Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Liyana kutip pengalaman di Istanbul
- Format baharu pentaksiran SPM Sejarah
- Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter
- Fungsi pintar optimum
- Masalah akaun hotmail
- Rasa manis sebenar nangka madu
- Bendi merah sayur unik
- Pesakit diabetes kekang keinginan
- Tetap Yuna yang dulu
- Aidilfitri disambut sederhana
- Rindu di Hari Raya
- Masih gunakan pengaruh mat rempit
- Nora tidak balik beraya di Kelantan
- Kenanga n Aidilfitri dua seniman unggul
- Sambutan Aidilfitri umpama pesta
- Raya cara bintang AF
- Cerita raya personaliti RTM
- Fiesta Merdeka Raya Astro
- Ramai taja perkahwinanFaezah Elai
- Redup lebaran Siti
- Meraikan hari kemenangan
- RM45 juta ganti peralatan usang di HKL
- Rumah terbuka Aidilfitri Agong, PM meriah
- Pakai purdah sembunyi syabu
- Peminat akaun lucah Facebook tidak waras
| Liyana kutip pengalaman di Istanbul Posted: 31 Aug 2011 07:14 PM PDT
TAHUN pertama beraya sebagai pengacara, Nur Liyana Kamar Hisham tidak berasa sebarang perbezaan pada dirinya. Menurutnya, segala persiapan sama sahaja seperti tahun sebelumnya. Persalinan cuma dua pasang dan kuih-muih pula tiada yang ditempah berlebihan. Tambahan pula gadis berusia 25 tahun ini juga pernah berlakon secara secara sambilan sebelum ini. Justeru, dikenali atau tidak itu bukan soalnya. Cuma katanya, kadang-kadang bila bertemu orang luar ada yang memandang dan bertanya, "Ini Liyana pengacara rancangan Safiyya TV9 ke?" Bercerita tentang Hari Raya, Liyana dan keluarga pulang berhari raya di Batu Burok, Terengganu seperti tahun-tahun sebelumnya. Saat paling ditunggu bila dapat berkumpul bersama datuk, nenek dan sanak saudara sebelah ibunya. Apatah lagi peluang sebegini bukan datang selalu. "Paling seronok dapat menikmati pelbagai jenis masakan Terengganu yang enak seperti nasi dagang, satar dan pelbagai lagi. Pendek kata kalau pulang ke sana, tidak sah kalau tidak merasa pelbagai jenis makanannya yang enak-enak belaka," katanya. Tidak sampai setahun menimba pengalaman sebagai pengacara dalam rancangan berbentuk Islamik itu, penuntut Master dalam jurusan klinikal dan kaunseling di Universiti Islam Antarabangsa ini bertuah kerana dapat menimba ilmu berharga. Liyana ke seluruh pelosok negara mencari bahan untuk pengisian rancangan yang disiarkan setiap Ahad itu. Paling mengujakan, dia baru pulang dari Istanbul, Turki menjayakan episod khas Hari Raya. "Ini kali pertama tugasan Liyana di luar negara. Memang seronok tambahan pula Turki terletak dalam dua benua iaitu Eropah dan Asia. Perbezaannya sangat jelas dan ketara dari pelbagai sudut. Kalau kita mahu kehidupan moden dan membeli-belah, hala ke bandar di benua Eropah manakala untuk menginap pula ramai yang memilih Asia kerana suasana yang lebih tenang," kata anak kedua daripada empat adik-beradik ini. Liyana juga sempat singgah ke senibina unggul bandar sejarah itu, Masjid Biru yang tersergam indah. Selain itu, dia tetap tidak ketinggalan menikmati juadah istimewa Turki terutama kebab, nasi mandi dan bhaklava. | ||||
| Format baharu pentaksiran SPM Sejarah Posted: 31 Aug 2011 07:13 PM PDT Calon SPM wajib lulus mata pelajaran Sejarah mulai 2013. - Gambar hiasan Mulai 2013, mata pelajaran Sejarah akan menjadi subjek wajib lulus sebagai syarat untuk layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain mata pelajaran Bahasa Melayu. Subjek Sejarah akan mula diperkenalkan dalam SPM Ulangan mulai tahun 2014. Format pentaksiran mata pelajaran Sejarah akan menggunakan sukatan pelajaran sedia ada bermula dari tahun 2013 sehingga 2017. Bermula SPM 2018, ia akan menggunakan sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Mengikut format pentaksiran yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat pada April lalu, subjek Sejarah akan diuji dalam tiga kertas yang melibatkan soalan aneka pilihan, struktur dan esei serta tugasan. Kertas 1 mengandungi 40 soalan objektif yang perlu dijawab oleh calon dalam tempoh satu jam. Ia menyumbang 30 peratus daripada markah keseluruhan. Manakala Kertas 2 pula merupakan soalan subjektif yang dibahagikan kepada Bahagian A untuk soalan berbentuk struktur dan Bahagian B untuk esei. Semua calon wajib menjawab empat soalan yang terdapat dalam Bahagian A. Sepuluh markah untuk setiap soalan. Bahagian B mengandungi tujuh soalan dan calon hanya perlu menjawab tiga soalan sahaja. Dua puluh markah untuk setiap soalan. Jumlah markah ialah 100 tetapi secara keseluruhan Kertas 2 menyumbang sebanyak 50 peratus. Tempoh ujian untuk Kertas 2 ialah selama dua jam setengah. Kertas 3 yang merupakan soalan berbentuk tugasan menyumbang sebanyak 20 peratus daripada markah keseluruhan. Ujian bagi kertas ini dijalankan dalam tempoh tiga jam tetapi calon akan diberi tema atau tajuk umum sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan. Tajuk tugasan dan panduan menjawab Kertas 3 akan diberi pada hari peperiksaan. Dari segi aras kesukaran soalan, ia digubal sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah pelajar pada hujung tingkatan lima. Semua soalan dibina mengikut sukatan pelajaran tingkatan empat dan lima. Konstruk untuk setiap soalan berbeza mengikut Kertas. Bagi Kertas 1, soalan menjurus kepada keupayaan mengingat, memahami dan menganalisis. Kertas 2 pula memerlukan pelajar mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan menjana idea. Tugasan dalam Kertas 3 pula bertujuan memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai, menjana idea dan nilai. | ||||
| Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter Posted: 31 Aug 2011 07:12 PM PDT Guru Besar SK Padang Kala (bertali leher), Ab Aziz Salleh bersama murid PPKI yang berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 20 meter di sekolah itu di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Murid-murid istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala berjaya menyiapkan Jalur Gemilang sepanjang 20 meter di Kota Bharu, Kelantan,, baru-baru ini. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah itu, Zaidee Jusoh berkata, kejayaan tersebut merupakan satu mercu tanda ke arah melahirkan generasi daripada kalangan murid kurang upaya untuk mengenal, menghayati dan mencintai negara terutamanya lambang kemegahan kita iaitu Jalur Gemilang. "Semoga dengan penghasilan Jalur Gemilang ini mampu meningkatkan semangat kemerdekaan bukan sahaja di kalangan murid kurang upaya malah kepada semua warga sekolah untuk menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi," katanya. Menurut beliau, penghasilan bendera itu bukan sahaja memenuhi hasrat dan saranan kerajaan dalam menghayati bulan kemerdekaan malah menjadikan bangunan PPKI sebuah bangunan yang ceria serta menarik dihiasi dengan Jalur Gemilang. Bendera itu disiapkan dalam tempoh empat hari oleh murid istimewa yang dikawal selia oleh guru PPKI dan pembantu pengurusan murid. "Ia membuktikan bahawa murid-murid istimewa juga mempunyai rasa tanggungjawab kepada negara, memelihara kedaulatan Jalur Gemilang, bersama menggerakkan wawasan negara, mengenal sejarah kemerdekaan negara dan mengenal konsep 1 Malaysia," jelas Zaidee. Pada masa yang sama, ujarnya, projek membuat bendera ini berjaya menjalinkan semangat kerja berpasukan antara semua pihak. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 07:11 PM PDT TIDAK sekadar memberi tumpuan kepada pembangunan telefon bimbit pintar mewah, Nokia terus unggul mencipta peranti telekomunikasi untuk pelbagai peringkat pengguna. Terbaru, syarikat teknologi itu memperkenalkan model mampu milik, Nokia 500 yang hadir bersama kualiti serta prestasi unggul tanpa kompromi. Telefon bimbit sentuh berkenaan dilengkapi pemproses 1Ghz pantas, kamera lima megapiksel, pengalaman muzik dan hiburan terbaik serta dilengkapi peta navigasi. Tidak cukup dengan itu, model berkenaan turut dipacu sistem operasi Symbian Anna, perisian yang dipertingkatkan serta pelayaran web lebih lancar. Menurut Naib Presiden Nokia, Ilari Nurmi, kebanyakan telefon bimbit mampu milik dibangunkan dengan kualiti perkakasan dan pengalaman komunikasi berkualiti rendah. ''Jadi, menerusi model ini, Nokia ingin membuktikan bahawa kita akan terus komited menghasilkan portfolio telefon bimbit pintar seumpamanya demi memenuhi keperluan pasaran,'' jelasnya. Bagi penggemar aktiviti pelayaran Internet dan laman web rangkaian sosial pula, Nokia 500 tersedia bersama aplikasi Twitter dan Facebook serta laman sembang secara langsung pada paparan utamanya. Lebih menarik, gajet ini turut menyokong pembukaan banyak aplikasi pada satu-satu masa, pertukaran aplikasi secara pantas dan tidak melambatkan perjalanan sistem. Menerusi teknologi peta Ovi terbaru, pengguna model ini boleh mendapat panduan perjalanan di 80 buah negara. Nokia 500 akan mula berada di pasaran negara menjelang penghujung suku ke ketiga tahun ini. Ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 07:11 PM PDT SALAM sejahtera. Saya mempunyai masalah dalam e-mel hotmail. Bila dah login, ia akan keluar mesej dinyahsekat masalah keselamatan. Saya telah menukar kata laluan tetapi masih mempunyai masalah yang sama. Apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?
*Balamurugan Koppan, Port Dickson TERIMA kasih di atas soalan tersebut. Terlalu ramai pengguna Hotmail mempunyai masalah yang sama dengan Balamurugan. Tiada jawapan yang tepat untuk ini tetapi saya cuba merungkainya dengan baik. Kenapa ia berlaku ? Masalah tersebut berlaku kerana pihak Hotmail atau Windows Live mendapati e-mel tersebut telah digunakan menjadi bahan spam untuk hantar ke alamat-alamat e-mel yang lain atau melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan. Ia juga mungkin disebabkan oleh ada seseorang yang tidak bertanggung jawab berulang kali cuba masuk ke dalam akaun e-mel tersebut tetapi gagal. Ia juga boleh dilakukan oleh Malware yang bersarang dalam komputer anda. Pihak Hotmail yang mendapati ia merupakan aktiviti yang tidak baik lalu menyekat e-mel tersebut. Ia juga boleh disebabkan oleh seseorang yang cuba menggunakan akaun hotmail anda untuk masuk ke dalam perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak Windows Live Messenger. Apa yang perlu dilakukan? Apa yang anda perlu lakukan adalah mengesahkan akaun e-mel tersebut dengan pihak Hotmail atau Windows Live Mesengger. Ada dua cara untuk pengesahan seperti yang berikut. * Pengesahan akaun e-mel dengan sistem pesanan ringkas atau SMS di alamat, https://sms.live.com. * Sekiranya pengesahan secara SMS tidak boleh dilakukan sila buat pengesahan akaun e-mel anda di alamat berikut. Sila pilih produk Hotmail.
https://windowslivehelp.com/vi.aspx?id =2f034e2e-938a-4a1c-a754-21878d2c6209 Selain daripada itu, anda juga boleh menulis e-mel atau surat kepada Tehchnical Support atau pihak sokongan di Hotmail atau Windows Live messenger untuk mengesahkan akaun e-mel tersebut. Dapatkan alamat surat menyurat atau e-mel di laman web Windows Live Messenger. https://support.live.com/ Perkara-perkara untuk elakkan masalah ini berulang * Pastikan kata laluan yang digunakan itu kental/selamat dan disimpan secara selamat. Elak daripada sewenang-wenang memberi maklumat akaun e-mel di laman web. * Pastikan alamat laman Hotmail yang anda masuk itu betul dan bukannya laman web phising. * Kemas kini keselamatan pelayar web atau Browser yang digunakan. * Kemas kini keselamatan perisian anti-virus, perisian keselamatan dan Windows anda. * Pastikan e-mel yang dihantar hanya kepada orang-orang yang dikenali atau rela menerimanya. * Pastikan alamat-alamat e-mel dalam buku alamat e-mel anda masih aktif. * Hadkan penghantaran e-mel dalam bilangan penerima yang tidak terlalu banyak. Begitu juga dengan bilangan mesej yang dihantar. Diharapkan ia dapat membantu dalam memulihkan akaun e-mel tersebut. Bagaimana pun, ia bergantung kepada pihak Microsoft yang menyediakan perkhidmatan e-mel hotmail ini. Sekiranya ada perkara-perkara penting, bolehlah dibuat salinan ke komputer, akaun e-mel lain atau ke tempat-tempat lain yang berkaitan. | ||||
| Rasa manis sebenar nangka madu Posted: 31 Aug 2011 07:10 PM PDT
CELUP gula? Mana ada saya celup gula, nangka ini saya petik terus dari ladang. Kalau encik tidak percaya, ambil buah ini bawa ke makmal, uji jika saya ada letak gula. "Saya memang belajar tidak tinggi encik, namun bagi saya berniaga biar jujur," ujar Uncle Jack sambil menahan marah. Bersungguh-sungguh beliau bertegang urat menerangkan buah nangka yang dijualnya tidak pernah dicelup dalam air gula. Itu antara pengalaman Uncle Jack apabila berhadapan dengan beberapa pelanggan yang meragui kemanisan buah nangka yang dijualnya suatu ketika dahulu. Pengalaman selama 15 tahun menanam dan memasarkan nangka menjadikan Uncle Jack atau nama sebenarnya Francis Choy begitu 'masak' dengan reaksi sesetengah pelanggan yang terkejut dengan kemanisan isi buah nangka yang dijualnya. Pertemuan bersama Francis dibawa oleh Pengarah Urusan MBG (Money Back Guarantee) Fruits Sdn. Bhd. (MBG), Adnan Lee yang juga merupakan antara salah sebuah syarikat pemborong serta penghantaran buah-buahan di sekitar Lembah Klang. Jelas Francis yang memiliki syarikat MF Fresh Fruits & Agriculture Trading itu, jika sampai musim buah yang agak lebat beliau terpaksa memasang tongkat dan sokongan bagi membantu dahan pokok nangkanya menampung berat buah yang bergayutan. Bercerita mengenai sejarah penanaman nangka madu tersebut, Francis mengimbau kenangan 15 tahun dahulu apabila beliau dan seorang lagi rakan perniagaannya terpaksa ke Kedah untuk mencari baka nangka madu terbaik di sana. "Kita jumpa baka nangka ini di Alor Setar dan kita bawa balik ke sini (Bidor). Kemudian kita cuba buat pengklonan dengan baka sedia ada. "Agak lama juga saya buat ujian sendiri akhirnya kami menemui baka baru nangka madu yang dikenali sebagai J 33 dan digunakan sehingga hari ini," katanya. Malah, Francis berkata, bapa beliau merupakan seorang pengusaha tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan. Dia sendiri hampir 30 tahun terbabit dalam bidang pertanian. "Saya tidak memiliki pembelajaran secara formal dalam bidang pertanian. Semua yang saya pelajari adalah daripada pengalaman bapa dan pengalaman saya sendiri ketika mengusahakan pelbagai tanaman," jelasnya. Tambah Francis, sebelum menumpukan perhatian kepada penanaman nangka beliau pernah mengusahakan tanaman betik, tembikai dan pelbagai lagi. Setiap jenis tanaman mempunyai perbezaan dalam cara menjaga dan penanaman. Sesetengahnya ditanam berdasarkan permintaan dan musim. Bagi beliau, nangka merupakan antara tanaman yang kurang dikomersialkan secara besar-besaran. Malah hasil tuaiannya juga sentiasa tidak mencukupi bagi pasaran tempatan. Ia menunjukkan penanaman nangka tidak diketengahkan oleh kebanyakan petani menyebabkan bekalan buah tersebut agak berkurangan di pasaran. Francis mengakui, terdapat juga petani menanam nangka namun untuk mencari penanam baka nangka madu sepertinya adalah sukar. Ujarnya, menjaga pokok nangka sama seperti menjaga diri sendiri. Petani perlu mengetahui keperluan serta cara menjaga pokok dengan betul. Mengeluarkan Memiliki hampir 600 pokok dalam kawasan seluas 10 ekar membolehkan ladang beliau di Bidor, Perak mengeluarkan 10 hingga 15 tan buah nangka bagi setiap ekar dalam setahun. Selain di Bidor, Francis turut memiliki ladang nangka di sekitar Rawang, Selangor. Terdapat 70 hingga 80 biji bagi satu tan. Sebiji buah nangka seberat 10 hingga 15 kilogram (kg). Setiap pokok nangka mampu mengeluarkan buah 10 hingga 12 biji pada satu-satu masa. Menurut Francis, buah yang terlalu banyak pada sepohon pokok akan mengurangkan kualiti rasa, berat, saiz dan ketebalan isi nangka. "Semuanya memainkan peranan, justeru berat yang ideal bagi sebiji buah nangka adalah 10 hingga 15 kg. Kadang-kala berat buah juga mampu mencecah 42 kg sebiji," tambahnya. Untuk mendapatkan hasil sedemikian, pemangkasan dahan serta daun perlu kerap dilakukan. Malah putik yang berlebihan juga akan dibuang. Pokok nangka akan mengeluarkan putik yang banyak. Justeru, hanya 10 hingga 12 biji putik yang berpotensi menjadi buah yang baik akan ditinggalkan. Selebihnya akan dibuang dari pokok. Jelas Francis, pokok yang kekurangan daun dan memiliki buah yang sedikit akan menghasilkan buah yang lebih cantik, manis, berisi tebal serta berkualiti tinggi. Ia berikutan tumpuan pembekalan nutrisi pokok lebih kepada proses pembesaran buah tidak kepada daun semata-mata. Francis menggunakan najis ayam sebagai baja dan sedikit racun serangga untuk melindungi kulit buah nangka daripada serangan haiwan perosak tersebut. Namun, jelasnya, serangga bukanlah musuh utama bagi nangka. Justeru penggunaan bahan tersebut di ladangnya amat kurang di samping kos bagi penggunaan racun serangga juga amat tinggi. Musuh utama ladang nangka milik Francis adalah terdiri daripada monyet dan babi hutan kerana keadaan pokoknya yang rendah, rendang dan kadang-kala boleh mencecah sehingga ke tanah. Penyakit karat buah juga merupakan antara penyakit yang sering menyerang isi nangka. Namun, ia dapat diatasi dengan proses penjagaan pokok secara betul. Kini sebahagian besar buah nangka beliau diedarkan MBG yang siap dibungkus. MBG yang memiliki 16 buah cawangan di sekitar Lembah Klang termasuk satu di Melaka turut memiliki cawangan di The Gardens, Mid Valley, Sunway Pyramid, Subang Parade dan The Curve. Di samping membekalkan buah nangka kepada MBG, Francis turut menjual buah tersebut di restoran dan pasar buah-buahan. Namun, bekalan tidak pernah mencukupi berikutan permintaan yang tinggi. Bagi yang berminat untuk terjun dalam bidang pertanian terutamanya penanaman nangka madu, nasihat Francis, jangan cepat berputus asa dan cari ilmu berkenaan tanaman nangka secukupnya. ''Perniagaan bukanlah suatu perkara yang boleh di bina dalam masa yang singkat. Ia memerlukan ketabahan, minat yang mendalam serta kecekalan di samping usaha yang berterusan," ujarnya. Selain membekalkan buah nangka, Francis turut menyediakan khidmat nasihat dan rundingan dalam bidang penanaman nangka. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 07:09 PM PDT Sayur bendi warna merah memang jarang ditemui tetapi penjagaannya lebih kurang sama dengan bendi hijau. Bendi merah (Abelmoschus esculentus) adalah sayuran jenis buah dalam famili Malvaceae. Varieti ini berasal dari Mesir, seterusnya dikenali di India, Afrika dan Amerika Selatan. Pokok bendi merah boleh mencecah ketinggian sehingga dua meter. Bendi merah yang bersaiz antara lapan dan 12 sentimeter (sm) sangat sesuai dituai kerana keadaan buah masih lembut, hujungnya mudah dipatah dan belum berpulur. Walaupun warna merah buah sangat menarik semasa segar, ia akan berubah kepada warna hijau setelah masak. Bendi merah kaya dengan nutrien antaranya Vitamin A, C, B+, magnesium, fosforus dan kalsium. Ia juga tinggi dengan serat yang baik untuk badan. Warna merah pada bendi disebabkan oleh kehadiran beta karoten. Keperluan asas tanaman * Boleh ditanam daripada biji benih. * Suhu yang sesuai untuk bendi merah adalah antara 24 hingga 32ÂșC *Jenis tanah yang sesuai ialah tanah gambut, bris dan tanah mineral *pH yang sesuai 5.5 hingga 6.5 * Hujan 300mm/musim Penanaman *Dua kaedah penanaman iaitu tanam terus di atas batas atau disemai dalam talam (tray) semaian * Antara dua dan tiga biji benih dimasukkan dalam satu lubang untuk kaedah tanam terus * Sebiji benih/satu sel talam bagi kaedah semaian. Selepas 14 hari, anak pokok diubah di atas batas *Jarak penanaman yang disyorkan adalah 60 hingga 90 sm antara pokok *Selepas dua minggu, kekalkan satu sahaja anak pokok bagi setiap lubang, manakala yang selebihnya dibuang. Sulam pokok yang mati *Letak plastik silver shine atau jerami padi pada batas tanaman sebagai sungkupan dan mengekalkan kelembapan tanah. *Kompos dan baja organik (tahi ayam) boleh digunakan sebagai baja permulaan dan digaul di atas batas Pembajaan *Dilakukan pada minggu ke dua, keempat dan keenam * Minggu kedua, gunakan baja organik sebanyak 50 gram setiap pokok. * Minggu keempat dan keenam, keperluan baja organik ditambah kepada antara 60 dan 100 gram bagi setiap pokok kerana pada masa ini pokok sudah mula berbunga dan akan mengeluarkan hasil. Pengairan * Pengairan boleh dilakukan sama ada menyiram secara manual atau menggunakan sistem pengairan renjis atau titis. *Pengairan dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang). Jika musim hujan, pengairan tidak diperlukan. *Perparitan perlu dibuat sekiranya kawasan penanaman mempunyai saliran air bawah tanah yang teruk, kerana bendi tidak sesuai ditanam di kawasan yang lembap dan berair. Kawalan rumpai *Rumpai adalah masalah biasa yang dihadapi oleh petani yang mengamalkan pertanian secara organik. lPenggunaan racun rumpai tidak dibenarkan. * Cara pengawalan rumpai yang paling baik adalah menggunakan mesin pemotong rumput (kawasan luas) atau merumput secara manual bagi kawasan yang lebih kecil bergantung pada kemampuan pengusaha itu sendiri. * Penggunaan sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau plastik hitam juga boleh mengawal rumpai dan sekali gus mengekalkan kelembapan tanah. Pemangkasan *Pemangkasan pelepah daun dilakukan setelah buah pada sisi pelepah tersebut dipetik. Biasanya pemangkasan sebegi dilakukan pada bahagian bawah pokok 50 sm dari paras batas. * Pemangkasan dilakukan supaya menggalakkan lebih banyak buah terhasil selain mengurangkan pembaziran penggunaan baja oleh daun yang tua. * Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan. Kawalan perosak dan penyakit *Perosak yang sering menyerang tanaman bendi merah adalah ulat pengorek buah dan juga kepinding buah yang menyerang pada peringkat buah masih muda lagi. * Penyakit bintik daun yang disebabkan oleh kulat biasanya menyerang daun bendi yang tua. *Ada beberapa kaedah kawalan yang boleh diamalkan seperti antaranya menggunakan racun organik yang boleh didapati di pasaran, membuat umpan penarik ulat (bancuhan molasses dan sekam padi) dan kaedah manual dengan mengutip satu persatu ulat atau kepinding yang ada pada tanaman. * Bagi kawalan penyakit bintik daun pula, semburkan 30ml campuran (cili, daun tembakau, bawang merah dan kapur yang telah dikisar halus) dan 15 liter air bersih ke bahagian daun yang telah diserang. Penuaian *Hasil boleh mula dituai pada minggu kesembilan dan ia akan berterusan selama sebulan atau lebih bergantung pada penjagaan pokok tersebut. * Kutipan hasil boleh dilakukan setiap dua hari sekali bagi mengelakkan bendi terlalu tua. *Potong lebih kurang dua sm pada bahagian pangkal buah. *Boleh disimpan pada suhu 5 hingga 10 darjah selsius dan tahan selama lebih kurang seminggu. | ||||
| Pesakit diabetes kekang keinginan Posted: 31 Aug 2011 07:06 PM PDT Pada hari raya, pesakit diabetes perlu mengawal pemakanan mereka bagi memastikan kandungan gula dalam badan tidak meningkat mendadak. - Gambar hiasan SEKALIPUN hidangan makanan melimpah-ruah ketika menyambut Syawal tetapi itu sebenarnya bukannya untuk pesakit diabetes. Pesakit diabetes mungkin rasa perit kerana sekadar melihat sahaja dan terpaksa mengekang keinginan demi mengekalkan paras gula dalam badan. Setelah menunjukkan prestasi baik sepanjang berpuasa di bulan Ramadan, sudah tentu ia perlu diteruskan. ''Hendak makan boleh tetapi jamah sedikit sahaja supaya tidak terkilan untuk merasa makanan yang dihidangkan tetapi bukan dimakan sehingga kenyang,'' kata Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Sdn. Bhd, Dr. Zainordin Md. Noor. Katanya, sekalipun perit bagi pesakit diabetes untuk mengawal selera makan pada musim perayaan yang sememangnya penuh dengan makanan tetapi hanya itu sahaja jalan terbaik untuk mereka. Dr. Zainordin memberitahu, adalah merugikan jika pesakit diabetes tidak mengawal selera makan kerana kebiasaannya kandungan gula telah terkawal sepenuhnya pada bulan puasa. ''Jangan rosakkan paras gula yang terkawal selama sebulan itu dengan sekelip mata disebabkan pengaruh makanan yang dihidangkan dengan banyak di bulan Syawal,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini. Katanya, sepanjang bulan Ramadan kebanyakan pesakit diabetes dapat menurunkan paras gula selepas berpuasa sepanjang hari. ''Ada sesetengah pesakit, tahap gula antara empat hingga lima sahaja dan pencapaian ini sebenarnya cukup baik bagi pengidap diabetes,'' katanya. Katanya, walaupun selepas berbuka puasa biasanya paras gula akan kembali tinggi antara 10 hingga 11 tetapi akan kembali normal setelah berpuasa pada siangnya. Jelas Dr. Zainordin, untuk mengelakkan pesakit daripada terjebak dengan longgokan hidangan yang banyak maka ada baiknya jika mereka disediakan dengan hidangan sendiri. ''Ahli keluarga kena membantu menyediakan makanan untuk pesakit dalam bekas berasingan supaya jumlah makanan yang diambil itu tidak berlebihan,'' katanya. Sehubungan itu katanya, pesakit masih boleh makan bersama dengan keluarga tetapi tidak perlu terikut-ikut mengambil makanan bersama orang lain dengan sesuka hati. Katanya, tidak boleh juga disalahkan pesakit kerana sesiapa sahaja akan terpengaruh untuk makan kalau makanan yang enak terhidang dengan banyak di atas meja. Selain itu, kata Dr. Zainordin, pesakit juga dinasihatkan supaya makan ubat yang telah diberikan oleh doktor selama setengah jam sebelum makan. ''Pengambilan ubat amat penting kerana pesakit diabetes tidak boleh mengabaikan ubat untuk mengawal paras gula masing-masing,'' katanya. Selain itu, pesakit juga dinasihatkan tidak mengambil makanan tradisional yang dihidangkan pada hari raya seperti ketupat, lemang dan rendang dengan banyak. Menurut beliau, semua makanan itu sememangnya kaya dengan kolesterol yang cukup mudah untuk meningkatkan paras gula. ''Cukuplah jika ingin makan lemang itu hanya sepotong kerana jika lebih sebenarnya ia mengundang lebih banyak kalori,'' kata Dr. Zainordin. Katanya, pesakit diabetes masih boleh makan tetapi dalam jumlah yang kecil hanya selepas empat jam. ''Ini untuk memberikan masa supaya kandungan gula yang terdapat dalam makanan dapat diserap sepenuhnya,'' katanya. Biasanya kata beliau, pesakit diabetes digalakkan makan kerap iaitu empat hingga lima kali sehari tetapi dalam jumlah yang kecil. Dr. Zainordin memberitahu, cara pemakanan yang kerap tetapi sedikit itu lebih baik supaya kadar gula dapat dikawal dan tidak naik mendadak. ''Pesakit perlu sedar adalah penting menjaga makanan di peringkat terkawal ini bagi mengelak penyakit ini lebih teruk sehingga terpaksa melakukan suntikan insulin,'' katanya. Bagaimanapun kata Dr. Zainordin pesakit yang sudah di peringkat teruk yang terpaksa menggunakan suntikan insulin lebih mudah mengawal gula khususnya di musim perayaan. ''Ini kerana mereka biasanya akan lebih berhati-hati ketika mengambil makanan dan jika terlebih makan biasanya mereka akan menambah dos insulin yang diperlukan,'' katanya. Disebabkan makanan punca pesakit diabetes bermasalah, maka Dr. Zainordin menasihatkan agar memakan buah-buahan yang mengandungi banyak serat dan lebihkan minum air kosong untuk menstabilkan kandungan gula. Katanya, motivasi dalam diri pesakit diabetes itu amat penting kerana pada peringkat ini tidak ada siapa yang akan dapat membantu tetapi ia banyak terserah kepada diri sendiri. Beliau berkata, jadikan latihan sebulan berpuasa di sepanjang Ramadan itu berterusan bukan sahaja pada bulan Syawal tetapi pada bulan-bulan seterusnya. Dr. Zainordin memberitahu, apa pun selain mengawal makanan pesakit dinasihatkan juga sesekali tidak meninggalkan ubat yang telah disyorkan oleh doktor. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 07:05 PM PDT
MEMANG cukup istimewa apabila sambutan Aidilfitri tahun ini disambut serentak dengan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54. Dalam kita bergembira menyambut Syawal yang sudah pun memasuki hari kedua, sebagai rakyat Malaysia juga tidak seharusnya melupakan tarikh keramat 31 Ogos yang telah merubah kehidupan kita secara total. "Saya harus akui Hari Raya kali ini cukup istimewa kerana kita juga meraikan Merdeka. Pada pendapat saya ini merupakan cara yang paling baik untuk meraikan bulan Merdeka apabila kita dapat beraya bersama-sama rakyat Malaysia yang berbilang kaum. "Di sinilah kita dapat melihat keharmonian dan keserasian walaupun daripada bangsa yang berbeza. Apabila kita menyambut sesuatu perayaan, kita juga sepatutnya berkongsi kegembiraan tersebut dengan orang lain," demikian luahan Yuna sewaktu membuka bicaranya apabila diminta memberikan pendapat tentang sambutan berganda Merdeka dan Syawal tahun ini. Namun, apabila memperkatakan tentang merdeka, barangkali ada yang berpendapat anak muda hari ini semakin jauh menyimpang dari landasan sebenar mereka. Kerana terlalu asyik mengagungkan budaya luar, anak muda hari ini telah dilabelkan sebagai lupa diri sehingga melupakan pengorbanan waris terdahulu yang bermati-matian memperjuangkan kemerdekaan negara. "Merdeka adalah satu peringatan bahawa kita semua sebagai rakyat Malaysia, tak kira apa jua bangsa, hanya mahukan kehidupan yang selesa dan gembira tanpa persengketaan. "Ia juga mengingatkan kita untuk terus rasa bersyukur kerana kita hidup di negara yang aman damai dan bebas dari krisis-krisis. Tidak seperti negara-negara yang lain yang sedang mengalami krisis dan peperangan. "Sesuatu yang agak menyedihkan apabila kadang kala saya lihat ramai yang lupa yang kita sebenarnya sangat bertuah untuk hidup di bumi Malaysia," jelas Yuna dalam sesi fotografi yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini. Melihat kepada senario remaja masa kini yang semakin tersasar daripada jalan mereka, Yuna masih mengharap agar generasi muda hari terus berpegang teguh kepada jati diri mereka. Kata pemilik nama penuh Yunalis Zarai ini lagi, remaja hari ini memiliki sikap dan sifat yang jauh berbeza berbanding mereka yang dilahirkan sebelum mereka. Pada pengamatannya, remaja hari ini sangat pintar dan tidak pernah lupa untuk mengkaji serta mempelajari sejarah yang telah termaktub. "Daripada pembelajaran mereka, mereka cukup dengan maksud penjajahan dan merdeka secara keseluruhannya. Jika tidak, mana mungkin ada yang menimba ilmu sehingga ke luar negara dan kembali mencurahkan bakti kepada negara. "Dalam masa yang sama, saya tidak menafikan ada juga yang terlalu taksub dengan pengaruh dari Barat. Jujurnya, saya sendiri tidak merasakan untuk mempelajari kepintaran atau kemajuan negara Barat itu adalah satu kesalahan. "Tetapi, jangan sampai terlalu terpengaruh dan mengagungkan budaya kuning yang disebarkan oleh mereka. Dalam kata mudah, yang positif diambil dan mana yang tidak elok itu usahlah diikuti," kata pelantun lagu Gadis Semasa ini penuh bersemangat. Dalam konteks itu, Yuna mengambil contoh dirinya sendiri apabila dia terus berpegang teguh kepada pepatah klasik, di mana bumi dijunjung, di situ langit dipijak. Walaupun sudah berkelana jauh sehingga ke bumi Amerika Syarikat (AS) untuk mengembangkan sayap seninya, kata Yuna, hatinya tetap di Malaysia. Secara jujur anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini memberitahu secara luaran, benar dia sudah jauh berubah. Hampir tiga tahun lalu, dia lebih selesa untuk memilih hanya seluar jeans dan kemeja T bersama sepatu sukan. Tetapi, kini Yuna sudah boleh berbangga apabila ada pihak yang mula melihatnya sebagai ikon fesyen baru. Dalam erti kata lain, Yuna sudah semakin berani berfesyen dan memastikan dirinya sentiasa up-to-date sehingga menjadi ikutan ramai. Ternyata menjadi anak pasca merdeka telah membawa Yuna jauh melangkah setapak langkah lagi dalam anjakan karier serta perubahan untuk dirinya sendiri. "Saya harus akui pemikiran saya kini lebih matang. Jika dulu saya hanya fikirkan kepentingan diri sendiri, selalu bergantung kepada keluarga dan rela hidup selesa tanpa mencuba perkara-perkara baru dan luar biasa yang mencabar minda dan kreativiti. "Selepas mendapat peluang untuk bekerja di luar negara semuanya berubah. Di Los Angeles, ia telah membuka mata saya apabila melihat sendiri bagaimana karyawan mereka bekerja. "Sehinggakan saya menyoal diri saya sendiri apabila melihat mereka mampu untuk memajukan diri sendiri. Benarkah mereka lebih bijak daripada kita sehinggakan filem, muzik dan seni mereka menjadi begitu dahsyat. "Tidak mahu terus berasa selesa dalam lingkaran hidup yang sama, saya memaksa diri saya untuk menjadi meletakkan diri saya setanding dengan mereka dengan berfikir dengan pantas selain menjadi kreatif dan agresif dalam bekerja," jelas anak tunggal ini dengan makna yang cukup mendalam. Untuk itu katanya, selama dua tahun bekerja sebagai pemuzik di AS, dia sudah berjaya mendalami jati dirinya yang sebenar apabila berpeluang bekerja dengan karyawan-karyawan seni hebat. Contohnya, apabila dia mendapat tahu dia akan bekerja dengan penerbit album terkenal, Pharrell Williams, Yuna mampu menepikan rasa gementarnya dan mengekspresi jiwanya sebagai penyanyi serta komposer. "Di sebalik itu, saya juga berdepan dengan masalah kekurangan idea selepas menghasilkan beberapa buah lagu. Mungkin ia berpunca daripada diri saya sendiri kurang membaca dan pengalaman. "Dalam masa yang sama, pengalaman di sana juga telah mematangkan saya sebagai seorang individu apabila bertemu dengan pelbagai latar belakang manusia. "Saya belajar cara-cara untuk bergaul dengan mereka tanpa perlu membuang identiti saya sebagai anak Malaysia. Saya masih diri saya yang dulu, cuma lebih bijak dan matang serta berdikari. Jadi, semua itu semua serba sedikit telah memerdekakan saya sebagai seorang individu," ujar Yuna yang kelihatan cukup bergaya memperagakan rekaan terbaru Syomir Izwa untuk sesi fotografi ini. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 07:04 PM PDT Nana dan Rayyan akan menyambut Aidilfitri di Seremban. BAGI penyanyi yang terkenal dengan lagu Benang Emas, Nana atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias, 27, kehadiran Aidilfitri kali ini akan disambut dengan penuh kesederhanaan. Menurut Nana, kebiasaannya dia dan anak tunggal kesayangannya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 3 tahun, akan pulang ke kampung halaman di Felda Sendayan, Seremban apabila Aidilfitri tiba. "Memandangkan kampung Nana di Seremban sahaja, Nana tidak perlu terburu-buru nak balik ke kampung," ujarnya. Tambahnya, lebaran tahun ini, dia bersama anaknya akan turut menziarahi pusara bekas suaminya, Mohd. Faisal Yusup yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Januari lalu. Sebagai insan yang bergelar ibu, Nana mengakui kehidupannya bersama Rayyan ketika ini sudah cukup sempurna. Bagi Nana, Rayyan adalah permata hatinya dan apa yang dilakukannya dalam karier seni ketika ini adalah untuk kebahagiaan anaknya itu. Nana bergerak sendiri Apabila bercerita tentang kerjaya seninya, Nana kini sudah mengambil inisiatif untuk bergerak sendiri dan tidak terlalu mengharapkan bantuan daripada pihak lain. "Nana telah tubuhkan syarikat sendiri Siti Nordiana Management (SN Management). Tapi ini bukan bermaksud Nana keluar dari FMC Music Sdn. Bhd. "SN Management adalah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan karier Nana sepenuhnya. "Kiranya, majlis yang diadakan oleh FMC dan SN Management adalah majlis yang berbeza tetapi Nana masih berada di bawah syarikat rakaman tersebut," jelasnya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), baru-baru ini. Seiring dengan penubuhan SN Management, Nana berhasrat untuk kembali aktif bergerak sendiri dan juga akan mengadakan pelbagai aktiviti bersama peminat. "Nana akan kembali aktif di Fan Page Nana di Facebook, Siti Nordiana Fans Club. "Jadi, segala aktiviti yang akan diadakan selepas ini, Nana akan beritahu melalui Facebook," kata Nana. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 07:04 PM PDT
JATUH bangun Saleem atau pemilik nama sebenar, Salim Abdul Majeed, 50, dalam dunia seni suara tanah air tidak pernah melunturkan semangatnya untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari ini. Biar seribu dugaan dalam kehidupan terpaksa dilaluinya namun pelantun lagu Bukan Aku Tak Cinta ini mengakui, hati kecilnya tersentuh setiap kali mendengar takbir di pagi Syawal. Kata bekas vokalis kumpulan Iklim yang telah mengorak langkah sebagai penyanyi solo menerusi album Maaf/Juwita pada tahun 1998 ini, tiada siapa yang dapat memahami perasaan dan penyesalan kerana berpisah dengan lima zuriatnya hasil perkahwinan pertamanya dahulu. "Kalau boleh, di hari baik bulan baik ini, saya tidak mahu bercerita pasal perkara itu kerana akan dikatakan mengungkit. "Cuma saya akui ada rasa rindu tetapi jurang yang wujud di antara saya dengan anak-anak saya itu amat besar. Inilah tragedi dalam kehidupan saya. "Hari ini, saya bersyukur kerana masih ada keluarga bahagia. Saya mempunyai isteri dan seorang lagi anak yang sentiasa mendampingi saya," kata penyanyi bersuara serak-serak basah yang hadir ke Studio Utusan untuk sesi fotografi sempena Hari Raya baru-baru ini. Biarpun hari ini Saleem yang mengahwini Juriah Bachok, 47, dan dikurniakan dengan seorang anak lelaki berusia tujuh tahun, namun kerinduan Saleem untuk berhari raya dengan lima lagi anak-anaknya masih tebal dan tidak pernah pudar. "Ada waktunya saya tidak mahu memikirkan tentang anak-anak yang lain tetapi sebagai seorang ayah, saya tidak dapat melupakan mereka terutamanya ketika membuat persiapan raya. "Bukan saya tidak mahu menjadi ayah yang baik kepada mereka tetapi perpisahan yang terjadi atas kesilapan sendiri membuatkan saya tidak rapat dengan mereka dan tidak kenal mereka. "Bagi memujuk hati, kehadiran Mohd. Amirulmukminin, anak daripada perkahwinan kedua saya membuatkan kesepian dan kerinduan di hati sedikit sebanyak terubat juga. "Jika tidak, entah di mana dan bagaimana keadaan saya hari ini," luahnya. Menyedari hakikat dirinya tidak begitu rapat dengan lima lagi anaknya yang lain, pelantun lagu malar segar Suci Dalam Debu ini mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada Amirulmukminin. "Mirul (panggilan manja) adalah segala-galanya bagi saya kerana kehadirannya dalam hidup saya bukan setakat sebagai penyeri tetapi lebih daripada itu. "Maka itulah, persiapan hari raya adalah untuknya. Baju Melayu baru Mirul mesti ada sekurang-kurangnya dua pasang. "Saya tidak kisah jika memakai baju lama tetapi isteri saya, Juriah akan memastikan kami sekeluarga mempunyai pakaian baru dan selalunya, kami pakai warna sedondon. "Saya tidak begitu beri perhatian tentang persiapan raya kerana segala-galanya diuruskan oleh Juriah. Saya akur sahaja," katanya. | ||||
| Masih gunakan pengaruh mat rempit Posted: 31 Aug 2011 07:03 PM PDT JULIANA Evans menjadi hantu dalam filem Hantu Bonceng. AHMAD Idham merupakan pengarah yang bijak menerbit serta mengarahkan filem-filem yang jalan ceritanya dekat di hati para penonton terutamanya golongan muda di negara ini. Kisah mat rempit atau pelumba haram antara jalan cerita yang sering dipaparkannya menerusi layar perak seperti filem Remp-It (2006), Impak Maksima (2007) dan Adnan Sempit (2010). Terbaru pengarah berusia 40 tahun ini sekali lagi menggunakan pengaruh watak mat repit menerusi Hantu Bonceng biarpun filem itu dikategorikan dalam genre komedi seram. Menurut Idham, dia tidak bergantung kepada kekuatan watak mat rempit semata-mata, tetapi banyak lagi cerita dalam bidang permotoran yang boleh diketengahkannya melalui filem. "Dalam filem Hantu Bonceng saya menggunakan watak seorang penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar makanan segera tetapi ia diolah secara santai. "Ia tidak sama seperti Remp-It yang lebih ke arah dunia permotoran. Setiap satu filem tentang mat rempit yang saya paparkan berbeza situasi dan latarbelakang kerjaya mereka. "Sebab itu, saya rasa ada banyak lagi kisah mat rempit atau dunia permotoran yang boleh diketengahkan dalam filem," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada pertemuan selepas pratonton Hantu Bonceng di pawagam Odeon itu, pengarah yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah ini menafikan kisah mat rempit membawa pengarah yang negatif. Sebaliknya kata Idham, dalam Hantu Bonceng yang diterbitkan syarikatnya, Excellent Pictures dia cuba memaparkan banyak mesej berbentuk nasihat yang boleh diteladani para penonton. "Memang sasaran penonton filem ini adalah remaja dan mereka yang menunggang motosikal. Dalam hal ini, saya mahu tunjukkan antara sebab yang menyebabkan mat rempit insaf. "Saya pula menggunakan Zizan Raja Lawak melakonkan watak Amran kerana dia juga merupakan penunggang motosikal di Kuala Terengganu suatu ketika dulu. "Jadi Zizan lebih faham dan boleh menghayati watak Amran dengan baik. Saya juga sudah meneliti karekter Zizan dan dia memang sesuai membawakan watak itu," ujarnya. Zizan yang ditemui pada majlis itu tidak menafikan kebanyakan penonton menyukai kisah-kisah mat rempit kerana ia bukan sahaja berkait rapat dengan realiti kehidupan masa kini. Malah, finalis pertandingan Maharaja Lawak ini berkata, dia dapat melihat penerimaan para penonton terhadap filem seperti itu sewaktu pratonton Hantu Bonceng diadakan. "Ini adalah kali ketiga saya menonton Hantu Bonceng dan saya dapati penerimaan para penonton cukup baik. Pada pratonton ini sambutannya juga cukup positif. "Sewaktu 10 peratus pertama tayangan filem ini para penonton ketawa melihat gaya lakonan saya. Saya lega kerana filem ini boleh mencuit hati penonton walaupun saya nampak serius. "Ini adalah suatu petanda positif di mana saya harap sambutannya akan berterusan dan bukan setakat sewaktu majlis pratonton ini sahaja," katanya penuh optimis. Pada majlis pratonton tersebut, seramai hampir 50 ahli kelab Zizan FC hadir memberi sokongan terhadap filem yang menelan kos produksi dan promosi yang mencecah RM1.5 juta itu. Filem ke-23 arahan Idham dalam genre serius komedi itu akan ditayangkan serentak pada Hari Raya Aidilfitri ini di 80 buah pawagam seluruh negara termasuklah Singapura dan Brunei. Selain Zizan, turut membintangi Hantu Bonceng ialah Juliana Evans yang melakonkan watak Maya dan Ayu, Jue Aziz (Halimaton), Taiyuddin Bakar (Kunyit) dan Azlan Kami (Dani). | ||||
| Nora tidak balik beraya di Kelantan Posted: 31 Aug 2011 07:02 PM PDT NORA, Johan nawawi dan dua orang anak mereka bersama VOU yang terlibat dalam penghasilan single Pedoman. KEBANYAKAN anak Kelantan yang berhijrah dan mencari rezeki di Kuala Lumpur biasanya akan pulang berhari raya di kampung masing-masing termasuklah penyanyi Nora. Walau bagaimanapun, penyanyi berasal dari Kota Bahru ini berkata, tahun ini dia tidak pulang beraya di Kelantan, sebaliknya hanya di Kuala Lumpur bersama-sama sanak saudaranya yang ramai menetap di sini. Ini kerana, jelas Nora bagi memberi laluan kepada anak keduanya, Syakir Alif, 12, supaya lebih fokus dalam membuat persiapan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) yang akan didudukinya tidak lama lagi. "Kebetulan saudara mara saya dan Johan juga banyak yang tinggal di Kuala Lumpur. Jadi, kami saling akan kunjung mengunjungi satu sama lain. Bukan saya sahaja tetapi ramai lagi saudara mara saya yang tidak balik Kelantan. "Masing-masing ada urusan sendiri. Namun, suasana raya tetap dirasai kerana kami saling berjumpa dan beraya bersama-sama. Kalau ada rezeki tahun depan boleh beraya lagi di Kelantan," katanya sewaktu ditemui selepas rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini Pada pertemuan itu, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Arifin hadir bersama suami, Johan Nawawi dan dua anaknya, Syakir Alif, 12, dan Puteri Nur Dahlia, 7, berkata, biarpun tidak pulang beraya di Kelantan tetapi persiapan rayanya tetap sama. Dia juga akan memasak sendiri hidangan raya seperti roti jala dan nasi dagang untuk seisi keluarga selain kuih muih raya kerana kurang aktif menyanyi serta mempunyai lebih kelapangan di rumah sepanjang bulan puasa ini. Berniaga tudung pada Ramadan Ekoran faktor itu, penyanyi yang popular dengan lagu Naluri itu, pada bulan Ramadan kebanyakan penyanyi termasuklah dirinya tidak banyak menerima undangan menyanyi dan aktivitinya lebih ke arah meningkatkan amal ibadat. Namun, pada masa sama penyanyi bersuara lantang ini menganggap kedatangan bulan yang mulia itu bukan setakat untuk beramal ibadah semata-mata, tetapi dia turut berniaga bagi menambahkan pendapatannya. "Terbaru saya menjalankan perniagaan menjual tudung yang saya reka sendiri dengan nama Tudung Nora. Ia direka secara eksklusif dan belum ada tudung yang sama sepertinya di pasaran buat masa ini. "Saya mereka sendiri gubahan tudung itu, manakala untuk menjahit dan merealisasikannya menjadi sebuah produk, saya telah mengupah seorang pereka fesyen khas. Ia bagi melancarkan penghasilan produk itu. "Saya hanya mengeluarkan idea bagi menghasilkan gubahan tudung itu. Malah, Tudung Nora hanya saya jual melalui laman sosial Facebook sahaja dan ia dijual dalam edisi yang amat terhad," ujarnya. Jelas isteri kepada komposer terkenal Johan Nawawi ini, aktiviti menggubah dan menjual Tudung Nora itu dilakukannya bagi mengisi masa lapangnya sepanjang bulan puasa ini dan ia semakin mendapat sambutan ramai. Tambah Nora, ideanya menghasilkan Tudung Nora itu tercetus sewaktu dia berkunjung ke Dubai pada tahun 2008 dan terlihat pelbagai jenis tudung di jual di sana yang boleh dipasarkan di negara ini. "Kebetulan pula pada waktu itu saya pun baru mula hendak bertudung. Jadi, saya kata mengapa tidak saya mencipta sendiri tudung dan kemudiannya menjualnya melalui Facebook. Saya mahu menjadikannya suatu trend dalam bertudung. "Apatah lagi, Tudung Nora ini cukup praktikal digunakan kerana ia sesuai untuk setiap wanita dan digubah dalam pelbagai bentuk serta warna," ujarnya yang bercadang membuka butik sendiri pada masa depan. Selain Tudung Nora, penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu, turut menjalankan perniagaan menjual biskut dan kek sepanjang bulan Ramadan ini. Perniagaan biskut dan kek yang diberi nama Secukup Rasa itu telah dijalankannya sejak lapan tahun lalu itu turut dijual kepada para peminat dan kawan-kawannya di Facebook. | ||||
| Kenanga n Aidilfitri dua seniman unggul Posted: 31 Aug 2011 07:01 PM PDT
CUKUP ralit mendengar perbualan dua seniman ini seusai sesi fotografi yang berlangsung di Panggung Anniversary, di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Banyak sungguh yang dibualkan bagaikan dua sahabat lama yang sudah lama tidak ketemu. Lebih-lebih lagi, pemilihan lokasi juga membuatkan mereka membuka cerita lama masing-masing. "Lama juga tidak berkunjung ke sini. Teringat zaman dulu sewaktu membuat persembahan di sini. Pernah juga saya berkongsi pentas dengan abang Ahmad Jais," kata Ramli Sarip sambil melihat sekeliling panggung terbuka yang sudah berubah wajah itu. Sambil mengangguk tanda setuju, Datuk Ahmad Jais pula membuka ceritanya. "Di panggung inilah juga, ia menjadi pentas untuk ramai artis mempromosikan album dan membuat persembahan. "Pernah satu ketika, Panggung Anniversary begitu meriah dikunjungi peminat yang memenuhi setiap sudut di sini semata-mata mahu menonton persembahan artis hampir setiap minggu. "Saya sendiri berpeluang beraksi di panggung yang cukup masyhur ini," katanya yang cukup segak berpakaian baju batik berlengan panjang dengan sepatu hitam bertumit yang menjadi identitinya itu. Namun, yang cukup menarik perhatian apabila Ahmad Jais dan Ramli Sarip cukup rancak bercerita tentang kenangan raya masing-masing sewaktu menetap di Singapura. Bertepatan dengan sambutan Syawal 1432 Hijrah hari ini, sesungguhnya baik Ramli mahupun Ahmad Jais, kedua-duanya mempunyai cerita dan makna sendiri apabila memperkatakan tentang sambutan Aidilfitri. | ||||
| Sambutan Aidilfitri umpama pesta Posted: 31 Aug 2011 07:01 PM PDT
DILAHIRKAN di Bukit Cantik, Singapura pada 15 Oktober 1952, nostalgia meraikan Syawal di tanah kelahirannya itu membawa seribu satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Masih segar dalam ingatan anak seni berusia 58 tahun ini bagaimana dia bersama teman sepermainan begitu teruja menyambut kedatangan Syawal. Kata Ramli Sarip, itulah kelebihan dan keistimewaan apabila tinggal di kampung di mana suasana harmoni serta muhibbah cukup tebal dalam diri masing-masing. Walaupun ketika itu kampungnya yang terletak di Lorong Camar berhampiran Bukit Timah tiada kemudahan air paip bersih dan elektrik, ia bukan penghalang untuk Ramli menyambut Aidilfitri dengan meriah. "Ketika itu jugalah, kami sibuk mencari batang buluh untuk bermain meriam buluh. Apabila mendengar dentuman yang kuat itu, terasa hati ini cukup bangga. Mana tidaknya, ia bagaikan memberi isyarat bahawa Syawal akan menjelang tidak lama lagi. "Perubahan demi perubahan berlaku dalam kampung saya sehinggalah kami dapat menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang sempurna apabila kemudahan sudah disediakan. "Detik yang saya tidak akan lupa apabila rumah saya sendiri menjadi pusat berkumpul pada pagi 1 Syawal memandangkan arwah ayah saya adalah ketua kampung di situ. "Dengan tugas ayah saya yang juga merupakan seorang imam dan amil, secara tidak langsung juga memberi peluang kepada penduduk kampung mengeratkan silaturahim sesama kami," cerita suami kepada Sapiah Omar dan bapa kepada seorang cahaya mata, Zaheera, 32, ini bersungguh-sungguh. Perubahan hidup Dalam masa yang sama, dilahirkan dalam keluarga besar juga memberi peluang kepadanya untuk menikmati sambutan Syawal dengan penuh makna. Kemeriahan dan kekecohan ibu dan adik-beradik lain di dapur menyediakan juadah manakala ada yang sibuk membersihkan rumah serta membuat persiapan lain cukup membuat Aidilfitri begitu simbolik sekali untuk Ramli. "Antara hidangan yang cukup saya tunggu untuk dinikmati adalah kuah lodeh, sambal kacang dan ketupat istimewa yang begitu istimewa sekali pembuatannya. "Saya sendiri tidak tahu apakah rahsia abang ipar saya dalam membuat ketupat tersebut kerana ia begitu berbeza dengan mana-mana ketupat yang pernah saya nikmati sebelum ini. "Tekstur nasinya sangat lembut sehinggakan ia tidak puas untuk dimakan sekali sahaja," kata Ramli yang merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik itu lagi. Namun, semakin usianya meningkat dan menginjak fasa dewasa, Ramli merasakan penghayatan sambutan Syawal itu sudah mula berubah. Entah mengapa, Ramli merasakan Syawal lebih bermakna apabila dia dapat menyempurnakan puasa enam yang cukup besar fadilat dan pahalanya. "Kegembiraan menyambut Syawal itu mungkin lebih kepada kanak-kanak dan remaja tetapi untuk orang dewasa seperti saya, ia lebih kepada kerohanian serta spiritual," ujarnya dengan maksud yang mendalam. Kagum dengan Ahmad Jais Berpeluang digandingkan dengan Datuk Ahmad Jais dalam sesi fotografi ini membuatkan Ramli benar-benar rasa bangga dan terharu. Bayangkan, selepas berpuluh-puluh tahun menyanyi, belum pernah dia disatukan dengan seniman yang cukup diminatinya dalam mana-mana fotografi. Hanya pernah bertemu dalam persembahan pentas, ternyata Ramli begitu kagum dengan Ahmad Jais yang disifatkannya sebagai biduan yang tiada tandingan. "Suara yang dimiliki oleh beliau memang unik dan hanya satu dalam sejuta. Jiwa Melayu sangat tebal lalu menjadikan setiap lagu nyanyiannya penuh dengan jiwa yang mampu mengusik hati kita. "Walaupun memulakan kariernya dalam era 60-an, bagi saya Ahmad Jais adalah penyanyi pop Melayu yang unggul. Sehingga ke hari ini pun, suaranya masih diminati. "Sehinggakan saya sendiri sukar untuk memilih lagu nyanyiannya yang menjadi kegemaran saya. Boleh dikatakan, semuanya menjadi pujaan hati saya," kata Ramli sambil tersenyum. Menyentuh tentang perkembangan seninya pula, Ramli mengkhabarkan dia akan mengeluarkan album khas seperti Mutiara Zaman tidak lama lagi. Namun, kali ini album itu akan menghimpunkan semua lagu-lagu kerohanian yang pernah dihasilkannya sejak dari zaman Sweet Charity lagi. Selain itu, Ramli yang juga akan sibuk membuat persiapan bagi Konsert 2 Raksasa selepas Aidilfitri ini juga akan muncul dengan sebuah album baru. "Album ini telah dirakamkan sekitar tahun 1999 namun ia tidak pernah dipasarkan atas sebab-sebab tertentu. "Ia mengandungi tujuh buah lagu baru yang dirakamkan secara langsung di Studio Synchrosound. Kami akan memperbaiki apa yang patut untuk album itu sebelum dipasarkan nanti," kata penyanyi yang masyhur dengan lagu Bukan Kerana Nama dan Teratai ini lagi. Sebelum mengundurkan diri, Ramli mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua peminatnya dan pembaca setia Utusan Malaysia. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 07:00 PM PDT
BAGI Hafiz, Adira dan Lena, setiap kali raya mereka akan teruja kerana masing-masing sibuk membuat persiapan pulang ke kampung halaman masing-masing di Sabah dan Sarawak. Sebagai anak rantau, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) mempunyai perancangan dan persediaan tersendiri untuk menyambut raya bersama keluarga dan sahabat handai di kampung halaman yang sekian lama ditinggalkan kerana tuntutan karier masing-masing. Walau sesibuk mana sekalipun, Hari Raya Aidilfitri yang datang setahun sekali mesti disambut dengan keluarga tersayang kerana tanpa mereka hari raya tidak bermakna. Sebab itu, seminggu sebelum raya masing-masing sudah bersiap sedia apa yang perlu serta pelbagai hadiah dan buah tangan untuk keluarga tersayang. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 06:59 PM PDT
KEDATANGAN Syawal sememangnya dinanti-nantikan oleh umat Islam dan semestinya pelbagai persiapan disediakan bagi memeriahkan lagi hari mulia ini. Namun, dalam keseronokan menyambut Aidilfitri, masih ada lagi insan yang terpaksa melupakan hasrat untuk bergembira di pagi Syawal buat seketika, atas nama tugas. Tetapi itu bukan satu masalah bagi empat orang personaliti RTM ini, kerana ia sudah menjadi lumrah kepada mereka bekerja pada pagi Aidilfitri. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 06:56 PM PDT BARISAN artis yang terlibat dalam program Mari Berdansa Aidilfitri. TIDAK pernah menghampakan pelanggan setianya, stesen berbayar terulung, Astro meneruskan tradisinya apabila menawarkan 104 program istimewa bagi menyambut Syawal tahun ini. Kesemua program tersebut dapat ditonton menerusi lapan saluran utamanya iaitu Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Ceria, Astro Citra, Astro Warna serta dua saluran barunya iaitu Bintang dan Pelangi yang ditawarkan menerusi pakej Indo Pek. Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, pihaknya bukan sahaja menyajikan program istimewa untuk sambutan Aidilfitri sahaja tetapi juga barisan rancangan hebat sempena Hari Kemerdekaan Ke-54. "Kami menjanjikan pelbagai program menarik yang pastinya mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan setia kami. "Bukan hanya sekadar kemantapan isi kandungannya tetapi kami turut menyediakan dua lagi saluran khas bagi meraikan Syawal dan Merdeka tahun ini "Dua saluran itu adalah Raya HD dan Astro Fiesta yang membariskan senarai filem, konsert dan program hiburan menarik untuk tontonan semua. Menariknya, kedua-dua saluran ini boleh ditonton secara percuma," katanya sewaktu berucap pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Saluran Raya HD akan mula ditayangkan bermula hari ini (30 Ogos) sehingga 9 September ini dan penonton akan dapat menikmati konsert istimewa seperti Aura 3 Diva, Konsert Tribute P. Ramlee: Di Mana Kan Ku Cari Ganti dan Konsert Wow Putrajaya 2011. Selain itu, drama bersiri, Pengantin Untuk Dijual lakonan Rita Rudaini dan Fahrin Ahmad juga ditayangkan selain beberapa telemovie seperti Love, Nora, Bersalji Di Kuala Lumpur, Dan Sebenarnya..., Sanggul Beracun dan 7 Lagu. Tidak dilupakan dua buah filem tempatan iaitu Damping Malam dan Aku Masih Dara juga dapat ditonton dalam teknologi definisi tinggi (HD) "Astro Fiesta pula akan menayangkan filem, konsert, dokumentari dan drama bersiri yang melambangkan perpaduan, patriotisme dan segala aspek yang berkaitan dengan kemerdekaan. "Ini termasuklah filem Estet arahan Mamat Khalid dan Konsert Canggung Mendonan M. Nasir yang tidak pernah ditayangkan di mana-mana sebelum ini. Semuanya dapat ditonton bermula 1 September hingga 31 Oktober ini," jelas Henry lagi. Bagi rancangan untuk saluran utamanya pula, telemovie dan program hiburan masih lagi mendominasi saluran Astro Ria. Pastikan penonton setia saluran itu tidak melepaskan peluang menonton Mari Berdansa Aidilfitri, Fantastika Raya Impian, Mega Raya 2011 serta telemovie seperti Mak OK Je, Pontianak Beraya Di Kampung Batu dan Geisha Melayu Terakhir. Cukup sinonim dengan tayangan telemovie hebat yang sarat dengan mesej, Astro Prima pula mempertaruhkan karya-karya hebat yang mewakili pelbagai genre sepanjang Aidilfitri ini. Antara yang bakal menarik perhatian adalah drama Sesungguhnya, Satu Permintaan, Flamenco Di Hatiku dan Epilog Deru Ombak. Bagi peminat Zizan dan Johan dari program Raja Lawak, pastikan anda tidak ketinggalan menonton telefilem Drogba dan Rooney pada 30 Ogos pukul 12 tengah hari. "Program berbentuk majalah keislaman seperti Laman Raya Imam Muda, Imam Muda Raya Di Perantauan dan Lebaran @ Xi'An pula akan menghiasi saluran Astro Oasis. "Khusus buat pelanggan pakej Mustika yang merangkumi saluran Astro Citra dan Astro Warna pula, kami menayangkan juga menayangkan filem-filem dan telefilem menarik. "Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23, Magika dan Ngangkung pula akan ditayangkan di Astro Citra sementara Astro Warna pula akan menayangkan program khas, Maharaja Lawak Raya. "Kami juga menampilkan lakonan pertama Cikgu Shida yang mengecapi populariti menerusi YouTube dalam drama www.cikgushida.com selain drama komedi, Kiah Beraya Solo dan Senandung Aidilfitri," ujar Henry sambil memberitahu filem antarabangsa terbaik dan animasi akan ditayangkan di Astro Ceria. Untuk senarai rancangan dan waktu tayangan, bolehlah melayari laman web, www.astro.com.my serta iklan promosi di semua saluran Astro. | ||||
| Ramai taja perkahwinanFaezah Elai Posted: 31 Aug 2011 06:55 PM PDT FAEZAH merancang untuk beraya ke rumah bakal suaminya pada hari raya kedua di Kulim, Kedah. LEBARAN pelakon Faezah Elai, 29, tahun ini tidak begitu terasa memandangkan dia bakal melangsungkan akad nikah pada 9 September ini di kediaman keluarganya di Pulau Pinang. Bukan raya lagi menjadi keutamaan pemilik nama sebenar Noor Faezah Md. Elai itu sebaliknya persiapan perkahwinannya harus dititikberatkan menjelang tarikh resepsi pada 3 Disember ini. "Sekarang ini memang sudah sibuk sangat sampai tak sempat rasa raya. Nasib baik saya sudah mula bercuti pada 25 Ogos sampai 14 September ini untuk bantu menyiapkan persiapan perkahwinan," katanya ketika ditemui selepas menjayakan pertunjukan fesyen raya di Pusat Beli-Belah Great Eastern, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menjelang 9 September ini, pada sebelah pagi heroin drama popular Asmara itu akan melakukan majlis khatam Quran manakala selepas solat Jumaat dia akan diakad nikah bersama pengarah drama, Heykal Hanafiah. Selepas sahaja majlis pernikahan, anak sulung daripada tiga beradik itu akan terbang ke London untuk menjalani penggambaran filem Tanda Putra Negara arahan Datuk Paduka Suhaimi Baba. "Memang saya sibuk sangat sebelum mahupun selepas akad nikah nanti. Sebelum akad nikah saya sibuk dengan pengambaran slot Samarinda, Jiwa dan Lara, dan selepas akad nikah pula saya akan menjalani pengambaran filem Tanda Putra Negara di London. Dalam filem itu saya memegang peranan sebagai Allahyarham isteri Allahyarham Tun Abdul Razak," katanya mengenai rezekinya yang hadir mencurah-curah ketika ini. Kahwin di pantai Tuah badan Faezah apabila majlis perkahwinannya pada 3 Disember itu turut ditaja beberapa pihak. Untuk pelamin dan dekorasi resepsi di sebelah keluarga Faezah di dewan Sungai Ara nanti ia akan ditaja oleh Butik Puteri di Pulau Pinang manakala baju Faezah untuk kedua-dua resepsi pula akan ditaja oleh pereka terkenal, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini. "Nasib baik segala persiapan perkahwinan dibantu keluarga. Saya juga bersyukur kerana ramai yang mahu taja perkahwinan saya termasuk Butik Puteri, Hatta Dolmat dan juga Rizman Ruzaini. Sehingga kini persiapan perkahwinan saya sudah hampir selesai," katanya yang berharap segala spekulasi buruk mengenai dirinya dan bakal suami akan berhenti selepas mereka berkahwin. Sebelum ini, Faezah pernah dikaitkan menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Heykal, namun pelakon berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu menafikannya. Faezah turut mengaku mengenali Heykal semasa sama-sama terlibat dalam drama Asmara. Malah, mereka mula serius selepas lelaki itu bercerai. Dijolok soalan kenapa dia membuat pilihan duda sebagai suaminya, kata Faezah, semuanya disebabkan jodoh yang sudah tertulis. "Sudah tertulis bahawa jodoh saya dengan dia. Walaupun baru kenal tetapi saya rasa begitu serasi bersamanya. Saya tidak menunggu lama untuk terima lamaran daripadanya," ujarnya yang menerima kunjungan merisik daripada keluarga Heykal pada bulan April lalu. Menyentuh mengenai resepsinya yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 Disember ini, impiannya untuk mengadakan majlis resepsi ala pantai terlaksana apabila keluarga di sebelah Heykal sanggup melakukannya. "Memang pada awalnya saya mahu buat 'beach wedding' di pihak saya tetapi kalau buat resepsi dekat pantai cuma 200 lebih sahaja jemputan yang boleh hadir. Sedangkan saya mahu jemput bukan sahaja keluarga tetapi juga rakan media dan peminat untuk hadir di majlis itu nanti. "Disebabkan itu, resepsi pantai akan diadakan di sebelah pihak Heykal manakala saya pula akan mengadakan majlis resepsi di dewan," katanya yang akan menjemput lebih 2,000 orang tetamu. Bunga api Tidak lengkap ceritera Faezah jika tidak ditanya mengenai sambutan rayanya pada tahun ini. Mengakui cukup gemarkan hidangan nasi tomato dan lauk ayam masak merah daripada maknya, lebaran juga tidak lengkap kalau dia tidak menjamah lemang dan ketupat yang berintikan kacang. Faezah juga beraya ke rumah bakal suaminya pada hari raya kedua di Kulim, Kedah. Berkongsi mengenai memori rayanya, kata Faezah, setiap kali raya dia akan bermain bunga api. Faezah turut mengaku masih suka bermain bunga api sehingga kini. "Memang seronok sangat kalau masa raya dapat main bunga api. Sehingga berlaku satu insiden bunga api pada saya. Masa sekolah rendah dulu, seronok sangat main bunga api sampai tak sedar baju raya berlubang kena bunga api. Sampai sudah saya tak beritahu mak takut kena marah," ceritanya. Faezah turut memberitahu, dia tidak dapat mengadakan rumah terbuka pada tahun ini kerana begitu sibuk menguruskan persiapan kahwinnya. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 06:54 PM PDT
SEPARUH fasa Ramadan yang dilalui Datuk Siti Nurhaliza tahun ini telah diselaputi mendung yang tidak diduga hadir. Dalam kelam gemawan tersebut, Siti bagaimanapun dapat keluar bernafas menjelang dua minggu Ramadan terakhir. Semuanya berkat doa orang yang teraniaya sepertinya. Seperti bagai ada batu besar yang menghempas kepala, terkejut bukan kepalang penyanyi kesayangan ramai ini apabila produk sulung miliknya yang begitu laris di pasaran, SimplySiti didakwa mengandungi unsur tidak halal iaitu berus yang digunakan didakwa diperbuat daripada bulu babi selain ia dikatakan tidak mendapat pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Segera dia bertindak. Selain memikirkan soal bisnes yang terjejas dengan hebahan palsu tersebut, dia amat mementingkan isu haram yang memang menjadi perhatian utama buatnya sebelum produk tersebut dilahirkan. Kata Siti juga, dia tidak membuat bisnes untuk menipu, apatah lagi menganiaya pembeli terutama umat Islam hanya untuk mengaut keuntungan. Mujur tindak balas segera yang dilakukan membuahkan hasil apabila produk tersebut segera disahkan halal. Lega dengan keputusan yang memihak kepadanya, Siti mengaku, ia adalah dugaan dan kemenangan terbesar buatnya sepanjang Ramadan lalu. "Saya mengaku, sebaik berita tersebut disebarkan, ia memberi impak terhadap penjualan SimpySiti. Ia jatuh mendadak. Namun Alhamdulillah, berkat Ramadan, isu tersebut segera dimatikan. Pihak kami dan pihak Jakim kesal dengan apa yang berlaku namun ini adalah dugaan dan cabaran yang harus saya tempuhi sebagai orang berniaga. "Alhamdulillah, ia juga memberi hikmah kepada kami kerana selepas kejadian tersebut, kami dan pihak yang terbabit menjadi lebih akrab dan lebih berhati-hati dalam banyak hal agar perkara yang sama tidak berulang lagi," katanya yang turut memberitahu sedih saat mendengar ada pengguna yang membuang produk miliknya sedangkan realitinya SimplySiti adalah halal. Meninggalkan dugaan tersebut, Siti seperti meraikan kemenangannya dengan menunaikan umrah pada 19 Ogos lalu dan pulang pada 28 Ogos untuk meraikan Syawal di tanah air. Walau begitu sibuk sepanjang Ramadan yang lalu, namun, kata Siti, dia tidak dapat menahan perasaan untuk kembali ke tanah suci Mekah seperti tahun sebelumnya. Bagi Siti, kekerapannya kembali menjadi tetamu Allah setiap kali Ramadan adalah bukti kerinduannya terhadap tanah suci itu. Katanya, Ramadan dirasa kurang lengkap jika dia terlepas peluang berpuasa dan beribadat di Mekah. Memberitahu pertama kali menunaikan umrah pada tahun 1997 dia melalui dugaan yang agak mencabar, namun kini kembali ke Mekah umpama satu rutin wajib. "Setiap kali Ramadan, saya memang akan pergi menunaikan umrah dan berpuasa di sana. Selain rindu akan suasanannya, saya juga mengejar pahala yang berlipat kali ganda dengan mengerjakan umrah pada bulan Ramadan," katanya yang pergi menunaikan umrah bersama suaminya.
Bercakap mengenai sambutan lebaran, bukan sesuatu yang asing bagi Siti pulang ke kampung suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa di Kedah. Sejak berkahwin lebih lima tahun lalu, pulang ke Kedah adalah rutin wajib buatnya. Sebaik menikahi ahli perniagaan tersebut, Siti sedar bahawa dia telah memiliki dua keluarga besar yang harus diberi perhatian sama rata. Jika sebelum berkahwin setiap tahun dia akan pulang ke kampungnya di Kuala Lipis, Pahang, selepas berkahwin, rutin itu bertukar. Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia melupai ibu dan keluarga serta sanak saudara yang berada di Kuala Lipis. Paling penting, sejak pemergian bapanya, Allahyarham Taruddin Ismail dua tahun lalu, dia tidak pernah terlepas menziarah kubur lelaki kesayangannya itu. Ujarnya: "Walaupun saya pulang ke Kedah tahun ini, saya masih menjalankan tanggungjawab buat ibu dan keluarga dengan membuat persediaan dan kelengkapan raya buat mereka. Adat orang yang sudah berumah tangga, saya juga kini mempunyai sebuah keluarga besar selepas berkahwin dan mempunyai dua keluarga untuk diraikan. "Saya akan pulang ke Lipis mungkin pada hari raya ketiga selepas meraikan Aidilfitri di Kedah," katanya. Justeru, pada Aidilfitri pertama dan kedua ini, Siti menyambut lebaran di kampung suaminya dan paling penting, dia dan suami dapat meraikan tetamu dengan mengadakan kenduri di masjib milik mereka, Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir, Sungai Petani, Kedah. Kenduri tersebut diadakan bermula pukul 3 hingga 6 petang semalam kerana menurut Siti: "Saya mahu orang ramai dapat hadir ke kenduri ini, sebab itu saya buat ia pada sebelah petang kerana jika saya lakukan pada sebelah pagi sejurus solat, mungkin ramai yang mahu pulang ke rumah untuk beraya dengan keluarga terlebih dahulu." Sebaik meraikan lebaran, penyanyi yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelima perkahwinan pada 21 Ogos lalu itu akan kembali sibuk. Dia berasa seperti baru bernikah semalam dengan belahan jiwanya itu walhal sudah lima tahun melayari pahit manis bersama sambil berdoa agar mampu hidup rukun dan kekal bersama suaminya. "Segala cabaran yang bakal mendatang kelak harus kami lalui dengan sabar dan penuh keimanan. Saya berdoa agar rumah tangga saya aman," katanya. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 06:53 PM PDT
MENGIKUT sejarah, negara Malaysia yang dahulunya lebih dikenali sebagai Tanah Melayu pernah dikuasai oleh beberapa kuasa asing sejak tahun 1511. Bermula dengan Portugis kemudian diikuti dengan Belanda dan British serta tidak ketinggalan Jepun yang pernah memerintah selama lebih tiga tahun. Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang begitu keramat kepada masyarakat di negara ini apabila ia bebas sepenuhnya daripada dijajah oleh Inggeris yang sudah menduduki Tanah Melayu sejak ratusan tahun yang lalu. Sejak 31 Ogos 1957, setiap tahun negara meraikan hari kemerdekaan dengan menganjurkan aktiviti menarik iaitu acara perbarisan yang turut dihadiri oleh rakyat daripada segenap lapisan masyarakat. Bagaimanapun, setelah 54 tahun rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan negara, ternyata tahun ini sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila sambutan dirayakan secara serentak dengan Hari Raya Aidilfitri. Dalam keghairahan umat Islam di Malaysia sedang membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran, agak sedikit mendukacitakan apabila dilihat seolah-olah tidak ramai yang menyedari tentang Hari Kemerdekaan negara. Berbanding pada tahun-tahun sebelum ini, apa yang paling ketara ialah masih ramai yang tidak memasang Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing meskipun tanggal 31 Ogos tinggal beberapa hari sahaja lagi. Salah seorang pelakon popular, Remy Ishak yang ditemui sewaktu menjalani penggambaran filem Azazil menyifatkan tahun ini sangat istimewa dan pastinya sukar untuk dilupakan. Menurut Remy, berbanding dengan negara-negara lain, sudah tentu Malaysia sahaja satu-satunya negara yang pada tahun ini meraikan serentak sambutan dua perayaan yang cukup besar dan bermakna. "Mungkin ini adalah kali pertama tarikh sambutan Aidilfitri jatuh serentak dengan hari merdeka. Namun, saya merasakan kedua-duanya adalah hari yang sangat bermakna dan membawa pengertian yang sama. "Kalau Hari Kemerdekaan negara disambut untuk kita meraikan kemenangan setelah bebas daripada tangan penjajah Inggeris, Aidilfitri pula disambut untuk meraikan kemenangan setelah sebulan menjalani ibadah puasa," jelasnya. Ditanya mengenai segelintir masyarakat yang dilihat seperti melupakan Hari Kemerdekaan negara, pelakon berkenaan berpandangan bahawa dia yakin rakyat Malaysia pastinya tidak akan melupakan hari bersejarah tersebut.
"Rasanya biarlah umat Islam di Malaysia sambut hari lebaran terlebih dahulu. Lagipun apa yang saya tahu, sambutan Hari Kemerdekaan akan tetap diadakan pada 16 September ini serentak dengan sambutan Hari Malaysia," ujarnya. Sementara itu, aktres Diana Danielle menyatakan erti kemerdekaan akan lebih dirasai apabila mengenang kembali jasa tokoh-tokoh terbilang negara yang telah berjuang untuk membebaskan tanah air daripada tangan penjajah. Menurut pelakon yang turut membintangi filem yang diarahkan oleh Khabir Bhatia itu lagi, semasa zaman persekolahan dahulu dia memang jarang ketinggalan untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan. "Ketika bersekolah dahulu saya memang kerap menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan kemerdekaan di sekolah. Saya juga pernah menyertai acara perbarisan yang diadakan di Dataran Merdeka dan ia adalah satu pengalaman yang cukup menarik. "Malah, setiap kali menjelang Hari Kemerdekaan saya turut tidak ketinggalan untuk memasang bendera di kereta. Kalau ada masa terluang, saya dan rakan-rakan akan menunggu detik 12 tengah malam bersama-sama ribuan rakyat Malaysia yang lain," ujarnya. Seorang lagi pelakon yang sedang meningkat naik, Sharnaaz Ahmad pula meluahkan rasa syukurnya kerana dapat menikmati kehidupan yang selesa dalam sebuah negara yang aman dan damai. Menurutnya, sebagai sebuah masyarakat majmuk, penduduk di negara ini sepatutnya rasa beruntung kerana dapat hidup harmoni bersama-sama dengan pelbagai kaum yang lain tanpa ada sebarang persengketaan. "Kalau lihat di beberapa buah negara yang lain, meskipun sudah mencapai kemerdekaan tetapi ada antara negara berkenaan masih lagi melalui kancah peperangan serta dalam keadaan huru hara. "Jadi, kita seharusnya terus mengekalkan keamanan yang dinikmati ini memandangkan negara kita juga sekarang sudah 54 tahun merdeka dan bebas daripada penjajah," ujarnya yang memegang watak Atan dalam filem Azazil. Terpaksa bekerja Menyentuh tentang sambutan Aidilfitri yang baru diraikan semalam, sudah tentu kurang lengkap rasanya kalau tidak ditanya tentang persiapan tiga pelakon muda ini dalam menyambut Aidilfitri kali ini. Menurut Remy, dia hanya sempat membuat persiapan dua hari sebelum Aidilfitri memandangkan jadualnya yang cukup padat sepanjang bulan puasa ini terutamanya sibuk menjalani penggambaran filem Azazil. "Boleh dikatakan sepanjang bulan puasa ini saya terpaksa bekerja dari pagi sehingga tengah malam. Namun, saya berasa lega kerana penggambaran filem ini hampir selesai dan rasanya sempat juga untuk saya membuat persiapan raya. "Insya-Allah, selepas segala-galanya telah selesai saya akan pulang ke kampung di Masjid Tanah, Melaka untuk menyambut hari lebaran bersama-sama keluarga dan bercuti selama seminggu," jelasnya. Menurutnya lagi, untuk raya pada tahun ini dia tidak dapat bercuti lama kerana dalam masa terdekat dia akan turut terbabit dengan beberapa penggambaran. "Selepas ini saya akan menjalani penggambaran filem berjudul 29 Februari yang diarahkan oleh Edry KRU. Memang jadual saya sangat padat sehingga hujung tahun ini dan saya akan berehat seketika pada awal tahun hadapan," ujarnya. Rumah Farid Kamil Memandangkan sekarang ini masanya lebih banyak dihabiskan di lokasi penggambaran, Diana memberitahu segala persiapan raya telah diserahkan kepada ibunya. REMY ISHAK bercuti selama seminggu sementara Diana Danielle berhari raya di Kuala Lumpur. Menurutnya, setakat ini ibunya sudah banyak membeli pelbagai jenis kuih raya memandangkan mereka sekeluarga tidak pulang ke kampung dan akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur sahaja. "Kami sekeluarga memang tidak pernah berbelanja besar dan sekadar sambut raya secara ala kadar sahaja. Lagipun yang paling penting buat saya adalah dapat berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga. "Malah, saya sendiri sekadar menyediakan sepasang baru kurung untuk dipakai pada pagi raya. Namun, saya juga memiliki dua pasang baju jenis kaftan yang dihadiahkan oleh seorang rakan yang baru pulang daripada mengerjakan umrah baru-baru ini," ujarnya. Tambah Diana, jika mempunyai masa terluang, dia tidak akan melepaskan peluang untuk pergi beraya ke rumah Farid Kamil memandangkan kekasih hatinya itu akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya nanti. Serentak Boleh dikatakan tahun ini sememangnya cukup bertuah buat Sharnaaz Ahmad lantaran tawaran berlakon yang diterima semakin mencurah-curah dan lakonannya yang semakin diterima ramai. Sama seperti Remy yang mempunyai jadual yang padat, pelakon yang mula dikenali menerusi telefilem Ungunya Cinta itu tidak dapat bercuti panjang untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama keluarga. "Selepas selesai menjalani penggambaran filem Azazil ini, saya akan terus pulang ke kampung di Georgetown, Pulau Pinang. Saya cuma akan berada di kampung selama empat hari dan kembali ke Kuala Lumpur. "Lagipun selepas cuti berhari raya nanti saya perlu buat persediaan untuk menjadi pelakon dalam video klip lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah. Kemudian saya akan terbabit pula dalam sebuah drama arahan Osman Ali sebanyak 26 episod," jelasnya. Menariknya lagi, pelakon berkenaan tetap meluahkan rasa terujanya untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini memandangkan tarikh 1 Syawal adalah serentak dengan tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-26. | ||||
| RM45 juta ganti peralatan usang di HKL Posted: 31 Aug 2011 06:52 PM PDT
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menggantikan kelengkapan perubatan yang usang di beberapa unit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebaik sahaja permohonan peruntukan RM45 juta diluluskan kerajaan. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara unit terbabit ialah Unit Rawatan Rapi dan Unit Penjagaan Koronari. "Permohonan peruntukan itu sudah dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas melawat warga HKL sempena sambutan Aidilfitri di sini semalam. Selain itu, Tiong Lai berkata, HKL kini dalam proses naik taraf meliputi antaranya pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan blok baru bernilai RM600 juta bagi Hospital Ibu dan Anak. "Blok baru Hospital Ibu dan Anak ini akan dibina tahun depan. Sekarang ini kita dah ambil tender dan kita juga akan tempatkan 400 buah katil tambahan untuk blok ini," katanya. Selain itu, HKL juga bakal mempunyai pusat jagaan harian iaitu Ambulatory Care Centre (ACC) bernilai kira-kira RM90 juta yang menempatkan semua pakar bagi pesakit mendapatkan rawatan harian, rujukan dan susulan. | ||||
| Rumah terbuka Aidilfitri Agong, PM meriah Posted: 31 Aug 2011 06:51 PM PDT NAJIB dan Rosmah menyambut kehadiran orang ramai ke rumah terbuka Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya semalam. KUALA LUMPUR – Hari Raya Aidilfitri disambut di seluruh negara semalam dalam suasana penuh meriah tetapi sederhana. Seperti amalan selama ini, rumah-rumah terbuka yang diadakan menyediakan pelbagai juadah seperti ketupat dan lemang serta pelbagai jenis kuih raya. Di Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah mengadakan rumah terbuka dalam dua sesi. Sesi rumah terbuka untuk orang kenamaan pada sebelah pagi dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta menteri Kabinet dan diplomat asing. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamed Ali turut menghadiri rumah terbuka itu. Bagi sesi untuk orang ramai yang bermula pada pukul 11.40 pagi hingga 1 petang, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menerima lebih 20,000 rakyat berbilang kaum daripada pelbagai lapisan masyarakat. Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah meluangkan masa berdiri di hadapan 'rumah kaca' bersalaman dengan orang ramai dan memberi duit raya kepada kanak-kanak. Orang ramai kemudiannya diberi cenderahati berupa kuih raya sebelum ke khemah khas untuk menikmati jamuan yang disediakan. Penggal Seri Paduka berdua sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual berakhir Disember ini. Sementara itu, pada sebelah tengah hari di Putrajaya, lebih 100,000 orang menyerikan sambutan rumah terbuka Perdana Menteri dan jemaah menteri di Seri Perdana. Mereka yang hadir terdiri daripada diplomat asing, pemimpin parti-parti politik, pelancong asing dan warga tempatan yang disajikan dengan pelbagai juadah serta dihiburkan dengan pelbagai persembahan yang melambangkan semangat 1Malaysia. Majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu berakhir pada pukul 6 petang. | ||||
| Posted: 31 Aug 2011 06:51 PM PDT NORDIN (dua dari kiri) menunjukkan bengkung yang dipakai di badan untuk menyembunyikan syabu. SHAH ALAM – Sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan syabu antarabangsa semakin kreatif dengan taktik-taktik terbaharu untuk mengelirukan pihak berkuasa bagi membawa masuk barang haram itu ke negara ini. Selain menggunakan taktik kreatif seperti menjadikan syabu sebagai replika kepala harimau, memasukkan dadah dalam omboh enjin kereta, mi segera, ubi kayu atau pencuci rambut, kini ada dalam kalangan kurier dadah terbabit berlagak seperti seorang alim dengan wanita berpakaian purdah manakala lelaki memakai jubah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik pemakaian purdah dan jubah bagi membawa syabu dikesan ekoran penahanan beberapa orang kurier dadah yang kemudian didapati menyembunyikan dadah dalam bengkung yang dipakai di badan. "Ada warga Iran dikesan menyimpan syabu dalam bengkung di sebalik penampilan memakai jubah manakala bagi wanita memakai purdah menyembunyikan dadah di badan mereka," kata beliau ketika ditemui di sini baru-baru ini. Pada awal tahun ini, menurut beliau, polis menahan tiga wanita Iran berpurdah yang kemudian dikesan menyembunyikan sejumlah dadah syabu di badannya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang. Sepanjang tahun lepas dan tahun ini, polis mencatatkan sebanyak 23 kes dadah disembunyikan dalam bagasi, menelan dadah (5), menyimpan di dalam silinder besi (2), menyimpan di dalam sabun mandi (1), menyembunyikan di dalam peket mi segera (2) dan menyimpan di dalam ubi kayu (20). Semua rampasan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT. Mengulas mengenai tangkapan di KLIA, Nordin memberitahu, jumlah tangkapan warga asing membawa dadah meningkat secara mendadak pada setiap tahun. "Pada tahun lalu sebanyak 164 orang ditahan termasuk 27 wanita dan tujuh kanak-kanak. "Daripada jumlah tangkapan itu, rakyat Iran paling ramai ditahan dengan 114 orang lelaki dan 16 orang wanita," kata beliau. Baki tangkapan itu membabitkan rakyat India, Pakistan, Turki, Bulgaria, Thailand, Nigeria, Kenya, Togo dan Indonesia. Bersama-sama dengan tangkapan itu, polis merampas sebanyak 154.21 kilogram syabu yang kesemuanya bernilai RM37 juta. Sehingga Jun tahun ini, Nordin berkata, polis berjaya mengesan sebanyak 56 kes penyeludupan dadah jenis syabu di KLIA dengan 43 tangkapan. "Jumlah terbesar warga asing yang ditangkap ialah 32 rakyat Iran termasuk 16 wanita," kata beliau. | ||||
| Peminat akaun lucah Facebook tidak waras Posted: 31 Aug 2011 06:50 PM PDT Jangan terpengaruh dengan akaun lucah di Facebook yang dicipta untuk merosakkan akhlak remaja. KUALA LUMPUR – Menjijikkan apabila ada golongan remaja masa kini ibarat gila seks apabila mereka dengan selamba mewujudkan beberapa akaun yang memuatkan gambar-gambar lucah membabitkan wanita tempatan atau warga asing menerusi laman sosial Facebook. Tinjauan Kosmo! mendapati sekurang-kurangnya terdapat 15 akaun sedemikian telah diwujudkan dan telah menarik minat lebih 1,000 pelayar Internet yang rata-ratanya remaja untuk menjadi pengikut. Kesan perbuatan itu bukan sahaja bakal melahirkan remaja yang rosak akhlak malah bakal menjadikan laman sosial yang popular pada masa kini medan untuk menyiarkan gambar-gambar yang mengaibkan. Difahamkan, pengguna Internet yang ingin menjadi pengikut hanya perlu menekan butang like (suka) pada papan pemuka akaun tersebut sebelum diterima masuk oleh pereka laman seks tersebut. Lebih memalukan, sebaik diterima masuk tanpa disedari segala aktiviti mereka berkaitan akaun itu akan dipaparkan di dinding Facebook masing-masing dan semua gambar-gambar tidak senonoh itu turut boleh dilihat oleh rakan-rakan lain. Keadaan yang berlaku itu dilihat sangat membimbangkan kerana ia merupakan punca kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi muda masa kini. Lambakan laman-laman web yang wujud itu boleh mempengaruhi minda terutamanya golongan remaja yang semakin meminati laman sosial berkenaan pada masa kini. |
| You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan