Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Muzik Video 5 Minit Ramlah Ram Featuring CAPRICE & DEM LEPAK BOYZ Posted: 18 Mar 2013 09:26 AM PDT Pada hari ini, Budiey ada dengar-dengar kat Twitter, Kak Ramlah Ram buat pertama kalinya telah upload sebuah muzik video terbaru berjudul 5:00 (sebut: lime minit) di saluran Youtube milik Ramlah Ram, kepada yang nak subscribe, boleh layar: www.youtube.com/ramlahramgroup. Sehari sebelum tu, Ramlah Ram siarkan video teaser untuk memperkenalkan muzik video terbarunya. Nampaknya, Ramlah Ram tak jemu-jemu untuk berduet dan featuring beberapa orang artis muda yang tengah hot sekarang ini. Selepas menampilkan penyanyi duo Sleeq, pelantun lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ini mengambil penyanyi rap Caprice pula untuk lagu 5:00. Sebenarnya, video ini diupload pada 18 Mac 2013. Lagu ini semakin mendapat tempat setelah diputarkan di corong-corong radio. Muzik video ini ada jalan ceritanya sendiri di mana seorang pemuda (lakonan Aeril Zafrel) hanya ada 5 minit untuk bertemu dengan kekasihnya yang mahu terbang jauh. Beberapa hari lalu, Budiey ada tulis tentang berita Aeril Zafrel akan berlakon dengan bintang Hollywood, Christina Ricci dan Sharon Stone. Kiranya, muzik video ini memang nampak kelas sebab ada Aeril Zafrel berlakon, tak gitu ke? Muzik Video 5:00 minit ini telah diarahkan oleh Sam Kuman dan merupakan sambungan kepada Muzik Video Sesaat Kau Datang yang juga diterbitkan oleh RRG-E ( Ramlah Ram Group Entertaiment). MV ini menampilkan Ramlah Ram, Caprice, Dem Lepak Boyz, Aeril Zafrel, Jasrina Jasni, Daniel Halis, Shah, Sabojat dan lain-lain lagi sebagai teraju utama. Semoga semua terhibur dengan MV dendangan terbaru dari Ramlah Ram & Caprice. Dari segi fesyen busana pula, Ramlah Ram menggayakan rekaan dari beberapa pereka dengan konsep warna-warna terang dan color blocking. Apa pendapat anda dengan muzik video ini? Kat bawah ini, ada beberapa gambar behind the scenes. Gambar ini perlu dikreditasikan kepada Fanpage Ramlah Ram Group Komen via Facebook |
| Nasihat Buat Pelakon Eina Azman Posted: 18 Mar 2013 12:18 AM PDT Setelah tersiarnya berita tentang pelakon Eina Azman ditipu oleh seorang Datuk sehingga nyaris-nyaris diperkosa minggu lalu, maka ramailah pembaca yang memberikan komen mereka. Pada hari ini juga, Budiey ada terbaca tentang kontroversi ini dalam Harian Metro di mana seorang Pakar Motivasi dan Kaunseling RKH Motivation & Services, Dr Robiah Hamzah ada mmeberikan pendapat beliau dan mengulas tentang kejadian malang ini.
Menurut beliau lagi, wanita khususnya golongan artis sepatutnya tahu orang membuat tawaran itu selalunya manusia bijak kerana pandai menangguk di air keruh.
Eina Azman sebelum ini mendakwa diajak bertemu lelaki bergelar Datuk di hotel kira-kita jam 11 malam pada 8 Februari lalu untuk berbintang soal pembelian kereta Mercedes berharga lebih RM220,00. Komen via Facebook |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan