Isnin, 17 Februari 2014

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Rabecca Beri Percuma & Jual Semua Baju Seksi

Posted: 17 Feb 2014 04:34 PM PST

Itulah hidayah dari Allah namanya, sebelum ini pelakon sensasi, Rabecca Nur Al Islam, sememangnya terkenal dengan imej seksi dan menggoda. Namun, pemergiannya ke kota suci bagi menunaikan umrah buat kali pertama bersama keluarga, akhirnya memberi kejutan apabila pelakon ini pulang dengan berita penghijrahan. Kini, Rebecca ttelah mengosongkan kesemua almari pakaiannya.

Walaupun hanya 12 hari berada di kota Makkah, namun ternyata pelakon drama, Jangan Tegur Lagi, ini, mendapat hidayah ALLAH SWT. Bukan hanya cuba-cuba, Rabecca nekad dengan keputusannya itu apabila dia turut menjual kesemua koleksi pakaiannya sebelum ini.

rabecca-bertudung

Menurut Rabecca, tindakan ini adalah perlu kerana dia tidak mungkin akan memakainya lagi di masa akan datang. Sejujurnya, saya tiada koleksi baju-baju yang menutup aurat. Almari pakaian saya dipenuhi dengan pakaian seksi.

"Jadi, setelah fikir masak-masak, saya membuat keputusan untuk menjual kesemua koleksi itu kepada orang ramai dan turut menguar-uarkannya menerusi laman sosial. Sesiapa yang mahukan baju saya mahupun peminat, bolehlah berurusan dengan pembantu peribadi saya."

Tambah Rabecca, tidak semua koleksi itu dijual kerana ada sebahagian daripadanya hanya diberikan secara percuma.

"Untuk pakaian yang bernilai RM700 ke bawah, saya hanya beri percuma sahaja kerana niat saya juga adalah untuk bersedekah. Namun, bagi koleksi yang mencecah ribuan ringgit serta direka khas pereka terkenal, saya akan jual dengan potongan harga sehingga 70 peratus."

Bercerita mengenai penghijrahan itu, Rabecca mengakui, dia tidak merancang untuk bertudung setelah pulang dari menunaikan umrah.

Malah, hidayah itu datang dengan sendiri dan akui Rabecca, suaminya, Nor Azam Datuk Sulaiman, juga turut terkejut dengan perubahan dirinya.

"Kami tiba di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu setelah 12 hari di sana (Makkah). Pagi Selasa, saya bersiap untuk menemui seseorang. Namun, hati saya tidak berpuas hati dengan penampilan ketika itu lalu saya menunaikan solat Zohor sebelum keluar rumah. Selepas itu, saya cuba mengenakan tudung, barulah lega. Ketika itu, saya tidak memiliki pin. Saya minta daripada pembantu rumah, dia berikan pin lain kerana dia sendiri tak sangka saya mahu pin tudung," katanya yang meminjam pin daripada ibu yang ketika itu berada di rumahnya.

Tambah Rabecca, ibunya terkejut dengan perubahan itu namun turut menyokong penghijrahannya.

"Sehingga hari ini, saya masih memakai pin ibu saya kerana tidak sempat untuk membelinya lagi. Suami saya, lagilah terkejut kerana dia sendiri tidak tahu yang saya akan berhijrah secepat itu. Buat masa ini, saya lebih selesa mengenakan selendang kerana saya mempunyai banyak koleksi selendang yang disediakan untuk majlis amal."

Khatam al-Quran

Berkongsi kisah sepanjang berada di kota suci, Rabecca mengakui penghijrahan itu sedikit sebanyak dipengaruhi penampilannya ketika berada di sana.

Katanya, ketika menunaikan umrah, dia memakai jubah dan bertudung. Malah, setiap waktu solat tidak pernah diabaikan.

"Apabila masuk sahaja waktu solat, kami akan sembahyang dan perkara itu menjadi rutin apabila saya pulang ke rumah. Malah, ketika berada di sana, saya turut memasang niat untuk khatam al-Quran. Namun, ada beberapa juzuk lagi yang belum habis. Jadi, saya berhasrat untuk menghabiskannya di rumah. Bila fikirkan tentang itu, mungkin ia adalah salah satu sebab kenapa saya nekad dengan penampilan ini,"

Kini sedang mempelajari ilmu agama menerusi bahan bacaan dan sumber internet.

Walaupun tampil dengan imej berbeza, namun dia tidak menolak sekiranya ada tawaran dalam bidang lakonan.

"Saya cintakan dunia seni dan tidak mungkin tinggalkan begitu sahaja. Saya akan mempertimbangkan setiap tawaran. Malah, saya juga tidak akan tolak sekiranya perlu bawa watak jahat. Namun, ianya haruslah bersesuaian dan menutup aurat."

Beliau juga kini turut terlibat dalam bidang perniagaan perancang majlis perkahwinan. Katanya, perniagaan itu akan diperkenalkan pada Jun ini dan ianya melibatkan perkhidmatan pelamin dan pengurusan majlis perkahwinan.

Sumber: Sinar Harian

Komen via Facebook

Komen

Geng MAHARAJA LAWAK Dalam Filem Suatu Malam Kubur Berasap 2

Posted: 17 Feb 2014 04:16 PM PST

Kemunculan filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 yang dinantikan kini telah tiba. Filem ini akan menjanjikan lebih keseronokan dalam elemen seram komedi yang bakal berasap di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Dibintangi oleh pelakon-pelakon hangat seperti Kumpulan SHIRO, Azad Jazmin, Rahim R2, Kumpulan BOCEY, Kumpulan CUIT dan ramai lagi. Pengalaman sebagai peserta Maharaja Lawak, telah membantu para pelakon dalam menjiwai watak dengan baik ditambah dengan keserasian dan kerjasama di antara satu sama lain.

Seperti mana yang kita ketahui, SHIRO sememangnya mempunyai sentuhannya yang tersendiri tambahan mereka juga merupakan naib juara di dalam program Maharaja Lawak Mega 2013 yang lalu. Selain itu, juara Maharaja Lawak Mega 2013, Rahim Sepahtu turut menggendong watak di dalam filem ini.

Termasuklah juga dengan kumpulan BOCEY iaitu gandingan Abam dan Fadzlie. Kesemua peserta ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri. Tidak lupa juga Azad Jazmin yang biasa dikenali dengan hero solo atau pelakon pembantu sejak dari mula terlibat dalam bidang lakonan.

Filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 sekali lagi mendapat sentuhan eksklusif Ernie Chen selaku pengarah filem, dengan idea-idea kreatif dan terkini yang diterapkan oleh beliau. Pelbagai variasi dan kelainan yang bakal mencuit hati para penonton dan menggegarkan pawagam sehingga mereka tidak kering gusi.

Filem ini sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana mempunyai klasifikasi PG13. Jangan lupa untuk nantikan kemunculan filem Suatu Malam Kubur Berasap 2 yang bakal berasap di pawagam. Ini kerana ia merupakan filem seram komedi yang wajib ditonton pada tahun 2014.

outLOUD Studios adalah sebuah syarikat komunikasi media dan juga hiburan di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2003, outLOUD Studios dijadikan sebagai satu pusat untuk industri hiburan dan juga komunikasi media dengan menawarkan pelbagai kemudahan dan servis yang berkaitan dengan industri ini.

Komen via Facebook

Komen

', enableHover: false, enableTracking: true, buttons: { twitter: {via: 'Budiey'}}, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('twitter'); } }); jQuery('#facebook').sharrre({ share: { facebook: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('facebook'); } }); jQuery('#googleplus').sharrre({ share: { googlePlus: true }, template: '

{total}

', enableHover: false, enableTracking: true, urlCurl: 'http://www.budiey.com/wp-content/themes/typegrid11/js/sharrre.php', click: function(api, options){ api.simulateClick(); api.openPopup('googlePlus'); } }); });

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu