OHBULAN! |
| Pengarah Mengaku Kirim Mesej Berunsur Seks Kepada Pelakon Baru, Carmen Chew Posted: 17 Mar 2013 10:50 PM PDT Menerusi laporan sebuah akhbar tempatan hari ini, seorang pengarah drama yang dikenali sebagai Rashid Ahmad, 38 atau Rashid San mengaku telah menghantar sebuah mesej berbaur seks kepada pelakon baru yang dikenali sebagi Carmen Chew Richy, 22 pada Januari lalu atas tujuan untuk menyedarkan pelakon wanita tersebut yang dikatakan tidak membayar sewa rumah di Setapak. Namun begitu, pengarah tersebut telah meminta maaf secara terbuka kepada Carmen Chew di pejabat Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), semalam.
Untuk makluman, sebelum ini Carmen Chew pernah mendakwa pengarah drama tersebut atas tindakan mengirimkan mesej berbaur seks kepadanya dan selain itu, dirinya turut dikatakan dipukul, ditampar dan tidak dibayar gaji oleh pengarah tersebut. Menurut laporan yang sama, punca Rashid berbuat demikian kerana Carmen dikatakan enggan menjalani penggambaran sebuah video muzik biarpun sudah menerima bayaran RM1,500 dan sebuah telefon bimbit. |
| Rita Rudaini Dedah Aidil Tak Bagi Berlakon Dengan Aktor Singapura Posted: 17 Mar 2013 10:48 PM PDT Timbul banyak nama selepas kami membaca sebuah artikel yang ditulis oleh Murai. Apa tidaknya, Rita Rudaini dalam kenyataannya mendedahkan suaminya iaitu Aidil Zafuan tidak membenarkan dia berlakon bersama aktor dari Singapura. Tidak dapat dipastikan mana satukah aktor yang dimaksudkan, tapi kami agak, anda sendiri sudah dapat meneka siapa kan?
Dalam isu lain, Rita memberitahu bahawa dia lebih selesa berlakon bersama Rosyam Noor ataupun Aqasha dan sangat memilih jika digandingkan bersama aktor-aktor baru.
|
| You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan