Selasa, 2 April 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jazeman Jaafar Memandu Kereta F1 di PETRONAS Motorsports Demo Run 2013

Posted: 02 Apr 2013 09:00 PM PDT

Bahang Grand Prix Formula One sudah pun tamat dan bahang serta kenangannya masih melekat di minda peminat sampai sekarang. Rata-rata peminat Formula One telah dilanda demam seawal Formula One edisi yang ke-15 ini mendapat perhatian dan sambutan yang hebat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Baru-baru ini, Budiey telah singgah di Showcase PETRONAS Malaysia Grand Prix di Concourse, Suria KLCC untuk melihat kereta lumba dan membeli merchendise kat sana.

Di Facebook Rasmi PETRONAS Motorsports juga ada banyak informasi dan peraduan untuk anda sertai. Hadiah-hadiah juga menarik.

Paling Budiey tunggu-tunggu, sempena dengan Formula One ini juga, Konsert Twin Towers @Live 2013 telah pun diadakan di Plaza KLCC pada 22 dan 23 Mac yang lalu dengan menampilkan barisan penghibur dan artis antarabangsa seperti Backstreet Boys, Demi Lovato, artis Korea dan tempatan yang gempak. Tidak kurang juga di kaca TV, kita boleh tengok iklan dan promo tentang F1 juga turut ditayangkan.

Haaa… itulah demam perlumbaan 2013 Formula 1™ PETRONAS Malaysia Grand Prix.

Perlumbaan PETRONAS F1 Malaysia Grand Prix 2013 telah berlangsung pada 22 hingga 24 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang yang lalu! Jadi Budiey juga tak lepaskan peluang untuk dapatkan tiket bagi menyaksikan sukan termahsyur ini.

Sempena dengan perlumbaan kali ini, PETRONAS telah mengadakan macam-macam aktiviti bagi tujuan promosi dari 16 hingga 24 Mac 2013 lalu.

Budiey bukanlah peminat tegar sukan permotoran. Namun, sebagai anak Malaysia Budiey harus menyokong acara sukan terbesar ini. Tambahan pula sukan Formula One ini diadakan di Malaysia. Siapa tak bangga, hidung siapa tak kembang bila nama negara sendiri disebut di serata dunia? Tak gitu?

Bagi Budiey perlumbaan di litar ini seperti juga dengan hidup kita. Kita adalah pelumba dalam hidup kita. Garisan penamat adalah matlamat hidup kita. Sepanjang perlumbaan pastinya, kita akan bergesel, kita akan jatuh, kita akan luka dan mungkin kita akan terbabas dan tergelincir di litar yang licin. Untuk capai matlamat, kita cuba sedaya upaya untuk sampai ke garisan penamat.

Pada hari Ahad yang lalu (17 Mac 2013), Budiey dan beberapa orang penulis blog telah dijemput untuk menyaksikan PETRONAS Motorsports Demo Run 2013 yang diadakan di depan KLCC, berhampiran Plaza KLCC.

Petronas Demo Run KLCC

Demo run ini adalah bertujuan untuk memberikan pengalaman di jalanraya untuk motor dan kereta lumba yang sukar dilupakan bagi penggemar sukan permotoran. Ianya disertai oleh bintang-bintang sukan handalan negara kita dan melibatkan nama-nama baru yang berpotensi besar bagi mengharumkan nama negara di masa hadapan. Antara nama yang Budiey boleh sebut kat sini ialah Afiq Ikhwan Yazid dan Nabil Jeffri. Persembahan demo mereka not bad sebenarnya.

Petronas Demo Run KLCC

Walaupun hujan turun renyai-renyai, penonton yang hadir tak sikit pun berganjak dari tempat mereka berdiri. Budiey tengok jalan becak dan basah. Memang agak bahaya dan mencabar jugak la bagi pemandu.

Seawal jam 12 tengahari lagi Budiey sampai di event ini dan Budiey sudah lihat ramai orang sudah berkumpul di tepi Jalan Ampang & Jalan P. Ramlee bagi menyaksikan demonstrasi di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Budiey sangat teruja nak tengok Sam Bird dari pasukan MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1. Selain itu, ramai lagi pelumba handalan yang turut buat demonstrasi iaitu Jazeman Jaafar, Fariqe Hairuman, Melvin Moh, Dominic Ang, Hafizh Syahrin, Afiq Ikhwan, Nabil Jeffri dan juga The Boys on 2-Wheels.

Turut hadir untuk menyaksikan acara PETRONAS Motorsports Demo Run 2013 ini ialah Tan Sri Dato' Shamsul Azhar Abbas, President and Chief Executive PETRONAS dan tetamu VIP yang lain.

Budiey rasa bertuah sebab dapat masuk ke Demo Lounge dan dapat bertemu dengan pelumba di sesi Meet & Greet.

Petronas Demo Run KLCC

Acara bermula pada jam 2.30 petang dengan persembahan perbarisan dari Trafik PDRM. Memang pertama kali Budiey tengok persembahan seperti ini. Satu pengalaman baru dan jarang-jarang sekali dapat peluang seperti ini.

Petronas Demo Run KLCC

Tidak ketinggalan adalah persembahan Military Tattoo dari pasukan tentera. Memang dahsyat juga aksi-aksi mereka ini. Macam-macam stail dan gaya ada. Aksi stunt mereka pun memang mengujakan sebab Budiey boleh katakan setara dengan aksi stunt di luar negara.

Kemudian, acara diselangi dengan Demo Pit lane walk, Pillion Ride dan Taxi Ride.

Demo Run bermula pada jam 5 petang dengan penampilan PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM & PETRONAS Yamaha-CKJ.

Kemudian, penonton juga terpukau dengan aksi PETRONAS Raceline Malaysia & PETRONAS Hong Leong Yamaha (600 cc).

Pelumba Hafizh Syahrin Abdullah juga tak ketinggalan mempamerkan aksi dan kemahiran beliau yang 'daring' di acara demo run ini.

Turut buat persembahan demonstrasi ialah pasukan Meritus GP dan yang Budiey nantikan iaitu MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1, Sam Bird. Kalau tak silai, beliau melakukan 3 lap. Demonstrasi juga melibat pit-stop dan pertukaran tayar.

Selepas itu, pasukan PETRONAS Syntium mengambil tempat untuk menunjukkan kemahiran mereka disaksikan oleh ratusan pengunjung.

Petronas Demo Run KLCC

Acara tamat dengan persembahan demo dari pelumba muda berbakat besar, Jazeman Jaafar yang memandu kereta lumba MERCEDES AMG PETRONAS Formula 1. Budiey dikhabarkan juga, ini adalah kali pertama beliau memandu kereta F1. Peluang keemasan ini tidak dilepaskan dengan persembahan yang agak baik dibuat oleh pelumba ini. Syabas, percubaan yang sangat berani sebab jalan raya kat sini agak licin selepas hujan turun renyai di awal petang. Jazeman telah menyempurnakan 5 laps dan beliau akui belum pernah memandu kereta F1 sebelum ini. Ternyata, ia bukan sesuatu yang sukar buat beliau walaupun perasaan berdebar-debar itu ada. Jazeman hanya sempat buat latihan beberapa sesi sebelum melakukannya di hadapan orang ramai.

Petronas Demo Run KLCC

Acara PETRONAS Motorsports Demo Run 2013 disokong oleh PETRONAS PRIMAX 95 XTRA, MASkargo, Malaysia Airlines, DBKL, Mercedes-Benz Malaysia dan Bank Simpanan Nasional.

Antara gambar-gambar menarik di acara ini:

Komen via Facebook

Komen

Program Celik Hati & Signs Of The Hereafter di TV9

Posted: 02 Apr 2013 01:12 PM PDT

DUA PROGRAM ILMIAH MENDIDIK JIWA APRIL INI DI TV9

Pelbagai program menarik dari pelbagai slot telah disediakan oleh TV9 khas buat penonton setianya. Pada bulan April ini, dua program ilmiah terbaik telah disediakan menerusi slot Raudah iaitu Celik Hati yang diterajui oleh Profesor Muhaya dan Signs of the Hereafter, yang dikelolakan oleh ilmuan agama terkenal Sheikh Alaa El Sayed dalam Bahasa Inggeris dan pertama kali disiarkan di TV9. Kedua program ini bakal disiarkan berturut-turut pada hari yang sama iaitu hari Khamis dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam bermula 4 April ini.

Logo Celik Hati

CELIK HATI
Celik Hati merupakan sebuah program motivasi yang dikendalikan oleh pencetus inspirasi terkenal dan berpengalaman iaitu Professor Dr. Muhaya Mohamad. Program motivasi ini boleh dikategorikan sebagai terapi buat penonton semua kerana Professor Dr. Muhaya akan mengupas topik-topik harian yang tanpa disedari merupakan konflik dalam diri dan juga kehidupan kita semua.

Prof Dr Muhaya (2)

Celik Hati yang mengandungi 13 episod ini disiarkan secara langsung dari Studio C, Sri Pentas pada setiap Khamis pada jam 9.30 malam ini. Sebagai episod permulaan, Professor Dr. Muhaya akan memberi motivasi kepada mereka yang kurang mempunyai keyakinan diri, menerusi topik "Aku Tidak Bersendiri". Dalam topik ini, beliau akan membincangkan masalah putus cinta, rasa diri ditinggalkan dan tiada orang kepercayaan. Menerusi episod kedua, beliau akan mengupas pula tentang topik 'Belajar Menerima Cinta'. Sememangnya manusia terdorong dengan sifat kasih sayang dan cinta, namun tidak ramai yang tahu bagaimana untuk menunjukkan perasaan itu kepada orang yang mereka sayangi. Di sini, beliau akan berkongsi tips memupuk kasih sayang dan cinta di dalam diri supaya sentiasa didorong dengan sikap mulia yang positif.

Menerusi Celik Hati ini, beliau tidak berinteraksi seorang diri di dalam studio tetapi berinteraksi dengan para penonton secara maya menggunakan media baru seperti Facebook, Twitter dan Instagram, selain dari panggilan telefon ke studio. Untuk memantapkan pengisian program, perbincangan ini turut diselang-selikan dengan kata-kata hikmah daripada Professor Dr. Muhaya dan ahli falsafah dunia seperti Mahatma Gandhi, Kung Fu Tze dan lain-lain. Sekaligus memperkenalkan kepada penonton tokoh-tokoh dunia yang menjadi pencetus inspirasi hidup manusia pada suatu ketika dulu. Malah, beliau juga turut berkongsi buku bacaan beliau untuk dijadikan panduan kepada penonton di luar sana.

Dapatkan tips istimewa dari Professor Dr. Muhaya menerusi Celik Hati yang disiarkan pada setiap Khamis, jam 9.30 malam bermula 4 April 2013 hanya di TV9.

Logo SOTH

SIGNS OF THE HEREAFTER
Program dokumentari agama yang mengandungi 9 episod ini dikelolakan oleh ilmuan agama terkenal, Sheikh Alaa El Sayed dalam Bahasa Inggeris. Beliau akan menceritakan tentang kehidupan manusia setelah meninggal dunia dan Hari Kiamat yang merupakan rukun Islam ke-enam – rukun Islam yang lain ialah beriman kepada Allah SWT, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab dan Al-Quran, beriman kepada Nabi dan Rasul, beriman kepada Hari Kiamat dan beriman kepada Qada dan Qadar.

Beliau turut berkongsi dengan penonton tanda-tanda Hari Kiamat yang bakal tiba merujuk kepada kitab dan Al-Quran. Setelah meninggal dunia, kita akan di bangkitkan semula di alam barzakh. Apabila berada di alam yang kekal inilah segala perbuatan kita dihitung. Dokumentari ini cukup memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua ini akan disiarkan pada setiap Khamis, jam 10.00 malam bermula 4 April ini.

Jangan lupa menyaksikan program ilmiah yang disediakan berturut-turut dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam ini eksklusif di TV9!

Prof Dr Muhaya (4)

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu