Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Konsert Penutup Perlumbaan F1 Gun N’ Roses di Sepang Posted: 19 Mar 2013 07:31 AM PDT KONSERT PENUTUP PERLUMBAAN F1: GUNS N' ROSES, ESTRANGED & TWIILGHT ACTION GIRL (TAG) Tarikh: 24 Mac 2013 (Ahad) Bersempena dengan edisi ke 15 tahun F1 Grand Prix Malaysia, grup terkenal Amerika Syarikat Guns N' Roses diterbangkan khas buat rakyat Malaysia. Sebuah konsert dipersembahkan pasca perlumbaan F1 dan hanya yang terbaik diberikan buat khalayak. Diformasikan di Los Angeles pada tahun 1985, grup dengan nama Guns N' Roses yang pernah memenangi Anugerah Grammy dan menjual lebih 100 juta unit album ini dibawakan buat khalayak pada 24 Mac ini di Helipad, Sepang. "Ini merupakan kali pertama grup legenda ini beraksi di Malaysia dan penonton boleh menjangkakan persembahan yang menarik," ujar Datuk Razlan Razali, Ketua Pengarah Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang. Pada tahun 2009, grup British Jamiroquai pernah hadir dalam acara dan lokasi yang sama dan mendapat sambutan lebih 20,000 penonton. "Guns N' Roses masih mampu menarik perhatian umum dan kami harap para penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan akan menunggu untuk menonton persembahan Guns N' Roses selepas itu," ujar Datuk Razlan dengan harapan. Hanya menghadirkan Axl Rose selaku vokalis dan anggota asal, khalayak akan menyaksikan gabungan terbaru vokalis tersebut dengan grup barunya yang dianggotai Ron 'Bumblefoot' Thal, DJ Ashba, Richard Fortus, Tommy Stinson, Frank Ferrer, Dizzy Reed dan Chris Pitman. Grup dengan barisan anggota baru ini sedang dalam proses pembikinan album baru di Los Angeles. Kumpulan tempatan iaitu Estranged dan Twilight Action Girl akan menjadi pembuka acara bagi konsert Guns N Roses yang julung-julung kali diadakan itu, Kumpulan Estranged yang merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu 2007 baru sahaja melancarkan album baru mereka bertajuk Anugerah Hidup. Manakala Twilight Action Girl pula yang dianggotai oleh DJ Bunga, Dj Chaseylain, dan Ribut 10:59 merupakan sebuah grup dengan profile yang tinggi di kelab-kelab tempatan. Konsert akan bermula sejurus selepas tamat perlumbaan dari 11 pasukan F1 terkemuka dunia. Menerusi belian tiket zon Granstand perlumbaan F1, khalayak akan dapat menyaksikan konsert penutup F1 di Helipad, Sepang, yang akan menampilkan Estranged, Twilight Action Girl (TAG) dan GUNS & ROSES. Lebih istimewa, sempena F1 yang akan berlangsung pada 22 Mac hingga 24 Mac 2013, tahun ini pihak penganjur, SIC (Sepang International Circuit) menawarkan pakej 'One Ticket Unlimited (1TU)' yang pasti memberikan keistimewaan untuk khalayak menikmati keseronokan serta kehangatan acara sukan permotoran bertaraf dunia ini. Tiket Konsert F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2013 juga boleh dibeli menerusi online dengan melayari www.sepangcircuit.com atau datang terus ke kaunter di KL Sentral dan di KLCC yang akan beroperasi dari sekarang sehingga 24 Mac 2013. Istimewa untuk pemegang kad Maybank Visa dan kad Master Credit atau kad Debit, boleh dapatkan tiket-tiket dengan potongan harga 25%. Kepada pelajar-pelajar juga berpeluang mendapatkan tiket-tiket menerusi promosi 'Beli 1, Percuma 1′ dengan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) untuk zon Main Grandstand of Topaz, Citrine, Tower North & Tower South mulai sekarang sehingga 17 Mac 2013. Komen via Facebook |
| Poster Filem Pecah Lakonan Fizz Fairuz & Izreen Azminda Posted: 19 Mar 2013 06:36 AM PDT Penantian ke tayangan filem Pecah yang diadaptasi dari novel best seller fixi dengan judul yang sama semakin mengujakan apabila pihak Grand Brilliance melancarkan poster rasmi filem tersebut menerusi laman instagram dan twitter rasmi mereka baru-baru ini. Bersesuaian dengan tajuknya dan visi Grand Brilliance untuk menjadi penanda aras baru bagi industri perfileman tempatan, poster yang menampilkan keempat-empat watak utama filem Pecah iaitu Tony Eusoff, Fizz Fairuz, Ako Mustapha, Shoffi Jikan dan Izreen Azminda dilihat menerapkan efek pecahan kaca yang mampu ditafsir simbolik bagi pelbagai kemungkinan sebagai latar belakangnya. Pecah berkisarkan sebuah rompakan bersenjata oleh Alan, Herman, Radi dan Don di salah sebuah bank terkemuka negara dan kekecohan yang berlaku selepasnya. Bakal ditayangkan di pawagam pada pertengahan tahun 2013, Pecah dijangka akan menggegarkan industri perfileman tempatan yang dahagakan filem penuh aksi seperti ini. Antara barisan filem-filem lain Grand Brilliance yang bakal menemui anda pada 2013 adalah Bisikan Syaitan (2 May 2013), Pecah, Pengapit, Balada Pencinta, KL Zombi, Mamak Cupcake, Lebuhraya Ke Neraka, Penanggal, KL Gangster 2 dan Anak Jantan yang dijangka bakal memecah rekod industri perfileman tanah air. Follow @grandbrilliance di twitter dan instagram untuk maklumat lanjut serta info dan gambar dari filem Pecah atau layari www.facebook.com/filempecah. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan