Jumaat, 13 April 2012

borak kosong

borak kosong


Tak Tahan Dilecehkan, 2 Gadis Cekik Ayahnya Hingga Tewas

Posted: 13 Apr 2012 09:00 PM PDT

Tak tahan setelah bertahun-tahun mengalami pelecehan seksual dari ayah kandungnya sendiri, dua orang kakak adik di India akhirnya membunuh sang ayah. Kedua gadis muda tersebut mencekik leher ayahnya dengan selendang hingga tewas.

Saat itu, kakak beradik yang berusia 19 tahun dan 18 tahun tersebut, sedang berbual dengan ibunda mereka (38) di rumah mereka di sebuah desa di wilayah Vellore, Tamil Nadu, India. Tiba-tiba sang ayah pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan kemudian cuba mengganggu si anak sulung.

Gadis tersebut berusaha menghentikan sang ayah dengan menjeratkan dupatta, sejenis selendang, ke leher ayahnya. Namun sang ayah terlalu kuat dan tetap cuba mengganggunya.

Kemudian sang adik berusaha membantu kakaknya dengan menarik dupatta tersebut. Alhasil dupatta tersebut semakin erat menjerat leher sang ayah.

Sang ayah akhirnya tewas terjerat dupatta. Kedua gadis muda itu dikenai dakwaan pembunuhan atas perbuatannya tesebut. Demikian seperti diberitakan media setempat, Makkal Osai, dan dilansir oleh The Star, Jumaat (13/4/2012).

Juru bicara polis setempat mengatakan, kedua kakak adik tersebut berserta ibundanya pernah mengadu ke balai polis pada 29 Ogos lalu. Mereka mengadukan perbuatan ayahnya yang sering melakukan pelecehan terhadap kakak-adik itu.

Menurut juru bicara tersebut, polisi juga pernah memanggil sang ayah ke balai polis dan memintanya untuk menahan diri dan tidak mengganggu anak-anaknya lagi.

Sumber : http://news.detik.com

Beli Roti Daging, Yang Didapat Roti Isi Kain Kotor

Posted: 13 Apr 2012 08:45 PM PDT

Leigh Sylvester mendapat kejutan yang sangat tidak menyenangkan saat dirinya merasa lapar. Dia masuk ke sebuah pusat perbelanjaan untuk membeli roti isi daging lembu. Tetapi yang didapatinya  roti yang juga berisi kain kotor. 

Setelah menghabiskan seperempat roti tersebut, dia merasa yang dikunyah bukanlah sesuatu yang berbentuk daging. Ternayata perempuan asal Milton Keynes, Inggris itu menemukan lap piring kotor di dalamnya.

"Ini sangat menjijikkan. Kain tersebut bahkan tidak bersih, ada kotoran di atasnya," ujar perempuan berusia 36 tahun itu seperti dikutip dari Daily Mail, Jumaat (13/4/2012).

Pihak restoran menawarkan gati rugi kepada Sylvester dengan biaya 20 poundsterling  Namun, setelah Sylvester menolak ganti rugi itu, pihak restoran menaikan biaya ganti rugi menjadi 50 poundsterling atau sekira Rp725 ribu.

"Saya tidak memikirkan tentang ganti rugi. Saya merasa trauma dan tidak ingin makan roti lagi," ujar ibu dari tiga orang anak itu. 

Leigh sempat menyajikan roti yang memang diawetkan tersebut. Ia bahkan menyiapkan roti itu untuk anaknya, bersamaan dengan makanan pelengkap lainnya.

Sumber : http://international.okezone.com

Kekasih Ganti Status, Claire Rosakkan Kereta Kekasih di Area Bowling

Posted: 13 Apr 2012 08:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Hanya lantaran kekasihnya mengubah status hubungan asmaranya di tampilan akaun Facebooknya dari berhubungan menjadi single, seorang perempuan mengamuk dan melanggar kereta milik kekasihnya tersebut ke sebuah arena permainan bowling.
Claire Holley,  meminum beberapa gelas minuman keras Vodka, sebelum melancarkan aksinya tersebut.Dengan memandu laju ia membawa kereta Ford Focus silver milik kekasihnya, Davy Jones, melalui dua pos penjaga keamanan sebelum melangggar pintu depan area bowling Hollywood.

Aksi gilanya tersebut membuat para pelanggan area bowling dibuat terkejut setengah mati, yang kemudian berhamburan mencari perlindungan. 
Sementara Ford Focus milik kekasihnya tersebut berhenti di dalam kaunter layanan pelanggan area bowling dalam keadaan rosak teruk.

"Banyak orang di sanadan mereka panik," ujar 
Stephanie-Kate Burrell (22), seorang saksi  seperti dikutip Dailymail, Jumaat (13/4/2012).Diperkirakan total kerosakan yang timbul akibat perbuatannya itu mencapai 14 ribu Poundsterling. 

Ia pun kini harus mempertanggung jawabkan perbuatannya di Pengadilan 
Bolton Inggris. Dalam sidang, terungkap di hari insiden itu terjadi di bulan Januari 2012 kelmarin, Davy memutuskan tali kasihnya dengan Claire, yang sudah terjalin selama dua tahun, dan sudah mempunyai seorang anak.

Setelah menghantar kekasihnya ke tempat kerjanya di area bowling Hollywood pada hari itu, Claire meminta Dave untuk tidak meninggalkannya melalui pesan singkat. Ia juga mengatakan hatinya hancur dalam posting di akun Facebooknya.

Ternyata permohonan Claire itu, ditanggapi dingin, Davy malahan mengubah status hubungannya di akaun Facebooknya menjadi single.
Setelah mendengar keterangan semua pihak, Majelis Hakim yang menyidangkan perkara Claire, menghukum dirinya dengan larangan memandu selama 18 bulan, dan harus mematuhi jam malam dirumah pukul 20.00 hingga pukul 7.00 pagi.

Tak Kuat Layani Permintaan Seks, Lelaki Ini Telefon Polis

Posted: 13 Apr 2012 08:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki berusia 43 tahun terpaksa bersembunyi dan menelefon polis dari balkoni setelah seorang perempuan terus menerus ingin berhubungan seks dengannya. Demikian dilansirSydney Morning Herald, Jumaat (13/4/2012).
Polis di Munich, Jerman, mengatakan pasangan ini bertemu di sebuah kelab malam dan setuju untuk berhubungan seks di rumah si perempuan yang berumur 47 tahun, Isnn, minggu ini.
Namun, ketika si lelaki sudah merasa puas dan cukup si perempuan mengunci pintu dan meminta agar mereka melakukan hubungan intim lagi. Si lelaki kemudian bersembunyi di balkoni dan menelefon polis dengan ponselnya yang datang ke apartmentn milik si perempuan itu.
Perempuan ini kemudian ditahan dan dikenai tuduhan membuat stress dan menawan seseorang tanpa alasan legal.

Boobs on Bikes Dilarang Pamer Puting Payudara

Posted: 13 Apr 2012 08:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Kelompok penunggang motor bertelanjang dada di New Zealand, Boobs on Bikes, akan melakukan parade di jalanan di Canberra, Australia. Namun, anggota perkumpulan ini dilarang memperlihatkan payudaranya . Demikian dilansir Sydney Morning Herald, Jumaat (13/4/2012).
Penunggang motor, baik lelaki mahupun wanita dengan bertelanjang dada, menimbulkan kontroversi di negara asalnya iaitu New Zealand terutama ketika melakukan perhimpunan yang dikenal dengan sebutan Erotica Lifestyles Expo.
Pemilik Erotica akan melakukan kegiatan pertama mereka di EPIC mulai  11-14 Mei. Mereka juga berencana melakukan kegiatan rasmi yang disebut Freedom of Expression Ride di Northbourne Avenue.
Juru bicara Erotica David Crow mengatakan pihaknya sudah mendapat peringatan dari polis iaitu tak boleh memperlihatkan puting saat melakukan perarakan.
"Kami sudah diperingatkan oleh polis federal bahawa secara teknis seorang lelaki yang tidak mengenakan atasan boleh dikenai tuduhan melakukan tindakan tak menyenangkan," jelas Crow.
"Tak boleh memperlihatkan apapun namun kami akan melakukannya kerana kami memiliki undang-undang hak asasi manusia yang mengatakan Anda tak boleh mendapatkan diskriminasi berdasarkan jenis kelamin," katanya.
Ekspo ini akan dihadiri bintang porno asal Australia, Kiki Vidis, ditemani penari telanjang lelaki asal New Zealand dan juga ahli hipnotis Tony Banfield. 

Budak sepintar Stephen Hawking

Posted: 13 Apr 2012 07:45 PM PDT

LONDON: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun warga British diterima sebagai individu yang mempunyai kecerdasan akal (IQ) yang hanya kurang satu markah berbanding pakar fizik dunia, Stephen Hawking, kata Persatuan Kecerdasan Akal (IQ) Tinggi (Mensa) yang dipetik akhbar The Sun.


Ketua Eksekutif Mensa British John Stevenage, berkata organisasi itu bangga mengalu-alukan Heidi Hankins dari Winchester, England, ke ranking itu selepas beliau mendapat markah 159 dalam ujian IQ dan meletakkannya hanya satu markah di belakang IQ Hawking iaitu 160 markah.


Ujian yang diambil kanak-kanak terbabit khusus dibuat untuk kanak-kanak seusia dengannya dan mengandungi campuran soalan yang berupa penyelesaian masalah dan permainan perkataan. 

Akhbar Korean Herald pula melaporkan bapa kanak-kanak itu, Matthew Hankins, 46, berkata dia dan isterinya sejak awal sudah mengetahui yang anak mereka istimewa. 

"Kami selalu fikir Heidi bijak kerana dari kecil dia sudah pandai membaca. Saya ingin tahu mengenai IQ anak kami dan hasilnya adalah luar jangkaan. 

"Saya membelikannya satu set buku bacaan kanak-kanak Oxford ketika dia berusia dua tahun dan Heidi membaca keseluruhan set yang mengandungi 30 buku dalam masa sejam. 
"Sebenarnya apa yang dilakukan Heidi ini adalah yang boleh dilakukan kanak-kanak berusia tujuh tahun. 

"Heidi cuba bercakap sejak mula lahir dan pada usia setahun dia fasih bercakap dan banyak perkataan diketahuinya," katanya. 

Matthew yang juga pensyarah kesihatan awam di Universiti Southampton, berharap anaknya boleh melompat kelas setahun untuk membolehkan kanak-kanak itu selari dengan cabaran. 

Mensa adalah persatuan IQ tinggi tertua dan terbesar dunia. Ia adalah organisasi bukan kerajaan dan terbuka kepada mereka yang mendapat markah 98 peratus atau lebih tinggi daripada standard ditetapkan dengan IQ dipantau atau ujian kecerdasan lain yang diluluskan. 

Aktres Hollywood Sharon Stone mempunyai IQ sebanyak 154, manakala penyanyi Columbia turut termasuk dalam individu istimewa dengan IQ sebanyak 140. – Agensi



sumber : berita harian

Potong alat sulit rakan selepas saudara dirogol

Posted: 13 Apr 2012 07:30 PM PDT

MUMBAI: Seorang lelaki berusia 38, tahun menjatuhkan hukuman bunuh paling mengerikan ke atas rakannya malam Selasa lalu dengan memotong alat sulit mangsa selepas saudara perempuannya mengadu dirogol lelaki berkenaan. 

Dia menyerah diri kepada polis Pant Nagar di Ghatkopar.



Polis terkejut apabila lelaki berkenaan datang ke balai dengan memegang alat pemotong. Memperkenalkan dirinya sebagai Kannan Muttu Kumar Swami Pillai, dia kemudian mengaku membunuh rakannya, Govindan, 35.


Pillai mendakwa Govinda merogol saudara perempuannya, dan dia membunuhnya bagi membalas dendam. Pillai kemudian diiringi polis ke tempat dia membuang mayat Govindan selepas mengelar leher dan memotong alat sulit mangsa. 

Pillai mendakwa dia memberikan tempat tinggal dan kerja kepada Govindan. 

"Dia memberikan tempat tinggal kepada Govindan, apabila mangsa berpindah ke Mumbai lima tahun lalu. Pillai juga memberikan peluang kerja kepada Govindan dalam perniagaan makanan ikan yang diusahakannya. 

"Namun Isnin lalu dia mengetahui Govindan selalu bercakap dengan saudara perempuannya dan merogol wanita itu," kata pegawai polis Panta Nagar. 
Pillai memutuskan untuk memberikan pengajaran kepada Govindan dan membawa mangsa keluar bersuka ria pada malam Selasa lalu. – Agensi



sumber : berita harian

Pakaian Rihanna jadi tumpuan

Posted: 13 Apr 2012 07:15 PM PDT


SYDNEY – Penyanyi terkenal, Rihanna (gambar) mencuri tumpuan apabila dia hanya memakai sehelai kot labuh ketika makan malam di sebuah restoran di sini kelmarin, lapor laman hiburan Entertainmentwise semalam.
Pakaian berwarna kelabu cerah itu menyebabkan bahagian paha penyanyi berkenaan terdedah.
Menurut beberapa laporan media, Rihanna, 23, dilihat memakai pakaian seksi tersebut ketika meraikan majlis hari jadi rakan baiknya, Melissa Forde.
Penyanyi yang berasal dari Barbados itu berada di sini untuk mempromosikan filem pertama lakonannya, Battleship.
Sementara itu, Rihanna turut mengelak daripada bertembung dengan bekas kekasihnya, Chris Brown. – Agensi

sumber : kosmo online

14 tahun makan gaji buta

Posted: 13 Apr 2012 07:00 PM PDT


MINDEN: Seorang pesara Jerman yang menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini menghantar e-mel kepada 500 rakan sekerjanya memberitahu mereka bahawa dia tidak melakukan apa-apa tugas selama 14 tahun.
Ucapan terakhir lelaki berusia 65 tahun itu ialah menghebahkan kepada rakan sekerjanya mengatakan dia meraih lebih 600,000 pound (RM3 juta) tanpa menggerakkan satu jari pun.

"Sejak 1998, saya datang ke tempat kerja tetapi bukan ada di pejabat dalam erti kata sebenar. Jadi, saya memang telah bersedia untuk bersara - Selamat Tinggal," tulisnya.


Namun, dia tidak terfikir e-mel itu bukan hanya berlegar di pejabat di North Rhine-Westphalia saja, tetapi ia turut didedahkan kepada media. "Saya tidak mahu katakan apa-apa lagi," katanya kepada akhbar tempatan ketika petugas media menemuinya di depan pintu rumahnya di Minden.

"E-mel itu bukan untuk tatapan umum," katanya. Lelaki yang tidak didedahkan identitinya dan bekerja sebagai juruukur sejak 1974 itu berkata, situasi terbabit berlaku kerana kesilapan majlis perbandaran yang melantik dua orang untuk satu tugas dan rakannya melakukan semua tugas itu. - Agensi



sumber : myMetro

Ibu serah anak kepada kutu rayau

Posted: 13 Apr 2012 06:45 PM PDT


JOHOR BAHRU: Akibat tekanan hidup, seorang wanita sanggup menyerahkan anak lelakinya berusia tiga tahun kepada seorang kutu-rayau.
Penolong Pegawai Kebajikan Kanan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Johor Bahru, Noraini Md Salleh berkata, ketika ditemui di sekitar pusat bandar raya ini pada 22 Februari lalu, kanak-kanak tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu dipelihara seorang lelaki yang mengaku penjaganya.

"Mohd Syukri Abdullah (gambar) dipercayai ditinggalkan ibu kandungnya yang dikenali sebagai Lisa Rahmat kepada lelaki itu sebelum menghilangkan diri.


"Ketika ditemui, Syukri bersama penjaganya itu didapati berpindah-randah kerana tidak mempunyai tempat tinggal," katanya, semalam.

Menurut Noraini, orang ramai yang prihatin dengan nasib Syukri memaklumkan kepada JKM.


"Kami sudah berusaha mengesan Lisa di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini namun hampa.



"Kami meminta orang ramai yang mengenali Lisa menghubungi talian telefon 07-2232606," katanya.


sumber : myMetro

Muka diinjak anak VIP

Posted: 13 Apr 2012 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pemuzik hip hop, Mikael Adam Mohd Rafee Michel, 23, cedera di muka dan kepala selepas diserang seorang lelaki dikatakan anak VIP di luar kompleks beli-belah di Jalan Bukit Bintang, di sini awal pagi semalam.
Mikael Adam berkata sebelum kejadian pada jam 3.50 pagi itu, dia berada di dalam kereta bersama dua rakan sebelum suspek dikenalinya itu muncul dan menariknya keluar daripada kereta. 
"Sebaik keluar, saya terus dipukul lelaki itu dengan tangan hingga saya terjatuh sebelum badan dan muka saya dipijak.

"Saya hanya mampu mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala bagi mengelakkan kecederaan lebih parah," katanya dalam satu sidang media semalam.



Menurutnya, akibat pukulan bertubi-tubi daripada suspek berusia 20-an itu, mukanya berdarah sebelum dia tidak sedarkan diri.



sumber : myMetro

Mayat terkulai atas tangga

Posted: 13 Apr 2012 06:15 PM PDT


KENINGAU: "Saya terdengar bunyi dentuman dan melihat kawan saya terpelanting selain percikan api turut kelihatan. Sejurus kemudian, saya lihat dia terkulai di atas tangga," kata Michael Gubongo, 32, mengenai kematian rakan sekerjanya akibat terkena renjatan elektrik, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa, Gilbert Santos Alani, 39, yang juga juruteknik penyelenggaraan menyelenggara sambungan lampu jalan di pencawang berhampiran Tamu Apin-Apin, di sini.

Mangsa mati di tempat kejadian dipercayai akibat terkena renjatan elektrik berkuasa tinggi dan mayat mangsa dibiarkan tergantung hampir sejam sebelum pasukan penyelamat tiba dan menurunkannya.


Michael berkata, sebelum itu, orang ramai yang berada di tempat kejadian tidak berani menurunkan mayat mangsa kerana takut terkena renjatan elektrik yang dipercayai masih mengalir di pencawang berkenaan.

"Saya berada berhampiran mangsa ketika kejadian dan menyedari sesuatu tidak kena apabila melihat dia seperti 'ditendang' arus kuat. Ketika kejadian dia cuba menyambung wayar lampu jalan ke kabel utama di pencawang itu," katanya.


Michael berkata, dia cuba membantu, tetapi membatalkan hasrat itu apabila melihat percikan api pada tangga digunakan mangsa.



"Walaupun sedih, saya hanya mampu melihat badannya terjuntai di atas tangga tanpa mampu memberi sebarang bantuan," katanya.

Menurutnya, mangsa yang sudah berkahwin dan memiliki tiga anak, menetap di Kampung Biah Tengah, di sini.




"Sebelum ini, dia sering bercerita mengenai hajatnya untuk berhijrah dan bekerja di Afrika sebagai penyelia elektrik. Dia tidak menunjukkan sebarang kelakuan ganjil dan kami sudah bekerja bersama sejak 12 tahun lalu," kata Michael.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 11.15 pagi sebelum mengarahkan dua jentera termasuk kenderaan utiliti bersama 11 anggota ke tempat kejadian.


"Sebaik tiba, kami mendapati seorang lelaki tergantung dalam keadaan terkulai di pencawang elektrik di tepi jalan berhampiran Tamu berkenaan.


"Kami mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum menurunkan mayat mangsa yang dipercayai terkena renjatan elektrik," katanya.


Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak mematuhi ciri keselamatan ketika melakukan penyelenggaraan elektrik.


"Kami mendapati mangsa hanya berseluar pendek, tidak memakai sarung tangan dan hanya berselipar ketika kejadian.


"Kecuaian sebegini sepatutnya tidak berlaku. Kemalangan boleh dielak jika semua pihak mengutamakan keselamatan, lebih-lebih lagi dalam pekerjaan berisiko tinggi seperti ini," katanya.



sumber : myMetro

Bayi 2 minggu mati dipijak bapa

Posted: 13 Apr 2012 06:00 PM PDT


IPOH: Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.
Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang. 
Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.

Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.



"Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan," katanya.



sumber : myMetro

Terima 6 jahitan tegur jiran bising

Posted: 13 Apr 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Amukan dua beradik menyebabkan seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun menerima enam jahitan di kepala selepas ditetak dengan parang dalam kejadian berhampiran rumahnya di Batu Muda, Jinjang, di sini, kelmarin.
Difahamkan, dua lelaki berusia 20-an itu menyerang mangsa kerana tidak berpuas hati dengan pelajar terbabit yang menegur mereka supaya tidak membuat bising di kawasan perumahan itu.

Semuanya bermula jam 9 malam apabila seorang daripada suspek iaitu si adik yang terserempak dengan mangsa mengajaknya berbincang di kawasan tangga di flat berkenaan.


Menurut sumber, mangsa yang tidak curiga dengan pelawaan itu bersetuju, tapi sebaik saja menghampiri kawasan tangga flat itu, si abang terus memukul mangsa sebelum dibantu adiknya itu.

"Seorang daripada suspek mengeluarkan parang lalu menetak kepala mangsa. Akibat tetakan itu, mangsa cedera di kepala dan rebah serta disepak dua suspek terbabit," katanya. Sumber berkata, penduduk lain yang menyaksikan kejadian itu cuba menenangkan dua beradik itu, malangnya mereka turut diserang kedua-dua suspek.


"Bagaimanapun penduduk di kawasan terbabit tidak mengalami kecederaan kerana sempat melarikan diri," katanya




Mangsa dibawa ke hospital berhampiran kawasan berkenaan dan menerima enam jahitan di kepala.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas keadaannya dilaporkan stabil.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.


sumber : myMetro

Trend lelaki di China

Posted: 13 Apr 2012 05:30 PM PDT








Penyebab Kemalangan Lalu lintas [18+]Sorry Agak H*t

Posted: 13 Apr 2012 05:15 PM PDT


Kalau macamnilah keadaannya bukan pemandu kenderaan yang berlanggar..
pejalan kaki pun boleh jatuh longkang...

Bukti menunjukkan lelaki lebih sayangkan anak patung daripada perempuan

Posted: 13 Apr 2012 05:00 PM PDT

Gambar ini dengan jelas menunjukkan lelaki lebih sayang anak patung
daripada wanita... Kemana-mana di bawanya...
siap di mandikan lagi....















sentiasa bersama walau kemana jua...

sumber : unic77.tk



Lelaki bodoh yang lekat topi kecil dikepala gunakan superglue

Posted: 13 Apr 2012 04:45 PM PDT

Lelaki bernama Shawn Merter dari UK ini telah melekatkan
topi kecil di kepalanya untuk kelihatan menarik.Dia telah menggunakan superglue untuk
melekatkan topi tu dan akhirnya topi itu susah untuk ditanggalakan.Dia
terpaksa pergi kehospital untuk menanggalkannya...

















Kesian 'Siti' ni di ikat dan dipaksa merokok

Posted: 13 Apr 2012 04:30 PM PDT






Makanan Mewah Di Perancis Ini..Proses Pembuatannya Sungguh kejam..

Posted: 13 Apr 2012 04:15 PM PDT

Foie Gras atau disebut juga dengan "Fat Liver" dari angsa, adalah menu mewah yang berasal dari Perancis. Anda mungkin merasa sangat bangga jika Anda sudah memakan hidangan ini sebelumnya di sebuah restoran "kelas tinggi" dan mewah pastinya, tetapi apakah Anda tahu bahwa hidangan ini berasal dari angsa yang DIPAKSA MAKAN untuk mengembangkan LEMAK HATInya ?








Aksi bodoh remaja

Posted: 13 Apr 2012 04:00 PM PDT


Jangan tergoda dengan aksi ayam dan itik ini

Posted: 13 Apr 2012 11:00 AM PDT

image

image
sumber gambar : warungbebas.com

Hati-hati bila ada ayam yang cuba menggoda anda......

[Gambar] Jari terpaksa dibuang kerana cincin

Posted: 13 Apr 2012 10:30 AM PDT

Beginilah keadaan tangan bila cincin sukar di tanggalkan..
terpaksa di buang jarinya....




Perempuan tu tiba-tiba buka seluar dan menari dalam keadaan telanjang

Posted: 13 Apr 2012 10:15 AM PDT



Kejadian ini berlaku di sebuah taman di ibu kota daerah Shanxi .Kelakuan wanita tersebut telah mengejutkan orang ramai.Dia yang berjalan bersama anjingnya tiba-tiba membuka seluar dan menari.Kejadian membuat ramai yang berkumpul.Dengan tidak ada perasaan malu dia kemudiannya memakai seluar semula dan berlalu pergi bersama anjingnya.

bk-betul ke tak betul perempuan ni....

Betul ke rumah ini serupa dengan wajah Hitler?

Posted: 13 Apr 2012 10:00 AM PDT

TRIBUNNEWS.COM – Macam-macam saja pengguna internet. Sebuah rumah di Wales, Inggris, menjadi terkenal setelah pengguna internet melihatnya mirip wajah Adolf Hitler.

Rumah Swansea berwarna cokelat dan memiliki empat jendela serta merta menarik perhatian dari tabloid Inggris setelah beredar di situs pertemanan sosial.

Meski demikian, kemiripannya masih menjadi perdebatan. Pada bahagian atas pintu mirip dengan misai Hitler, sementara sisi atap yang miring mirip dengan sisiran rambut Hitler.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu