OHBULAN! |
| Instagram : Anzalna Nasir Tampil Dengan Potongan Rambut Baru Posted: 18 Mar 2013 10:53 PM PDT Kami kira, tahun 2012 merupakan tahun dimana Anzalna Nasir benar-benar bersinar. Drama-drama lakonannya menjadi buah mulut para peminat dan diantaranya ialah 'Sirrun', 'Suria Di Cordoba' dan juga 'Ramadhan Terakhir'. Tapi itulah, baru sahaja awal tahun 2013, terasa lama sudah kami tidak melihat pelakon berusia 25 tahun ini dikaca televisyen. Kali terakhir Anzalna menjadi bualan peminat ialah ketika dia mendedahkan identiti teman lelakinya dan menjelaskan bahawa dia tidak mahu menyembunyikan hubungannya. Itupun tidaklah lama sangat kan? Melalui laman Instagram Anzalna, pelakon ini telah memuatnaik beberapa keping foto dia bersama potongan rambut barunya. Bagi OHBULAN!, Anzalna kelihatan lebih comel dan muda begini. Anda pula? Jom tengok selepas ini. |
| Kami Masih Berkawan – Nasha Aziz Respon Isu Cinta Posted: 18 Mar 2013 09:25 PM PDT
Menerusi laporan akhbar Kosmo! hari ini, Nasha menjelaskan dia dan Nur Iman Tang masih berkawan dan menjelaskan setiap teman harus keluar bersama. "Kami masih berkawan dan setiap teman harus keluar bersama atau bersembang. Tidak elok untuk kita bermusuhan dan saya rasa saya perlu menjaga hubungan atau persahabatan ini." Selebriti yang bakal menginjak umur 42 tahun ini juga menegaskan agar para peminat dan media tidak membuat spekulasi awal. "Jangan membuat spekulasi awal. Selagi tiada sebarang ikatan, tiada apa yang istimewa. Kenapa saya tidak boleh ada teman atau kawan sedangkan orang lain boleh?" P/s : Dalam kekecohan isu cinta diantara Rozita Che Wan bersama Zain Saidin, Nasha Aziz masih mampu mencuri tumpuan kami sebenarnya. |
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan