Khamis, 1 September 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


USOP WILCHA TERKENANG RAYA DI HOSPITAL

Posted: 31 Aug 2011 11:05 PM PDT

Gara-gara gastrik, Usop Wilcha atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail (Shy8), terpaksa beraya di hospital. Kata Deejay popular itu, kenangan pahit itu tidak dapat dilupakannya hingga kini walaupun ia berlaku ketika dia berusia 20-an.

"Kenangan yang tak dapat dilupakan. Ketika itu, saya telah dimasukkan ke wad selama dua hari kerana diserang penyakit gastrik dan yang sedihnya, saya dimasukkan ke wad sehari sebelum raya.

"Ketika itu, pesakit lain semuanya mengambil cuti dan pulang beraya kecuali saya seorang. Apabila mendengar takbir berkumandang dan mengenangkan nasib saya yang berada di hospital, terasa sayu di dalam hati kerana tidak dapat bersama keluarga," jelas Usop dipetik sebagai berkata.

"Tahun ni adalah kali pertama saya menyambut Hari Raya sebagai seorang artis, saya akui sanggup berkorban cuti demi menjalankan tugas sebagai deejay radio Hot FM.

"Saya tidak kisah cuti atau tidak kerana dulu juga saya pernah bekerja pada Hari Raya. Walaupun saya tidak dapat cuti raya tapi saya masih bersama isteri dan anak, itu sudah memadai," katanya yang mengendalikan segmen AM Krew bersama Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG.







BABY AZIZ M.OSMAN DAN LILY LOKMAN

Posted: 31 Aug 2011 12:37 PM PDT

Penantian dan debaran Aziz M.Osman di Pantai Medical Centre, Bangsar, Kuala Lumpur sejak Hari Raya pertama (30 Ogos 2011) akhirnya membawa berita gembira apabila isterinya Puteri Lily Lokman, selamat melahirkan seorang bayi comel. Berita gembira tersebut telah disampaikan sendiri oleh Aziz melalui laman Facebooknya menerusi handphone.

"Welcome to our life PUTERI NUR AZAHRA. thank you ALLAH..." demikian ucap Aziz dalam laman Facebooknya penuh syukur.

Bayi seberat 3.74kg itu lahir pada pukul 11.15 malam (31 Ogos), tepat pada Hari Raya dan Hari Kemerdekaan Malaysia. Ayuh kita lihat gambar-gambar bayi Aziz dan Lily ini yang dibaluti dengan bendera Malaysia.


Klik untuk imej besar...

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu