OHBULAN! |
Kumpulan Lawson Tak Sabar Nak Jumpa Peminat Malam Ini! Posted: 12 Apr 2013 07:15 PM PDT Petang semalam telah berlangsungnya sidang media bersama kumpulan pop rock terkenal, Lawson bertempat di Doubletree Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Sidang media ini diadakan sempena kehadiram kumpulan tersebut yang difahamkan buat julung kalinya tiba di Malaysia dan mereka juga dijadualkan bakal mengadakan showcase pertama mereka pada malam ini (13 April 2013) bertempat di Stage Club, Avenue K, Kuala Lumpur, jam 7.00 petang. Memandangkan ini adalah kali pertama Lawson berada dan mengadakan showcase di Malaysia, oleh itu kumpulan tersebut akui merasa sedikit gementar dan dalam masa yang sama merasa begitu teruja untuk menghiburkan semua peminat mereka pada malam ini.
Dalam pada itu, pihak media sempat juga mengajukan soalan apakah makanan tradisonal Malaysia yang menjadi kegemaran mereka dan adakah mereka telah mencuba kesemuanya.
Sewaktu diajukan soalan siapakah penyanyi antarabangsa yang menjadi kegemaran mereka selama ini, Lawson telah memilih penyanyi pop dan blues rock terkenal, John Mayer sebagai idola mereka dan menganggap penyanyi tersebut sebagai seorang lagenda dalam industri muzik antarabangsa.
Untuk makluman, kumpulan Lawson dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu Andy Brown (gitar akustik dan vokalis), Ryan Fletcher (bass gitar dan penyanyi latar), Joel Peat (gitar utama dan penyanyi latar) serta Adam Pitts (dram). |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan