Ahad, 21 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Herman Tino Terima Wang Taruhan RM10,000 Untuk Bertanding Di #PRU13

Posted: 21 Apr 2013 08:23 PM PDT

Herman Tino

Nampaknya selain Aishah dan Dayangku Intan, penyanyi lelaki yang popular sekitar era 80-an, Herman Tino turut difahamkan bakal bertanding untuk Pilihan Raya ke 13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang, Selangor.

Menurut Herman Tino, dia merasa terharu apabila dua sahabatnya sanggup menggadaikan kereta mereka semata-mata untuk melayakkan beliau bertanding di PRU13 dan dirinya juga turut menerima wang taruhan sebanyak RM10,000.

Terus terang saya memang tidak mempunyai wang untuk bertanding tetapi pengorbanan dua sahabat yang sanggup menggadaikan kereta mereka cukup membuatkan saya terharu.

Selain RM10,000 dibayar sebagai wang taruhan saya juga perlu membayar RM5,000 sebagai deposit bahan untuk berkempen. – Ujar Herman Tino menerusi laporan mStar Online.

Mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Herman Tino dikatakan bakal menggunakan lambang bunga raya untuk pilihan raya kali ini dan memegang calon Bebas.

Menurut penyanyi tersebut lagi, meskipun beliau tidak dapat menjanjikan pembangunan yang pesat di Tanjong Karang kerana faktor wang, akan tetapi beliau yakin akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmoni menerusi manifesto yang diperkenalkannya.

Saya tidak mewakili mana-mana parti politik tetapi manifesto yang saya tampilkan ini adalah untuk mengajak supaya masyarakat Tanjong Karang tidak taksub dengan politik kerana enggan melihat mereka berpecah belah.

Saya juga memilih manifesto itu kerana tidak berani untuk menjanjikan pembangunan pesat kepada mereka kerana tidak mempunyai wang sebaliknya yakin mampu mengubah mentaliti masyarakat di situ.

Tags:

Star Trek Into Darkness : Siapakah Musuh Sebenar Krew Enterprise?

Posted: 21 Apr 2013 05:05 PM PDT

ST_Destruction_UK_Quad

Filem Star Trek Into Darkness bakal kembali menemui penonton pada 16 Mei 2013 dengan aksi-aksi yang lebih menggerunkan dan pertarungan yang lebih mencemaskan.

Untuk sambungan kali ini, filem tersebut bakal memperkenalkan musuh baru dalam Enterprise yang merupakan ahli krew itu sendiri. Siapakah agaknya musuh dalam selimut itu ya? Adakah dia ahli baru krew tersebut?

Apa pun menerusi trailer terbaru filem Star Trek Into Darkness ini, kita dapat lihat terdapat sebuah objek yang dikeluaran daripada lautan, dan objek tersebut kelihatan seakan-akan sebuah kapal perang. Agaknya apa fungsi objek tersebut? Adakah ianya digunakan untuk menentang musuh krew Enterprise?

HH

Trailer ini turut memaparkan sebuah objek berbentuk robot yang kelihatan berlegar di ruang angkasa lepas. Mungkin objek ini salah sebuah kapal angkasa musuh yang datang untuk menyerang krew Enterprise, atau mungkin ianya robot milik tali barut itu? Apa pun, semua persoalan akan terjawab apabila anda menonton filem Star Trek Into Darkness ini nanti.

HH

Bagi misi kali ini, Kapten James T. Kirk (Chris Pine) bersama krew daripada U.S.S. Enterprise telah ditugaskan untuk mengetuai satu misi pemburuan bagi menangkap individu yang bertanggungjawab dalam mencetuskan kekacauan di Bumi. Bagaimanapun, misi mereka menjadi semakin kritikal dan rumit apabila pangkalan mereka diserang oleh pihak musuh.

Anda rasa mampukah mereka bangkit semula dan menyelesaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan? Berjayakah mereka menumpaskan musuh dengan begitu mudah?

HH

Kalau nak tahu bagaimana kesudahan filem ini, jangan lupa rebut peluang untuk menyaksikan pratonton "Star Trek Into Darkness" pada 10-12 Mei & 15 Mei, serta tayangan ke seluruh pawagan 3D & IMAX 3D di seluruh Malaysia pada 16 Mei 2013!

Saksikan trailer terbaru yang lebih mendebarkan selepas ini.

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu