but she actually said in front of her family that if I do not buy a car then we cannot marry. MB, it is not as if I cannot afford a car, and in my anger, I ordered an F1 360 Modena. It is not necessary to say how much I spent, but now I regret it. First, I do not care about cars at all and the money for the car was from my father's bank account (I do not have that ability), so now I feel deeply guilty. Second, I now realize I no longer love her, she does not deserve my love, and now my heart is very troubled. |
Penerbangan yang mewajibkan penumpangnya bogel Posted: 15 Apr 2012 10:30 AM PDT |
You are subscribed to email updates from borak kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan