Jumaat, 5 April 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ramalan Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2012

Posted: 05 Apr 2013 07:32 PM PDT

Pejam celik – pejam celik, esok dah tiba masa untuk kita ketahui siapa pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2012 di Malam Kemuncak ABPBH 2012 yang akan berlangsung di Stadium Putra. Ini kali pertama ABP dibuat di Stadium Putra. Jadi, mood ABP tahun ini lain macam sikit sebab biasanya setiap tahun Budiey akan naik Genting. Kondisi dan magnitudnya lain la sikit. Jadi nak tak nak, penganjur kena buat sehabis baik dan semeriah yang mungkin. Katanya, ABP tahun ini akan mencatat sejarah sebagai acara paling gah dianjurkan dalam sejarah 26 tahun anugerah berprestij ini termasuk rekaan set pentas terbesar yang menepati tema Ledakan Geometri.

Jadi, untuk menjadikan ABP kali ini nampak grand sikit, ada acara karnival diadakan pada hari ini dan esok, akan berlangsung Fiesta ABPBH 2012 di pekarangan Stadium Putra. Kepada pembaca yang nak tiket ABP, boleh ke Fiesta ABPBH sebab kat sana anda boleh redeem tiket. Budiey minta maaf sebab memang setiap tahun tiada tiket ABP diberikan untuk pembaca Budiey. Acara kemuncak ABPBH disiarkan mulai jam 9 malam esok. Ia boleh ditonton secara langsung di TV3 atau radio Hot FM atau layari www.abpbh.com.my.

Senarai Pencalonan Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2012

Tentunya, menjelang detik-detik terakhir ini ramai yang bertanya-tanya siapakah yang bakal memenangi setiap kategori dan artis mana yang layak diangkat sebagai Artis Paling Popular. Mampukah pelakon kacak, Aaron Aziz mengulangi kejayaannya tahun lalu atau mungkin kali ini beralih tangan? Siapa tahu?

Undian telah dibuat oleh peminat dan sekarang ini, Budiey kira ramai yang berteka-teki untuk meramal siapa yang akan menang. Budiey pun rasa gatal tangan nak buat ramalan ni. Nah! ini sikit ramalan Budiey buat tatapan pembaca.

Artis Baru Lelaki Popular

1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Ramalan Budiey: Izzue Islam

Artis Baru Wanita Popular

1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Ramalan Budiey: Emma Maembong

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Ramalan Budiey: Sleeq & Najwa Latif

Penyanyi Lelaki Popular

1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Ramalan Budiey: Hafiz

Penyanyi Wanita Popular

1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Ramalan Budiey: Shila Amzah

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Fahrin Ahmad
5. Johan As'ari

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular

1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Ramalan Budiey: Neelofa

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

Ramalan Budiey: Lisa Surihani

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Johan

Artis Komedi Wanita Popular

1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Ramalan Budiey: Didie Alias

Pengacara TV Lelaki Popular

1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

Ramalan Budiey: Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Ramalan Budiey: Johan

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

Ramalan Budiey: Fara Fauzana

5 Finalis Kategori Online ABPBH 2012

Kategori Online: 1. Watak jahat dalam filem atau drama popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Sofi Jikan
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

Kategori Online: 2. Gandingan di layar serasi

1. Aaron Aziz & Nadiya Nissa
2. Adi Putra & Nora Danish
3. Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah
4. Johan & Zizan Razak
5. Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Ramalan Budiey: Aaron Aziz & Nadiya Nissa

Kategori Online: 3. Watak animasi tempatan popular ABPBH

1. Anak-anak Sidek
2. Boboiboy
3. Kacang
4. Upin & Ipin
5. Usop Sontorian

Ramalan Budiey: Upin & Ipin

Kategori Online: 4. Artis berpengaruh di laman media sosial

1. Aaron Aziz
2. Shila Amzah
3. Stacy
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

Kategori Online: 5. Artis lelaki stailo

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Awal Ashaari
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

Kategori Online: 6. Artis wanita stailo

1. Lisa Surihani
2. Melissa Francis
3. Nora Danish
4. Stacy
5. Yana Samsudin

Ramalan Budiey: Yana Samsudin

Kategori Online: 7. Artis Asia Paling Popular

1. Aaron Aziz
2. BIGBANG
3. Shila Amzah
4. Super Junior
5. Zizan Razak

Ramalan Budiey: Aaron Aziz

Bintang Paling Popular: Aaron Aziz

Komen via Facebook

Komen

Siapa Pemenang Artis Baru Popular ABPBH2012

Posted: 05 Apr 2013 06:49 PM PDT

Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012) di Stadium Putra di sini, esok bakal mencatat sejarah sebagai acara paling gah dianjurkan dalam sejarah 26 tahun anugerah berprestij ini termasuk rekaan set pentas terbesar yang menepati tema 'Ledakan Geometri'.

Sepanjang acara anugerah ini, konsep kejutan dan ledakan boleh disaksikan penonton melalui kesan penataan cahaya, lampu LED dan audio pada set pentas utama yang berukuran 111 kaki x 80 kaki persegi itu.

Kategori yang menjadi idaman pendatang baru industri hiburan iaitu Artis Baru Lelaki/Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) penting sebagai tapak mengembangkan kerjaya. Ini terbukti dengan kejayaan individuyang pernah menggenggam trofi itu. Populariti mereka terus bersinar sehingga membuka mata ramai pemain industri yang mahu bekerjasama.

KLIK VIDEO: Menjelang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 

Biarpun baru setahun jagung menceburi dunia penuh glamor ini, setidak-tidaknya nama mereka terpahat dalam lipatan sejarah penganjuran ABPBH bersama barisan penyumbang besar dalam dunia hiburan.

Kategori Artis Baru Popular mula diperkenalkan pada penganjuran ke11 ABPBH edisi 1997/1998. Ia diperkenalkan bagi menyuntik semangat generasi baru sebagai pelapis yang akan meneruskan legasi industri hiburan tempatan. Trofi pertama bagi kategori ini digenggam Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang ketika itu aktif sebagai pelakon. Siapa sangka dengan gelaran itu, Idham kini aktif sebagai pengarah dan penerbit filem.

Bermula tahun itu juga sehingga ABPBH 2001, kategori itu mula dikenali sebagai Artis Baru Popular yang tidak menetapkan pemenang sama ada artis lelaki atau wanita.

Bagi ABPBH 2012 edisi ke-26, 10 senarai artis baru yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kerjaya baik dalam bidang lakonan, nyanyian, komedi atau penyampai televisyen dan radio sepanjang tahun lalu kini berdebar-debar. Apa yang pasti, bukan trofi atau wang tunai yang diidamkan tetapi gelaran Artis Baru Popular bakal menjadi penentu kelangsungan kerjaya mereka.

Apakah antara lima calon bagi kategori wanita yang mana empat calon mewakili bidang lakonan iaitu Emma Maembong, Hanez Suraya, Nad Zainal dan Wawa Zainal mampu mengetepikan Ainan Tasneem yang mewakili bidang nyanyian?

Jika kita perhatikan, populariti Ainan Tasneem dengan lagunya Aku Suka Dia menerusi YouTube sudah mencatat 4.5 juta tontonan. Lagu itu juga pernah berada dalam Top 5 carta anjuran beberapa stesen radio dan media baru.

ABP

Begitupun, kita tidak boleh mengetepikan populariti pelakon yang bersinar menerusi lakonannya dalam drama rantaian Kau Yang Terindah di TV3 iaitu Emma Maembong. Lebih lagi pelakon berusia 20 tahun ini cukup dikenali pelbagai peringkat usia. Ia dibuktikan apabila gadis berkulit cerah ini mengikuti siri promosi Jelajah ABPBH 2012 bermula di Sungai Petani, Kuantan dan Johor Bahru. Impak daripada siri jelajah itu, Emma memiliki gelombang peminat yang cukup ramai. Pada usia kerjayanya yang hanya setahun jagung, Emma sentiasa diikuti kelab peminat iaitu EmmaVengers di semua lokasi jelajah yang diikuti.

Bagi Hanez Suraya pula, selain namanya timbul selepas bercinta dengan penyanyi Awi Rafael, Hanez melonjak kerana lakonan seksinya sebagai Sofea dalam drama rantaian, Dalam Hati Ada Taman yang disiarkan Astro. Hanez berganding dengan pelakon Indonesia, Randy Pangalila dalam drama itu. Selain itu, kerjaya lakonannya terus bertali arus dengan drama 3 Janji dan Suri di TV3.

Gadis bertubuh kecil, Nad Zainal turus menjadi buruan produser drama apabila bakat lakonan yang dimiliki tidak setanding dengan fizikalnya. Kata orang kecil-kecil
cili api. Ternyata gadis comel ini berjaya menambat hati pengundi kerana bakat lakonannya serta berjaya mengelak daripada sebarang gosip negatif.

Ramai juga meramalkan Wawa Zainal bakal menggenggam trofi yang pernah disandang Tasha Shilla tahun lalu. Wawa yang memulakan kerjaya lakonannya menerusi drama Klik di Astro kini dilihat semakin kerap muncul di layar perak. Wawa memiliki kekuatan tersendiri apabila mendapat kepercayaan beberapa pihak untuk menghiasi papan iklan sebagai duta produk.

Kini wajah Wawa boleh dilihat di mana-mana sehingga tidak sukar untuk meyakinkan pengundi memilihnya sebagai penerima baru trofi ini.

Bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular, sukar meramalkan siapa antara Aiman Hakim Ridza, Izzue Islam, Jimmy Palikat, Shah Iskandar dan Taiyudin Bakar akan menjadi pemenang.

Berdasarkan latar belakang pemenang sebelum ini, kategori ini dimonopoli bakat dari bidang nyanyian seperti Shahir, Black, Dafi, Faizal, Mawi dan Vince. Mungkinkah antara mereka, Jimmy Palikat yang menyandarkan lagu popularitinya Aku Anak Kampung mampu mengembalikan penguasaan penyanyi selepas trofi itu dirampas pelakon Johan As'ari tahun lalu?

Atau mungkinkah Aiman Hakim dan Izzue Islam yang memiliki kelebihan apabila mempertaruhkan bakat mereka dalam dua bidang iaitu nyanyian dan lakonan? Ternyata Aiman antara yang berpotensi kerana kelebihannya dalam bidang lakonan apabila drama Vanilla Coklat menjadi antara drama yang mencatat rating tertinggi di TV3.

Begitu juga dengan anggota kumpulan Forteen, Izzue yang dilihat lebih cenderung dalam bidang lakonan, malah baru dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan pada Festival Filem Malaysia ke25 menerusi filem 29 Februari, barubaru ini.

Jangan kita menidakkan pula bakat yang lahir dari Singapura iaitu Shah Iskandar yang semakin hari namanya diingati peminat kerana bakat lakonannya. Fenomena drama Nora Elena dan Atas Nama Cinta yang disiarkan TV3 secara tidak langsung memperakui kehadiran Shah dalam dunia hiburan tempatan. Ditambah dengan wajah yang tampan, Shah tidak mustahil mampu mengulangi populariti rakan senegaranya, Aaron Aziz dan Adi Putra.

Satu-satunya calon yang mewakili bidang komedi, Taiyudin Bakar tidak terkecuali mampu meraih undian yang tinggi. Jika dilihat, artis komedi pernah merangkul anugerah tertinggi dalam ABPBH sebagai Artis Paling Popular iaitu Saiful Apek (ABPBH 2003) dan Nabil Ahmad (ABPBH 2008) Siapa tahu, rezeki berpihak kepada Taiyudin untuk merangkul trofi berprestij ini.

Pemenang L

2011
Johan As'ari
Tasha Shilla

2010
Shahir
Ana Raffali

2009
Black
Yuna

2008
Nabil Ahmad
Stacy

2007
Dafi
Mila

2006
Faizal Ramly
Farawahida

2005
Mawi
Farah Diana Anuar

2004
Vince
Jaclyn Victor

2003
Hazami
Misha Omar

2002
Ako Mustapha
Elyana

2001
Maya Karin

2000
Intan Sarafina

1998/99
Juliana Banos

1997/98
Ahmad Idham

Sumber: Berita Harian

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu