Jumaat, 10 Mei 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


SHOWDOWN 2013 Kembali!

Posted: 10 May 2013 01:47 AM PDT

IMG_0024

Sebuah rancangan realiti TV berkonsepkan pertandingan tarian kini kembali di kaca televisyen anda! SHOWDOWN musim baru ini agak berlainan sikit daripada musim-musim terdahulu kerana ia bakal memaparkan format baru di samping memperkenalkan pelbagai kategori. Yang paling penting sekali banyak hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.

Pada tahun ini, SHOWDOWN 2013 bertujuan untuk membawa tarian jalanan ke arah yang lebih berprestij namun masih mengekalkan konsep sebenar.

Menyentuh soal kategori baru yang dipertandingkan, SHOWDOWN memberi peluang kepada penari-penari berbakat mencuba nasib dan sesiapa yang layak akan diserap melalui tiga kategori iaitu Open, Junior, dan All Star kategori yang mana setiap satunya terbuka kepada empat hingga lapan orang penari.

Bagi kategori Open, penari dari setiap peringkat umur dibenarkan menyertai namun kategori Junior hanya terbuka untuk penari berumur 18 tahun ke bawah. Manakala untuk kategori All Star, hanya krew tarian yang terpilih sahaja layak menyertai.

Mereka yang terpilih akan berentap melalui tiga peringkat iaitu sesi ujibakat, suku akhir ke semi akhir dan akhir sekali ke peringkat finale. Dengan adanya 3 kategori dipersembahkan bermaksud SHOWDOWN 2013 akan menampilkan 3 juara pada tahun ini. Menarik kan?

Di sebalik kelainan konsep yang dibawakan, SHOWDOWN masih mengekalkan Hafiz Hatim sebagai pengacara, dan Joe Flizzow serta Maple Loo sebagai juri tetap.

IMG_9972

Selain daripada itu, SHOWDOWN juga akan membawakan juri-juri jemputan dari luar negara seperti YNOT, Sheena Vera Cruz yang akan menilai kategori Junior.

Manakala untuk kategori Open pula akan dinilai oleh juri jemputan dari Amerika Syarikat iaitu Junior Boogaloo dan Jose Ruiz atau lebih dikenali sebagai BBoy Full Deck. Jay Smooth dan Mr Wiggles pula dikatakan akan menjadi juri jemputan untuk kategori All Star.

Untuk pengetahuan umum, SHOWDOWN pernah memenangi anugerah Favorite TV Programme di Shout! Awards 2010 & 2012, disamping diangkat sebagai Best Reality Show di Anugerah Skrin 2010 & 2011 serta Best Reality TV Programme di Anugerah Sri Angkasa 2010.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sesi ujibakat untuk kategori Junior dan Open akan diadakan pada hari Sabtu, 11 Mei jam 9 pagi hingga 3 petang di Menara Matrade.

Jadi, pada yang dah tak sabar untuk menonton, sila ambil perhatian. SHOWDOWN 2013 akan mula disiarkan pada 19 Mei ini di 8TV setiap hari Sabtu dan Ahad jam 10.30 malam. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan rancangan TV yang terbaik ini!

Jom lihat foto di bawah.

Hyuna Dimasukkan Ke Hospital

Posted: 09 May 2013 11:14 PM PDT

tumblr_m9fne5tfiV1revtlmo1_500

Di saat ahli kumpulan 4Minute yang lain sedang sibuk membuat persiapan untuk mempromosikan album mini keempat mereka, Hyuna pula jatuh sakit dan sedang terlantar di hospital.

Laporan media mengatakan Hyuna mengalami demam panas dan dehidrasi menyebabkan dia ditahan wad pada hari Isnin lepas.

Walaupun semakin pulih dan keadaanya dikatakan tidak kritikal, dia masih perlu menunggu keputusan perubatan sejak dari semalam.

4Minute sebelum ini telah membuat kemunculan semula melalui album mini terbaru mereka dan malangnya ahli kumpulan yang lain terpaksa mempromosikan album itu berempat sahaja tanpa kehadiran Hyuna.

20110412_4minute_1

Kumpulan 4Minute

Mereka berempat khabarnya telah terlibat dengan pra-rakaman program muzik terbitan, Inkigayo yang dijangka ditayangkan pada Ahad ini.

Berita baiknya, single terbaru 4Minute berjudul What's Your Name merupakan salah satu daripada 10 lagu popular di dalam carta muzik selepas 10 hari ianya dikeluarkan.

Jom tengok muzik video terbaru 4Minute di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu