OHBULAN! |
| Nak Pegang Tangan Pun Saya Takut – Anzalna Nasir Posted: 18 Feb 2014 09:03 PM PST Bagaikan sudah menjadi lumrah bergelar artis, setiap pergerakan mereka sering diperhatikan dan kerap disalah anggap. Begitu juga dengan nasib pelakon cantik, Anzalna Nasir yang kini dikatakan bermasam muka dengan Izzue Islam. Kontroversi ini dikhabarkan bermula apabila Izzue dikatakan tidak selesa dengan adegan romantis dilakonkan oleh Anzalna yang dianggap berlebihan. Artikel Berkaitan: Kerana Cemburu, Izzue & Anzalna Bermasam Muka? Anzalna yang dihubungi sebentar tadi menafikan dakwaan bahawa dia melakonkan babak romantis secara keterlaluan dan menegaskan bahawa dirinya masih menjaga tatatertib sebagai seorang pelakon.
Enggan menjawab dakwaan bahawa mereka bermasam muka, pelakon itu meminta supaya orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai perkara ini.
Pelakon berusia 26 tahun itu turut menepis dakwaan bahawa khabar angin ini sengaja diadakan untuk melariskan drama tersebut. Dalam pada itu, Anzalna dan Izzue kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 28 episod adaptasi novel 'Aku Bukan Mistress' yang akan mula ditayangkan pada 31 Mac depan. |
| Erra Enggan Jawab Punca Penceraian Posted: 18 Feb 2014 09:03 PM PST Semalam dunia hiburan tanah air digemparkan dengan berita penceraian aktress jelita Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan talak satu. Artikel Berkaitan: Kemudian, sekali lagi peminat terkejut apabila hak penjagaan anak mereka Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun diberikan kepada suaminya. Hari ini, menerusi mStar Online, Erra meminta orang ramai agar tidak bertanyakan soal punca keretakan rumahtangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu. Erra berkata segala spekulasi mengenai rumah tangganya yang tersebar sejak dua tahun lalu kini sudah terjawab dengan penceraian tersebut.
Walaubagaimanapun, usaha kami untuk mendapatkan penjelasan tentang keretakan rumahtangga aktress jelita ini masih tidak berhasil kerana Erra enggan menjawab sebarang panggilan. |
| You are subscribed to email updates from Portal Hiburan OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan