Isnin, 29 April 2013

Zon Artis

Zon Artis


Tuduhan Bercinta Dengan Syamsul, Puteri Sarah Anggap Ammar Tidak Matang

Posted: 29 Apr 2013 08:02 PM PDT

PUTERI SARAH LIYANA DAN SYAMSUL YUSOF BERCINTA
*Gambar dari artikel: "Saya Telah Mengenakan Tudung Sepenuhnya" – Puteri Sarah

Semalam, Ammar Alfian Aziz atau lebih senang dipanggil Ammar membuat pendedahan kepada mStar Online dengan menyatakan bekas kekasihnya, Puteri Sarah sedang bercinta dengan Syamsul Yusof. Bagi yang belum membaca pendedahan Ammar itu, anda boleh KLIK DI SINI.

Ekoran pendedahan itu, hari ini melalui portal GUA, Puteri Sarah memberi respon mengenainya dimana Puteri Sarah mengatakan bahawa apa yang dikatakan oleh Ammar itu adalah satu tuduhan yang tidak benar dan menganggap tindakan Ammar itu sebagai tidak matang.

Seperti kata Puteri Sarah:-

"Saya dah 'move on'. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya.

"Saya dah penat dengan semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya bercinta dengan Shamsul? Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang,"

Mungkin dengan kenyataan daripada Puteri Sarah ini jelaslah yang dia dan Syamsul Yusof tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa seperti yang dikatakan oleh Ammar kepada media semalam. Tapi adalah lebih bagus jika Syamsul Yusof turut tampil memberi kenyataan.

Psstt: Lihat senarai top 10 hotel suite paling mahal di dunia ini~

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu