Sabtu, 4 Mei 2013

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Jehan Miskin Sah Bergelar Suami Kepada Wanita Korea

Posted: 04 May 2013 08:06 AM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN JEHAN MISKIN

Seperti yang telah kami maklumkan pada artikel sebelum ini, Jehan Miskin akan melangsungkan pernikahan dengan seorang gadis yang berasal dari Korea pada hari ini. Dan pada petang tadi, Dengan dua kali lafaz, Jehan yang kini berumur 34 tahun sah bergelar suami kepada wanita Korea tersebut, namanya Julie Camelia Rhee dan berusia 29 tahun.

GAMBAR PERNIKAHAN JEHAN MISKIN

Seperti juga dimaklumkan sebelum ini, majlis pernikahan mereka diadakan di Carcosa Seri Negara dan ianya bermula kira-kira pukul 2.40 petang. Jehan dan Julie diijabkabul oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan iaitu Mohd Sahirman Ahmad.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian. Manakala Jehan menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini.

GAMBAR PERNIKAHAN JEHAN MISKIN

GAMBAR KAHWIN JEHAN MISKIN

GAMBAR KAHWIN JEHAN MISKIN

Zon Artis: Tahniah kami ucapkan kepada anda Jehan kerana telah selamat mendirikan rumah tangga. Selamat pengantin baru dan selamat berbahagia. Beruntung dapat isteri orang Korea. Hee~

Foto: Portal GUA

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu