Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Jamal Abdilah Dedah Wanita Cuba Ambil Kesempatan
- Erra Fazira Minta Jangan Tanya Punca Rumah Tangga Retak
- Intan Ladyana komited
- Datuk Shake Terpaksa Pulang Ke Perancis
- Amy Mastura Sedia Dikritik Jadi Hos ABPBH 2013
- 'Propaganza' Berakhir Ahad Ini
- Episod akhir Ariana Rose cecah 4.5 juta penonton
- Bekas isteri dakwa Jimmy tak mampu jaga anak
- Ibarat pesta air di lombong
- Kanak-kanak 5 tahun jadi wira
- Terima 40 'anak baharu'
- Jualan air tuak laris pada musim panas
- Ayam tidak sembelih?
- Jamal, Nas Adila tidak kekok
- Takdir jodoh Erra
- Hanez Suraya cari suami bukan kekasih
- Zainab dalam diri Nasha
- Awi Rafael gembira Hanez bakal berkahwin
- Air sungai bertukar jadi jingga selepas banjir
- Arnab liar kejar pelancong wanita di Pulau Okunoshima
- Penagih optimis mengubah diri
- MAM sokong terapi gantian metadon
- Barangan berjenama dipos dengan kapal
- Buku soal jawab pemakaian tudung
- Erra Fazira & Engku Emran Cerai, Suami Dapat Hak Penjagaan Anak
| Jamal Abdilah Dedah Wanita Cuba Ambil Kesempatan Posted: 18 Feb 2014 07:19 PM PST SHAH ALAM: Datuk Jamal Abdillah mendedahkan beliau telah didekati ramai wanita sejak dikurniakan pingat kebesaran, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Oktober 2013. Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 55, berkata, wanita yang ingin merapatinya dipercayai mempunyai niat yang tidak baik. "Ada lebih tujuh atau lapan orang yang ingin mengenali saya hanya dengan niat yang tidak baik. Sekilas ikan di air saya sudah tahu tujuan mereka. "Mereka bukan di kalangan artis tetapi orang biasa. Mereka ingin mengenali saya kerana nama, pangkat Datuk dan wang semata-mata," katanya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media mengenai persembahannya sempena Hari Ibu di N'Dah Mahligai, di sini, pada Selasa. Tambah Jamal, selepas gagal dalam tiga perkahwinan lalu, dia kini lebih berhati-hati untuk kembali membina rumah tangga. Jamal berkata dia enggan kecundang dan mengecewakan hati mana-mana wanita selepas kegagalan dalam rumah tangganya lalu. "Saya belum tergerak hati untuk berkahwin lagi, biarlah saya menjaga diri sendiri buat masa ini. "Pengajaran pada kegagalan perkahwinan lalu ialah ketika itu saya tidak layak untuk menjadi suami dan ketua rumah tangga. "Kalau saya ingin beristeri semula biarlah pilihan itu untuk kekal sehingga ke akhir hayat," katanya. Sementara itu, ditanya tentang gosip ingin hubungannya dengan penyanyi Nas Adila, 28, Jamal berkata, beliau tidak pernah mempunyai perasaan cinta terhadap wanita itu. Tambahnya, berita berkenaan hanya khabar angin apabila wanita itu sering memuat naik gambar mereka ketika berduet di beberapa persembahan pentas. "Kalau saya ada perasaan sudah lama saya kahwin dengan dia. Saya tidak tahu bagaimana boleh tersebar cerita ini. "Saya mengenali dia sudah lama sejak dia berumur 17 tahun lagi kerana sering mengambil dia sebagai rakan duet untuk mana-mana persembahan saya," katanya. Sementara itu, Jamal yang turut akan bergandingan dengan Nas Adilla untuk Majlis Hari Ibu pada 11 Mei depan berkata mereka akan beraksi secara profesional. Biarpun mengakui terkejut dengan pemilihan artis tersebut, namun Jamal menganggap ia sebagai satu strategi promosi daripada pihak penganjur. "Ini kali pertama kami bekerjasama selepas gosip tersebut namun sebagai artis saya perlu profesional," katanya. Mengenai persembahan pada Hari Ibu berkenaan, ia akan berlangsung di N'dah Mahligai Shah Alam bermula pukul 8 malam yang turut menampilkan Jihan (Raja Lawak) sebagai pengacara. Tiket bagi megikuti persembahan itu dijual dengan harga RM300, RM400 dan RM450. Orang ramai boleh menghubungi 03-55104187 atau 013-2764368 untuk maklumat lanjut. | |||
| Erra Fazira Minta Jangan Tanya Punca Rumah Tangga Retak Posted: 18 Feb 2014 07:18 PM PST SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi Erra Fazira meminta agar tidak lagi ditanya apakah punca keretakan rumah tangganya dengan Engku Emran sehingga membawa kepada perceraian mereka pada Selasa. Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, berkata, segala spekulasi mengenai rumah tangganya yang tersebar sejak dua tahun lalu telah terjawab dengan penceraian tersebut. "Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya," kata Erra ketika ditemui sejurus selesai kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Selasa. Erra dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, sah bercerai dengan talak satu kira-kira pukul 12.50 tengah hari Selasa yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain. Pelakon itu kelihatan tenang manakala Engku Emran sebak ketika melakukan lafaz tersebut. Dalam pada itu, Erra menegaskan penceraian berlaku secara baik atas persetujuan kedua-dua belah pihak selain mengambil kira kepentingan anak mereka, Engku Aleesya, yang kini berusia lima tahun. Jelas Erra, mereka telah berbincang dengan mendalam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah. "Penceraian ini adalah secara baik dan Alhamdulillah ia selesai tanpa sebarang masalah," katanya. Bagaimanapun, Erra enggan mengulas mengenai keputusan memberi hak penjagaan anak kepada bekas suaminya. Pasangan itu berkahwin pada 25 Oktober 2007. Keretakan hubungan pasangan itu mula mendapat perhatian sejak dua tahun lalu apabila Erra dan Engku Emran dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung selain lelaki itu dikatakan sudah berkahwin dengan wanita lain tetapi dinafikannya. Terdahulu Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata. | |||
| Posted: 18 Feb 2014 07:17 PM PST
Namun itu tidak menjadi penghalang buat aktres cantik, Intan Ladyana memberikan lakonan sepenuh jiwa dalam menjayakan projek terbaharunya menerusi drama Jika Itu Takdirku yang menggantikan drama popular, Ariana Rose dalam slot Akasia siaran TV3. Menurutnya, drama arahan Eoon Shuhaini itu memiliki kekuatan tersendiri dalam perjalanan ceritanya yang di luar jangkaan. "Saya akui memang sedikit risau kerana drama yang ditayangkan sebelum ini mendapat sambutan yang luar biasa. "Tapi dari segi positifnya, saya lihat drama ini memiliki kekuatan yang tersendiri yang pastinya akan menghiburkan penonton dan itulah antara sebab saya terima tawaran ini," katanya ketika ditemui pada lokasi penggambaran di Shah Alam, kelmarin. Pada masa yang sama, Intan mengingatkan penonton supaya tidak membanding-bandingkan drama terbitan MIG Production Sdn. Bhd itu dengan drama adaptasi sebelum ini. "Kalau drama-drama adaptasi novel ini memang mereka sudah ada pengikut yang tersendiri berlainan dengan drama ini sebab kami perlu bermula dari bawah. "Lagi satu apa yang merisaukan saya, bila ramai yang keliru tajuk drama ini seakan tajuk sebuah novel 'Andai Itu Takdirku'. Harap-harap mereka tidak akan tersalah," katanya. Selain Intan, barisan pelakon lain yang terlibat dalam drama tersebut adalah Shah Iskandar, Shukri Yahya, Nina Iskandar, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Azwan Kombos dan ramai lagi. Intan belum buat keputusan keluar MIG Mengulas lanjut mengenai perjalanan kariernya, Intan memaklumkan bahawa kontraknya bergelar artis naungan Metrowealth International Group (MIG) bakal tamat pada Jun ini. Intan bagaimanapun memberitahu masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu mengikut jejak langkah teman seperjuangannya, Yana Samsudin yang keluar dari syarikat penerbitan itu. "Jun ini genaplah lima tahun saya berada di bawah MIG. Buat masa ini kami masih belum membuat sebarang perbincangan. "Sebenarnya, saya sendiri pun belum memikirkannya. Kita tunggu sehingga Jun ini," katanya. Katanya, selama berada di bawah kelolaan syarikat penerbitan itu, dia tidak mengalami sebarang masalah malah bebas untuk terlibat dengan produksi luar. "Kebanyakan projek yang saya lakukan banyak daripada produksi luar dan boleh katakan dalam setahun saya cuma terlibat dua hingga tiga projek bersama MIG. "Berada di bawah MIG adalah zon selesa buat saya. Memandangkan saya seorang yang suka sesuatu yang baru, jadi saya cuba libatkan diri dengan produksi luar dan MIG sendiri tidak ada masalah," katanya. | |||
| Datuk Shake Terpaksa Pulang Ke Perancis Posted: 18 Feb 2014 07:16 PM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi popular tahun 1980-an Datuk Shake membuat keputusan untuk kembali menetap di Perancis selepas hampir dua tahun tinggal di negara ini. Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau mendapat pelbagai permintaan untuk dia kembali aktif dengan kerjaya muziknya di Perancis. "Keputusan itu juga dibuat untuk memberi anak-anak saya mengenali negara asal mereka dilahirkan kerana sebelum ini kami menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat selama 22 tahun. "Lagipun terdapat permintaan untuk saya kembali membuat persembahan dan album di sana. Jadi, ia adalah masa yang sesuai untuk saya berbuat demikian," katanya kepadamStar Online. Shake ditemui pada sidang media pelancaran muzik video lagu Umi dan konsert amal yang bakal diadakan di Stadium Petra Jaya, Sarawak pada 10 Mei depan bersempena Hari Ibu. Dalam pada itu, Shake berkata, dia tergerak hati untuk mengadakan konsert itu selepas mengikuti rombongan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang akhir tahun lalu. Shake berkata, perasaannya tersentuh apabila melihat golongan tidak bernasib baik tetap mereka masih mampu tersenyum walaupun ditimpa musibah dengan sumber makanan dan kemudahan terhad ketika itu. "Ia adalah antara pengalaman terbaik yang pernah saya lalui kerana mangsa-mangsa banjir tersebut tidak patah semangat dengan kejadian itu malah bersemangat untuk memulihkan keadaan. "Kehadiran saya di sana menggembirakan mereka malah mereka meminta saya menyanyikan beberapa buah lagu," katanya. Tambah Shake, konsert dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu memilih Kuching, Sarawak sebagai lokasi kerana beliau mempunyai pelbagai memori manis dengan masyarakat di negeri itu. "Selain Sarawak, konsert berkenaan kami rancang untuk diadakan di Johor, Kuala Lumpur dan beberapa negeri lain pada masa hadapan. "Hasil jualan tiket akan diserahkan kepada kementerian untuk disalurkan ke badan-badan memerlukan," katanya. Kata Shake lagi, atas dasar konsert bersempena Hari Ibu itu juga dia merakamkan semula lagu Umi dalam versi baharu khas buat peminatnya. Sementara itu, Shake berkata, persembahan itu nanti akan berlangsung selama dua jam dan menyaksikannya menyampai hampir 30 buah lagu popular selain beberapa kejutan lain. "Ini adalah antara persembahan terbesar bakal saya adakan dan saya tidak akan menghampakan semua penonton yang hadir nanti," ujarnya. Tiket dijual pada harga RM70 hingga RM500. | |||
| Amy Mastura Sedia Dikritik Jadi Hos ABPBH 2013 Posted: 18 Feb 2014 07:15 PM PST KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura sedia menerima kritikan apabila diumumkan sebagai pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) bersama Fara Fauzana. Ia bakal berlangsung pada 6 April depan di Arena of Stars Genting Highlands, Pahang. Amy atau nama penuhnya Amy Mastura Suhaimi, 42, berkata, kali terakhir dia mengacarakan acara besar adalah Anugerah Juara Lagu (AJL) 15 tahun lalu bersama Datuk Aznil Nawawi dan mengakui gementar untuk mengemudi program tersebut. "ABPBH adalah sebuah anugerah yang popular dan ditonton ramai dan sudah tentu saya gementar kerana sudah lama tidak mengacarakan program besar seperti anugerah itu. "Biarpun gementar tetapi saya sahut cabaran itu dan saya yakin dapat memberikan persembahan terbaik atas kepercayaan pihak penganjur kepada saya," katanya kepadamStar Online. Amy ditemui pada majlis pengumuman pengacara, penyampai trofi dan persembahan ABPBH 2013 di Hotel Royale Chulan di sini, Selasa. Bagaimanapun Fara tidak menghadirkan diri pada majlis pengumuman tersebut. Dalam perkembangan sama, Amy mengakui terkejut apabila pihak ABPBH ingin menggunakan khidmatnya sebagai pengacara acara itu. Ini kerana katanya, populariti dia sebagai artis tidak segah nama-nama besar lain dan pelawaan itu adalah satu penghormatan buatnya sebagai anak seni. "Terkejut apabila dipelawa untuk mengacarakan program ini tetapi saya sangat berbesar hati dapat bersama-sama memeriahkan majlis ini. "Peluang ini akan digunakan untuk bertemu rakan-rakan yang sudah lama tidak bertanya khabar," katanya. Dalam pada itu, ABPBH 2013 turut mengumumkan Awal Ashaari dan Didie Alias sebagai pengacara 'Karpet Merah' manakala pereka fesyen, Jovian Mandagie dan Nora Danish bertanggungjawab sebagai 'Pengkritik Fesyen' pada malam itu. Selain itu, nama-nama besar seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Fizz Fairuz, Hisyam Hamid, Irma Hasmie, Jasmin Hamid, Keith Foo, Mizz Nina, Lana Nordin dan Norish Karman dijemput sebagai penyampai trofi. Manakala persembahan pada malam itu akan diserikan oleh Adira, Alyah, Black, Forteen, En. Mimpi, Liza Hanim, Nomad, Nora dan Siti Sarah. Persembahan mereka akan diiringi oleh pengarah muzik, Datuk Ramli MS. Sementara itu, pada acara sama, turut diserikan dengan pertunjukan fesyen berkonsepkan 'Magis Alam' dan diiringi oleh persembahan dari Hyperact. ABPBH 2013 bakal disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam. | |||
| 'Propaganza' Berakhir Ahad Ini Posted: 18 Feb 2014 06:57 PM PST BANGI: Penerbit rancangan hiburan Propaganza Wan Atiya Wan Ibrahim, 26, berkata program berkenaan akan tamat pada Ahad ini bagi musim ketiga. Ia bersiaran pada setiap Ahad pukul 12 tengah hari di Astro Ria. Wan Atiya berkata, rancangan tersebut akan berehat buat sementara waktu sebelum disambung semula bagi musim seterusnya. "Ahad ini merupakan episod terakhir untuk musim ini yang mana kita sudah bersiaran selama 26 episod secara keseluruhannya. "Bagi musim baru pula masih belum ditentukan lagi kerana kita perlu menunggu kontrak daripada pihak Astro kerana ia adalah kerjasama antara KRU Studio dengan Astro Ria," katanya kepada mStar Online . Rancangan hiburan Propaganza telah bersiaran bagi musim ketiga bermula pada Oktober 2013 yang menampilkan Marsha Milan Londoh dan Johan Raja Lawak sebagai pengacara. Tambah Wan Atiya, mengikut rating pada musim ketiga ini menyaksikan ia lebih tinggi berbanding musim pertama dan kedua. Katanya, sebagai sebuah rancangan hiburan berbentuk majalah yang baharu, ia satu pencapaian yang sangat membanggakan. "Pihak Astro berpuas hati dengan rating kami yang mencapai hampir 230,000 setiap episod. "Selain memberi informasi terkini tentang dunia hiburan, gandingan pengacara Johan dan Marsha turut menjadi daya penarik," katanya. Dalam pada itu, Wan Atiya turut menafikan dakwaan kontrak program itu tidak akan disambung. | |||
| Episod akhir Ariana Rose cecah 4.5 juta penonton Posted: 18 Feb 2014 06:51 PM PST
Malah drama itu turut mendapat sambutan luar biasa di laman-laman sosial. Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, Ariana Rose terbukti menjadi drama pilihan nombor satu dengan kadar tontonan yang begitu tinggi. "Sekali lagi, Ariana Rose terbukti sebagai drama pilihan nombor satu dengan kadar tontonan yang tinggi dan juga 'trending' di laman sosial setiap kali bersiaran. "Malahan, tayangan eksklusif Ariana Rose bersempena dengan sesi jelajah Drama Festival Kuala Lumpur pada 11 Februari telah diraikan lebih daripada 5,000 peminat yang enggan melepaskan peluang untuk bertemu dengan bintang pujaan mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Drama yang diadaptasi dari novel 'The Wedding Breaker' mendapat sentuhan pengarah berkaliber, Raja Alauddin Shah. Drama bersiri 28 episod itu dibintangi pelakon-pelakon popular seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee, Tasha Shilla, Datuk Jalaluddin Hassan, Ziela Jalil, Mustapha Kamal, Liza Abdullah dan ramai lagi. | |||
| Bekas isteri dakwa Jimmy tak mampu jaga anak Posted: 18 Feb 2014 06:50 PM PST
Nur Suhaila Eliani berkata, keadaan anak mereka, Zahra Rania Shanley, 3, yang masih kecil menjadikan hak bermalam tidak sesuai diberikan kepada bekas suaminya. "Jadi, saya bimbang tanpa bantuan orang lain, defendan tidak mampu menjaga anak dengan baik," katanya. Selain itu, wanita itu turut bimbang anaknya trauma jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, selain terpaksa berjauhan dengannya. Dalam afidavit keterangannya, Nur Suhaila Eliani memberitahu mahkamah, anaknya turut mengidap penyakit Bronchiolitis iaitu penyakit yang menyebabkannya demam, batuk, selesema dan sesak nafas. "Dia pernah dimasukkan ke hospital gara- gara penyakit yang dihadapi sejak Oktober 2012," katanya. Nur Suhaila Eliani turut mempersoalkan cara bekas suaminya meluangkan masa memandangkan lelaki itu bekerja di stesen radio UFM pada setiap Rabu dan Khamis. "Defendan memulakan kerjanya bermula jam 6 sehingga 10 pagi, jadi adalah mustahil dia dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak kami. Bagaimanapun, Nur Suhaila Eliani tidak menafikan hak Jimmy Shanley atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 34, melawat dan bersama- sama anak mereka pada masa yang dipersetujui iaitu 10 pagi sehingga 6 petang. "Saya percaya ia tidak menjadi masalah kepadanya kerana jarak rumah kami adalah sekitar 45 minit sahaja," katanya. Nur Suhaila Eliani berkata, masa yang sesuai untuk bermalam apabila anak ini sudah berumur tujuh tahun. "Ini kerana dia sudah pandai berkomunikasi dan berdikari serta pandai menjaga kebersihan dirinya," katanya. Prosiding dijalankan di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Mawardi Che Mat ditangguh sehingga 21 Mei depan. | |||
| Posted: 18 Feb 2014 06:33 PM PST
Berkata lanjut, ramai bukan hanya dirinya yang datang mengambil air di lombong, malah penduduk lain juga melakukan hal yang sama sehingga menjadikan pemandangan di kawasan lombong ini seperti pesta air pada setiap kali hujung minggu kerana ramai datang membawa tong air masing-masing dengan pelbagai saiz dan bentuk. Menurutnya, dia yang mengangkut air sebanyak dua tong setiap kali datang mengambil air dari lombong berkenaan tidak mempedulikan rasa penat, kerana air sememamgnya keperluan yang tidak boleh tiada dalam urusan seharian. "Hari ni pakcik datang ambil air untuk keluarga basuh pakaian dan mandi. Bukan semata-mata untuk keperluan minum atau masak semata-mata. Malah, rakan-rakan yang turut datang ambil air di sini pun masing-masing dengan tujuan sama. Tapi, kat sini kena tunggu giliran untuk ambil (air)," katanya sambil memberitahu ramai yang datang mengambil air melebihi dari tiga tong. "Keadaan ini (krisis air) bukan sahaja menyusahkan penduduk, tapi seolah-olah sengaja dibiarkan masalah berlarutan," katanya. Bagi Tukiran Marsan, 50, berkata, dia sendiri sudah 11 hari mengangkut air dari lombong tersebut selepas pihak Syabas tidak membenarkan penduduk mengambil air di pili air berhampiran jalan besar. Katanya, sejak itu, terpaksalah dia datang ke lombong berkenaan untuk mendapatkan bekalan air. "Paling tidak pun saya dapat bantu rakan-rakan yang uzur angkat tong untuk diletakkan ke atas motosikal mereka. Tapi, sampai bila kami perlu mengangkut air dari lombong setiap hari, memandangkan agihan air Syabas masih tidak mencukupi. "Pakcik sendiri sedih apabila tong-tong diletakkan di hadapan rumah masih tidak berisi. Sejak itulah pakcik datang ke sini ambil air. Sekurang-kurangnya, dapat juga keluarga basuh pakaian yang telah berlonggok lama," katanya. Bagi seorang pekerja swasta, Siti Nurani Salam, 26, berkata, dia yang terpaksa mengambil air sendiri setiap hari menggunakan motosikal. Katanya, dia sudah biasa apabila mahukan bekalan air untuk aktiviti seharian seperti membasuh dan mandi. "Jika tak ambil di sini di mana lagi nak ambil. Jadi saya harap, kawasan ini tak ditutup, kerana ia beri manfaat kepada penduduk," katanya. Tinjauan Sinar Harian mendapati penduduk tidak putus-putus datang mengambil air di lokasi berkenaan semata-mata untuk menyimpan bekalan air di rumah. | |||
| Posted: 18 Feb 2014 06:25 PM PST
Dalam kejadian sekitar jam 3.15 petang itu turut memusnahkan hampir keseluruhan rumah milik Abdul Halim Ponggulin Abdullah, 41, dan pasangannya Nora Taha, 31. Difahamkan, anak lelaki sulung pasangan berkenaan, Haris, telah mengesan api yang bermula dari bilik tengah rumah itu dan bertindak pantas mengejutkan ibu serta adiknya, Hakim, 3, sambil menjerit meminta tolong. Ketika kejadian, Abdul Halim yang juga saudara baru itu tiada di rumah kerana keluar melihat bubu ikan yang dipasang di sekitar pantai Penyabong. Menurut Nora, sebaik dikejutkan anak sulungnya itu dan memberitahu bahawa bilik di bahagian tengah rumah terbakar, dia terus bergegas keluar menyelamatkan kedua anak lelakinya. "Mujur tindakan pantas Haris mengejutkan saya sebaik terhidu bau asap berjaya menyelamatkan kami sekeluarga. Saya juga cuba menyelamatkan barang serta dokumen penting yang lain namun hanya sebiji tong gas dan injin bot berjaya diselamatkan, manakala peralatan lain semua hangus terbakar. "Saya tidak mampu berbuat apa-apa, tambahan pula api marak dengan cepat pada masa itu dan saya hanya mampu menangis mengenangkan nasib menimpa kami," katanya kepada Sinar Harian. Nora berkata, ketiadaan suaminya ketika kejadian menyebabkan dirinya buntu manakala jiran yang cuba membantu tidak berjaya mengawal api daripada memusnahkan rumah. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Pegawai Bomba Kanan 1, Sulong Khaled, berkata sebaik menerima panggilan kecemasan, sebuah jentera dengan lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran. "Sebaik tiba, api sudah mula marak dan sebahagian besar rumah sudah terbakar, namun kami berjaya mengawal api dari merebak dalam masa 15 minit sebelum berjaya memadamkan keseluruhan kebakaran kira-kira 85 minit kemudian," katanya. Beliau berkata, punca dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan. | |||
| Posted: 18 Feb 2014 06:21 PM PST
Malah, projek dibangunkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) itu sehingga kini telah melahirkan kira-kira 40 ekor anak biri-biri. Ketua peserta, Mahasan Muhammad, 48, berkata, kelahiran anak biri-biri itu memberi erti kepada peserta terlibat apatah lagi mereka yang terpilih menyertai projek itu bagaikan mendapat lembaran baharu dalam hidup. Menurutnya, Projek Agropolitan Besut-Setiu mempunyai 94 peserta yang dipilih daripada senarai e-Kasih bagi membantu mereka dari keluarga miskin meningkatkan taraf ekonomi hidup. "Biri-biri dorper yang diternak sejak Jun tahun lalu telah pun lahirkan anak pertengahan Disember lalu dan jumlahnya semakin bertambah menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 40 ekor anak. "Terpilih sebagai peserta di sini sebenarnya titik permulaan kepada kami untuk mengubah kehidupan ke arah lebih selesa kerana projek ini membantu kami meningkatkan pendapatan masing-masing," katanya ketika ditemui, di sini. Projek Agropolitan Besut-Setiu dilaksanakan atas tanah seluas 236 hektar merangkumi penempatan peserta, kemudahan asas, kawasan penanaman rumput Napier, kawasan ragut dan kandang bagi 4,680 ternakan (setakat September 2013). Projek berkenaan merupakan yang ketiga diperkenalkan ECER selepas projek Agropolitan Pekan di Pahang dan Agropolitan Kelantan Selatan di Gua Musang bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat serta menjana perkembangan ekonomi setempat. Difahamkan, peserta yang dahulunya bekerja sebagai petani dan nelayan dengan pendapatan tidak menentu sekitar RM350 hingga RM500 sebulan, kini mampu meraih sehingga RM1,200 sebulan hasil menyertai projek berkenaan. | |||
| Jualan air tuak laris pada musim panas Posted: 18 Feb 2014 06:18 PM PST
Abdullah Omar, 75, berkata, cuaca panas terik sejak akhir-akhir ini menyebabkan air tuak menjadi pilihan utama penggemar minuman tradisi rakyat Kelantan itu sebagai penghilang dahaga kerana aroma dan rasanya enak. "Bahkan permintaan air tuak pakcik ini pada musim panas ini laris seperti di bulan Ramadan sehingga pakcik tidak menang tangan mengumpul air tuak dari 80 pokok kelapa wangi yang ditanam lima tahun lalu," katanya. Abdullah berkata, jualan air tuaknya bukan bermusim untuk bulan puasa sahaja, sebaliknya dia menjualnya sepanjang masa walaupun pada musim hujan. Menceritakan bagaimana dia terlibat dalam perusahaan air tuak di usia emas ini, Abdullah berkata, ia bermula apabila perniagaan keropok lekornya merosot berikutan kenaikan kos bahan mentah. "Kebetulan pakcik ada tanah pusaka di Kampung Jubakar Pantai seluas setengah ekar, jadi pakcik terfikir untuk menanam pokok kelapa wangi. "Usaha pakcik membuahkan hasil kerana selepas tiga tahun, pokok kelapa ini membawa rezeki kepada pakcik, selain dijual sebagai kelapa muda, mayangnya juga boleh hasilkan tuak," katanya yang mempunyai tujuh anak, dari Kampung Dalam Rhu, di sini. Menurutnya, kebun kelapa berhampiran jalan utama memberi kelebihan buatnya apabila jualan air tuaknya di tepi jalan diketahui ramai. "Musim kemarau ini pakcik dapat jual air tuak sekitar 50 botol sehari. Setiap satu botol berisi 500 mililiter dengan harga RM3 sebotol. "Bagaimanapun kalau diusahakan 80 pokok tersebut, mungkin lebih air tuak dapat dikutip tetapi disebabkan pakcik sudah agak uzur, pakcik kutip setakat mampu sahaja, itu pun pada pokok kelapa yang rendah," katanya. Bagaimanapun katanya, anak bongsunya, Zuhairi, 33, banyak membantu mengutip air tuak pada waktu petang selepas waktu bekerja sebagai kerani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan. | |||
| Posted: 18 Feb 2014 05:46 PM PST
Menurutnya, dia telah pergi ke pasar raya itu kira-kira jam 11 malam untuk membeli ayam. "Sampai di rumah, isteri membasuh dan memotong ayam ini. Bagaimanapun isteri terkejut apabila mendapati tidak ada kesan sembelih di leher ayam itu. "Saya kemudiannya pergi semula ke pasar raya terlibat untuk mendapatkan keterangan tentang masalah ini bagaimanapun ia sudah ditutup," katanya. Tidak puas hati dengan kecuaian dilakukan oleh pasar raya terlibat, Mohd Bakri telah membuat laporan polis dan memanjangkan masalah ini ke Tribunal Pengguna. Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim ketika dihubungi meminta Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) membuat pemeriksaan mengejut terhadap pembekal ayam ke pasar raya terlibat supaya ia tidak bertentangan dengan Islam. "Ini merupakan satu kecuaian yang tidak seharusnya berlaku. Menjual daging ayam tanpa disembelih dengan sempurna bukan satu masalah kecil. "Saya meminta mangsa membuat laporan polis dan kemudiannya membuat aduan dengan Persatuan Pengguna," katanya. Katanya, dia turut meminta mangsa bekerjasama PADK untuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap pasar raya terlibat untuk memastikan masalah ini tidak berulang di masa hadapan. "Dari tinjauan dibuat mendapati kebanyakan pasar raya hari ini menggunakan tenaga kerja pendatang asing, ada dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam," katanya. | |||
| Posted: 18 Feb 2014 05:43 PM PST
SEKITAR bulan November tahun lalu, timbul desas-desus menyatakan Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah telah merancang untuk melamar penyanyi kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia 7, Nas Adila. Bagaimanapun, gosip itu telah ditepis oleh kedua-dua penyanyi itu dan menyifatkan perkara itu sekadar khabar angin. Sempena majlis makan malam Raikan Hari Ibu bersama Datuk Jamal Abdillah pada 11 Mei nanti, kedua-dua penyanyi itu dijadualkan bakal berkongsi pentas sekali lagi. Tidak risau dengan andaian yang akan timbul usai keputusan yang dibuat oleh mereka untuk kembali bergandingan, kata Jamal, dia selesa untuk membuat persembahan nyanyian dengan sesiapa saja termasuk Nas Adila. "Secara profesionalnya, saya selesa dengan sesiapa, tapi saya terkejut apabila penganjur memilih Nas Adila untuk berkongsi pentas dengan saya memandangkan beberapa insiden sebelum ini. "Tapi sekiranya pilihan untuk menggandingkan kami berdua adalah satu rangka promosi yang mampu melariskan jualan tiket, saya rasa ia berkesan," katanya yang ditemui di Dewan N'Dah Mahligai, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Panaskan gosip Ditanya adakah situasi berganding bersama Nas Adila akan memanaskan kembali cerita hangat sebelum ini, Jamal tidak khuatir memandangkan perkara yang digembar-gemburkan sebelum ini tidak sahih. "Saya tiada rasa apa-apa dan lebih baik saya ketepikan isu peribadi. Ini satu tuntutan saya sebagai seorang penyanyi malah, sebelum keluar gosip mengarut itu pun kami sudah banyak kali berkongsi pentas sejak dia berusia 17 tahun lagi. "Saya mempunyai hak untuk tidak mengulas lebih lanjut berhubung isu saya melamar Nas Adila sebelum ini. Saya selesa sebagai diri dan status saya sekarang dan belum ada perasaan untuk berkahwin dalam masa terdekat," ujarnya. Selepas 10 tahun memangku status duda apabila tiga perkahwinannya sebelum ini bersama Basariah Latif, Intan Nur Aina dan Fatimatuzahra Samat musnah, Jamal tidak meletakkan sebarang harapan terhadap situasi yang membabitkannya dengan Nas Adila.
"Daripada pengalaman sebelum ini saya rasa saya tidak layak untuk menjadi ketua keluarga yang lengkap apatah lagi bergelar suami. Tanggungjawab itu besar untuk dipikul. "Saya juga tidak meletakkan sebarang harapan. Apa yang saya lalui hanya saya yang tahu dan saya percaya Nas Adila seorang artis yang memahami," katanya. Nas kagumi Jamal Dalam pada itu, tidak terusik dengan gosip sebelum ini, tegas Nas Adila atau nama sebenarnya Nas Adila Mohd. Dan, 27, dia enggan memanjangkan cerita. "Saya tidak nafi atau tidak mengiyakan tapi saya tidak mahu komen lebih-lebih. Saya tidak kisah kalau dikaitkan lagi tapi saya melakukannya atas dasar kerja. "Ini kali pertama kami kembali menyanyi bersama selepas timbul gosip itu. Perkara yang lepas biarlah lepas, sebab khuatir nanti nampak saya pula yang berlebih-lebih. "Tidak mengapa andai gosip itu dipanaskan semula asalkan tidak menjatuhkan maruah saya sebagai seorang wanita. Mungkin gosip itu timbul pun daripada peminat yang terlalu taksub dan mahukan kami bersama," ujarnya. Nas Adila turut menafikan situasi yang membabitkannya dengan Jamal sebelum ini atas niat untuk dia menumpang populariti penyanyi itu. "Saya minat dengan suara Jamal dan perlu fikir panjang untuk menjadi teman hidup dia. Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana saya tidak mahu dituduh cuba menumpang popularitinya," jelas Nas Adila lagi. Nas Adila dan Jamal pernah membuat persembahan bersama di Seremban, Negeri Sembilan sebelum bergandingan sekali lagi sempena Konsert Ekstravaganza di Istana Budaya dan sebuah persembahan di Terengganu tahun lalu. Sementara itu, sempena majlis makan malam Raikan Hari Ibu bersama Datuk Jamal Abdillah, Jamal akan mempersembahkan rangkaian lagu hit antaranya Kekasih Awal dan Akhir, Penghujung Rindu, Gadis Melayu, Azura dan Penawar Kasih. Nas Adila pula akan menyanyikan tiga buah lagu termasuk sebuah lagu duet bersama Jamal sementara Jihan Raja Lawak dilantik selaku pengacara. Majlis tersebut akan diadakan pada 11 Mei 2014 di Dewan N'Dah Mahligai, Seksyen 14, Shah Alam Selangor dan terhad kepada 400 tetamu sahaja. Maklumat lanjut hubungi 03-5510 4187. | |||
| Posted: 18 Feb 2014 05:42 PM PST
SEMALAM peminat seni tanah air dikejutkan dengan berita penceraian primadona filem Melayu, Erra Fazira, 40, dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39. Mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor. Mereka bercerai secara baik selepas tujuh tahun berkahwin dan bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak tunggal mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Emran. Dalam pertemuan dengan media di pekarangan mahkamah, Erra mengulas ringkas tentang takdir jodohnya bersama Emran yang tidak berpanjangan. "Kami telah berbincang tentang perpisahan ini sebelum ini. Saya bersyukur kerana penceraian ini berlaku secara baik. Selepas ini saya akan lebih fokus kepada karier," ujarnya ringkas. Erra kemudian meminta jasa baik pihak media agar tidak terus mendesak dan mengasaknya dengan persoalan tentang penceraian tersebut. Pintanya yang telah setahun tidak sebumbung dengan Emran sebelum bercerai: "Saya minta tinggalkan saya (bertanya tentang hal penceraian) supaya hidup saya jadi lebih aman." Ironi, berita penceraian itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sejak tahun 2009, cerita tentang pergolakan rumah tangga mereka sudah mula disiarkan di dada akhbar. Kosmo! mengimbas ke belakang rentetan berita tentang rumah tangga bekas ratu cantik Malaysia ini. Pada tahun 2009 ketika pihak media mula kecoh kononnya rumah tangganya retak kerana orang ketiga, Erra menafikannya. "Terus-terang, tidak ada pergolakan dalam rumah tangga saya. Saya pun tidak pernah mendengar berita pasal wujudnya pihak ketiga antara kami. "Namun, saya tidak mahu cepat melatah. Gosip seperti ini asam garam dalam kehidupan seseorang artis dan saya sudah bersiap sedia," katanya. Sejak itu, hampir setiap tahun ada sahaja berita tentang kemelut rumah tangganya sehingga pernah timbul gosip kononnya Emran sudah berkahwin lain. Sabar dengan segala berita tentang rumah tangganya, ini jawapan yang diberikan Erra dalam temu bual pada November 2010. ENGKU EMRAN melepaskan Erra Fazira dengan talak satu. Dia bagaimanapun 'lari' sebaik proses penceraian tersebut selesai. "Saya rasa ada dua kemungkinan mengapa orang itu menyebarkan cerita palsu ini. Satu, mungkin kerana dia terlalu kreatif sehingga mendapat idea untuk mereka cerita itu, dan satu lagi sebab mungkin kerana dia terlalu membenci saya. "Maklumlah, dalam dunia ini bukan semua orang akan suka dengan kita. Lebih-lebih lagi kalau terlibat dalam dunia hiburan. Pasti ada yang suka dan pasti ada yang tidak suka," ujar Erra. Dalam masa yang sama, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik juga menolak pendapat yang mengatakan tindakannya yang jarang membawa suami ke acara yang dihadiri adalah punca kepada gosip itu tersebar. "Saya memang tidak suka membawa suami ke majlis-majlis yang perlu saya hadiri. Ini kerana, saya pergi atas dasar bekerja. Saya senang bekerja sendiri. Bukan sebab rumah tangga kami bergolak. Jadi, jangan salah sangka," jelas Erra. Kemudian pada Jun 2012, Erra menyangkal khabar angin mereka mendapatkan khidmat kaunseling bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga. "Macam-macam cerita orang bercakap mengenai perihal rumah tangga saya dan seolah-olah mereka lebih mengetahui apa yang berlaku berbanding diri saya sendiri. "Jadi langkah yang lebih baik adalah untuk menutup mulut daripada banyak berkata-kata dan membiarkan apa sahaja kata-kata orang kerana saya tidak berdaya untuk menutup mulut mereka," balasnya. Tidak lama selepas itu pada Mac 2013, tersebar cerita kononnya Erra dan Emran akan ke mahkamah syariah pada bulan April. Bagaimanapun, Erra yang dihubungi ketika itu menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan pihaknya tidak tahu menahu tentang perkara itu. Disember tahun lalu, apabila pihak media menyoalnya tentang rumah tangga, jawapan yang diberikan ibarat memberi isyarat awal tentang apa yang bakal berlaku. "Saya akan beritahu apabila sampai masanya. Doakan yang terbaik untuk saya," tutur Erra. Kini, ikatan murni tersebut terlerai juga akhirnya. Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra terlebih dahulu berkahwin dengan pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003 dan bercerai tiga tahun kemudian. | |||
| Hanez Suraya cari suami bukan kekasih Posted: 18 Feb 2014 05:41 PM PST
BERITA pelakon jelita, Hanez Suraya, 29, bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini bersama seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini agak mengejutkan banyak pihak. Tiada angin, tiada ribut, bekas kekasih penyanyi Awi Rafael itu tiba-tiba sahaja mahu berkahwin. Hanez yang dihubungi Kosmo! tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya bakal bergelar isteri. Bagaimanapun, Hanez masih lagi merahsiakan identiti bakal suami, tarikh dan lokasi pernikahan kerana semuanya masih dalam peringkat perancangan. Tegas Hanez, dia ada sebab untuk terus berkahwin dan tidak bertunang seperti orang lain. Ikuti temu bual Kosmo! selanjut bersama Hanez. Kosmo!: Kenapakah tiba-tiba sahaja terbuka hati Hanez untuk berkahwin? HANEZ: Sebelum ini, apabila sudah kecewa bercinta saya tidak fikir soal perkahwinan. Apabila kenal seseorang yang jujur dan ikhlas untuk memperisterikan saya, buat apa tunggu. Jika saya tolak, bila lagi saya akan berkahwin. Jika saya minta dia tunggu, sampai bila dia sanggup tunggu. Mungkin sudah sampai jodoh. Apakah keistimewaan bakal suami sehingga Hanez menerima lamarannya? Kami kenal sejak hujung tahun lalu, tidaklah terlalu lama. Saya tidak kisah andai bakal suami saya orang yang sederhana kerana saya juga bukan datang daripada keluarga kaya raya. Terus-terang saya katakan sebelum mengenali bakal suami, saya memang mencari lelaki untuk dijadikan suami, bukannya kekasih untuk mengisi kesunyian. Bakal suami saya juga begitu. Dia kata, dia sudah ada semua benda kecuali isteri. Melihat keserasian dan kesungguhan nya itu membuatkan saya setuju. Adakah Hanez sengaja memilih orang di luar industri seni untuk dijadikan suami selepas kecewa bercinta dengan artis? Saya akui pengalaman lalu banyak mengajar saya. Bukan mahu memburukkan orang lain tetapi jika bekerja dalam industri yang sama, masa untuk berjumpa sangat terhad. Lebih baik saya cari orang di luar industri, andai bakal suami suruh saya berhenti berlakon saya akan ikut tetapi semuanya boleh dibincang dengan baik.
Mengapakah Hanez merahsiakan identiti bakal suami dan tarikh pernikahan? Bakal suami bukan orang dalam industri seni, jadi tidak perlu untuk saya kenalkan sehingga dia sah menjadi suami saya. Begitu juga dengan tarikh nikah. Bukan apa, saya bimbang jika dihebahkan terlalu awal majlis tidak menjadi seperti dirancang. Majlis risik dan bertunang jika berlaku, hanya untuk keluarga, tetapi majlis nikah saya akan beritahu dan jemput semua orang termasuk pihak media. Bagi saya, perkara baik buat apa saya sorok. Apa yang pasti, saya akan berkahwin pada tahun ini juga. Adakah Hanez ingin berkahwin dalam tahun ini juga kerana mengejar sasaran untuk berkahwin sebelum ini 30 tahun? Sejujurnya, saya pernah letak sasaran untuk kahwin sebelum 30 tahun tetapi selepas putus cinta saya tidak fikirkan perkara itu. Saya serahkan semuanya kepada takdir. Saya percaya apabila terlalu mengharap dan mencari, cinta itu tidak akan akan datang. Namun apabila saya tidak cari, cinta itu datang dengan sendirinya tanpa saya sangka. Mengapakah Hanez enggan mengadakan majlis pertunangan? Bagi saya, bertunang itu sekadar adat, lainlah kalau saya tidak kenal siapa bakal suami. Kalau boleh saya mahu adakan satu majlis sahaja. Jimat masa dan kos. Idea saya memang ringkas, tetapi sebagai anak sulung, pastinya keluarga ingin lihat saya bertunang. Jika bertunang, mungkin sekadar cukup syarat sahaja dan diadakan sekali gus dengan majlis merisik. Bagaimanakah dengan persiapan perkahwinan? Sepatutnya sudah mula cari apa yang patut terutama lokasi pernikahan dan resepsi. Masalahnya, kami berdua sangat sibuk, jadi saya baru sahaja mula buat apa yang patut. Saya harap peminat dan masyarakat doakan majlis perkahwinan saya berjalan dengan lancar. | |||
| Posted: 18 Feb 2014 05:39 PM PST PADA tahun 2006, pelakon cantik, Nasha Aziz pernah membuat kemunculan sulung di pentas teater apabila dipilih untuk membintangi teater arahan Rosminah Tahir berjudul Lantai T. Pinkie. Sejak itu, dia tidak pernah lagi terbabit dengan pementasan teater. Setelah lapan tahun berlalu, dia kini akan membuat kemunculan semula dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah. Memandangkan jarak yang agak panjang antara kedua-dua teater berkenaan, pasti ada sesuatu yang menarik perhatian Nasha untuk membintangi teater tersebut. Adakah kerana teater ini diadpatasi daripada karya ulama dan novelis terkenal, Allahyarham Prof. Dr. Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka itu? "Bukan tidak pernah mendapat tawaran berlakon teater selepas Lantai T. Pinkie dahulu. Cuma, tiada sebarang tawaran yang mampu membuatkan saya betul-betul 'jatuh cinta' untuk menerimanya sehingga ditawarkan berlakon dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah. "Meskipun pernah menolak beberapa tawaran yang diberikan saya tetap memberikan sokongan kepada dunia teater dan kalau ada kelapangan saya akan pergi menontonnya," jelas Nasha ketika ditemui semasa majlis pelancaran teater berkenaan di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain Nasha, antara barisan pelakon lain yang turut menjadi pilihan IB dan Rosminah seperti Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Dafi, Liza Abdullah dan Zila Bakarin. Mengakui sangat rindu untuk berlakon teater setelah tidak beraksi dalam tempoh yang lama, Nasha menyatakan dia selesa bekerja dengan Rosminah yang sudah dianggapnya sebagai seorang kakak. "Saya tahu berlakon teater memberikan satu cabaran yang cukup berbeza berbanding filem atau drama. Bagaimanapun, suasana bekerja dengan orang-orang teater serta merasai pengalaman berkampung di Istana Budaya dahulu merupakan satu pengalaman yang sangat berharga.
"Memandangkan saya merupakan individu yang tidak gemar membuat beberapa pekerjaan dalam satu masa, jadi saya telah menolak tawaran berlakon yang lain semata-mata mahu terbabit dengan teater ini," ujarnya yang memegang watak sebagai Zainab. Menceritakan tentang pembabitannya dalam teater berkenaan, antara faktor yang membuatkan dia berminat kerana cukup tertarik dengan cerita yang ditampilkan iaitu dekat dengan kehidupan peribadinya. Menurut pemilik nama sebenar Noraishah Abdul Aziz itu, biarpun ramai yang melihat dirinya sebagai seorang wanita moden, namun dia mempunyai prinsip yang sangat tegas terutamanya berkaitan cinta. "Zainab terpaksa mengorbankan cintanya terhadap Hamid disebabkan adat. Saya merasakan kisah yang dihadapi oleh Zainab itu tidak terlalu jauh dengan realiti kehidupan sebenar yang saya lalui sebelum ini. "Sebenarnya, saya seorang yang cukup konservatif dalam bercinta. Saya tidak akan melakukan sesuatu perkara yang disuruh oleh pasangan sekiranya melanggar prinsip sebagai wanita Islam dan lebih rela mengorbankan cinta saya itu," luahya. Apabila ditanya tentang kisah cintanya pula, Nasha yang mengambil pendekatan untuk tidak mahu mengulas panjang memberitahu, ketika ini dia sedang menantikan cinta seorang lelaki yang sejati dan ikhlas. "Kalau ditanya tentang ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan saya, masalah paling utama ialah ciri-ciri tersebut dimiliki oleh lelaki yang sudah bergelar suami orang," ujarnya ringkas. Perniagaan Memandangkan wajahnya sekarang ini agak kurang kelihatan sama ada di layar perak atau kaca televisyen, Nasha ditanya tentang aktiviti yang dilakukan sekiranya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran drama atau filem. Menurut Nasha, sekiranya jadual hariannya tidak padat dengan aktiviti seni, dia akan memberi lebih tumpuan terhadap perniagaan yang sedang diusahakannya ketika ini. "Sebenarnya ketika ini saya ada memiliki tiga perniagaan yang membabitkan korporat, kecantikan serta sebuah perniagaan lagi yang ada berkaitan dengan dunia seni. "Memang tidak ramai yang mengetahui tentang perniagaan yang diusahakan dan saya pun tidak bercerita sangat mengenainya kerana merasakan perniagaan saya itu tidak memerlukan sebarang publisiti," jelasnya yang terus merahsiakan perniagaan yang diusahakannya itu. Berkenaan dengan aktiviti lakonannya pula, dia memberitahu ingin memberi sepenuh komitmen terhadap teater Di Bawah Lindungan Kaabah terlebih dahulu dan akan kembali berlakon semula setelah selesai pementasan teater berkenaan.
Kontroversi Selain Nasha, seorang lagi pelakon yang turut menjadi pilihan untuk berlakon dalam pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah ialah Adi Putra yang membawakan watak sebagai Hamid. Menurut Adi, dia mengakui akan ada segelintir pihak yang akan mengaitkan pembabitannya dalam teater berbentuk keagamaan itu dengan kontroversi yang pernah dihadapinya sebelum ini. "Saya lagi suka kalau ada yang mengaitkan kontroversi saya itu kerana ia merupakan satu publisiti untuk pementasan teater ini. Lagipun saya sudah menerima tawaran daripada Rosminah sejak bulan November tahun lalu. "Tidak kisah apa yang orang hendak kata kerana saya menganggap segala yang berlaku itu ada hikmahnya. Walaupun berhadapan dengan kontroversi, rezeki saya dalam bidang lakonan semakin bertambah," luahnya dengan penuh keyakinan. Cerita Adi mengenai wataknya sebagai Hamid dalam teater berkenaan, pelakon berasal dari Singapura itu menyatakan ia akan memberi satu cabaran tersendiri apabila melakonkan watak seorang lelaki warak. Bagaimanapun, dia sesekali tidak akan menonton naskhah novel tersebut yang pernah diadaptasi ke dalam filem sebelum ini kerana tidak mahu terlalu terikut-ikut dan ingin tampil dengan cara lakonan yang tersendiri. "Bagi saya, membawakan watak sebagai seorang lelaki gengster lebih mudah rasanya berbanding watak lelaki warak. Agak risau juga kalau mendapat kritikan sekiranya gagal membawakan watak Hamid dengan berkesan, tetapi saya berusaha untuk memberikan yang terbaik," ujarnya. | |||
| Awi Rafael gembira Hanez bakal berkahwin Posted: 18 Feb 2014 05:37 PM PST
BARU-BARU ini kecoh mengenai berita pelakon Hanez Suraya yang bakal berkahwin pada tahun ini dengan seorang ahli perniagaan berusia 34 tahun. Walaupun tidak mendedahkan gerangan bakal suami dan tarikh perkahwinannya, pelakon berusia 29 tahun itu mengakui dia kini sudah bersedia untuk bergelar isteri. Selain mendapatkan penjelasan lanjut daripada Hanez sendiri berhubung perkara tersebut, Kosmo! yang kebetulan bertemu dengan bekas kekasih Hanez, Awi Rafael pada majlis sambutan Propaganza Wrap Party di Hotel Residence Bangi, Selangor turut meminta komen daripada penyanyi kelahiran Singapura itu. Ikuti temu bual Kosmo! selanjutnya bersama penyanyi yang kini popular dengan lagu kolaborasinya bersama Altimet, Kalau Aku Kaya itu. Selain itu, Awi juga mendedahkan, dia telah mencipta sebuah lagu untuk penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza. Kosmo!: Apakah perasaan Awi apabila mendengar cerita mengenai Hanez yang bakal berkahwin tidak lama lagi? AWI: Saya tidak tahu Hanez mahu berkahwin. Tetapi, saya bersyukur kepada Allah dan sangat gembira bagi pihak dia. Selama ini adakah Awi sedar Hanez sudah mempunyai kekasih? Hubungan kami okay sahaja tetapi kami tidak pernah berjumpa atau berbual menerusi telefon bercerita mengenai hal masing-masing. Kali terakhir, saya berjumpa dengan dia (Hanez) adalah pada majlis Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) baru-baru ini. Bagaimana pula dengan diri Awi. Sudah ada pengganti selepas putus dengan Hanez? Saya masih solo dan saya selesa dengan keadaan itu. Sebabnya, saya mempunyai ramai kawan. KARIER seni Awi Rafael kini sedang berkembang dengan maju. Lagu Kalau Aku Kaya berjaya menang di tempat ketiga dalam AJL28. Kemenangan tersebut membuatkan Awi dan Altimet berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000. Apakah yang Awi lakukan dengan duit kemenangan tersebut? Saya laburkan pada syarikat produksi milik saya sendiri iaitu Runaway Production. Boleh kongsikan mengenai syarikat Awi itu? Syarikat tersebut sudah beroperasi sejak setahun yang lalu. Buat masa ini, saya sedang mencari bakat-bakat baharu dalam bidang lakonan untuk produksi saya itu. Runaway Production juga buat pertama kalinya akan menghasilkan filem Bravo lakonan Remy Ishak dan Beto Kusyairy. Filem itu juga adalah kerjasama Runaway Production dengan syarikat Karya Prima. Selepas itu, Runaway Production juga akan menghasilkan sebuah filem komedi berjudul, Tuli Sekampung. Adakah Awi bakal berlakon di bawah produksi sendiri? Sebenarnya ramai yang tanya bila saya mahu berlakon. Sejujurnya, saya suka bekerja di belakang tabir (dalam bidang lakonan) sahaja. Saya juga lebih cenderung ke arah pengurusan sahaja. Adakah Hanez akan menjadi pelakon pilihan dalam produksi milik Awi itu? Malaysia ramai lagi artis wanita lain yang cantik dan berbakat. Bagaimanakah pula dengan perkembangan karier nyanyian Awi sekarang? Sekitar bulan April tahun lalu, saya telah dipilih oleh Datuk Siti Nurhaliza dan Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) untuk mencipta lagu bagi album pop terbaharunya. Apakah lagu yang dicipta Awi untuk Siti? Saya telah mencipta sebuah lagu untuk dia yang berjudul Mula dan Akhir. Lagu tersebut sesuai dengan diri dan keperibadian Siti. Lagu itu menceritakan tentang perjuangan hidup seseorang daripada mula hingga akhir. | |||
| Air sungai bertukar jadi jingga selepas banjir Posted: 18 Feb 2014 05:28 PM PST
YORKSHIRE - Sebatang sungai di Yorkshire Barat di Britain bertukar menjadi warna jingga selepas banjir melanda kawasan berkenaan baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mirror semalam. Agensi Alam Sekitar Britain memberitahu, fenomena yang berlaku di Sungai Holme itu berpunca daripada satu bahan semula jadi yang terdapat di sebuah lombong lama sebelum mengalir ke dalam sungai berkenaan. Bahan semula jadi yang dikenali sebagai ferum oksida itu bercampur dengan mineral lain di dalam air sungai menyebabkan ia bertukar menjadi jingga. Bagaimanapun, perubahan warna akibat campuran mineral berkenaan tidak memberi kesan kepada alam sekitar dan hidupan di dalam sungai tersebut. Hujan lebat di kawasan berbukit menyebabkan air banjir mengalir melalui sebuah lombong dan masuk ke dalam sungai. Lombong lama tersebut sering menjadi punca kepada masalah banjir di kawasan perkampungan Jackson Bridge di sini. Kejadian seperti itu bukan yang pertama kali berlaku kerana sungai tersebut pernah bertukar warna menjadi coklat pada Oktober tahun lalu. | |||
| Arnab liar kejar pelancong wanita di Pulau Okunoshima Posted: 18 Feb 2014 05:26 PM PST KAWANAN arnab itu mengejar pelancong tersebut.- YOUTUBE PULAU OKUNOSHIMA, Jepun - Sekumpulan arnab liar di sini bertindak mengejar seorang pelancong wanita untuk mendapatkan makanan. Aksi lucu itu dirakam oleh seorang pengunjung di pulau berkenaan. Okunoshima digelar Pulau Arnab oleh penduduk setempat kerana bilangan haiwan itu yang banyak di lokasi tersebut. Klip video itu yang dimuat naik di laman web YouTube baru-baru ini menunjukkan sekumpulan arnab mengekori wanita tersebut selepas dia memberi haiwan itu makanan dalam bungkusan yang dibawanya | |||
| Posted: 18 Feb 2014 05:24 PM PST MEMBAWA gelaran penagih dadah bukanlah satu impian manusia yang waras fikirannya. Malah, penagih itu sendiri pasti menyesal kerana terlalu mengikut hawa nafsu hingga terjebak dalam kancah penagihan. Lebih teruk, golongan ini dipandang hina oleh masyarakat dan tidak kurang dibuang keluarga. Bagi Mohd. Shahbani Mat Din yang mula berjinak-jinak menghisap dadah seawal usia 17 tahun, penyesalan memang sentiasa ada dalam hatinya. Andainya waktu boleh diputar, lelaki berusia 35 tahun itu tidak akan sesekali menyentuh benda haram tersebut. Namun, telah tertulis dalam lipatan takdirnya bahawa dia akan memegang gelaran tersebut hingga ke akhir hayat. Bagaimanapun, Mohd. Shahbani tetap optimis untuk mengubah nasib diri. "Saya tidak mahu selama-lamanya digelar penagih dadah. Sekurang-kurangnya, biarlah saya dipanggil bekas penagih," jujur harapan yang diluahkan pemuda kelahiran Changlun, Kedah itu. Walaupun sudah hampir 18 tahun menagih, Mohd. Shahbani bernasib baik kerana tidak dijangkiti Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia (HIV) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) yang selalu menyerang golongan berkenaan. Kini, dia nekad berubah dengan mengikuti program Spiritual Enhancement on Drug Addiction (Sedar) anjuran Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya (UMCAS). Melalui program itu, Mohd. Shahbani yang pernah bertugas sebagai anggota tentera selama empat tahun sebelum diberhentikan atas masalah disiplin, menerima rawatan terapi gantian metadon bagi mengurangkan kecenderungan untuk menagih dadah jenis heroin. Solat Selain itu, dia turut diberi kaunseling, psikologi dan bimbingan agama termasuk diajar bersolat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selepas hampir lima bulan mengikuti program Sedar tersebut, Mohd. Shahbani mengakui, rutin hidupnya semakin teratur. "Sebelum mengikuti rawatan ini, saya pernah membeli metadon di klinik luar untuk menghilangkan ketagihan dadah. Namun, disebabkan masalah kewangan, saya tidak mampu meneruskannya sehinggalah saya diberitahu oleh rakan-rakan tentang program ini.
"Selepas mendaftar Oktober tahun lalu, saya mampu menjalani kehidupan seperti manusia normal lain. Buat masa ini, saya diberi dos metadon sebanyak 120 mililiter (ml) yang perlu diambil setiap hari. "Di bawah program Sedar, saya akan dibekalkan dos metadon untuk tempoh seminggu selain mengikuti sesi kaunseling dan kelas agama," ujar Mohd. Shahbani yang mengakui kehidupnya semakin tenang. Tambah anak kelima daripada enam beradik itu, walaupun sudah terlambat untuk menyesali nasib diri, tetapi dia berharap Allah menerima taubatnya dan mengampuni dosa-dosanya yang lalu. Mohd. Shahbani merupakan salah seorang daripada 50 pesakit rawatan terapi metadon yang berusia antara 18 hingga 60 tahun di bawah program Sedar. Dikendalikan oleh Pakar Psikiatri Komuniti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Rusdi Abd. Rashid, program itu turut mendapat tajaan Bank Rakyat selain tabung geran yang diperuntukkan. Menurut Rusdi, Sedar mula dilaksanakan di Masjid Ar-Rahman, UM pada tahun 2010. Ketika itu, terdapat kira-kira 100 pesakit. Bagaimanapun, ia terpaksa dihentikan kerana kekurangan dana sebelum dihidupkan semula pada September 2013. Namun, lokasinya dipindahkan ke Surau Ad-Deeniah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). "Uniknya, konsep rawatan yang diguna pakai ialah gabungan perubatan integrasi melalui metadon dan penambahan elemen spiritual psiko berbanding hanya memberi terapi metadon di klinik-klinik kerajaan. Berganding bahu "Program ini melibatkan komuniti masjid dan surau untuk sama-sama berganding bahu bagi membantu golongan penagih. Ini merupakan projek perintis dan kami menyasarkan penglibatan satu pertiga daripada kira-kira 6,000 buah masjid di Malaysia," terang Rusdi ketika ditemui Kosmo! di Surau Ad-Deeniah, PPUM, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Melalui program ini, penagih yang dirawat berupaya menjalani rutin harian dan bergaul dengan masyarakat serta kariah masjid. Rawatan terapi gantian metadon mula diperkenalkan pada tahun 2005 oleh Kementerian Kesihatan. Metadon merupakan dadah sintetik yang berfungsi menghilangkan ketagihan heroin yang dialami penagih. Berbanding heroin yang diambil dengan cara suntikan, metadon pula hanya perlu diminum oleh penagih. Bagi 100ml hingga 130ml dos metadon yang diambil, ia mampu bertahan sehingga 36 jam. "Penagihan merupakan satu penyakit kronik dan ia perlu dirawat. Fenomena relapse atau pengambilan semula sukar untuk dielakkan dalam kalangan penagih. "Jika dahulu, penagih akan mengambil heroin lima hingga enam kali sehari, tetapi menerusi rawatan terapi gantian metadon, mereka sekurang-kurangnya mengambil heroin sekali sebulan. "Justeru, metadon berfungsi sebagai ubat untuk mencegah komplikasi bukan menyembuh. Ia mampu mengurangkan kemudaratan dan membolehkan penagih berfungsi kepada masyarakat," ujar Rusdi sambil menegaskan program Sedar bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan klinik gantian metadon di negara ini. DOS metadon yang diberikan kepada pesakit bertahan untuk seminggu dalam program Sedar ini. Sementara itu, kaunselor program tersebut, Ustaz Mohd. Amirul Hanif Mohd. Nawawi, 28, memberitahu, bagi sesi kaunseling terdapat tiga sesi rawatan yang akan dijalani setiap pesakit atau penagih. Ia merangkumi sesi perkenalan dan mengenali latar belakang pesakit, mendapatkan respons selepas menjalani program Sedar dan membuat susulan. "Biasanya, kita akan berbual santai bersama mereka untuk mengetahui sejarah pembabitan dengan dadah. "Selepas mengikuti rawatan terapi metadon di bawah program Sedar, kita akan dapatkan maklum balas pesakit mengenai perbezaan yang dirasai di samping menerapkan elemen agama contohnya, mengajar mereka bersolat dan sebagainya. "Akhir sekali, kita akan buat susulan dengan mereka dan selalunya pesakit sendiri akan menghubungi kita untuk meluahkan perasaan dan berkongsi masalah yang dihadapi," terang Mohd. Amirul yang merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Sains Islam Malaysia. Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Peningkatan Institusi UM di talian 03-7967 6261. | |||
| MAM sokong terapi gantian metadon Posted: 18 Feb 2014 05:22 PM PST MELALUI rawatan terapi gantian metadon, jika dos yang diambil tidak berlebihan, ia mampu meningkatkan kualiti hidup penagih dadah. - Gambar hiasan PELAKSANAAN rawatan terapi gantian metadon mula diperkenalkan di negara ini oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang relevan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2005. Ia dilaksanakan di bawah program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) untuk mengawal penularan dan mengurangkan impak negatif jangkitan HIV dalam kalangan penagih dadah. Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Datuk Dr. Raj Karim berkata, pihaknya menyokong penuh pelaksanaan rawatan tersebut yang memberi manfaat buat golongan pengguna dadah. "Kami mengalu-alukan usaha seperti ini yang keberkesanannya telah terbukti secara saintifik bukan sahaja dalam merawat masalah ketagihan, malah memulihkan kesihatan, meningkatkan kualiti hidup dan membolehkan pengguna dadah menjalani kehidupan yang produktif," ujar beliau melalui satu kiriman e-mel kepada Kosmo! ketika diminta mengulas mengenai rawatan terapi metadon baru-baru ini. Menurut Raj, metadon ialah sejenis dadah yang diguna pakai sebagai gantian dalam rawatan ketagihan dadah jenis heroin atau opiad. Mengawal ketagihan Justeru, sekiranya diambil dengan dos yang bersesuaian di bawah pemantauan pakar perubatan secara konsisten, metadon tidak mendatangkan kemudaratan kepada penagih, sebaliknya dapat membantu mereka mengawal ketagihan terhadap heroin dan dadah jenis opiad yang lebih berbahaya. "Metadon hanya mengundang kesan negatif jika dicampur dadah lain atau diambil secara berlebihan (overdose). "Namun, jika pengguna dadah diberikan sokongan dan akses yang sempurna kepada perkhidmatan kesihatan dan pengurangan kemudaratan, kesan sampingan ini dapat dielakkan sama sekali," ujar beliau. Dalam pada itu, apabila diajukan soalan mengenai pandangan segelintir pihak yang mengatakan rawatan terapi gantian metadon tidak elok untuk penagih, Raj mempunyai pandangan tersendiri mewakili MAM. "MAM menilai perkara ini daripada sudut kemanusiaan dan berdasarkan bukti saintifik. Ketagihan merupakan krisis kesihatan yang boleh dan sewajarnya dirawat dengan kaedah perubatan yang menghormati hak-hak asasi manusia. PROGRAM Pertukaran Jarum Suntikan dan Terapi Gantian Metadon yang dilaksanakan sejak tahun 2006 membawa kesan positif kepada golongan penagih. "Menurut satu kajian terbaharu yang menyelidik mengenai keberkesanan pelaksanaan program terapi gantian metadon di pusat-pusat Cure & Care 1Malaysia AADK, lebih 72 peratus daripada 28,663 pengguna dadah yang menerima rawatan metadon tidak lagi ditahan dalam penjara. "Malah, mereka berjaya mendapatkan tempat tinggal yang kekal dan memulihkan hubungan kekeluargaan yang sebelum ini terjejas," jelasnya. Selain itu, satu kajian yang lain pula menganggarkan bahawa lebih 12,653 jangkitan HIV telah berjaya dielakkan menerusi program Pengurangan Kemudaratan (Program Pertukaran Jarum Suntikan dan Terapi Gantian Metadon) ini sejak tahun 2006. Kesan positif "Jelas sekali, dalam tempoh yang singkat sejak permulaan pelaksanaan program, metadon telah banyak mendatangkan kesan yang positif dalam kehidupan pengguna dadah, bukan sahaja daripada sudut kesihatan malah kebajikan mereka juga turut terbela. "Lantaran itu, kami menyarankan agar program terapi gantian metadon ini diteruskan dan diluaskan lagi sejajar dengan matlamat Pelan Strategik HIV dan AIDS Kebangsaan 2011-2015 untuk mengurangkan kadar jangkitan baharu HIV kepada 11 bagi setiap 100,000 penduduk menjelang tahun 2015," ungkap Raj yang turut memuji usaha yang dilakukan Pusat Kajian Sains Penagihan Universiti Malaya melalui program Spiritual Enhancement on Drug Addiction Rehabilation (Sedar). Tambah beliau, statistik survelan HIV terbaharu yang diterima MAM daripada sumber Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan adalah sehingga akhir tahun 2012. Bagi tempoh tersebut, sebanyak 66,046 atau 47 peratus daripada 98,279 kes HIV disebabkan perkongsian jarum dan alat suntikan. Tidak ketinggalan, menurut satu kajian berbeza yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan juga pada tahun 2012, hampir 19 peratus daripada pengguna dadah di Malaysia telah dijangkiti HIV. | |||
| Barangan berjenama dipos dengan kapal Posted: 18 Feb 2014 05:20 PM PST
STRATEGI pemasaran dalam perniagaan sudah beralih kepada satu tahap baharu iaitu menerusi promosi di laman sosial. Terkini, laman sosial instagram menjadi antara medium paling berkesan untuk meraih perhatian pelanggan. Fenomena tersebut dilihat sebagai satu perkembangan baik dalam dunia perniagaan kerana bakal pelanggan berpeluang mencuci mata di alam maya sebelum membuat keputusan. Persaingan antara peniaga turut disifatkan sengit kerana saling bertanding untuk menawarkan keistimewaan barangan masing-masing pada harga yang berpatutan. Jika kena gaya, si peniaga mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda kerana kos sewa tapak sudah dapat dijimatkan. Perniagaan boleh dijalankan dengan hanya memiliki barangan dan akaun laman sosial. Kru Kosmo! tertarik dengan akaun instagram yang menjual barangan berjenama dari England dan menawarkan perkhidmatan penghantaran ke Malaysia pada harga cukup berpatutan. Akaun yang bernama uk_station itu dimiliki oleh rakyat Malaysia yang masih meneruskan pengajian di negara berkenaan. Perkembangan mengenai perniagaan mereka juga boleh diakses di laman Facebook, UK Station. Pemiliknya, Muhammad Hatta Ghazali, 25, dan isterinya, Siti Nor Zulaikha Kamarulzaman, 24, mendapat idea untuk menjalankan perniagaan barangan berjenama merentasi benua kerana ingin melihat rakyat Malaysia memiliki barangan tersebut pada harga yang jauh lebih murah berbanding pasaran tempatan. Kumpul wang "Jika kami mampu memiliki barangan berjenama antarabangsa di sini, kami juga mahu melihat keluarga, rakan-rakan dan orang ramai mendapat peluang yang sama. "Kami sedar bahawa rakyat kita berada dalam kelompok pendapatan sederhana. Jadi, kami memperkenalkan konsep bayaran sebanyak tiga kali sehingga barangan yang diingini selamat tiba kepada pelanggan," ujar Muhammad Hatta melalui kiriman e-mel kepada Kosmo!.
Harga barangan tertakluk pada jenis dan harga pasaran yang dijual di England. Setakat ini, julat harga barangan bermula dari RM150 hingga RM3000 seunit. Bagi memastikan harga barangan berjenama yang diidam pelanggan ditawarkan pada kadar mampu milik, mereka menggunakan khidmat pengeposan ke Malaysia dengan kapal yang mengambil masa selama dua bulan untuk tiba di Malaysia. Sementara pelanggan menunggu barangan tiba, mereka boleh mengumpul wang untuk membuat bayaran kedua dan ketiga sehingga mereka menerima barangan yang ditempah. Antara barangan yang ditawarkan di uk_station ialah set barangan dapur berjenama Tefal, Andrew James, Kenwood, Morphy Richards dan Richardson Sheffiled. Tidak terkecuali, pakaian, jam tangan, beg dan pewangi turut dijual. Jenama yang sering mendapat permintaan daripada pelanggan ialah Tod's, Clarks, Kurt Geiger, Michael Kors, Adidas, Nike, Fred Perry, Ralph Lauren, Hard Rock London, Ben Sherman, Ted Baker, Superdry dan Dr. Martens. Muhammad Hatta yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah merupakan pelajar sarjana muda Sains Komputer di Universiti Brunel London, England, manakala Siti Nor Zulaikha sedang menuntut dalam bidang sarjana muda Komputer Forensik di Universiti South Wales, England. Mereka berdua memulakan perniagaan tersebut sekitar bulan September 2013 yang hanya diketahui oleh keluarga terdekat. Biarpun menjalankan perniagaan secara sambilan, kedua-dua pemilik uk_station tersebut bijak membahagikan masa dengan pelajaran agar matlamat utama iaitu menuntut ilmu di bumi Eropah tidak terjejas. "Sepanjang menguruskan perniagaan ini, kami berdua tidak pernah rasa terbeban. Bagaimanapun, kadangkala kami terpaksa membalas pertanyaan pelanggan agak lewat ekoran kesibukan mengikuti pengajian dan perbezaan masa antara England dan Malaysia iaitu sebanyak lapan jam," jelasnya. | |||
| Buku soal jawab pemakaian tudung Posted: 18 Feb 2014 05:19 PM PST
"BETULKAH menutup aurat itu wajib? Tudung merupakan simbol penindasan wanita! Tunggulah sehingga tua nanti." Persoalan di atas merupakan sebahagian daripada alasan yang diberikan oleh golongan wanita dalam buku kelima karya Mohd. Solleh Ab. Razak, 29, yang berjudul Auratku Maruahku. Menurut anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, buku yang telah berada di pasaran pada hujung bulan lalu tersebut ditulis selepas mendapati ramai wanita sering memberi alasan untuk tidak memakai tudung dan menutup aurat. "Kaum wanita sering memberi alasan sehingga menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan berkaitan kewajipan wanita Muslimah berpakaian mengikut syariat Islam. "Kaedah dan keperluan menutup aurat dengan sempurna semakin dikaburi oleh fesyen dan gaya hidup masyarakat Islam moden," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Ujarnya, buku hasil kerjasama beliau dan isterinya, Siti Nur Fatimah Hassan itu cuba merungkai semua keraguan dan kemusykilan kaum wanita dengan persembahan kandungan dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan pembaca memahami kepentingan syariat itu. Nasihat Tambah bapa kepada lima cahaya mata itu, setiap persoalan dijawab berserta huraian, rujukan al-Quran dan hadis serta ilustrasi bagi menarik minat para pembaca terutamanya golongan remaja. "Buku ini menjawab 30 alasan yang sering diberikan oleh wanita untuk tidak menutup aurat berkonsepkan nasihat daripada seorang kakak kepada adik secara santai," katanya sambil memberitahu genre permasalahan masyarakat sering menjadi pilihan dalam penulisannya.
Beliau yang berkelulusan dalam bidang sarjana di Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya memaklumkan, buku setebal 151 muka surat itu sesuai dijadikan bahan bacaan usrah, rujukan di perpustakaan dan hadiah. Mengulas berkenaan pembabitannya dalam bidang penulisan, beliau berkata, minatnya untuk menulis timbul ketika sedang belajar memahirkan diri menaip menggunakan papan kekunci komputer ketika menuntut di universiti. Ketika itu, beliau menaip semula buku-buku karya Ustaz Pahrol Mohd. Joui dan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Manfaat Beliau yang juga merupakan imam di Masjid al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur berkata, satu ketika timbul perasaan untuknya menghasilkan sesuatu yang mampu memberi manfaat kepada orang lain seperti karya-karya penulis kegemarannya itu. "Hasilnya, pada tahun 2011, saya berjaya menyiapkan sebuah buku bertajuk Wasiat Ulama. Buku tersebut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila berjaya dijual hampir 20,000 naskhah. "Selepas kejayaan buku pertama itu, saya semakin bersemangat untuk menulis dan berjaya menyiapkan tiga lagi buah buku antaranya, Anakku Seorang Hafiz, Melahirkan Anak Pencinta al-Quran dan Sehingga al-Quran Terpahat di Hati. Selain kerjaya sebagai imam masjid, beliau juga merupakan guru di Sekolah Menengah Islam IQKL, TTDI, Kuala Lumpur. Katanya, walaupun sibuk dengan aktiviti seharian, namun disebabkan minat mendalam terhadap bidang penulisan, beliau akan meluangkan sedikit masa untuk mencari bahan-bahan penulisan dan menulis. "Apabila dapat idea untuk menulis, saya terus tulis di nota-nota kecil dan kemudiannya dikembangkan dengan mencari bahan-bahan di perpustakaan dan menulis sekiranya ada kelapangan," kata beliau. Kini, beliau sedang menyiapkan buku kesinambungan daripada Auratku Maruahku yang bakal dikeluarkan dalam tahun ini. Buku berjudul Divi Solehah itu memberi fokus mengenai cara pemakaian tudung, menutup aurat dan penampilan diri yang betul seperti disyariatkan oleh Islam. | |||
| Erra Fazira & Engku Emran Cerai, Suami Dapat Hak Penjagaan Anak Posted: 17 Feb 2014 11:59 PM PST SHAH ALAM: Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon Erra Fazira dan suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa. Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari. Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor). Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut. Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi. Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya. Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam). Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee. Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu. Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian. Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan. Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya. Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai. "Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai," katanya. Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka. Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007. Sebelum itu Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya mata. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan