Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Filem Al-Hijab Lakonan Pierre Andre & Nur Fathia Posted: 25 Jul 2011 01:49 PM PDT GANDINGAN PERTAMA PIERRE ANDRE DAN NUR FATHIA MELALUI KARYA SERAM AL-HIJAB TAMPAK IDEAL DAN MEYAKINKAN. Sudah lama rasanya penggemar filem tempatan tidak dihidangkan dengan hasil karya pengarah muda yang pernah mencipta kejayaannya tersendiri melalui filem-filem terdahulu. Kini, Pierre Andre kembali dengan sengatan berbisanya terhadap penghasilan filem seram, Al-Hijab yang bakal ditayangkan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei pada 6 Oktober ini. Filem ini dikatakan adalah sentuhan Pierre yang paling seram berbanding filem-filem seram yang pernah dihasilkan beliau sebelum ini. Menerapkan segala pengalaman yang dilalui oleh Pierre sendiri, filem ini seolah-olah mempunyai nyawa yang mampu memberi impak kepada penonton. Takut, cemas dan mendebarkan adalah lumrah perasaan yang dirasai ketika menonton filem bergenre seram, namun sedikit kelebihan Al-Hijab, ia mungkin mempengaruhi minda penonton tentang sesuatu yang tidak pernah terlintas untuk dilakukan! Impak yang dimiliki filem ini antaranya bersandar kepada kekuatan gandingan Pierre Andre sendiri dengan pendatang baru yang kian menyerlah, Nur Fathia. Walaupun kali pertama disatukan menerusi filem ini, ia bukanlah satu halangan besar buat mereka untuk mendapatkan keserasian sekaligus mencipta satu gandingan mantap yang berjaya menampakkan pembawaan watak masing-masing dengan berkesan. Tidak perlu lagi dipertikaikan gaya lakonan Pierre sendiri yang sudah terbukti memukau penonton malah penonton juga bakal teruja dengan kesungguhan Nur Fathia mempamerkan lakonan yang berjaya dijiwai dengan baik. Membawakan peranan sebagai pasangan kekasih menerusi filem ini, kedua-duanya dilihat tidak janggal malah lakonan bersahaja membuatkan mereka kelihatan ideal di dalam filem dan meyakinkan penonton tentang gambaran watak yang dibawa mereka berdua. Pierre yang memikul peranan sebagai Rafael, seorang pelakon baru yang ditawarkan sebagai watak utama untuk sebuah filem seram. Ini telah memaksa Rafael mencari jalan bagaimana untuk menghidupkan wataknya memandangkan dirinya tidak pernah sekalipun melihat kelibat makhlus halus. Nur Fathia pula mendukung watak sebagai Qiss, kekasih kepada Rafael yang turut terjebak dalam perkara misteri yang dilalui Rafael setelah keinginannya untuk melihat makhlus halus tercapai. Jika dilihat penampilan Nur Fathia sebagai Qiss dalam filem Al-Hijab ini, ia seolah-olah menampakkan Fathia seperti sudah berlakon pelbagai filem sebelum ini. Walaupun ini merupakan filem pertamanya, tambahan pula ia bergenre seram yang memerlukan lebih penghayatan dan pergerakan olah tubuh, namun Fathia berjaya mengatasinya dengan baik. Mungkin ini adalah titipan pengalaman beliau berlakon menerusi drama-drama terlebih dahulu dan bakat lakonan yang dimilikinya sendiri. Filem ini turut menguji kemampuan Nur Fathia untuk melakukan aksi-aksi yang perlu tampak menggerunkan penonton. Tidak mahu hanya bergantung kepada bunyi efek yang menerbitkan suasana yang menyeramkan, Fathia jelas berani memaparkan ekspresi muka yang menambahkan lagi mood ketakutan yang sememangnya diingini penonton sewaktu menonton filem bergenre seram. Tidak segan untuk kelihatan tidak cantik sewaktu melakukan aksi-aksi seperti itu, Fathia tegas mementingkan ketrampilan sebagai seorang pelakon yang profesional. Gandingannya, Pierre Andre yang juga selaku pengarah banyak membantu dari segi pembawaan watak Nur Fathia. Kelebihan mengarahkan sebuah filem dan turut terlibat berlakon di dalam filem itu menjadikan Pierre lebih menjiwai watak Rafael dengan mantap. Apabila kedua-dua pelakon yang bergandingan ini berjaya menghayati watak mereka dengan bagus, maka mesej cerita yang ingin disampaikan kepada penonton melalui filem ini akan diterima dengan mudah sekaligus memberikan satu lagi kepuasan maksima terhadap sebuah filem bergenre seram. Filem Al-Hijab yang diterbitkan oleh Empat Semudra ini mengisahkan Rafael yang ingin membuka hijabnya untuk melihat makhlus halus. Namun hanya seorang mampu melaksanakan cita-citanya. Tetapi bersediakah Rafael untuk menghadapi risikonya? Semuanya terjawab bermula 6 Oktober ini! Semua pembaca Budiey.com dijemput untuk LIKE fan page Al-Hijab : http://www.facebook.com/FilemAlHijab Jom sama-sama kita saksikan trailer filem Al-Hijab Tags: Filem, Piere AndreaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
RTM Sedia 63 Rancangan Khas Menarik Sepanjang Ramadan Posted: 25 Jul 2011 01:33 PM PDT RTM SEDIA 63 RANCANGAN KHAS MENARIK SEPANJANG RAMADAN DI TIGA SALURAN TV Menjelang Ramadan 1432H yang dijangka disambut oleh umat Islam di seluruh negara pada 1 Ogos 2011 ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan 63 rancangan khas menarik khusus sepanjang Ramadan untuk tontonan umum di tiga saluran utama televisyennya iaitu; TV1, TV2 dan TVi (180 Astro). Ketua Pengarah Penyiaran, YBhg Dato' Norhyati Ismail dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata daripada 63 rancangan khas sempena Ramadan kali ini, 9 rancangan merupakan tonggak kepada rancangan-rancangan khas berbentuk keagamaan khusus untuk Ramadan meliputi majalah dan dokumentari serta bicarawara yang bakal disiarkan iaitu; 7 rancangan di TV1 dan 1 rancangan masing-masing di TV2 dan TVi (180 Astro). Katanya bagi rancangan berunsurkan kulinari (masakan) serta penjagaan kesihatan sepanjang Ramadan, RTM menerusi TV1 menyediakan 3 rancangan khas dan 7 rancangan di saluran TV2 yang dikhususkan untuk golongan wanita serta ibu-ibu. Tidak ketinggalan 2 rancangan khas kanak-kanak bakal mengisi slot di TV1 yang disasarkan kepada kanak-kanak pada hujung minggu dengan pengisian rancangan berbentuk pendidikan serta pengetahuan semasa mengenai keunikkan Ramadan. Menurut Dato' Norhyati lagi, RTM yang cukup terkenal dengan penayangan drama dan telemovie terbaik turut menyediakan 34 rancangan khas telemovie dan 8 rancangan khas drama bersiri sepanjang Ramadan ini khusus untuk tontonan semua peringkat umur. Daripada 34 rancangan khas telemovie, 16 rancangan bakal ditayangkan di TV1 dan 18 rancangan lagi di TV2 manakala daripada 8 rancangan khas drama bersiri; 5 rancangan mengisi slot di TV1, 2 rancangan di TV2 dan satu di saluran TVi (180 Astro). Kebanyakan rancangan yang disiarkan adalah mengisi slot bermula 31 Julai sehingga 26 Ogos 2011 sebelum jadual siaran di ketiga-tiga saluran TV berkenaan menayangkan rancangan-rancangan menarik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia serta perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut penghujung Ogos ini. Tags: RTMClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan