Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Posted: 11 May 2013 10:43 PM PDT Dalam filem OMK, dua pelawak iaiti Jepp dan Shuib daripada grup duo Sepahtu nampaknya menjadi taruhan pengarah baru Nurul Ain Nordin untuk filem pertamanya. Kombinasi ini nampaknya menjadi lawak, seperti yang dijangkakan dari dulu, letak je nama Jepp dan Shuib, pasti gandingan mereka akan meletop. Rata-rata, apa yang Budiey lihat semua penonton yang hadir pada Majlis Tayangan Media Filem OMK ketawa terbahak-bahak dalam pawagam. Dalam jenaka lucu, filem ini tak lupa untuk menyelitkan mesej dan pengajaran untuk penonton. Ia menitik beratkan hubungan antara ibu dan anak, hubungan antara adik beradik, dunia percintaan yang serba kemungkinan dan dan mengajar penonton tentang erti sebuah persahabatan yang teguh. Budiey nak ucapkan tahniah kepada Ain yang berjaya mencipta buah tangan yang tak kurang hebatnya. Pembentukan watak yang berbeza karakter satu kekuatan pada filem ini. Setiap watak ada keunikannya tersendiri. Budiey kira ini satu elemen hiburan yang akan menarik penonton untuk ke pawagam. Filem aksi komedi ini diterbit oleh Star Scope Production Sdn Bhd dan akan ditayangkan di pawagam mulai 15 Mei 2013. Sinopsis OMK (Oh Mak Kau) Sam (Jep Sepathu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja bersama ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Tabiat Sam dan Mun yang suka mencuri mendatangkan masalah dalam hidup mereka. Setiap kali mencuri, adik beradik ini akan menyamar bermacam-macam gaya dan lucunya mereka pasti mengemas tempat tersebut selepas mencuri. Kenakalan dan sikap negatif Sam dan Mun membuatkan Mama San sering memarahi mereka. Kepulangan Que (Nurul Ain) ke kampung menjadi perhatian Sam dan Mun. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que. Embun (Didie Alias) dan kumpulan samsengnya ditakuti para peniaga sehingga mereka terpaksa mengikut kehendak Embun. Kehadiran Que juga membuatkan Embun terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya. Que ditangkap oleh kumpulan Embun dan dibawa bertemu ketua kumpulan mereka – Lutfan. Berlakulah pergelutan antara Que bersama kumpulan Embun dan Lutfan. Berjayakah Sam dan Mun menyelamatkan Que? Siapakah sebenarnya Que? Segalanya terjawab dalam filem OMK di pawagam pada 16 Mei 2013. Gambar Babak-Babak Menarik Dalam Filem OMK PRODUCTION LIST 2. Skrip : 3. Penerbit : Star Scope Production Sdn Bhd 4. Pengarah : Nurul Ain Nordin 5. Pengurus Penerbitan :Mejar (B) Shahrazi 6. Pembantu Pentadbiran :Mizawanie Husna Md Din 7. Pengarah Seni :Ridzwan Hussin 8. Pembantu Tatarias : 9. Juru Solek :Intan Azlina Alis 10. Pembantu Juru Solek :Yakariya Naepinae 11. Wardrobe olly (Abdul Razak bin Debab) 12. Asst Wardrobe :Feakrie bin Ferdause 13. Pembantu Jurulampu : 14. Juru Audio :Mispan Muslimin @ Pak Lang 15. Pembantu Audio :Wan Sharinizzuan bin Mohd Shah 16. Jurukamera :Irwan Yuzri bin Mohd Sharir @ Wan Thrash 17. Fokus Puller :Mohd Shahzuan Mokhtar @ Wan Shazwan 18. 2nd Unit Kamera b. Fokus Puller :Eddy Mohd Hamdy 19. Alexa Technician / Loader allisatti A/L Sasidhar 20. Penata Cahaya :Mohd Abudin Abdullah @ Bu Din 21. Clapper :Naindra / Ayie / Halim 22. Gaffer :Mohd Ridzwan Othman @ Wan Jamak & Mohd Zulhusmi Md Zulkifli @ Awe 23. Key Grip : 24. Best Boy Grip :Mahadi Mohamad @ Bob Koyan 25. Crew :Iskandar Mazlan & Zaidi Arjuna Jaafar 26. Trainee :Izdi Azrina Zaidi 27. Driver 3 Ton Grip :Anathan A/L Gengan 28. Driver 3 Ton Lighting :Shangkar Rao A/L Appanah & Olly Hasmir Shah 29. Driver Generator :Sundram A/L Sinnathamby 30. Komposer :S. Qahar 31. Penata Muzik :Bhai 32. Penyunting Video :Azize 33. Kesinambungan :Naindra Anuar 34. Pembantu Am :Harry @ Ayie :Mohamad Ashraf 35. Juru Gegas :Roslan bin Abdul Wahid 36. Handy :Noorazian binti Yahaya 37. Stunt Co-odinator :Encik Mohamad Sayuthi 38. Stuntman : 39. The Making Of :Saiful Azhar Khozizan 40. Pyro Letupan :Abdul Hamid Abidin bin Abd Wahab 41. Penyelaras Lokasi (PM) :Mohamed Iqbal Shaik Mydin 42. Pembantu Penyelaras Lokasi :Aswad Abdullah Sani 43. Penolong Pengarah :Salwati Mohamad Surol 44. Pengarah Photografi :Indra Che Muda 45. Idea Asal :Nurul Ain Nordin 46. Penerbit Penyelaras :Mejar (B) Shahrazi 47. Penerbit :Nurul Ain Nordin 48. Penerbit Eksekutif avis Lee :Eddie Amir 50. Lakon layar & Arahan :Nurul Ain Nordin Komen via Facebook |
Persembahan Datuk Sheila Majid di Minum Petang Ibu Ratu Hatiku Posted: 11 May 2013 09:04 AM PDT Kepada semua pembaca yang akan meraikan Hari Ibu esok, anda semua diajak untuk memeriahkan majlis Minum Petang Ibu Ratu Hatiku sempena sambutan Hari Ibu bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2013 jam 3 petang. Luahkan Rasa Cinta, Raikan Ibu Tercinta. Ini adalah peluang untuk anda menyaksikan persembahan Datuk Sheila Majid dan juga fashion show daripada Cosry. Cabutan bertuah turut menanti tetamu yang hadir. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan meja dan seat bolehlah menghubungi sidang redaksi Harmoni di talian 03-89262999 atau menghubungi Rosmawati Idris di talian 012-2437555, Rahaiza 019-2272305 & Aini 017-2465490. Dan ini adalah iklan promo percuma untuk Majalah Harmoni di atas jasa baik kerana telah menyiarkan artikel tentang Budiey Dot Com. Terima kasih buat anda semua, terutamanya wartawan bernama Syaiful yang telah sudi menemuramah Budiey. Sila dapatkan majalah Harmoni keluaran terbaru 15 – 31 Mei 2013 untuk membaca tentang karier Budiey sebagai penulis blog dan tips menulis blog. Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan