Selasa, 19 Mac 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Zain Saidin ‘Delete’ Akaun Instagram Kerana Bosan Digosip?

Posted: 19 Mar 2013 10:30 PM PDT

Zain_Saidin_new

Tak sampai 5 jam lepas, selebriti ini yang sedang hangat menjadi bualan mulut ramai peminat dan juga para media telah membuang akaun Instagram miliknya. Zain Saidin menerusi laman Twitternya telah mengumumkan perkara ini pagi tadi dengan menulis, "Good morning peeps, Instagram page deactivated so if you see another Zain Saidin there then you know it's a fake account. ;) peace out."

Screen Shot 2013-03-20 at 1.11.58 PM

Melalui perbualan Zain Saidin yang dilihat OHBULAN!, pelakon berusia 29 tahun ini dipercayai membuang akaun Instagramnya kerana sudah bosan dengan kutukan dan pelbagai komen negatif yang dilihat mengganggu perjalanan kariernya.

Screen Shot 2013-03-20 at 1.11.50 PM

Screen Shot 2013-03-20 at 1.15.25 PM

Mungkin betul juga langkah yang diambil oleh Zain ini. Tapi sudah menjadi lumrah sebagai selebriti, walau apa pun yang berlaku, haruslah diterima dengan hati terbuka.

Nampaknya, kasihan pada para peminat Zain Saidin yang sentiasa menunggu foto-foto terbaru jejaka kacak ini.

p/s : Teringat dengan seorang lagi artis kita. Akaun Twitter digunakan sebagai medium untuk berpolitik. PRU13 ini dah daftar untuk jadi calon ke?

Tags: , , ,

Foto : Isteri Fezrul Khan Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Posted: 19 Mar 2013 09:26 PM PDT

Fezrul Khan

Tahniah! diucapkan buat pelakon filem "Cinta Kita," Fezrul Khan dan isterinya Noorhafizah kerana telah selamat menimang cahaya mata lelaki mereka sekitar jam 7.35 petang semalam, di Prince Court, Kuala Lumpur.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh Fezrul Khan sendiri menerusi laman Twitternya beberapa jam yang lalu dengan status berbunyi:

Wifey sy telah selamat melahirkan baby boy seberat 3.47 jam 735pm.. Syukor Alhamdulillah. Thanks Allah…

Untuk makluman, Fezrul dan Hafizah telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 6 Mei 2012.

Berikut kami lampirkan beberapa foto bayi lelaki comel Fezrul untuk tatapan anda semua :

Kredit Foto : Instagram Fezrul Khan

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu