Sabtu, 4 Mei 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Majlis Nikah Jehan Miskin & Julie Rhee

Posted: 04 May 2013 04:51 AM PDT

Dengan dua kali lafaz, pelakon terkenal Jehan Miskin, 34 tahun dan isterinya, Julie Camelia Rhee (Julie), 29 tahun telah dinikahkan dan diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah pada jam 2.40 petang tadi. Dalam majlis serba ringkas tetapi meriah yang diadakan di Carsosa Seri Negara, Kuala Lumpur itu, Julie menerima mas kahwin (mahar) sebanyak RM12,000.

Mohd Jehan Miskin sah bergelar suami kepada Julie selepas dinikahkan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Sahirman Ahmad pada jam 2.45 petang. Selain wang hantaran RM5,000 dan mas kahwin RM12,000, masing-masing berbalas tiga dulang hantaran. Ringkas dan intim gitu. Majlisnya pun sangat sederhana betul. Bagus Jehan Miskin, takdelah nak terover kan?

Pasangan sejoli yang mula kenal sejak lima tahun lalu juga telah menerima kehadiran tetamu terdiri daripada saudara mara terdekat pengantin lelaki juga pengantin perempuan (yang datang dari Korea, turut kelihatan beberapa rakan selebriti seperti Rina Omar dan suaminya, Azura Zainal juga Nurul Wahab dan suaminya.

Majlis keraian sambil minum petang itu diadakan sejurus selepas akad nikah berlangsung.

Jehan Miskin dan Julie juga mengaku belum memutuskan destinasi percutian bulan madu. Ini kerana Jehan Miskin katanya sangat sibuk dengan komitmen dalam dunia lakonan. Pasangan ini juga tidak akan mengadakan majlis lagi selepas ini.

Menurut kata Jehan:

"Mengenai soal zuriat, kami serahkan urusan ini kepada Allah. Hanya mengikut aturan hidup. Insya Allah, kami berkemungkinan berbulan madu sekitar hujung tahun ini atau awal tahun depan. Selepas ini, Julie juga akan terus menetap di rumah saya."

Isteri Jehan bekerja sebagai pengurus acara di sebuah syarikat pengurusan acara dan menetap di Kuala Lumpur selama 6 tahun. Semasa awal perkenalan, Julie tidak tahu pun Jehan Miskin ni adalah seorang pelakon.

Tahniah dan selamat berbahagia buat pasangan sejoli ini. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu