Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Trailer & Gambar Eksklusif dari Filem The Wolverine Posted: 20 Apr 2013 09:51 PM PDT Filem yang dinantikan oleh ramai peminat filem aksi, The Wolverine lakonan bakal Hugh Jackman ditayangkan di pawagam mulai 25 Julai 2013. Filem arahan James Mangold adalah filem ke-enam dalam siri filem X-Men dan juga merupakan sekuel kepada filem X-Men Origins: Filem aksi Sci Fi adventure ini turut dilakonkan oleh Will Yun Lee, Tao Okamoto. The Wolverine digarap berdasarkan pada Komik Wolverine: Limited Series Volume 1 1982. (by Chris Claremont & Frank Miller). Musuh Wolverine kali ini adalah Silver Samurai dimana Logan (Hugh Jackman) menjalani sepak terajangnyer sambil makan sushi di Jepun. Dalam filem ini, Logan bukan lagi sebagai X-Men. Perang sudah habis. The Wolverine lakonan bakal Hugh Jackman ditayangkan di pawagam mulai 25 Julai 2013The Wolverine mengangkat cerita perjalanan Wolverine ke negeri Nippon untuk berlatih bersama seorang Samurai. Perjalanan yang dilakukannya tidak mudah, banyak hambatan dan pertarungan serta penggunaann teknik-teknik pengambilan gambar peringkat tinggi. Jackman, 44, gigih melakukan aktiviti fizikal untuk mempersiapkan dirinya membawa watak adiwira dalam The Wolverine. Dalam The Wolverine, Jackman diberikan watak sebagai manusia luar biasa yang panas baran seperti pernah dipaparkan dalam beberapa siri The X-Men. Sumber berkata, untuk memastikan bentuk fizikalnya memenuhi kehendak penerbit, Jackman mendapatkan bantuan daripada Dwayne Johnson yang lebh dikenali sebagai, The Rock.
Untuk mencapai matlamat itu, Jackman perlu mengambil 6,000 kalori sehari dengan membanyakkan memakan ayam, daging dan beras perang. Melalui The Wolverine, penonton dibawa mengikuti pengembaraan watak utama ia itu, Logan, ke Nippon dan menyertai watak misteri dari masa silamnya menentang musuh. Selain berlatih dengan samurai, Logan terpaksa menghadapi Yakuza, menteri yang korup dan melihat tunangnya jatuh ke tangan musuh. Dilaporkan menelan belanja lebih RM300 juta, pengarah James Mangold memutuskan untuk memulakan cerita dalam pelem, mengikut plot terakhir X-Men: The Last Stand.Ada sesuatu yang pembaca perlu tahu dengan filem The Wolverine.
Ini adalah gambar rasmi yang pertama dari filem tersebut. Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan