Ahad, 17 Mac 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Penulis Skrip & Wartawan Hiburan Meor Shariman Meninggal Dunia

Posted: 17 Mar 2013 11:01 PM PDT

Berita seorang penulis skrip terkenal, Meor Shariman Bin Meor Shariman telah meninggal dunia pagi semalam (17 Mac 2013) kerana mengidap penyakit kanser usus tidak banyak keluar di media internet. Jadi, Budiey nak siarkan di sini, memandangkan Budiey banyak kali juga jumpa beliau di majlis pelancaran filem dan pra tonton.

Allahyarham meninggal di usia 42 tahun di kediaman keluarganya di Putrajaya jam 6.20 pagi. Adiknya, Saliza Meor Shafie, 31 tahun berkata keadaan abangnya mula tenat sejak tengah malam dan menghembus nafas terakhir di depan ibu mereka. Allahyarham sempat mengupload gambar terakhir di Twitter miliknya yang menggambarkan keadaan beliau yang sangat kurus dan tidak bermaya melawan kanser.

Menurut adiknya lagi kepada Harian Metro:

"Beberapa hari sebelum meninggal, dia dimasukkan semula ke Hospital Putrajaya akibat sesak nafas. Kanser sudah merebak ke bahagian paru-paru dan hati. Doktor mencadangkan supaya paru-parunya ditebuk namun arwah enggan membenarkan dan keluarga juga kurang bersetuju."

Namun, Budiey tak pernah bercakap dengan arwah memandangkan kami tidak mengenali antara satu sama lain. Seingat Budiey, Meor Shariman dulunya pernah mengurus karier pelakon Asyraf Muslim, Sherry Ibrahim dan Aliff Satar. Sebelum tu, ramai yang tak tahu juga beliau pernah mengurus grup X-Factor. Mungkin ramai yang tidak mengenali insan yang bergelar Meor Shariman ini, sebenarnya, dulu arwah pernah bertugas di meja editorial hiburan dan jenayah di New SundayTimes sebaris dengan wartawan otai yang lain seperti Kak Cham dan abang Adam Salleh Jarum Emas.

Walaupun beliau agak low profile, namun, seharusnya kita kena ingat, karya-karya penulisn skrip beliau untuk drama dan filem seperti filem Main-Main Cinta, Jangan Pandang-Pandang, Salam Cinta, Duyung, Minyak Dagu, Cicakman, Tentang Bulan, dan juga turut menghasilkan beberapa naskah novel. Budiey lihat allahyarham sangat aktif menulis skrip untuk filem terbitan MIG dan Excellent Pictures.

Keluarganya reda dengan pemergian anak sulung daripada empat adik beradik itu yang disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

Jenazah Allahyarham Meor Shariman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islan Presint 20, Putrajaya. Sama-sama kita doakan ruh beliau dirahmati oleh Allah dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Twitter Asyraf Muslim:

@asyrafmuslim: "Marilah kita sama2 doakan roh Abg Meor Shariman (managerku dulu) diberkati oleh Allah swt dan ditmptkan bsama org2 yg beriman, Insyallah!"

Twitter Kak Cham:

@kakcham: "Al-fatihah buat rakan media Meor Shariman yang kembali ke Rahmatullah sebelum subuh tadi. Salam takziah buat keluarga."

Twitter Norman KRU

@NormanKRU: "Salam takziah kpd keluarga Allahyarham Meor Shariman (penulis skrip Cicakman 1 & 2) yg pulang ke rahmatullah pagi tadi. Al Fatihah."

Meor Shariman

Komen via Facebook

Komen

Psy Tamatkan Gangnam Style di Malaysia

Posted: 17 Mar 2013 07:26 PM PDT

Setelah membuat 40 persembahan pentas di 14 negara seluruh dunia sejak sembilan bulan lalu, penyanyi PSY memberitahu selepas ini beliau tidak akan menyanyikan lagi lagu 'berhantunya', Gangnam Style, di mana-mana konsert mahupun acara hiburan.

Pengumuman secara rasmi itu dibuat oleh bintang sensasi Korea itu sendiri sewaktu membuat persembahan di hari kedua konsert Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.

Psy Gangnam Style

Kata PSY kepada penonton sebelum meneruskan persembahannya dengan lagu itu.

"Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri dihadapan anda semua. Saya juga dah tak rasa diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan secara rasminya mengumumkan, ini persembahan Gangnam Style saya yang terakhir di sini, di Kuala Lumpur!

"Tiada lagi persembahan Gangnam Style kerana selepas ini saya teruja untuk memperdengarkan kepada anda semua single terbaru saya yang akan di release pada 13 April ini."

Selain Gangnam Style, PSY turut mendendangkan lagu berjudul Champion dan Jump. Konsert yang menghimpukan kira-kira 55,000 penonton (untuk kedua-dua hari) itu turut menampilkan persembahan seperti penyanyi Pop Rita Ora, band indie British, Bloc Party, pemenang anugerah Grammy, kumpulan Fun dan ramai lagi.

Ini adalah kali kedua PSY berkunjung ke Malaysia tetapi merupakan kali pertama beliau di Kuala Lumpur. Sebelum ini, pemilik nama sebenar Park Jae Sang ini pernah hadir dan membuat persembahan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Pulau Pinang, pada Februari lalu.

Psy

Katanya dan kemudian dibalas dengan sorakan dan tepukan penonton.

"Setiap kali saya membuat persembahan Gangnam Style, semua orang akan sibuk ambil gambar dan video. Okay, malam ini saya mahu anda semua bergembira. Saya akan menyanyi Gangnam Style sebanyak dua kali.

"Kali pertama anda boleh ambil gambar dan video. Kali kedua, lupakan kamera anda, mari sama-sama kita semua menari dan bergembira, okay?!"

PSY mencipta fenomena meneusi lagu Gangnam Style gara-gara aksi 'tarian kudanya' ketika menyanyikan lagu tersebut. Impak fenomena yang dicetus, PSY kini bergelar penghibur bertaraf dunia.

Psy

Selain menjadi tumpuan jutaan penonton, mencatat sebanyak 1.39 billion penonton di YouTube termasuklah lagu itu juga telah meraih sebanyak 19 anugerah berprestij di peringkat antarabangsa. – Malaysian Digest

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu