Isnin, 29 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto Terbaru Dan Nama Baby Natasha Hudson

Posted: 29 Apr 2013 09:36 PM PDT

Screen-Shot-2013-04-23-at-12.33.33-AM

Rasanya, OHBULAN! belum sempat lagi memaparkan foto serta nama bayi Natasha Hudson & Carleed Khaza yang dilahirkan baru-baru ini, kan?

Bagi yang masih belum tahu, Natasha selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 April yang lalu hasil perkahwinannya bersama penyanyi, Carleed Khaza. Natasha sebelum ini pernah mempunyai anak bersama bekas suaminya.

Menariknya, pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga mereka pada 15 April 2012 tahun lepas telah menamakan anak mereka, Naeema Taqiyyah.

Cantik kan pilihan nama tu? Mari kita lihat beberapa keping foto Naeema selepas ini.

Screen Shot 2013-04-30 at 12.09.53 PM

Besar nanti mesti secantik wajah ibunya, kan?

Bukan Kerana Iri Hati Dengan Pak Nil – Zain Saidin

Posted: 29 Apr 2013 08:40 PM PDT

Zain Saidin

Nampaknya penyingkiran Zain Saidin dari program Masterchef Selebriti 2 kali ini benar-benar hangat dan rata-rata penonton bersetuju dengan keputusan juri.

Zain Saidin menjadi perhatian apabila dia dilihat tidak menghormati juri dan mempertikaikan kredibiliti juri-juri Masterchef sehinggakan dia menerima pelbagai kritikan dari penonton. Ini berpunca apabila pihak juri hanya membiarkan Aznil Nawawi mengambil nasi dari Kenchana Dewi sedangkan para peserta sudah diingatkan agar menggunakan bahan sendiri.

Dan menerusi Sinar Harian, Zain mendedahkan bahawa dia telah dipergunakan serta dia melakukan perkara tersebut bukan kerana iri hati dengan Pak Nil.

"Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain.

"Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

"Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri."

Tak cukup disitu, para penonton juga turut mempersoalkan hubungan Zain Saidin dan kekasihnya, Rozita Che Wan selepas melihat perangai Zain yang kurang sopan.

"Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul.

"Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku," jelas Zain lagi.

Nampaknya, impak Masterchef Selebriti edisi kali ini benar-benar menusuk jiwa para penonton. Jadi, kita tunggu pula malam ini pada jam 9 malam, siapa pula yang bakal tersingkir?

Tags: ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu