Jumaat, 3 Mei 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Will Smith & Jaden Smith di Meet & Greet Filem After Earth

Posted: 03 May 2013 11:30 PM PDT

Dalam rangka promosi jelajah untuk filem After Earth, sememangnya nama pelakon utamanya, Will Smith yang berganding dengan anaknya Jaden Smith akan memberi sepenuhnya komitmen untuk bertemu peminat dan mewar-warkan tentang filem yang akan ditayangkan mulai 6 Jun itu.

Ternyata, kunjungan anak beranak di Taiwan semalam telah disambut baik oleh peminat bintang Hollywood ini di acara Meet & Greet yang adakan di tengah ibu kota Taipei, berhampiran dengan Menara Tertinggi Taipei 101 pada jam 8 malam semalam.

Budiey sebagai wakil media dan blogger Malaysia turut dijemput untuk melihat sendiri sambutan peminat yang rata-rata sangat teruja dengan kehadiran Will Smith dan Jaden Smith. Mereka sampai pada 2 Mei lalu pada jam 9 malam dan menginap di Hotel Le Meridien, Taipei.

Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia yang memberi peluang kepada Budiey Dot Com untuk buat liputan sepenuhnya acara promosi Jelajah Asia Filem After Earth ini. Ini adalah kali pertama Budiey dijemput untuk media junket filem di luar negara.

Acara 'public event' semalam telah menyaksikan gimik di mana kedua pelakon After Earth itu telah menghidupkan 'butang hayat' dan serentak dengan itu, satu cahaya laser telah dipancarkan pada dinding luar Menara Tertinggi Taipei 101 yang mempunyai ketinggian 1,600 kaki.

Bercakap kepada media Taiwan, Will Smith telah menolak untuk masuk ke pentas khas melalui jalan yang dikhaskan oleh penganjur semata-mata mahu bertemu dengan peminat dan boleh menandatangani lebih autograf dari peminatnya.Sikap beliau yang senang didekati, pandai buat lawak dan sempoi membuatkan ramai peminat suka dan menjerit nama Will Smith.

Budiey diberitahu, Will Smith sememangnya seorang yang suka melayan peminatnya jika berkesempatan. Ternyata ini benar, semasa ketibaannya di lapangan terbang, Will Smith mengambil peluang untuk bersama dengan peminat yang menungggu sekian lama di aiport dan menandatangani bukan sahaja autograf di poster, malah di American dollar bill.

Mereka dijadualkan bertemu dengan media pada pagi ini di Sidang Media After Earth yang diadakan di Hotel Le Meridien, Taipei. Dalam kunjungan yang sama, anak kepada Will Smith, Jaden akan dijadualkan menghadiri satu acara amal yang dianjurkan oleh Taiwan Fund for Children and Families di Taipei di mana beliau akan memberikan hadiah kepada 100 kanak-kanak kurang bernasib baik dan akan menyertai acara promosi untuk menyokong dalam usaha untuk memelihara alam sekitar.

Selepas Taiwan, Will Smith dan Jaden Smith akan ke Hong Kong dan Jepun.

Gambar Will Smith & Jaden Smith di Meet & Greet Filem After Earth

Komen via Facebook

Komen

Bawang Putih dan Bawang Merah Versi Moden

Posted: 03 May 2013 03:23 PM PDT

Kisah Bawang Putih dan Bawang Merah versi moden dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk tontonan peminat setia salurannya di mana watak Putih diubah menjadi seorang kakak yang berpenampilan seperti lelaki dan kasar. Begitu pun dia amat menyayangi adiknya, Merah. Dalam pada itu dalam dongeng versi moden ini anak raja pula tidak menyintai Merah tetapi cuba mengejar Putih yang menolak cintanya. Segalanya kerana Putih percaya pada mitos asal Putera Raja pasti akan mengahwini Merah. Bawang Putih dan Bawang Merah Versi Moden Di TV1 setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang menerusi saluran TV1.

Menampilkan pelakon Mardiana Alwi, Nad Zainal, Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Diwan Nawi, Safura Ya'cob dan Raja Azri, drama rantaian bertajuk Buaian Kasih mengisi slot Cindai mulai 9 Mei 2013, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang menerusi saluran TV1.

Ia mengisahkan watak Suri (Merah) anak kepada Embun yang telah kematian suami. Embun berpindah ke kampung dan berkahwin dengan lelaki bernama Salam yang juga merupakan ayah kepada Qaseh (Putih). Qaseh (Putih) seorang yang lurus dan sangat menyayangi kakaknya kakak dan ibu tirinya.

Bawang Putih dan Bawang Merah Versi Moden

Tidak lama kemudian, Salam meninggal dunia dan tinggallah mereka bertiga hidup bersama. Embun meneruskan perniagaan kedai yang diusahakan oleh arwah Salam untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Namun pada masa sama Embun tidak membenarkan Suri melakukan sebarang kerja walaupun hanya melibatkan kerja ringan.

Watak Suri digambarkan tidaklah seteruk watak Bawang Putih dalam naskhah asal drama ini tetapi disebabkan sikap Embun, Suri terpaksa buat endah tak endah pada Qaseh.

Tidak lama selepas itu, muncul dua beradik datang ke kampung mereka. Kehadiran mereka ke kampung itu dengan impian yang besar untuk membuat kajian terhadap produk yang telah mereka berjaya hasilkan.

Tanpa sengaja si jejaka terjumpa dengan Suri yang sedang leka berbuai di dalam hutan. Melihat sahaja paras rupa dan kecantikan asli Suri membuatkan lelaki itu jatuh hati terhadapnya.

Begitu pun segalanya tidak semudah disangka bila tawaran untuk berkenalan dan mengenali Suri ditolak mentah-mentah oleh gadis itu. Namun apakah yang menyebabkan Suri menolak cinta lelaki itu? Dapatkah kemudiannya mereka bersatu? Saksikan kesudahannya dalam Buaian Cinta hanya di TV1.

Bawang Putih dan Bawang Merah Versi Moden

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu