Selasa, 16 April 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


AoA & Girls’ Generation Bakal Gamatkan “2013 Asia Super Showcase”

Posted: 16 Apr 2013 10:08 PM PDT

AoA-1

Jika Asia Super Showcase edisi lepas (2012) telah membawakan kumpulan K-Pop yang terdiri daripada kumpulan lelaki iaitu Super Junior-M, Exo-M, dan BTOB, untuk tahun 2013 pula, pihak penganjur telah mengambil kumpulan K-Pop wanita iaitu AoA (Ace Of Angel) dan juga Girls' Generation.

Konsert 'Asia Super Showcase' yang telah memasuki edisi kedua pada tahun ini juga telah memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi dan menjangkakan lebih 4 ribu peminat dari luar Malaysia akan turut hadir memeriahkan konsert.

Bertemu di sidang akhbar semalam, Mr. Michael Chan dalam kenyataannya memberitahu konsert ini menerima respon yang hangat oleh peminat dari seluruh Asia.

"Konsert '2013 Asia Super Showcase in Malaysia' telah menerima respon dan sokongan yang hebat bukan saja dari peminat di Malaysia, malahan dari peminat yang berada di Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia, Filipina dan juga Vietnam."

AoA-2

Dalam pada itu, AoA turut mendedahkan bahawa konsert ini adalah konsert pertama mereka di luar negara.

"Ini kali pertama kami buat konsert diluar negara, jadi kami bangga dan suka apabila dapat beraksi di Malaysia.

"Ini juga merupakan kali pertama kali kami ke Malaysia dan berharap peminat akan menyanyi bersama dalam konsert, barulah akan rasa gembira," tambah mereka lagi.

Kumpulan AoA telah ditubuhkan pada bulan Julai 2012 dan terdiri daripada ahli band dan juga idol (penari). Mereka mempunyai kelebihan bermain alat muzik serta kelebihan sebagai penari dan penyanyi.

Acara penuh meriah tersebut akan diadakan pada 19 Mei 2013, jam 8:30 malam bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Maklumat penjualan tiket akan diumumkan dari masa ke semasa dan untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman Facebook rasmi "2013 Asia Super Showcase in Malaysia"

Mari tonton teaser "Asia Super Showcase 2013″ oleh Girls' Generation selepas ini!

Muzik Video Gentlemen Oleh Psy Cipta Rekod Baru!

Posted: 16 Apr 2013 09:02 PM PDT

Screen Shot 2013-04-17 at 11.58.08 AM

Nampaknya angka 100 juta bukanlah satu perkara yang susah untuk dicapai Psy.

Menerusi muzik video terbarunya berjudul 'Gentlemen', penyanyi ini sekali lagi mencipta rekod baru apabila MV-nya itu mencatatkan lebih 100 juta kali jumlah tontonan. (110,862,162 pada waktu ini)

Menariknya, jumlah ini dicapai selepas 4 hari MV tersebut dimuat-naik ke laman Youtube dan ini membuktikan bahawa fenomena Psy masih belum dapat dilupakan para peminat.

Lebih menarik, apabila krew OHBULAN! menulis "Gentlemen Parody" di kotak carian Youtube, laman ini memberikan keputusan carian yang sangat memberangsangkan.

Screen Shot 2013-04-17 at 11.49.42 AM

Lebih kurang 260 ribu video parodi telah dibuat semenjak 4 hari MV asal 'Gentlemen' dimuat-naik. Wow!

Setakat ini, kami hanya berminat dengan parodi 'Gentlemen' versi Nerdy Man saja. Kami serahkan pada anda untuk mencari manakah parodi terbaik 'Gentlemen'. Atau mungkin anda boleh muncul dengan video parodi sendiri, kan?

Apa pun, mari layan video parodi pilihan OHBULAN! selepas ini ya!

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu