Khamis, 10 Januari 2013

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


'Saya Kongkong Shila Kerana Dia Bakal Isteri' - Sharnaaz

Posted: 10 Jan 2013 06:56 AM PST

Sharnaaz Ahmad
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dakwaan kononnya dia mengongkong pergerakan teman wanitanya iaitu penyanyi Shila Amzah.
Sharnaaz, 27, berkata, dia berbuat demikian kerana melihat kepada hubungan itu sebagai sesuatu yang serius selain meletakkan wanita tersebut sebagai bakal isterinya.
"Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan.
"Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya," jelasnya tegas.
Sharnaaz ditemui ketika tayangan perdana filem Juvana di e-Curve, Damansara di sini pada Rabu.
Dalam filem arahan Faisal Ishak itu, Sharnaaz memegang watak sebagai Lan Todak di samping pelakon lain seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly dan Syafie Naswip.
Ia bakal ditayangkan bermula 24 Januari depan.
Dalam pada itu, Sharnaaz berazam untuk tidak lagi mahu bercakap mengenai cinta sebaliknya ingin menumpukan terhadap soal perkahwinan dengan kekasihnya itu.
Shila Amzah
Sementara itu, dia mengakui namanya pada tahun 2012 sedikit tercalar dengan cerita-cerita kurang enak mengenai dirinya dan berazam untuk memastikan kerjayanya lebih menyerlah pada 2013.
Bercakap mengenai Juvana, Sharnaaz berkata dia bertuah dapat membintangi filem berkenaan kerana ia memberikan kelainan kepada watak yang dipegangnya.
Katanya walaupun agak sukar untuk membawa watak jahat yang diberikan namun atas bimbingan pengarah dia berjaya melakukannya dengan baik.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan kembali ke set penggambaran filem arahan Kabir Bhatia yang masih belum mempunyai tajuk selain beberapa projek drama.
Ia adalah kerjasama ketiganya bersama pengarah itu.
"Saya sentiasa senang dapat bekerja dengan Kabir kerana beliau adalah seorang pengarah berbakat dan tahu apa yang dimahukan.
"Tahun ini saya menyasarkan untuk buat enam atau tujuh filem dan berharap ia akan tercapai," katanya.

Anzalna sasar kahwin tahun depan

Posted: 10 Jan 2013 06:55 AM PST


ANZALNA berazam untuk lebih aktif sebagai penyanyi dan pengacara pada tahun ini.


KISAH usung atau sorok kekasih sudah lali dalam dunia hiburan malah tidak menjadi hal sekiranya perkara sebegitu menjadi ibarat trend sebagai seorang selebriti yang diperhati ramai.
Jika terlalu banyak publisiti pasti akan ada pihak yang melabelkan artis itu tidak tahu malu.
Begitu juga sebaliknya, sekiranya timbul kes sembunyikan kekasih, akan ada yang membuat penilaian artis itu sengaja mahu menyombong.
Hal yang sama terjadi kepada aktres jelita, Anzalna Nasir yang baru-baru ini memutuskan untuk mengurangkan pendedahan media terhadap kekasihnya, Hanif Zaki sehingga menyebabkan timbul rasa kurang senang segelintir pihak.
Kosmo! menghubungi Anzalna yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada Rabu lepas untuk mendapatkan kepastian berkenaan perkara itu dan perancangannya masa depannya bersama Hanif.
Kosmo!: Benarkah Anzalna sudah serik mendedahkan teman lelaki kepada umum? Kenapakah?
ANZALNA: Bukan serik tetapi saya mahu kurangkan publisiti yang terlalu banyak mengenai hubungan kami. Adalah lebih baik untuk bertanya dan bercerita mengenai kerjaya saya berbanding hal peribadi. Saya juga kurang selesa apabila setiap kali ditemu bual, pasti soalan teman lelaki akan ditanya.
Sebelum ini, ada beberapa pelakon yang terlalu banyak mendedahkan teman lelaki akhirnya hubungan itu goyah kerana terlalu banyak publisiti. Komen Anzalna tentang perkara itu?
Saya rasa itu tidak menjadi masalah kerana kami sama-sama memahami kerja dan ruang peribadi masing-masing. Apa yang orang sekeliling cakap tidak menjejaskan hubungan kami kerana kami ada pendirian. Lagipun, hubungan kami adalah serius dan kami sudah ada perancangan masa depan.
Apakah perancangan kalian selepas ini?
Perancangan untuk berkahwin sudah ada cuma sekarang tengah kumpul duit terlebih dahulu. Rezeki lebih penting daripada populariti. Kami mahu kekalkan hubungan seperti sekarang dan berdoa tidak akan putus di tengah jalan.
Adakah Anzalna sudah bersedia untuk bergelar isteri?
Memandangkan umur pun sudah meningkat, saya memang bersedia. Cuma mungkin perlu tunggu setahun dua lagi untuk berkahwin dan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya terhadap rumah tangga. Saya sasarkan untuk menamatkan zaman solo pada umur saya 26 tahun.
Apakah perkembangan terkini Anzalna?
Saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod Maskara melakonkan watak Hani, seorang wanita lemah lembut tapi tegas. Menariknya, dalam drama ini saya bertudung sepanjang masa. Selepas ini saya akan memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod Bangkitnya Seorang Perempuan untuk slot Samarinda TV3. Saya ada mendapat tawaran untuk mengacara sebuah program bual bicara pagi dan menyanyi di bawah sebuah syarikat rakaman tapi mungkin belum masa yang sesuai untuk menerimanya. Biarlah perlahan-lahan.
Adakah Anzalna enggan dilabel terlalu tamak sekiranya menerima semua tawaran itu?
Salah satunya kerana sebab itu tapi saya mahu memajukan karier lakonan saya dulu sebelum memfokuskan bidang lain. Bagaimanapun, memang azam saya tahun ini untuk mengacara dan menyanyi.

Anas Tepis Tuduhan Faizal Tahir Bersikap Lepas Tangan

Posted: 10 Jan 2013 06:54 AM PST

Anas Ridzuan
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Anas Ridzuan menolak dakwaan segelintir pihak kononnya penyanyi Faizal Tahir bersikap lepas tangan terhadap perkembangan kerjayanya selepas program Mentor musim keenam berakhir.
Anas, 23, berkata, tuduhan itu tidak sepatutnya timbul kerana Faizal sebenarnya sedang sibuk dengan proses rakaman album terbaharunya.
Pemenang tempat ketiga Mentor 6 terbitan TV3 itu berkata, sebagai orang baharu dia menghormati bekas mentornya itu dan perlu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.
"Saya bukan diabaikan atau Faizal lepas tangan terhadap perkembangan kerjaya saya. Saya perlu hormati dia yang sedang sibuk dengan rakaman albumnya.
"Hakikatnya, ramai lagi orang berbakat di luar sana, tetapi rezeki saya berpeluang menyertai industri, jadi saya kena bersabar dahulu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Khamis.
Anas berkata, dia juga bersedia mengambil inisiatif sendiri untuk mengedarkan lagu pertamanya Hanya Padamu ke stesen radio kerana menyedari kesibukan pihak pengurusannya.
"Saya tidak terkilan atau salahkan mana-mana pihak. Mungkin mereka (pengurusan) terlepas pandang atau sibuk dengan komitmen lain.
"Selepas berbincang dengan beberapa rakan industri, saya bersedia untuk edarkan sendiri lagu pertama itu ke stesen radio kerana sudah agak lama juga sejak Mentor 6 berakhir," katanya.
Ditanya mengenai perkembangan kerjaya yang masih terumbang-ambing, Anas berkata, dia bersyukur dan masih boleh meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia seni ini.
"Terus-terang saya katakan, buat masa ini saya tidak rasa diabaikan mana-mana pihak. Saya masih cukup makan dan boleh mencari peluang menyanyi dan berlakon serba sedikit.
"Memadailah dengan beberapa tawaran yang ada untuk saya meneruskan kelangsungan hidup sebagai anak seni yang baharu," katanya yang baharu menamatkan penggambaran filem Sunti @ Facebook.com arahan James Lee.

Filem 'Juvana' Bukan Niat Tonjol Kelemahan Sekolah Juvenil

Posted: 10 Jan 2013 06:54 AM PST

Sebahagian daripada pelakon Juvana
PETALING JAYA: Filem Juvana yang bakal ditayangkan pada 24 Januari depan bukan dihasilkan bagi menonjolkan kelemahan sistem pengurusan sekolah pesalah juvenil di negara ini.
Pengarahnya Faisal Ishak berkata, filem itu cuba menonjolkan ragam golongan berkenaan manakala penonton perlu mengutip pengajaran daripada jalan cerita yang dipaparkan.
"Apa yang kami cuba tonjolkan ialah keseluruhan cerita ini mengenai budak juvana (juvenil) dan bukan kepada sistem pentadbirannya.
"Kami percaya masyarakat akan mendapat pengajaran daripada karya yang diketengahkan ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas pra tonton filem berkenaan di Cathay e-Curve di sini petang Rabu.
Juvana membariskan para pelakon antaranya Johan As'ari (Botak), Syazwan Zulkifly (Apek), Sharnaaz Ahmad (Lan Todak), Zahiril Adzim (Daim), Shera Aiyob (Sara) Idzham Ismail (Panjang) dan Adlin Aman Ramlie (Tuan Ali).
Faisal Ishak
Selain insiden pergaduhan sesama pelajar, turut dipaparkan pertempuran dengan pihak pengurusan asrama yang seolah-olah memberi gambaran ketidakcekapan pengurusan sekolah bagi pesalah berkenaan sehingga kejadian berkenaan boleh berlaku.
Sementara itu Zahiril Adzim berkata, penonton harus melihat fungsi watak juvana itu dengan ruang yang lebih besar iaitu bagaimana pelajar berkenaan boleh dimasukkan ke sekolah berkenaan.
Katanya pengajaran yang diperoleh ialah nilai-nilai setia kawan yang diterapkan sesama pelajar.
Dalam pada itu Johan berharap golongan remaja yang menonton filem berkenaan menjadi seorang pemaaf sebagaimana watak Botak yang dilakonkannya.
"Setiap manusia akan buat kesilapan dan setiap manusia juga harus belajar untuk menjadi pemaaf. Saya harap mereka yang menonton filem ini, selepas keluar panggung akan mendapat pengajarannya," jelas Johan.
Filem berkenaan adalah kesinambungan drama bersiri Juvana mengisahkan sekumpulan pelajar dari sekolah Wirabakti yang terpaksa dipindahkan ke sebuah sekolah baru bagi meneruskan tempoh hukuman masing-masing.
Salah seorang pelajarnya iaitu Daim telah dibebaskan lebih awal dan menjalani kehidupan sebagai pekerja kilang secara sambilan bagi menampung hidup dan membiayai perbelanjaan persekolahan.
Ketika di sekolah baharu, berlaku pergaduhan melibatkan pelajar-pelajar Wirabakti dan penuntut senior sekolah tahanan tersebut.

Zizan Razak Terima Pencalonan Terbanyak ABPBH2012

Posted: 10 Jan 2013 06:53 AM PST

Zizan Razak
PETALING JAYA: Pelawak Zizan Razak merupakan artis yang memperoleh pencalonan terbanyak dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak tersenarai bagi lapan kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.
Bagi kategori Online (dalam talian) pula, Zizan dicalonkan bagi kategori Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama, Gandingan Di Layar Serasi (bersama Johan), Artis Berpengaruh Di Laman Media, Artis Lelaki Stailo dan Artis Asia Paling Popular.
"Tak sangka pula nama saya dicalonkan untuk lapan kategori. Rasanya ini adalah pencalonan terbanyak sepanjang enam tahun karier saya.
"Bagi saya ini semua kerana mereka (peminat) yang menyokong saya sejak dahulu lagi.
"Alhamdulillah, doa saya untuk menghiburkan khalayak sehingga menjadi kesayangan peminat juga termakbul," kata Zizan.
Pelawak itu ditemui selepas pengumuman lima finalis akhir ABPBH2012 yang diadakan di Holliday Villa di sini, petang Rabu.
Pengumuman senarai lima finalis untuk 22 kategori yang dipertandingkan itu membolehkan pembaca akhbar Berita Harian memilih finalis calon popular masing-masing
Emma Maembong dicalonkan menerusi Aeris Baru Wanita Popular.
Sementara itu, nama-nama artis yang belum pernah dicalonkan dalam acara berprestij itu ialah DJ Lin yang tersenarai bagai kategori Penyampai Radio Wanita Popular.
Dalam pada itu, Datuk AC Mizal juga dicalonkan bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Fahrin Ahmad bagi Pelakon TV Lelaki Popular selepas kedua-dua mereka sudah lama tidak dicalonkan dalam ABPBH.
ABPBH 2012 bakal berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.
Berikut adalah senarai lima finalis untuk ABPBH2010:
Penyanyi Lelaki Popular
1) Aizat
2) Hazama
3) Black
4) Faizal Tahir
5) Hafiz
Penyanyi Wanita Popular
1) Jaclyn
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna
Artis Duo/Berkumpulan Popular
1) Black/Malique
2) Hafiz/Adira
3) Mojo
4) Jimmy Palikat/One Nation Emcees
5) Sleeq/ Najwa Latif
Artis Baru Lelaki Popular
1) Aiman Hakim Ridza
2) Izzue Islam
3) Jimmy Palikat
4) Shah Iskandar
5) Taiyudin Bakar
Artis Baru Wanita Popular
1) Ainan Tasneem
2) Emma Maembong
3) Hanez Suraya
4) Nad Zainal
5) Wawa Zainal
Pelakon Filem Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak
Pelakon Filem Wanita Popular
1) Neelofa
2) Nora Danish
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin
Pelakon TV Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Beto Kusyairy
4) Fahrin Ahmad
5) Johan As'ari
Pelakon TV Wanita Popular
1) Fasha Sandha
2) Izara Aishah
3) Nabila Huda
4) Neelofa
5) Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular
1) Angah
2) Jepp
3) Johan
4) Nabil Ahmad
5) Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Jihan (Raja Lawak)
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1) Aznil Hj Nawawi
2) Datuk AC Mizal
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Razak
Pengacara TV Wanita Popular
1) Adibah Noor
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Neelofa
5) Didie Alias
Penyampai Radio Lelaki Popular
1) AG (Hot FM)
2) Johan (Era FM)
3) Faizal Ismail (Hot FM)
4) Halim Othman (Suria FM)
5) Nabil (Suria FM)
Penyampai Radio Wanita Popular
1) Abby Fana (Sinar FM)
2) Fara Fauzana (Hot FM)
3) Linda Onn (Suria FM)
4) Raja Azura (Sinar FM)
5) DJ Lin (Suria FM)
KATEGERI ONLINE (DALAM TALIAN)
Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Sofi Jikan
5) Zizan Razak
Gandingan Di Layar Serasi
1) Aaron Aziz/ Nadiya Nissa
2) Adi Putra/ Nora Danish
3) Aiman Hakim Ridza/ Izara Aishah
4) Johan/ Zizan Razak
5) Shaheizy Sam/ Yana Samsuddin
Watak Animasi Tempatan Popular
1) Anak-Anak Sidek
2) BoboiBoy
3) Kacang
4) Upin & Ipin
5) Usop Sontorian
Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial
1) Aaron Aziz
2) Shila Amzah
3) Stacy
4) Yana Shamsuddin
5) Zizan Razak
Artis Lelaki Stailo
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Awal Ashaari
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak
Artis Wanita Stailo
1) Lisa Surihani
2) Melissa Francis
3) Nora Danish
4) Stacy
5) Yana Samsuddin
Artis Asia Paling Popular
1) Aaron Aziz
2) Big Bang
3) Shila Amzah
4) Super Junior
5) Zizan Razak

Rahsia bertahan lama

Posted: 10 Jan 2013 06:52 AM PST



WALAUPUN sudah lebih 40 tahun bertapak dalam industri seni tanah air, pelantun lagu Andainya Aku Pergi Dulu, Datuk David Arumugam bersama kumpulannya, Alleycats masih dapat bertahan dan dikenali sehingga hari ini.
Lagu-lagu nyanyian Alleycats yang malar segar sentiasa menjadi siulan di bibir peminat mereka tidak mengira usia meskipun banyak lagu yang lebih segar melodinya dimainkan di corong-corong radio.
Faktor utama Alleycats mampu bertahan sehingga kini antaranya adalah peminat yang tidak jemu menyokong perjuangan seni mereka dari awal kewujudan mereka dalam industri ini.
"Bukan saya yang buat Alleycats jadi popular, tetapi peminat yang menyokong dan sentiasa berada di sisi kami tidak kira masa. Mereka masih suka dengan kami. Mereka menyanyikan lagu Alleycats di karaoke dan radio pun masih putar lagu kami dan yang paling penting adalah peminat masih ada sebab itu kita boleh kekal," kata David merendah diri.
Setiap persembahan atau lagu yang dihasilkan bukan tangkap muat sebaliknya mengambil kira cita rasa peminat dan halwa telinga yang mendengar setiap hasil seni muzik mereka.
"Sampai sekarang saya bersama Alleycats masih lagi aktif membuat persembahan di acara-acara korporat dan kami menyanyi untuk peminat bukan syok sendiri," bicaranya yang sudah 44 tahun menjadi anak seni.
Formula untuk kekal lama dalam industri hiburan turut dikongsi vokalis kumpulan May, Mustaffa Din atau lebih dikenali sebagai Mus yang telah bertapak sebagai anak seni selama 27 tahun.
Persefahaman dan toleransi amat penting untuk mengekalkan agar sesebuah band mampu bertahan lebih lama dan menghargai apa yang mereka ada berbanding kumpulan lain.
"Rahsia untuk mana-mana artis bertahan lama dalam industri adalah persefahaman terutamanya artis berkumpulan kerana tanpa faktor tersebut, saya jamin band tersebut terkubur dalam masa yang singkat.
"Jika ada masalah, kita kena selesaikan dengan cepat dan jangan perbesarkan perkara yang kecil," tutur Mus yang akan muncul dalam rancangan realiti televisyen terbitan RTM, Sentuhan Ikon 2013 menjelang Mac depan.
Sentiasa fokus dan memberikan komitmen seratus peratus semasa mengadakan persembahan juga antara formula yang dikongsi Mus bersama pihak media ketika ditemui di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur kelmarin.
"Selain itu kita jangan terlampau tertekan dengan menganggap band sebagai bebanan kepada kita sebaliknya perlu enjoy, barulah kita rasa seronok untuk bekerja dalam masa yang sama mengambil berat.
"Banyak band-band baharu saya tengok mereka lebih suka main-main dan tidak serius dalam kerja, hanya mahu suka-suka," tambah Mus.
Perjalanan seni
Perjalanan seni kedua-dua ikon seni tanah air itu terus rancak dengan aktiviti-aktiviti yag memenuhi jadual harian mereka. Itu bukti betapa Mus dan David masih relevan dalan industri muzik tempatan masa kini.
David ketika ini sedang sibuk dengan proses penjenamaan semula kumpulan Alleycats yang diatur pihak Universal Music bagi menaikkan semula populariti mereka seperti zaman awal kemunculannya.

MUS dan David mahu terus memacu band masing-masing dalam menongkah arus dunia seni.


Proses memberi nafas baharu kepada kumpulan yang kekal malar segar itu akan melibatkan konsert jelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
"Saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti tahun ini. Selain memenuhi undangan majlis korporat, saya juga akan keluarkan album audio visual konsert bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang berlangsung tahun lepas.
"Tahun ini juga Alleycats sedang menumpukan perhatian untuk mewujudkan perpustakaan kami sendiri yang mempamerkan sejarah Alleycats dari zaman awal penubuhannya sehingga sekarang," katanya.
Perpustakaan yang berkonsepkan muzium itu dilengkapi dengan studio rakaman, ruang istirehat dan juga kedai menjual cenderamata eksklusif Alleycats.
Menurutnya lagi, perpustakaan belum bernama itu tidak dipanggil muzium kerana Alleycats masih hidup lagi dan ia tidak seperti perpustakaan biasa yang bukan sekadar menempatkan buku-buku, tatapi ia turut mempamerkan anugerah-anugerah yang pernah Alleycats menangi sepanjang pembabitan mereka dalam dunia seni tanah air.
"Jika mahu belajar mengenai Alleycats dari A hingga Z, anda boleh datang ke sana sambil bersantai bersama rakan-rakan dan keluarga.
"Tarikh sebenar pembukaan perpustakaan itu tidak dapat dipastikan lagi kerana kami masih lagi mengumpul barang-barang Alleycats," tuturnya penuh semangat.
Azam 2013
Perpustakaan itu yang berlokasi di Ara Damansara itu bakal menyimpan dan menghidupkan legasi kumpulan Alleycats walaupun setelah 100 tahun kumpulan itu bersara daripada industri seni ini.
"Pada masa itu orang ramai akan berkata, inilah kumpulan yang pernah popular satu masa lalu dan ia akan menjadi motivasi kepada mereka untuk berkarya dan menceburi bidang seni," katanya.
Ditanya mengenai azam tahun 2013, kata David sambil berseloroh, dia tiada azam tahun baharu kerana dunia sepatutnya akan berakhir bulan Disember 2012.
"Setiap tahun adalah sama bagi saya cuma yang membezakannya ialah setiap tahun yang berlalu semakin pantas, pejam celik sudah masuk tahun baharu.
"Harapan saya untuk tahun baharu ini supaya dapat membuat persembahan dengan bagus setiap tahun dan boleh terus bekerja menghiburkan peminat," ujarnya.
Dalam pada itu, Mus ketika ditanya mengenai perancangan tahun baharu mengakui tiada sebarang perancangan yang teliti sepanjang tahun ini hanya memenuhi jemputan persembahan.
"Pada tahun 2013 ini kita tiada perancangan sangat, cuma kita sedang lihat jika ada beberapa projek dengan stesen-stesen TV untuk tujuan promosi kumpulan kami," ujarnya.

Wajah lesu Chansung

Posted: 10 Jan 2013 06:51 AM PST


CHANSUNG (kanan) bersama Jun K.


SELALU tampil rapi dan bersih dalam semua acara sudah menjadi keutamaan kumpulan 2PM. Begitupun, baru-baru ini, salah seorang anggota 2PM, Chansung sengaja mempamerkan wajahnya yang belum dicukur dan memuat naik gambar tersebut di laman sosial Twitternya.
"Saya ambil gambar ini bersama Minjun (Jun K). Dia teragak-agak mengambil gambar dengan saya kerana dia tidak bercukur dan mempunyai masalah kulit, tetapi saya berani," tulis Chansung di Twitter.
Dalam gambar itu, Chansung and Jun K merenung kamera dengan satu pandangan lesu. Jun K bercakap dengan seseorang menerusi telefon bimbit. Ia seolah-olah seperti mereka perlu bercukur.
Antara komen para peminat fanatik Chansung yang melihat gambar tersebut: "Mengapa mereka begitu lesu? Adakah mereka berjaga sepanjang malam?
"Jun K kelihatan begitu muda dalam gambar. Begitupun, mereka tetap kelihatan kacak."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu