Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Drama Ruby Hanya Pada Mu Cinta Qaseh Janji Shirah di TV3 Posted: 10 Jan 2013 07:29 PM PST DRAMA TERBAIK TV3 MEMBUKA TIRAI TAHUN 2013 'Bini Bini Perkasa', 'Apa Celop', 'Vanila Coklat', '3 Janji', 'Bukan Bidadari', 'Mimpi Cinderella', 'Naziha', 'Bunga Bunga Syurga', 'Runtun Qalbu', 'Pelangi Kasih', '7 Ramadan', 'Saiful Nita', 'Ameera', 'Putera Rayyan', 'Ms Octopus', berjaya menggamit perasaan dan meruntun jiwa penonton yang meminati drama di TV3. Drama-drama bersiri tersebut bukan sahaja menjadi bualan ramai tetapi juga melonjakkan bakat-bakat muda seperti Aiman Hakim Ridza, Izara Aishah, Nad Zainal, Sharnaaz Ahmad, Johan As'ari, Aidil Aziz, Kilafairy, Fir Affandi, Eina Azman, Afiq Muiz, Nur Fathia dan ramai lagi. Memasuki lebaran baru pada tahun 2013, TV3 terus mengatur strategi untuk memantapkan lagi slot-slot drama rantaiannya dengan sajian drama menarik mengikut genre dan citarasa penonton menerusi slot Samarinda, Lestary, Zehra dan juga slot drama pada malam Ahad dengan barisan pelakon handalan dan popular dengan kerjasama penerbit, pengarah dan penulis skrip yang kreatif dan berbakat besar.Malam tadi, TV3 meraikan 4 drama bersiri terbaik yang menghiasi suku tahun pertama tahun 2013 dengan sebuah majlis makan malam berkonsepkan 'glamor' iaitu 'Malam Bersama Bintang' di Restoran Flora Terrace Kuala Lumpur. Antaranya Hanya Pada Mu (Slot Zehra, setiap Jumaat, 9.00malam), Ruby (Slot Samarinda, setiap Selasa hingga Khamis, 10.00 malam), Cinta Qaseh (Slot Lestary, setiap Selasa, 9.00 malam) dan yang terbaru Janji Shirah yang bakal menemui para peminat drama pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam mulai 13 Januari 2013. Samarinda bermula pada 6 Januari 2004 dengan drama Badai Metropolis lakonan Hairie Othman, Maizurah Hamizah, Ako Mustapha dan Azhar Sulaiman. Memaparkan kisah pergolakan dunia korporat, perebutan kuasa dan konflik keluarga di kalangan ahli perniagaan, konflik cinta turut menjadi elemen utama untuk mewarnai plot-plot utama menerusi drama-drama yang bersiaran di slot Samarinda. Selain itu, drama Samarinda yang bersiaran pada bulan Ramadan seperti Seputeh Qaseh Ramadan, Syurgamu Ramadan, Ramadan Terakhir dan 7 Ramadan berjaya melakar sejarah tersendiri dengan catatan kadar tontonan melebihi 2 juta penonton. Artis-artis yang menghiasi slot Samarinda terdiri daripada barisan artis popular tanah air seperti Rosyam Nor, Eja, Rita Rudaini, Nasha Aziz, Aaron Aziz, Hairi Othman, Ako Mustapha, Rozita Che Wan, Syamsul Yusuf, Shaheizy Sam, Tiz Zaqyah dan ramai lagi. Atas permintaan ramai, TV3 telah memanjangkan waktu siaran slot Samarinda kepada satu jam bermula 2 Januari 2013 menerusi drama 'Ruby'.Dengan sasaran golongan penonton muda, Slot Lestary yang diperkenalkan pada tahun 2004 bermula dengan drama 'Begitulah Cinta'. Popular dengan drama Natasha, Dua Hati, Jelatang, Cinta Untuk Ain, Sinderella, Asmara, slot Lestary juga mencipta sejarahnya tersendiri dengan drama bersiri muzikal iaitu 'Tari Tirana' dan 'Hotel Mania'. Slot Zehra yang menghiasi slot perdana malam Jumaat membuka tirai dengan kemunculan drama-drama yang secara tidak langsung meninggalkan impak yang berlainan di hati penonton bermula dengan Nur Kasih, drama yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Malaysia pada Jun 2009 sehingga berjaya mencipta suatu fenomena luar biasa dengan catatan rating mencecah 5 juta penonton di episod akhir. Tidak ketinggalan juga slot waktu perdana TV3 pada malam hari Ahad yang diserikan dengan drama bersiri seperti Sekam Cinta (2005), Stanza Cinta dan Ms Octopus. Tahun ini, drama bersiri 'Janji Shirah' lakonan Nabila Huda, Airiel Zafril, Ako Mustapha, Fauzi Nawawi, Sherry Merlis, Zarina Zainordin dan Iqram Dinzly bakal menyusul bermula 13 Januari 2013, setiap Ahad jam 9.00 malam selama 2 jam. Penonton yang terlepas menyaksikan Hanya Pada Mu (Slot Zehra, setiap Jumaat, 9.00malam), Ruby (Slot Samarinda, setiap Selasa hingga Khamis, 10.00 malam), Cinta Qaseh (Slot Lestary, setiap Selasa, 9.00 malam) dan Janji Shirah (Setiap Ahad, 9.00malam) boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Layari www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Komen via Facebook |
Tiada Tajaan Undi Tasha Shila Tak Tercalon Dalam Top 5 ABPBH2012? Posted: 10 Jan 2013 05:17 PM PST Tahun lepas, kita telah menyaksikan kejutan pelakon Tasha Shila telah menang dalam kategori Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular 2011. Namun, pada tahun ini, untuk ABPBH2012, nama Tasha Shila tercicir dari disenaraikan dalam mana-mana kategori. Dari situ, setelah pengumuman Top 5 diumumkan pada 9 Januari lalu, timbul desas-desus yang mengatakan Tasha Shila tidak mendapat tajaan undi atau gagal mendapat tajaan pada kali ini. Ianya dikatakan punca utama Tasha Shila tiada dalam senarai. "Tiada nasib yang baik untuk kali ini. Tuah memang tak menyebelahi saya."Namun, Tasha Shila telah menolak tuduhan yang tak berasas ini dan beliau rasa sangat terkilan kerana fitnah ini memburukkan nama beliau. Menurut Tasha, tidak pernah timbul isu tajaan, malah semuanya ditentukan oleh Allah, segala rezeki datang dari Dia dan kemenangan Tasha pada tahun lepas adalah berkat kesungguhan dan bakatnya dalam bidang lakonan.
Sebelum ini, Tasha Shila juga telah menafikan tuduhan dan fitnah berkenaan kontroversi tajaan kereta Audi R turut menjadi faktor beliau menang di ABP pada tahun lepas.
Tasha Shila berjanji untuk meningkatkan mutu lakonannya pada masa akan datang. Good luck, Tasha Shila! Komen via Facebook |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan