Jumaat, 10 Mei 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem LARI

Posted: 10 May 2013 07:33 PM PDT

Filem penuh aksi terbaru dari buah tangan pengarah Ahmad Idham, LARI lakonan Aaron Aziz akan menemui penonton mulai 6 Jun 2013 ini.

Anda mahu jadi orang yang terawal menontonnya! Ya, Budiey memberi peluang untuk anda untuk sama-sama menonton bersama pelakon filem LARI.

Jom saksikan kehebatan filem aksi ini & jadilah orang yang pertama menonton filem LARI, Terima kasih kepada Excellent Pictures!

Filem Lari adalah filem sentuhan sutradara terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Filem yang menelan belanja lebih RM2 juta ini telah menjalani penggambaran lebih 90% di Perlis dan selebihnya di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Filem LARI dihasilkan dari lakonan hebat Aaron Aziz, Dira Abu Zahar, Erry Putra, Erin Malek dan Hazama Azmi yang akan ditayangkan di pawagam bermula 6 Jun 2013.

Ada 20 keping tiket Malam Gala Filem LARI untuk diberikan kepada pembaca budiey.com sekalian.

Bersempena dengan tayangan filem LARI ini, Budiey dengan kerjasama Excellent Pictures mahu menjemput anda ke Malam Gala Filem LARI pada 16 Mei 2013, hari Khamis, jam 8 malam di TGV Sunway Pyramid.

Nak tak? Nak tak?

Poster LARI

Sinopsis Filem Lari

Lari mengisahkan perjalanan hidup Khalif (Aaron Aziz) yang bercinta dengan Maya (Dira) tetapi terpaksa meninggalkan hasratnya untuk terus menyunting gadis pilihannya apabila menerima tentangan daripada keluarga selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi askar.

Maya pula dikahwinkan dengan KJ lakonan Ery Putra. Selepas tujuh tahun berpisah dan tidak pernah bersua muka, akhirnya Khalif pulang ke kampung selepas mendapat berita mengenai kematian ayahnya.

Bukan saja kehilangan ayah, malah Khalif juga terkejut apabila mendapat tahu yang adiknya (Erin) pula hilang. Maya yang kebetulan berdepan krisis rumah tangga dengan suaminya mengambil keputusan membantu Khalif mencari adiknya dan bermulalah pengembaraan penuh aksi Khalif dalam memperjuangkan maruah adiknya yang terbabit dalam sindiket perdagangan wanita.

Apakah nasib Khalif selepas itu dan berjayakah dia mendapatkan semula adiknya daripada terus menjadi mangsa? Maya pula mencari jalan untuk kembali menyintai Khalif. Apakah kesudahannya?

Malam Gala Filem LARI

Tarikh:  16 Mei 2013, hari Khamis
Tempat: TGV Sunway Pyramid
Masa: 8.00 malam

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

20 keping tiket PERCUMA perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda!

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Malam Gala Filem LARI di TGV Sunway Pyramid.

Ingat hashtag ini: #Lari2013

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Malam Gala ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #Lari2013. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #Lari2013 bersama @budiey & @ExcellentPic_My kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Sila emelkan slogan anda itu:

Slogan: Saya mahu hadir di #Lari2013 bersama @budiey & @ExcellentPic_My kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menangi Tiket Ke Malam Gala Filem LARI

Tarikh tutup peraduan:
14 Mei 2013

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih Excellent Pictures di atas kesudian menjemput pembaca budiey.com.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Jom LIKE:
https://www.facebook.com/lari2013
https://www.facebook.com/excellent.pictures

Follow Twitter: https://www.twitter.com/excellentpic_my Ikuti Hashtag: #Lari2013

Komen via Facebook

Komen

Program 3R Respek Relaks Respon Kembali di TV3

Posted: 10 May 2013 05:58 PM PDT

3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial Facebook hadir dalam kehidupan harian kita.

Bakal memasuki musim yang ke-14 pada tahun ini, 3R yang sudah bersiaran melebihi satu dekad ini kini kembali dengan konsep dan barisan hos yang baru.

Yuen, Rafidah, Tini & Azah

Yuen, Rafidah, Tini & Azah

3R bakal menemui penonton TV3 dengan 'Projek 3R' yang memaparkan pemilihan hos 3R pada setiap hari Sabtu jam 6.00 petang bermula 24 Ogos hingga 5 Oktober 2013, setiap Sabtu jam 6.00 petang.

3R pernah membariskan Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina) sebagai hos. Bermula dengan Azah, Rafidah dan Yuen pada musim pengenalannya, persembahan sketsa yang melakon semula isu atau masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita berjaya mengubah persepsi para penonton bahawa isu-isu berkaitan sosial bukanlah sesuatu yang berat dan sukar difahami.

Masihkah 3R relevan pada zaman teknologi ini apabila kaum wanita sudah mampu bersaing dengan kaum lelaki?

Menurut Penerbit Eksekutif 3R, Datin Paduka Marina Mahathir

"Walaupun kaum wanita merupakan 50% daripada populasi masyarakat Malaysia tetapi golongan ini masih tidak mendapat peluang yang sama rata dalam bidang politik, perniagaan mahupun akademik. Masih ada segelintir wanita Malaysia yang berasa kurang selamat walhal wanita di peringkat global telah melangkah maju dan sentiasa yakin dalam menentukan hala tuju hidup dan mengejar cita-cita mereka."

Kata Lina Tan, Penerbit Eksekutif Bersama 3R.

"3R sering membincangkan isu-isu yang berkait rapat dengan remaja dan wanita muda secara terbuka dan tanpa selindung yang mencabar piawaian penapisan TV di Malaysia. Dengan kemudahan akses teknologi maklumat pada zaman sekarang, semua orang lebih cenderung meluahkan pendapat dalam laman sosial. Justeru, 3R juga berevolusi dan menyediakan platform paling sesuai kepada golongan remaja dan muda terutamanya kaum wanita untuk bertukar pendapat tentang isu-isu yang dipaparkan supaya tidak berlakunya diskriminasi. Wanita dan remaja adalah ejen perubahan dan 3R akan menyediakan ruang untuk mereka mencapai potensi mereka sambil mengambil berat tentang isu-isu social dalam usaha mencipta sebuah masyarakat progesif yang akan meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia."

Bakal disiarkan menerusi TV3 bermula Ogos 2013, 3R meneruskan usahanya untuk memperkasakan wanita muda dengan pelbagai mesej positif dan progresif.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9,

"TV3 sentiasa berusaha untuk memberikan program TV yang terbaik untuk para penonton. Program 3R umpama sahabat baik kepada kaum wanita dalam berkongsi pelbagai masalah sosial yang berlaku di sisi mereka. Menerusi gelagat dan keletah yang bersahaja daripada hos berjaya mencuri perhatian daripada golongan remaja dan wanita muda untuk sama-sama mengambil berat tentang isu-isu sosial yang berlaku di persekitaran. Program 3R yang padat dengan info dan cukup menghiburkan ini menepati citarasa dan kehendak penonton TV3, kami yakin bahawa 3R bakal menerima sambutan yang menggalakkan daripada penonton kami."

Bagi menghangatkan lagi musim terbaru 3R ini, 3R Media selaku penerbit dengan kerjasama TV3 telah melancarkan pencarian hos baru di kalangan wanita muda yang berumur antara 21 hingga 26 tahun. Tidak dapat dinafikan bahawa personaliti menarik daripada Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina telah menjadikan 3R sebuah jenama yang kukuh dalam hati penonton, justeru, hos baru yang bakal menyambung legasi 3R perlu mempunyai faktor X yang dicari.

Tambah Lina Tan.

"Kami mahu mencari wanita muda yang mempunyai pendirian dan idea-idea, mengambil berat dan sentiasa peka tentang isu-isu sosial. Sebagai generasi muda yang bertanggungjawab dalam pembangunan masyarakat dan masa depan negara, mereka juga perlu berani menyahut cabaran dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan berusaha ke arah dunia yang lebih sempurna. Justeru, pencarian hos baru bukan sekadar rupa paras tetapi juga personaliti yang unik dan menarik. Kami menyeru agar wanita muda di Malaysia, tidak mengira kaum, merebut peluang ini kerana ia bukan hanya peluang muncul di TV tetapi penglibatan anda semua untuk bersuara dalam media massa yang menjadikan kempen ini lebih bermakna."

3R menampilkan Garnier dan Maybelline sebagai penaja utama.

"Pendirian dan kandungan 3R yang kini kembali adalah selaras dengan hala tuju Garnier dan Maybelline." Kata Low Chooi Hoon, Pengurus Besar Loreal, Divisyen Produk Pelanggan.

"Garnier dan Maybelline komited untuk menghidupkan inspirasi dan memperkasakan golongan remaja dan wanita muda hari ini." Tambah Low Chooi Hoon.

3R bakal menemui penonton TV3 dengan 'Projek 3R' yang memaparkan pemilihan hos 3R pada setiap hari Sabtu jam 6.00 petang bermula 24 Ogos hingga 5 Oktober 2013, setiap Sabtu jam 6.00 petang. Musim terbaru 3R yang menampilkan trio hos yang berjaya dalam pencarian hos 3R 2013 akan mula bersiaran selama 13 episod pada 20 Oktober 2013, setiap hari Ahad jam 7.30malam, semestinya di TV3!

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pencarian hos 3R yang sedang rancak dijalankan pada bulan Mei dan Jun 2013, sila layari laman sesawang rasmi, www.3r.com.my, dan ikuti perkembangan terkini daripada 3R menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube di bawah akaun nama 3R Malaysia.

simbolik pelancaran 3R musim terbaru oleh Lina Tan (Penerbit Ekskutif Bersama), YBhg. Datin Paduka Marina Mahathir (Penerbit Eksekutif) & Sherina Nordin (Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9)

Simbolik pelancaran 3R musim terbaru oleh Lina Tan (Penerbit Ekskutif Bersama), YBhg. Datin Paduka Marina Mahathir (Penerbit Eksekutif) & Sherina Nordin (Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9

Group foto (1)

Yuen, Tini, Rafidah & Azah)

Dari Kiri, Sherina Nordin 3r

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu