Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley
- Suami Zakiah Anas Enggan Tebus Talak
- Fathia Tepis Tuduhan Sudah Besar Kepala
- Sheila Majid Rindu Masa Kecil Anak-Anak
- ‘Lawak Minggu Ini’ Pelepas Rindu ‘Maharaja Lawak’
- Anna Paquin Ada Batas Lakon Adegan Berahi
- Lenny Kravitz Kongsi Pengalaman Dengan Anak
- Syiling terbaru lebih selamat
- Cerai atau kekal
- Saya memang bahagia
- Single baru Rebecca kurang menyengat
- Kerah kudrat pijak pedal
- 'Saya Cemerlang' bersama KUIS
- Promosi Kraf Aidilfitri
- Kelemumur jejaskan personaliti
- Dilema lelaki 50-an
- Buang bulu guna arus elektrik
- Arman berbakti 25 tahun dalam PGA
- Senario galak sertai RELA
- Membongkar sejarah para Anbiya di Palestin
- Versi baru program televisyen Charlie's Angels September ini
- Izreen tidak kejar populariti
- Suhaila dakwa dikasari Jimmy
- Variasi Tilu
- Acer guna perkhidmatan Doktor-PC
Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley Posted: 25 Jul 2011 09:15 PM PDT PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong. "Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja. "Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin. Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan. Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan. "Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami. "Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa. "Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya. Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim. Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu. "Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja. "Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya. "Pukul kerana ingkar" - Jimmy Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila. Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya. Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu. "Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya," ujar Jimmy. Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang. Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri. Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya. "Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy. Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat. Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan. Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri. Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986. Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010. | ||
Suami Zakiah Anas Enggan Tebus Talak Posted: 25 Jul 2011 09:14 PM PDT PETALING JAYA: Suami kepada personaliti TV3, Zakiah Anas,45, pada Isnin, memberitahu bahawa dia tidak bersetuju dengan saranan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini yang mencadangkan agar pasangan tersebut berpisah secara khuluk (tebus talak). Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamed membuat saranan itu mengikut Seksyen 48(6) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 selepas meneliti laporan wakil hakam (penimbang tara) yang dilantik untuk mencari jalan penyelesaian kemelut rumah tangga yang telah berlarutan selama tiga tahun. Dalam majlis hakam itu, Zakiah diwakili oleh peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala suaminya, Mohamad Yusof @ Muhamed Yusof Taib,49, diwakili Tuan Mohd Zamani Tuan Ahmad yang merupakan imam di Masjid Kampung Johan Setia, Wangsa Maju, dekat sini. Pada prosiding itu, Wan Mahyuddin juga mengambil kesempatan untuk menyoal wakil-wakil hakam berkenaan mengenai saranan khuluk. Kedua-dua wakil hakam tersebut memberitahu, tiada persetujuan mengenai khuluk dicapai dan mereka juga tidak bersedia untuk melafazkan khuluk, meskipun diberi kuasa untuk berbuat demikian mengikut undang-undang. Justeru itu, Wan Mahyuddin memutuskan bahawa wakil hakam itu dibatalkan dan satu wakil hakam yang baru akan dilantik. "Mahkamah melantik proses hakam yang sama untuk kali ketiga yang terdiri daripada pegawai-pegawai sulh," tambah Wan Mahyuddin. Beliau seterusnya menetapkan 16 Ogos depan untuk sebutan semula bagi melantik wakil hakam. Terdahulu, Muhamad Yusof yang pernah berkhidmat dalam bidang media masih mempertahankan pendiriannya untuk tidak melepaskan Zakiah, meskipun wakil hakam telah memutuskan bahawa ikatan kasih sayang tidak lagi wujud dalam perkahwinan itu. Dakwa Muhamad Yusof, dia tidak pernah diberikan peluang untuk berbincang dengan Zakiah yang telah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripadanya. "Saya terkilan perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu dibiarkan begitu sahaja dan turut kasihan dengan anak-anak yang telah ditinggalkan," katanya. Muhamad Yusof seterusnya mendakwa, dia dan Zakiah telah tinggal berasingan sejak tiga tahun lalu dan wanita itu turut mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Muhamad Yusof seterusnya memohon agar mahkamah memerintahkan Zakiah untuk meminda permohonannya kepada perceraian secara fasakh, sekiranya masih mahu berpisah. Bagaimanapun, peguam syarie Abdullah Anuar Sahri yang mewakili Zakiah memberitahu, anak guamnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Kemelut rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabila Zakiah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini. Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009 yang menyebabkan Mohamad Yusof, menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya. Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik yang berlanjutan sehingga kini. Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun. | ||
Fathia Tepis Tuduhan Sudah Besar Kepala Posted: 25 Jul 2011 09:13 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Fathia Latiff, 23, yang mesra disapa Fathia menyangkal dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai artis bermasalah susulan insiden terbaru kononnya dia semakin besar kepala sehingga gagal muncul di lokasi penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Menurut heroin drama Stanza Cinta itu, dia semakin pelik dengan pelbagai kontroversi yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini sedangkan semua dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan ditokok tambah. "Saya semakin pelik dengan pelbagai gosip yang melanda akhir-akhir ini. Walhal, sebelum ini saya sudah terlibat dengan pelbagai drama dan filem tetapi tidak pernah pula mendapat respons negatif daripada produksi terbabit. "Kenapa saya harus berubah sikap menjadi seorang yang besar kepala dan berlagak tidak bertempat pula sekarang ini? "Namun, apa yang mampu saya jelaskan dakwaan-dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan sengaja diperbesarkan oleh pihak yang tidak senang dengan saya," luahnya kepada mStar Online, baru-baru ini. Jelasnya lagi, sebagai orang baru dalam dunia lakonan apa yang termampu dilakukannya adalah untuk tidak melenting dan bersabar menghadapi tohmahan tersebut. "Selepas isu baling telefon, kini saya didakwa tidak berdisiplin dan besar kepala pula. Saya hanya mampu bersabar dan akur menghadapinya. "Kejadian yang berlaku ini membuka mata bahawa ada ramai individu yang tidak boleh dipercayai dan hanya bermulut manis di depan saja. "Walaupun saya telah memberikan komitmen terbaik dan bersikap sebaik mungkin, ada juga yang gemar menyampaikan cerita buruk tidak berasas," katanya yang tidak akan patah semangat atau serik dengan gosip-gosip yang timbul. Menyentuh jadual seninya, Fathia akan terus sibuk dengan komitmen lakonan menjelang bulan Ramadan pada minggu depan, selain bakal terlibat dengan sebuah filem antarabangsa arahan pengarah dari "China". "Sekarang, saya sedang sibuk dengan penggambaran sebuah telefilem di samping Fizz Fairuz arahan Wan Asliza. "Saya juga akan terlibat dengan filem berjudul Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah China, Namewee di samping Afdlin Shauki, penyanyi Reshmonu dan model Nadine tidak lama lagi," katanya. | ||
Sheila Majid Rindu Masa Kecil Anak-Anak Posted: 25 Jul 2011 09:12 PM PDT KUALA LUMPUR: Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid, 46, merindui keadaan masa kecil anak-anaknya yang dirasakan cepat berlalu. Kini, penyanyi lagu Warna dan Aku Cinta Padamu ini bahagia dengan empat anaknya, Nur Khaleda, 20, Megat Abd Majid, 17, Khadeja Zaireen, 7, dan Khalefa Laila Murshim, 5, yang sedang membesar. "Saya masih lagi aktif dengan kerjaya seni, perniagaan dan menumpukan kepada keluarga. "Alhamdulillah, saya sibuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar dan merasakan semuanya berlalu terlalu cepat sehingga kadangkala saya merindui waktu usia mereka masih kecil dan bayi," katanya ketika majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi peraduan produk Jerneh di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Ahad. Bercerita tentang masa depan anak-anaknya, Sheila seronok berkongsi tentang Khaleda yang telah menuntut di Kolej Universiti Help dalam jurusan psikologi manakala Megat pula bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Saya agak tertarik dengan pendapat Khaleda apabila saya bertanyakan kenapa dia memilih psikologi berbanding jurusan lain. Dia berjaya meyakinkan saya bahawa jurusan itu mampu memberi masa depan yang cerah kepada kariernya. "Saya juga berharap anak-anak saya yang lain memperoleh masa depan yang cemerlang dan kerjaya yang bagus kelak. Mana tahu Megat akan menjadi seorang chef suatu hari nanti," ujarnya berseloroh. Menyentuh tentang karier seni Sheila, wanita ini aktif memenuhi jemputan nyanyian di majlis tertentu dan bakal menerbitkan dua buah album pada tahun ini. "Saya masih aktif menyanyi seperti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Sabtu lalu dan membuat persembahan amal di Johor pada minggu lalu. "Pada minggu ketiga bulan Ramadan ini, saya akan terbitkan album yang memuatkan lapan buah lagu Hari Raya Aidilfitri lama dan baru yang diberi sentuhan dan susunan muzik baru. InsyaAllah, saya akan merakamkan album ini pada 1 Ogos ini. "Selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, saya akan muncul dengan album Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid yang menampilkan 20 buah lagu yang pernah dipersembahkan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur sebelum ini," katanya yang turut merupakan Duta Institut Jantung Negara dan Prudential serta jurucakap Diamond Water Filter. Selain itu, dia tidak menolak jika ada peluang untuk memasarkan album-album tersebut ke pasaran Indonesia. Dia juga teruja apabila mendengar khabar lagu-lagunya sering diputarkan di stesen radio di Indonesia serta kebanyakan peminatnya di laman sosial Twitter dan Facebook adalah dari Indonesia. Kini, dia berjaya mengumpul lebih 27,000 peminat di Twitter manakala lebih 74,000 peminat di Facebook. | ||
‘Lawak Minggu Ini’ Pelepas Rindu ‘Maharaja Lawak’ Posted: 25 Jul 2011 09:12 PM PDT PETALING JAYA: Sebagai pengubat rindu kepada peminat Maharaja Lawak, Astro Warna (saluran 132) akan menyiarkan program komedi terbaru Lawak Minggu Ini mulai 5 Ogos depan pukul 10 malam. Program bersiaran 12 episod ini akan menampilkan 12 orang pelawak popular tanah air yang menjadi hos untuk setiap episod selama satu jam. "Melihat kepada kejayaan program komedi seperti Raja Lawak, Spontan, Lawaking, Redah Kasi Pecah dan Maharaja Lawak, kami dapati program yang berteraskan lawak jenaka dan komedi amat popular di kalangan para penonton. "Kami menjangkakan corak penerimaan ini akan terus bertahan jika kandungan pengisian berkualiti yang dibekalkan menggunakan formula yang tepat," kata Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani ketika majlis sidang media Lawak Minggu Ini di The Curve, di sini, Isnin. Pelawak yang terlibat dengan program ini adalah Apek, Yassin, Abon, kumpulan Balas, Datuk Jamali Shadat, Sathiya, kumpulan Sepah, Nabil, Johan, Zizan, kumpulan Jambu dan Angah. Setiap pelawak akan mempersembahkan tiga hingga empat slot mengikut kreativiti dan masa yang diberikan. "Kami memberi kebebasan penuh kepada setiap pelawak untuk memilih dan menyusun sendiri kandungan persembahan berteraskan komedi dan lawak jenaka. "Setiap minggu, pelawak-pelawak itu akan mengundang dua artis jemputan daripada pelbagai latar belakang untuk lebih memeriahkan program itu," ujar Nizam lagi. Tegasnya, lawak berbentuk "slapstik" juga semakin kurang diguna pakai oleh pelawak generasi muda dan mereka lebih mementingkan kreativiti dan pengisian bahan-bahan lawak yang lebih cerdik serta mengikuti perkembangan isu semasa untuk menghiburkan penonton. "Kami sedar bukan mudah untuk membuat orang ketawa. Namun, kami yakin mereka bakal mencetuskan lawak jenaka menerusi pengisian yang lebih kreatif dan cerdik berbanding lawak "slapstik" dengan bantuan para artis jemputan," tambahnya. | ||
Anna Paquin Ada Batas Lakon Adegan Berahi Posted: 25 Jul 2011 09:11 PM PDT WASHINGTON: Pelakon Anna Paquin mengakui dia mengetahui batas-batasnya ketika melakonkan adegan berahi dengan suaminya Stephen Moyer dalam drama bersiri puntianak di HBO True Blood. Katanya, saat-saat indah dan adegan asmara yang dipaparkan menerusi siri itu perlu ada batasnya walaupun ia dilakukan bersama suami sebenar. "Bagi saya ia agak pelik apabila adegan yang keterlaluan bersama suami sendiri untuk sebuah drama perlu dilakukan di hadapan krew atau orang ramai," katanya kepada majalah V seperti dipetik portal new kerala.com. Tambahnya, apabila melakonkan sesuatu watak yang keterlaluan terutamanya untuk aksi di ranjang, Paquin mempunyai perasaan curiga untuk melakukannya di hadapan khalayak. "Apabila kita berada di sesuatu lokasi dengan orang yang kita cintai akan ada satu perasaan bolehkah saya menyentuhnya di sini? Dalam hal ini saya tahu batas-batas yang perlu dilakukan" katanya. | ||
Lenny Kravitz Kongsi Pengalaman Dengan Anak Posted: 25 Jul 2011 09:08 PM PDT PENYANYI Amerika, Lenny Kravitz, 47, mengakui dia mempunyai hubungan akrab dengan anak perempuannya Zoe yang kini berusia 22 tahun. Kata Lenny, dia begitu terbuka apabila berbicara dengan puteri hasil pernikahannya dahulu dengan bekas isteri, Lisa Bonet. "Kami begitu rapat dan dia juga seperti sahabat karib saya. Malah saya jarang menyimpan rahsia dengannya dan setakat ini Zoe tahu perangai baik buruk saya. "Dia belajar dan mendengar setiap masalah yang saya lalui dan melalui pengalaman yang saya ceritakan itu, dia jadikan sebagai pengajaran atau ikutan," kata Lenny. Dalam pada itu, Zoe juga memiliki sebahagian daripada kostum-kostum yang pernah dipakai Lenny ketika membuat persembahan. | ||
Posted: 25 Jul 2011 09:07 PM PDT SIRI KETIGA...kakitangan Bank Negara, Zuraidah Abdul Malek bersama syiling yang lebih kecil dan ringan. BANK Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan siri ketiga syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran mulai awal tahun depan bagi dominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen menggantikan duit syiling sedia ada yang diperkenalkan sejak 20 tahun lalu. Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, dengan motif dan reka bentuk coraknya memaparkan keindahan flora, fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di negara ini. "Syiling baru ini lebih ringan dan kecil serta dilengkapi ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.
Motif dominasi 5 sen ialah sulur kacang, 10 sen (bunga melur) dan 20 sen (anyaman orang asli) memaparkan 14 titik melambangkan tiga 13 negeri serta satu Wilayah Persekutuan dan motif duit syiling 50 sen (kain tenunan destar sigar) mempunyai lima garis mendatar melambangkan lima prinsip rukun negara.
"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai ini akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan syiling baru.
| ||
Posted: 25 Jul 2011 09:06 PM PDT SAAT BAHAGIA...Jimmy dan Nursuhaila ketika majlis perkahwinan mereka tahun lalu. KESABARAN Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, terhadap sikap suami yang juga pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, sudah sampai ke penghujung. Ia hilang apabila Jimmy menghebahkan dalam media kononnya majlis cukur jambul anak mereka dibatalkan sekali gus turut menimbulkan kemarahan bapa isterinya yang juga ahli perniagaan, Datuk Suhaimy Othman. Pasangan itu berkahwin pada 1 Oktober 2010, namun selepas 20 hari bernikah, mereka tinggal berasingan dan pelbagai berita timbul sehinggalah kes dibawa ke mahkamah apabila Jimmy memfailkan tuntutan kembali taat, pada 3 Januari lalu.
APA KATA NURSUHAILA | ||
Posted: 25 Jul 2011 08:38 PM PDT JELITA...Jee suka aktiviti lasak dan alam sekitar. SUKAR nak percaya, wanita cantik sepertinya masih belum berpunya? Hanya dia saja yang ada jawapannya. Sekalipun hidup solo, penyanyi jelita Fauziah Latiff atau lebih mesra disapa Jee, 41, mengakui ia bukan penghalang buatnya untuk hidup bahagia seperti orang lain. "Memang saya belum bertemu pengganti sampai saat ini. Biarlah jodoh itu datang dengan sendirinya. Kalau ada, adalah. "Saya juga tidak ingin mencari jodoh kerana ia ketentuan Tuhan.
| ||
Single baru Rebecca kurang menyengat Posted: 25 Jul 2011 08:35 PM PDT TERKINI...Rebecca Black kembali dengan single keduanya My Moment. DIA mencetuskan sensasi di Internet apabila single Friday nyanyiannya menjadi hit dengan anggaran 167 juta penonton menyaksikannya di YouTube. Penyanyi berusia 14 tahun itu berharap dia akan mencetuskan sensasi sekali lagi dengan single keduanya berjudul My Moment. Lagu baru itu menimbulkan kritikan tidak seperti single Friday dengan lirik: "Bukankah kamu yang berkata saya bukan sesiapa. Tetapi saya akan buktikan kamu salah."
| ||
Posted: 25 Jul 2011 08:32 PM PDT BERSAMA-SAMA...ahli kelab 3G bersama 3G Hawa sebelum memulakan aktiviti berbasikal. STATUS isteri tidak menghalang sekumpulan ibu muda membabitkan diri dalam aktiviti lasak berbasikal yang biasanya dikaitkan dengan lelaki. Kumpulan ini pada mulanya hanya menjadi pemerhati dan penyokong kepada suami masing-masing setiap kali pasangan mereka menyertai aktiviti berbasikal. Bagaimanapun ia tidak bertahan lama kerana mereka turut teruja dengan aktiviti yang bukan saja mencabar, tetapi menyeronokkan.
keseluruhan Tempat ke-6 dari 100 penyertaan kategori wanita terbuka PROFIL NAMA: Norfariza Haryanie Ismail. UMUR: 30 tahun. SUAMI: Irwan Ismail, 30 ANAK: Seorang berusia empat tahun. KERJAYA: Pembantu Peribadi. PEMBABITAN: Program Jom Kayuh Jelajay Sungai Acheh PROFIL NAMA: Norafidah Adnan. UMUR: 34 tahun. SUAMI: Zuraidy Shamsuddin, 35 ANAK: Tiga orang berusia antara tiga dan lapan tahun. KERJAYA: Ahli Farmasi. | ||
Posted: 25 Jul 2011 08:31 PM PDT
ANAK adalah amanah Allah kepada setiap ibu bapa. Sebab itu, Islam memerintahkan anak-anak diberi pendidikan yang sempurna lebih-lebih lagi berkaitan hal keagamaan. Bagaimanapun, ia tidak bermakna kita perlu melupakan terus hal berkaitan mencari kenikmatan hidup di dunia. Anak yang berjaya dalam akademik sentiasa menjadi idaman ibu bapa. Namun, lebih manis lagi kejayaan itu diiringi dengan kefahaman agama. Barulah lengkap dikatakan insan mukmin yang berilmu. Menyedari hakikat itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama (SRA) Ibnu Khaldun Rawang, Selangor menganjurkan program Saya Cemerlang pada 10 Julai lalu. Kursus dua hari itu disertai oleh 130 pelajar. Ia adalah usahasama dengan para pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebagai fasilitator. Bagi memudahkan pemahaman dan melicinkan program, para peserta dibahagikan kepada 17 kumpulan di mana setiap kumpulan dibimbing oleh seorang fasilitator. Selain mengikuti kelas teori, peserta turut diberi pendedahan dan peluang mengemukakan pandangan serta berinteraksi antara satu sama lain di dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Ternyata program dua hari itu berjaya mencapai matlamatnya memberi kesedaran kepada para peserta berusaha keras untuk menjadi insan cemerlang. Paling menyentuh perasaan adalah sesi bersama ibu bapa di mana para peserta diminta mengimbas semula perlakuan-perlakuan yang dilakukan selama ini. Majoriti peserta dan ibu bapa mengalirkan air mata apabila anak masing-masing menyedari kesilapan yang dilakukan selama ini dan meminta maaf. Selain itu, para peserta juga mengikuti program qiamullail dalam usaha meningkatkan ketahanan diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Sementara itu, dalam ucapan penutupan program, Ketua Jabatan Usuluddin, Akademi Islam KUIS, Abu Zaki Ismail berkata, anak-anak perlu diberi didikan yang sempurna terutama dalam aspek agama. Sebabnya, kata beliau, kealiman dan keimanan ibu bapa tidak boleh diwarisi oleh anak-anak jika mereka tidak didedah dan dididik menjadi insan yang beriman dan bertakwa. "Saya mengucapkan tahniah kepada urusetia atas kejayaan menganjurkan program yang julung kali melibatkan para pelajar KUIS. "Terima kasih juga kepada ibu bapa yang bersedia menyerahkan anak-anak mereka untuk dipinjamkan kepada anak murid saya sepanjang dua hari satu malam ini," katanya. Pengerusi PIBG SRA Ibn Khaldun, Abdul Rahman Zahri berkata, program itu diadakan sebagai salah satu persediaan menghadapi Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada September ini. Beliau turut berterima kasih kepada ibu bapa yang memberi sokongan sekali gus membolehkan program Saya Cemerlang diadakan dengan jayanya. "Kepada anak-anak, kalau mahu ibu bapa gembira hendaklah mendapat pencapaian akademik yang baik," katanya. Majlis penutup itu turut dihadiri kira-kira 100 ibu bapa. Turut hadir, wakil guru SRA Ibn Khaldun, Hanidah Baharuddin dan Pengarah Projek, Muhamad Adam Mustafa. Pada majlis yang sama, Abu Zaki turut menyampaikan hadiah kepada tiga kumpulan yang mencatat pencapaian terbaik sepanjang program itu. | ||
Posted: 25 Jul 2011 08:26 PM PDT
KOMPLEKS Kraf yang sering menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara sekali lagi mengadakan Promosi Kraf Aidilfitri dari 21 hingga 29 Julai ini. Ia yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang merupaka peneraju kraf di negara ini merupakan inisiatif untuk membantu para pengusaha kraf tempatan. Melalui promosi yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 8 malam itu, ia memberi ruang kepada pengusaha terbabit untuk mempromosikan barangan keluaran mereka sempena Hari Raya Aidilfitri. Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, usaha itu bagi membangunkan industri kraf tempatan di samping menggalakkan penyertaan usahawan kraf logam bagi meningkatkan pengeluaran dan pendapatan. "Objektif penganjuran promosi kraf adalah untuk membangun dan memajukan kraf logam seperti perak, tembaga, besi, piuter dan lain-lain. "Kita juga membantu usahawan tempatan mengetengah dan memasarkan produk kraf yang mempunyai gabungan dan nilai tambah untuk produk hadiah dan cenderamata khusus sempena Syawal. "Kita juga mahu, Kompleks Kraf menjadi pusat kraf setempat dan lokasi utama buat pengunjung dari dalam mahupun luar negara," katanya ketika dtemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau berkata, antara aktiviti menarik yang disediakan semasa promosi berkenaan ialah jualan kraf dan bingkisan Aidilfitri, pameran warisan kraf, demonstrasi dan interaktif kraf serta persembahan kesenian. Tahun ini merupakan kali ketujuh promosi itu diadakan dan Mohd. Kamil berkata, penyertaan usahawan dan hasil jualan turut meningkat saban tahun. "Pada 2007, penyertaan usahawan adalah 150 orang dengan nilai jualan RM702,612. "Pada tahun lepas , promosi ini menjana pendapatan RM2.1 juta. "Justeru bagi tahun ini, penyertaan usahawan adalah seramai 200 orang dan kita mensasarkan jualan sebanyak RM2.2 juta," katanya. Antara kelainan dan keunikan yang ditampilkan pada promosi ini ialah 50 usahawan kraf logam. Mereka akan mengadakan jualan produk kraf logam sempena menyambut Aidilfitri. "Selain itu, pengunjung juga boleh membuat pembelian , rundingan dan tempahan secara terus kepada usahawan terbabit. "Kita juga mengadakan demonstrasi dan aktiviti yang berkonsepkan pendidikan kraf dengan menunjukkan cara pembuatan, pemprosesan dan penyediaan produk . "Melalui aktiviti ini, pengunjung dapat melihat secara dekat cara pembuatan produk kraf seperti produk kraf logam hadiah dan cenderamata, produk perhiasan dan aksesori dan produk pembungkusan untuk Aidilfitri," katanya. Kraf logam ditampilkan secara istimewa pada promosi tahun ini bagi melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat akan seni warisan tradisi itu supaya mereka menghargainya. "Diharapkan, melalui usaha yang dijalankan ini pusahaan kraf logam akan terus berkekalan di samping menerima pembaharuan dari segi rekaan, pengunaan bahan baru dan pembuatan. Justeru, kata beliau berkata, sokongan daripada setiap anggota masyarakat amat diharapkan dalam memastikan kraf seni tradisi itu terus berkekalan. Katanya, melalui promosi itu orang ramai boleh memilih pelbagai produk menarik untuk mengindahkan sambutan dan perayaan Aidilfitri pada tahun ini. " Promosi ini juga akan menjadikan kompleks kraf sebagai destinasi membeli-belah untuk mendapatkan keperluan persiapan Syawal," katanya. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 03- 21627553 atau melayari laman web www.kraftangan.gov.my atau pro @kraftangan.gov.my. | ||
Kelemumur jejaskan personaliti Posted: 25 Jul 2011 08:25 PM PDT ALANGKAH malunya jika kolar dan bahu baju memutih akibat kelemumur yang bertaburan. Sisa-sia kelemumur ini biasanya akan kelihatan begitu jelas kalau baju yang dipakai itu berwarna gelap. Kelemumur merupakan masalah yang biasa dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau pun wanita. Biarpun ia bukan penyakit berjangkit, tetapi ia mampu menjejaskan personaliti seseorang. Bukan saja tidak selesa kerana asyik menggaru kepala yang gatal, bahkan orang keliling pula rasa kurang senang dengan tahap penjagaan kebersihan diri. Sisa-sia kelemumur yang jatuh atas baju pula pasti menjejaskan penampilan seseorang. ''Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis sapitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada manusia dari pelbagai latar belakang,'' kata Pakar Perunding Kanan Dermatologi, Dr. Steven Chow Kim Weng. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Pengenalan Mengenai Kulit Kepala dan Kelemumur pada Bengkel Media Head & Shoulders di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dr. Kim Weng berkata, sebenarnya kelemumur berpunca dari sejenis yis yang dinamakan malassezia globosa. ''Yis ini akan memakan sebum kulit (lipid) dan kemudiannya mula mengeluarkan sejenis molekul,'' katanya. Katanya, molekul yang dirembeskan itu akan menyebabkan berlakunya kegatalan pada kulit kepala. ''Dari sinilah punca di mana kulit kepala mula berkuping dan akan berlakunya kelemumur,'' katanya. Jelasnya, kelemumur akan menyebabkan seseorang itu mula rasa tidak selesa kerana kulit kepala gatal dan mereka akan asyik menggaru. Katanya, kegatalan kulit kepala yang amat sangat juga akan membuatkan masa tidur akan terganggu. ''Orang yang menghadapi masalah kelemumur ini juga akan mula berhadapan dengan masalah rambut rosak atau gugur,'' katanya. Selain itu, katanya, ia juga akan menyebabkan seseorang itu mula merasa tidak selesa untuk bersosial kerana selalu menggaru kepala. Lebih memalukan apabila banyak kelemumur jatuh di atas bahagian leher baju. Jelasnya, setakat ini dianggarkan 4.3 juta rakyat di negara ini menghadapi masalah kelemumur. Dr. Kim Weng memberitahu, sebenarnya terdapat pelbagai jenis masalah kelemumur. Ia bukan sahaja pada bahagian kulit kepala sahaja. ''Ada yang jenis berkuping dengan kelemumur ini merebak hingga ke bahagian telinga,'' katanya. Selain itu, katanya, ada masalah kelemumur yang terjadi di bahagian hidung, kening dan dahi yang kelihatan seolah-olah seperti jerawat kecil. Katanya, masalah kelemumur juga dihadapi mereka yang mengambil steroid bagi mengubati penyakit. ''Bayi yang baru lahir juga boleh menghadapi masalah kelemumur yang dipanggil cradle cap,'' katanya. Bagaimanapun, katanya, masalah kelemumur itu masih boleh diubati dengan penggunaan syampu yang bersesuaian. ''Biasanya syampu itu perlu mengandungi bahan antikulat yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah kelemumur,'' katanya. Sebaiknya penggunaan syampu kata beliau, perlu diteruskan sepanjang masa bagi mengelakkan ia berulang. Sementara itu, Saintis Procter & Gamble (P&G), Dr. Jasmine Karsono menjelaskan, adalah perkara normal apabila seseorang itu mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai setiap hari. ''Ini memandangkan rambut hanya bertahan selama dua hingga tiga tahun di kepala seseorang dan ia akan luruh dan tumbuh kembali,'' katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Selamat Tinggal Kelemumur dan Rambut Gugur. Bagaimanapun, katanya, rambut gugur juga disebabkan oleh faktor lain, antaranya kerap menggunakan pengering rambut atau menyikat rambut dengan terlalu kerap. ''Biasanya kita akan mudah melihat rambut gugur dengan banyak ketika membasuh rambut semasa mandi atau bertaburan di bantal selepas bangun tidur,'' katanya. Malah, katanya, masalah kelemumur juga bukan sahaja akan menyebabkan berlakunya keguguran rambut tetapi juga akan merosakkan rambut. ''Sekalipun kelemumur bukan penyakit mengancam nyawa tetapi masalah ini akan menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa kerana terlalu kerap menggaru juga akan membuatkan kulit kepala rosak," katanya. | ||
Posted: 25 Jul 2011 08:24 PM PDT ADAKAH anda berusia 50 tahun ke atas dan setiap malam bangun lebih daripada sekali untuk buang air? Anda tidak lena tidur dan berasa letih ketika bangun bagaikan tidak tidur sepanjang malam? Inilah beberapa daripada simptom BPH atau Benign Prostatic Hyperplasia (BPH). Keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan pundi kencing terasa masih penuh walaupun baru keluar dari tandas. Ini disebabkan oleh pembesaran kelenjar prostat yang lazim berlaku di kalangan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas, kata Datuk Dr. Rohan Malek, Ketua Khidmat Urologi, Hospital Selayang semasa taklimat mengenai saringan percuma bagi orang ramai mengenai BPH dan kempen kanser prostat, baru-baru ini. BPH merupakan penyakit paling lazim di kalangan kaum lelaki di seluruh dunia. Tiga peratus daripada penghidapnya mati kerana penyakit ini. "BPH bukan kanser. Bagaimanapun, komplikasi lain boleh muncul memandangkan ia ialah penyakit yang menular. "Jika ia tidak dirawat, terdapat risiko terpaksa menjalani pembedahan berkaitan dengan BPH ataupun kerosakan buah pinggang," kata Dr. Rohan. Beliau mengakui bahawa BPH masih kurang didiagnosis dan orang ramai masih kurang mendapatkan rawatan mengenainya. Kempen saringan percuma yang diadakan untuk orang ramai mampu mewujudkan kesedaran di kalangan kuam lelaki di negara ini untuk mengesan dan merawat BPH di peringkat awal. Kajian epidemiologi oleh Persatuan Urologi Malaysia juag merupakan usaha mengatasi kekurangan maklumat mengenai penyakit prostat dalam pelbagai kumpulan umur dan etnik di Malaysia. "Populasi yang disasarkan bukan sahaja membabitkan penduduk Lembah Klang tetapi juga mereka di selatan Perak, barat Pahang dan utara Negeri Sembilan. "Data aliran simptom saluran kencing bawah (LUTS) dalam kalangan lelaki di Malaysia adalah terhad. "Kami mahu mereka memahami dengan lebih baik risiko penyakit ini," kata Datuk Dr Selvalingam Sothlingam, Pakar Urologi di Kementerian Pertahanan dalam taklimat sama yang berlangsung di Akademi Perubatan Malaysia, baru-baru ini. Simptom Prostat merupakan sebuah kelenjar yang kecil, lebih kurang saiz sebuah walnut dan ia membesar dengan signifikan sehingga usia baligh dan selepas itu terhenti setakat usia 40 tahun. Selepas itu ia mula membesar semula pada kebanyakan lelaki dan pada sesetengah orang ia terus membesar mengikut usia. Lebih kurang separuh daripada kaum lelaki akan menghidap satu daripada tiga penyakit prostat atau mungkin lebih daripada satu. Penyakit-penyakit lain LUTS termasuk barah pundi kencing, batu karang pundi kencing, kanser prostat atau sekatan ureter yang boleh menghasilkan simptom lebih kurang sama seperti yang berlaku dalam BPH - aliran kencing yang tidak lancar, susah untuk buang air dan lazimnya kesukaran dalam memulakan proses buang air. Prosedur pembedahan paling lazim bagi rawatan BPH ialah TURP ataupun transurethral resection of the prostate untuk mengeluarkan tisu prostatik bagi membentuk saluran yang lebih besar yang melancarkan proses buang air. Bagaimanapun, pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar yang sangat besar atau prostatektomi boleh menyebabkan pengurangan segera dalam simptom tetapi kemungkinan pertumbuhan semula prostat yang menyebabkan sekatan ini dijangka berulang dalam lebih kurang lima peratus daripada pesakit-pesakit ini. "Kami melakukan dua hingga tiga pembedahan seminggu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kami cuba elakkan pembedahan pada pesakit yang lanjut usia kerana khuatir akan komplikasi yang mungkin terjadi. Pembedahan buat masa ini dijalankan menggunakan robot di seluruh dunia termasuk di Kuala Lumpur dan Kuching," kata Prof. Azad Hassan Abdul Razack, seorang pakar bedah di PPUM. Di Hospital Selayang, lebih kurang empat pembedahan prostat dilakukan setiap minggu. Saringan Proses saringan membabitkan mikroskopi kencing, meter aliran kencing dan ukuran sisa yang tinggal selepas buang air, dan ukuran isi padu prostat transrectal yang dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada mereka yang ingin tahu kedudukan kesihatan kelenjar prostat masing-masing. Saringan ini telah dilaksanakan oleh pasukan urologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Selayang, PPUM dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Julai. Pada minggu pertama Julai, dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, mereka yang berminat telah menjalani saringan di Hospital Selayang, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang dan PPUKM, manakala di Hospital Serdang dan UMMC ujian saringan telah dijalankan pada 9 dan 10 Julai sementara 16 dan 17 Julai pula menyaksikan HKL dan Hospital Sungai Buloh menjalankan saringan bagi kesihatan kalenjar prostat. Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan yang hanya terbuka bagi veteran angkatan tentera juga telah melakukan saringan pada 16 dan 17 Julai, 2011 lalu. Kanser prostat sebenarnya penyakit yang boleh dirawat tetapi menguruskan penyakit ini bukan tugas yang mudah. Pengesanan awal kanser prostat mungkin kunci utama dalam merawat penyakit ini dan kesedaran serta simptom yang berkaitan dengan prostat, faktor risiko kanser prostat serta perkakas yang terdapat bagi saringan adalah penting. | ||
Posted: 25 Jul 2011 08:22 PM PDT
DEWASA ini memang banyak rawatan membuang bulu roma berlebihan yang ditawarkan oleh pelbagai pihak dalam industri kecantikan. Antaranya ialah menerusi rawatan trading, waxing, cukur mahupun menggunakan krim tertentu. Namun semua kaedah tersebut bersifat tidak kekal kerana bulu roma akan tumbuh semula selewat-lewatnya dalam tempoh tiga minggu. Berbeza dengan kaedah elektrolisis yang diperkenalkan oleh Renie Beauty ternyata mampu menghilangkan bulu roma yang tidak diingini buat selama-lamanya. Menurut pengusahanya, Anita F. Sharbudeen, 37, rawatan membuang bulu roma yang ditawarkan bukanlah usaha untuk menukar paras rupa mahupun menambah kecantikan seseorang. Sebaliknya, ia untuk meningkatkan keyakinan diri terutama kepada wanita yang malu kerana mempunyai bulu roma berlebihan dan tidak diingini. Katanya, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di kalangan wanita terdapat mereka yang mempunyai lebihan bulu roma di tempat-tempat yang tidak dikehendaki terutamanya di bahagian atas bibir, bawah dagu, di sekitar side burn (jambang), lengan, bawah lengan dan kaki. ''Bulu yang berlebihan seperti ini amat tidak menyelesakan. Terutamanya kepada golongan wanita yang mempunyai hormon lelaki yang berlebihan, "Ia menyebabkan bulu-bulu berkenaan tumbuh dengan lebat dan bakal mencacatkan penglihatan. ''Golongan ini akan cuba membuangnya dengan cara mencukur atau mencabut. Namun bulu-bulu ini tetap tumbuh dan menyakitkan mata memandang. ''Rawatan ini sudah lama dilakukan iaitu sejak ibu saya, Charijah Shariff memulakan perniagaan ini pada 1972. Saya mengambil-alih perniagaan sejak 10 tahun," katanya yang turut mengambil kursus elektrolisis di New Zealand. Kata Anita, kebanyakan pelanggannya adalah golongan wanita yang berdarah kacukan India, Arab, berkulit gelap dan berbadan besar kerana biasanya golongan ini yang kerap menghadapi masalah bulu berlebihan. Bagaimanapun, tambah Anita, bagi mendapatkan hasil yang berkekalan ia pastinya mengambil sedikit masa iaitu rawatan berkenaan akan dilakukan antara enam bulan sehingga dua tahun bergantung kepada kelebatan bulu. ''Sebenarnya, lagi lebat dan lebih senang kelihatan bulu roma itu lagi mudah untuk melakukan rawatan. ''Sekiranya ada yang mahu mendapatkan rawatan mereka perlu lakukan temu janji dahulu untuk melihat bagaimana tahap bulu romanya dan proses yang bakal dilakukan. ''Rawatan pertama hanya akan menghilangkan 30 peratus bulu dari liang roma dan rawatan seterusnya akan membuang 70 peratus lagi. ''Rawatan bergantung kepada keadaan dan yang paling ringkas akan mengambil masa setengah jam sahaja," jelasnya. Menjelaskan lebih lanjut kaedah elektrolisis, kata Anita, rawatan itu menggunakan jarum halus yang mengalirkan arus elektrik 0.02 amp dari mesin elektrolisis dan membakar akar bulu roma dalam liang roma sejauh satu hingga dua milimeter. Kaedah itu selamat termasuk bagi pesakit diabetes. Manakala jarum yang digunakan akan disteril terlebih dahulu dan tiada kesan parut. ''Lepas rawatan, tempat yang dirawat akan kelihatan merah buat seketika. Tetapi para pelanggan tidak perlu menyapu apa-apa krim selepas itu," katanya. Jika ada yang berminat dengan rawatan ini bolehlah mengunjungi Renie Beauty, 311, tingkat dua, Pusat beli-belah Ampang Park, Jalan Ampang, Kuala Lumpur atau layari www.reniebeauty.com.my atau hubungi talian 013-300 8001. | ||
Arman berbakti 25 tahun dalam PGA Posted: 25 Jul 2011 08:20 PM PDT
"Saya memilih kerjaya polis bukan kerana minat. Sebaliknya, saya menganggap bidang polis ini sebagai pilihan utama atas dasar tanggungjawab untuk menjaga keamanan negara dan ketenteraman rakyat." Begitulah kata-kata Sarjan Arman Isa, 52, semasa ditemui Gaya Polis sebaik sahaja selesai menjalankan tugas hariannya sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Balai Polis Trafik Ampang, Selangor, baru-baru ini. Walaupun bertugas lebih 13 jam namun beliau masih bertenaga dan tetap bersemangat untuk berkongsi pengalamannya sejak mula berkhidmat sebagai polis. Anak kelahiran Kampung Gebok, Mantin di Negeri Sembilan itu berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak tahun 1980. Sepanjang bertugas dalam pasukan itu, pengalamannya banyak diperolehi sewaktu berkhidmat di Pasukan Polis Hutan yang kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am (PGA). Oleh sebab itu, beliau lebih banyak dan gemar menceritakan pengalamannya semasa bertugas di dalam PGA. "Saya telah berkhidmat di dalam pasukan tersebut dalam tempoh 25 tahun sebelum bertukar ke bahagian trafik," katanya. Beliau memberitahu, peranan utama PGA adalah membanteras semua jenis ancaman ke atas ketenteraman awam, keganasan dan pemberontakan bersenjata yang dilakukan oleh sesuatu pergerakan di negara ini. "Pada dasarnya pasukan ini dibentuk untuk menjalankan peranan sebagai anggota keselamatan yang bertugas di hutan rimba, pantai, pulau-pulau, kawasan terpencil, luar bandar dan sempadan negara. "Bagaimanapun kami turut membantu di bahagian penguatkuasaan lain sekiranya bantuan anggota PGA diperlukan," katanya. Mereka akan ditugaskan untuk mengepung dan membanteras penjenayah yang bersembunyi di kawasan-kawasan seperti hutan belantara. "Kami juga bertindak menghalang kemasukan secara haram ke negara ini bagi memastikan keselamatan rakyat terjamin," ujarnya lagi. Beliau memberitahu, dia bertugas di Kompeni Infantri selama 12 tahun sejak tahun 1984 sebelum bertukar di cawangan unit risikan selama 13 tahun. Menurut Arman, semasa berada di Kompeni Infantri, dia banyak menjalankan tugasan di kawasan hutan. "Di hutan, saya bersama anggota yang lain berkhemah di dalam hutan tidak lebih tiga bulan bagi mengawasi keadaan, menjejaki dan mencari sekiranya terdapat unsur-unsur bahaya yang di bawa oleh anasir luar," katanya. Selepas ditukarkan bahagian risikan, peranan Arman di PGA semakin mencabar apabila dia mula melakukan aktiviti penyamaran bagi menyiasat sesuatu kes yang melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI) mahupun sebarang aktiviti penyeludupan. "Tugasan saya banyak kepada siasatan mengenai kemasukan PATI, penyeludupan dan sindiket pemalsuan dokumen," katanya. | ||
Posted: 25 Jul 2011 08:18 PM PDT
SELAMA ini, peranan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dalam usaha membantu pasukan beruniform seperti polis dalam masyarakat tidak pernah diangkat secara serius menerusi filem. Bagaimanapun, sumbangan Rela itu buat julung-julung kalinya dimartabatkan oleh kumpulan lawak Senario menerusi filem terbaru lakonan mereka yang berjudul Senario Ops Pocot. Melalui filem arahan Ismail Hasim itu, kumpulan trio lawak tersebut menonjolkan sepenuhnya fungsi Rela bagi membantu pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang. Menurut Ismail atau lebih dikenali sebagai Bob, filem terbitan MIG Production itu juga secara tidak langsung mampu menarik orang ramai menyertai Rela yang telah ditubuhkan sejak tahun 1972. "Sewaktu berbincang untuk menerbitkan sebuah filem baru, pihak MIG mahu memaparkan sebuah cerita tentang agensi kerajaan yang beruniform. Kami pilih Rela kerana ia jarang diketengahkan." "Ia bukan sahaja boleh menarik minat orang ramai menyertai Rela tetapi juga mengetahui secara lebih mendalam bidang kuasa pasukan itu," katanya pada sidang akhbar baru-baru ini. Pada sidang akhbar selepas pratonton Senario Ops Pocot di Petaling Jaya, Selangor itu, Bob berkata, filem itu mampu mempopularkan lagi pasukan beruniform tersebut. Namun katanya, filem yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 21 Julai lalu itu digambarkan secara santai dalam ruang lingkup kuasa Rela untuk tujuan hiburan. "Filem ini diolah secara santai sesuai dengan genre komedi. Ia bagi memastikan agar masyarakat tidak berasa takut dengan Rela. Kita mahu orang ramai tertarik dengan Rela. "Kalau boleh biarlah filem ini mampu menarik keanggotaan lebih ramai anggota Rela sehingga sejuta ahli memandangkan pasukan itu khabarnya masih kekurangan ahli seluruh negara. "Selain itu, kami telah menerima nasihat daripada LPF (Lembaga Penapis Filem) dan pihak Rela sendiri agar jalan cerita yang hendak dipaparkan sesuai dengan imej pasukan itu," ujarnya. Senario Ops Pocot mengisahkan tentang Azlee, Wahid dan Mazlan yang menyertai Rela yang pada asalnya penakut tetapi bertukar berani selepas menyertai pasukan tersebut. Anggota-anggota Senario seperti Lan Pet-Pet mengakui filem terbaru lakonan mereka itu bukan setakat memberi gambaran positif tentang Rela tetapi turut menambahkan lagi pengalamannya. Jelas Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, dia dan anggota senario yang lain menyertai Rela bagi mendapatkan penghayatan sewaktu berlakon dalam filem itu. "Kami menyertai Rela dan melakukan latihan yang diperlukan untuk menjadi ahli pasukan itu. Kami berada dalam kem latihan selama 30 hari untuk berlatih menembak dan sebagainya. "Kami bukan sahaja boleh berkawad tetapi juga menerima sijil selepas latihan itu tamat. Ini bukan sahaja filem pertama tentang Rela tetapi kami juga artis pertama yang menyertainya," ujarnya. Azlee atau Azlee Jaafar pula berkata, dia tidak menafikan cabaran latihan di kem Rela yang seperti tentera banyak mengajarnya lebih tabah selain menghayati watak sebagai anggota Rala. Malah, pelakon berasal dari Johor itu juga tidak dapat melupakan pengalamannya sewaktu berlakon dalam Senario Ops Pocot apabila kakinya tercedera sewaktu memanjat sebuah tembok. "Akibat kecederaan itu saya diberi cuti rehat selama sehari. Apa yang dilalui oleh anggota-anggota Rela maka itu jugalah yang terpaksa kami lakukan dalam filem ini. "Bagi yang berbadan gempal macam saya memang ada masalah sikit. Selain berkawad, kami juga diberi pendedahan menggunakan senjata api seperti pistol dan senapang," katanya. Filem yang menjalani penggambaran di Melaka pada Jun tahun lalu itu merupakan filem terakhir Senario di bawah terbitan MIG Production sebelum mereka berhijrah ke produksi lain. Sementara itu, Wahid atau Wahid Mohd. yang berasal dari Bercham, Ipoh, Perak berkata, keputusan berlakon dalam filem tentang peranan Rela itu berdasarkan pengamatannya sendiri. "Mula-mula kami berbincang mahu berlakon dalam sebuah filem yang menceritakan tugas askar Wataniah tetapi tidak banyak operasi yang mereka jalankan dalam situasi sekarang ini. "Ia berbeza dengan Rela yang banyak terbabit dalam pelbagai operasi bersama pihak penguatkuasa lain menyebabkan kami tertarik menceritakan pengorbanan pasukan itu. "Antaranya, elaun ahli Rela yang tidak menentu menyebabkan tidak ramai yang menyertainya. Tayangan filem ini juga secara tidak langsung sempena Hari Kebangsaan yang akan disambut tidak lama lama," jelasnya. Selain anggota-anggota Senario, filem itu turut dilakonkan oleh Diana Amir yang melakonkan watak Mala, Mas Muharni (Azie), Kamal Adli (Hairi) Sasqia (Ann) dan Mr. Os (Pak Bad). | ||
Membongkar sejarah para Anbiya di Palestin Posted: 25 Jul 2011 08:17 PM PDT
KETIKA berada di bumi Gaza, Palestin, pergerakan krew produksi SNR Multitech Sdn. Bhd., sentiasa menjadi perhatian pihak berkuasa di sana. Kehadiran 10 krew yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahool Hameed Mohd. Meerah ke situ seolah-olah dianggap sebagai pengintip. Kata Shahool Hameed, walaupun berada dalam kebimbangan, namun perasaan itu ditolak tepi demi menghasilkan sebuah program yang memberi kebaikan kepada semua pihak. Menurutnya, kehadiran mereka di sana adalah untuk melakukan penggambaran dokumentari bersiri berjudul Palestin - Bumi Para Anbiya, tajaan CIMB Islamic Bank Berhad. Dokumentari sebanyak 30 episod itu bakal disiarkan sepanjang Ramadan di Saluran Astro Oasis mulai 1 Ogos ini. Bagaimanapun katanya, ketidakselesaan itu bukan penghalang kepada mereka untuk merakam fakta sejarah bumi Palestin yang bermula sejak zaman Nabi Ibrahim hingga kini bagi kepentingan umum. "Syukur, biarpun dua buah kamera kami dirampas sewaktu berada di Syria, namun kami dapat menyelesaikan penggambaran dengan sempurna. "Kami menjelajah tujuh buah negara Timur Tengah dan untuk penggambaran dokumentari itu kami berada di sana selama dua bulan iaitu dari April hingga Jun lepas," katanya pada majlis pelancaran dokumentari Palestin - Bumi Para Anbiya yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. Majlis yang diadakan di Restoran Al-Rawsha, Kampung Pandan itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Berhad, Mohamad Sarfi Shahul Hamid dan Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar. Menurut Shahool Hameed, sebelum memulakan penggambaran, dia telah melakukan penyelidikan selama tiga tahun bagi memastikan kebenaran fakta. Di samping itu mereka turut menggunakan khidmat pelukis untuk melakar semula bangunan atau wajah mengikut imaginasi pelukis berdasarkan fakta dalam al-Quran. "Tidak mudah untuk seorang pelukis melakar semula kesan sejarah. Kira-kira 70 buah keping lukisan dibuat. Tujuan kami membuat lakaran bagi memudahkan penonton memahami isi kandungan yang disampaikan. "Selain lukisan, penggunaan grafik juga diguna untuk memudahkan perjalanan dokumentari di samping penceritaan daripada pakar sejarah. "Dengan berpandukan fakta-fakta yang dijelaskan dalam al-Quran dan kitab Bible, saya dan pasukan penyelidik turut menemu bual pakar sejarah tempatan dan luar negara," jelasnya. Katanya, jika ada fakta yang diberi oleh pakar sejarah tersimpang daripada yang tertera dalam al-Quran, pendapat itu tidak diterima. Namun kebanyakan hasil daripada temu bual adalah sejajar dengan keterangan dalam al-Quran. Menurut Shahool Hameed, dokumentari yang disiarkan bukan sekadar memaparkan kesan sejarah tapi mengajak umat Islam untuk mengkaji makrifat di sebalik kejadian. "Dari segi isi kandungan program juga sudah menjelaskan bahawa Palestin - Bumi Para Anbiya berbeza dengan program sedia ada kerana kami lebih kepada kupasan apa yang berlaku," jelasnya. Katanya, antara isu yang diketengahkan dalam program itu adalah, mengapa perebutan berlaku, apa sejarah sebenar, mengapa Yahudi mengancam untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa dan apakah tanggungjawab seorang Islam dalam mempertahankan bumi Palestin. | ||
Versi baru program televisyen Charlie's Angels September ini Posted: 25 Jul 2011 08:15 PM PDT
SAN DIEGO 25 Julai - Siri televisyen terkenal sekitar tahun 1970-an, Charlie's Angels yang menampilkan aksi lasak tiga wanita seksi bakal 'dihidupkan semula' dalam siri rancangan baru bermula September ini. Siri rancangan itu yang turut dijadikan filem pada tahun 2000 dan 2003, menampilkan aksi berani, kemahiran yang digunakan serta aksi agresif, dilihat sesuai sebagai filem penuh cabaran untuk ditayangkan kepada penonton televisyen generasi baru. Kali pertama rancangan itu ditayangkan dari tahun 1976 sehingga 1981 dibintangi oleh Farrah Fawcett, Kate Jackson dan Jaclyn Smith sebagai tiga penyiasat persendirian yang seksi. Mereka bertiga bekerja untuk seorang lelaki bernama Charlie, yang bertanggungjawab menghantar ketiga-tiga mereka dalam misi merbahaya menangkap penjahat. Kemudian pada tahun 2000 dan 2003, Drew Barrymore, Lucy Liu dan Cameron Diaz melakonkan watak trio Angels dalam filem Charlie's Angels dan Charlie's Angels: Full Throttle yang ternyata padat dengan aksi yang mendebarkan. Siri ketiga Charlie's Angels bakal ditayangkan pada musim luruh dalam rangkaian televisyen ABC, dilakonkan oleh Minka Kelly, Annie Ilonzeh and Rachael Taylor, sebagai watak penyiasat yang serius dan berani untuk beraksi menghapuskan kegiatan jenayah. Kelly yang dikenali dalam siri rancangan televisyen Friday Night Lights dengan membawa watak Lyla Garrity, ternyata gembira dengan watak baru yang lebih mencabar. "Saya tidak pernah melakonkan watak perempuan yang gagah," katanya. Ketiga-tiga pelakon Angels tersebut muncul pada konvensyen komik Comic-Con International di San Diego pada Sabtu lepas untuk menayangkan sebahagian daripada episod siri rancangan tersebut dan menjawab soalan peminat yang musykil dengan kemunculan siri baru itu. | ||
Posted: 25 Jul 2011 08:14 PM PDT Bebas daripada cengkaman kontroversi, mungkin antara faktor menyebabkan nama Izreen Azminda kurang menonjol berbanding pelakon lain seusia penglibatannya dalam industri ini. Watak sebagai 'Cikgu Zakiah' dalam drama Juvana yang disiarkan menerusi slot Aksi di TV3 yang baru melabuhkan tirainya, bagaimanapun telah melonjakkan nama empunya diri yang berasal dari Perlis ini. Karakter lemah lembut, tenang dan penyabar Cikgu Zakiah itu membuatkan, Izreen, mudah menambat perhatian penonton. "Sebenarnya, kejayaan saya melakonkan watak sebagai Cikgu Zakiah adalah daripada ibu saya sendiri. Sebab saya mengkaji ciri-ciri menjadi seorang wanita bertudung yang lemah lembut daripada ibu sendiri. "Alhamdulillah, berkat kesungguhan itu, lakonan saya akhirnya mendapat respons baik daripada penonton walaupun pada hakikatnya saya adalah seorang yang kasar dan lasak. "Malah, dapat juga akhirnya saya lakonkan watak baik apabila ditawarkan watak Cikgu Zakiah dalam drama Juvana. Sebelum ini banyak watak jahat," katanya ketika ditemui ketika majlis ramah mesra drama terbarunya, Stanza Cinta, di Sri Pentas, baru-baru ini. Menerusi drama arahan Along Kamarudin, yang bersiaran di TV3, setiap hari Ahad jam 9 malam itu, Izreen, berpeluang membawa watak baru dan berbeza dari lakonannya sebelum ini. Memegang watak sebagai Umairah, rakan karib kepada Amni (Nur Fathia), Izreen berkata, bukan mudah untuknya melakonkan watak penderita barah hati. "Setiap masa, saya harus menjadi orang sakit. Saya harus berjaga-jaga dengan ekspresi wajah yang menggambarkan saya tidak bermaya. "Ini adalah kali pertama saya jadi orang sakit dan sebelum itu, saya buat kajian berkenaan penyakit kanser supaya saya dapat menghayati karakternya. Ia sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pelakon untuk menjiwai watak diberikan," katanya yang turut membintangi drama itu di samping, Aaron Aziz, Fizz Fairuz dan Azhar Sulaiman. | ||
Posted: 25 Jul 2011 08:12 PM PDT Setelah lama berdiam diri, akhirnya isteri pengacara popular Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Elaini Datuk Suhaimy, tampil membuat kenyataan mengenai krisis rumah tangga yang berlaku selama ini. Menerusi satu sidang media tergempar yang di adakan di pejabatnya semalam, Nursuhaila Eliani atau lebih mesra dengan panggilan Suhaila mendakwa dirinya, pernah dikasari oleh Jimmy membuatkan diri benar-benar takut dan tidak mahu kembali kepada suaminya itu. Dalam sidang media itu, Suhaila menyingkap tindakannya yang melarikan diri dari lokasi bulan madu mereka kerana tidak tahan dengan sikap baran Jimmy. "Saya tidak sangka dia seorang yang baran. Tidak seperti awal perkenalan kami dulu kerana sikapnya itulah saya takut untuk bersamanya lagi. "Untuk pengetahuan semua, saya pernah disepak terajang oleh Jimmy hanya kerana perkara remeh-temeh. Dia seorang sukar untuk dibawa berbincang. "Sudah lama saya bersabar dengan sikapnya yang suka meninggi suara, tetapi perkara itu hanya terjadi ketika kami berbulan madu," katanya mengenai kisah awal pergolakan rumah tangga mereka. Menurutnya lagi, setelah mengetahui sikap sebenar suaminya itu, Suhaila menjadi takut dan mengambil keputusan untuk berpisah dengan Jimmy. | ||
Posted: 25 Jul 2011 08:12 PM PDT Rangkaian lagu seperti, Ku Bukan Aku, Diam Diam dan Jangan Jangan Cuba berjaya menaikkan, nama Tilu sebagai salah sebuah kumpulan indie yang berjaya. Membawa nama Tilu yang bermaksud tiga dalam bahasa Sunda, mereka menampilkan kelainan apabila membawa irama Jazz yang asing dalam kalangan pendengar. Bukan setakat itu, Tilu juga mewarnai hasil karya mereka dengan bunyian alat muzik seperti saksofon dan trompet sebagai identiti membezakan mereka dengan lambakan kumpulan lain. Kumpulan dianggotai lapan anak muda iaitu Puja (bass), Johar Lucas (drum), Bajai (keyboard), Deo Karmawan (gitar), Mira (vokalis), Fareed Aziz (trompet), Adili (trambon) dan Jeffny Kamar (saksofon) ini mempunyai sebab tersendiri di sebalik keberanian mereka memperjuangkan genre itu. Menurut Mira, niat mereka adalah untuk membawa muzik Jazz ke era baru dengan menampilkan lagu-lagu Melayu seperti yang telah dilakukan Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid. "Pada asalnya, kami hanya bergerak secara indie sebelum membuat keputusan melebarkan pengaruh di aliran 'mainstream'. "Tujuannya adalah supaya muzik Jazz dapat disebarkan dengan lebih meluas dalam kalangan pendengar memandangkan irama ini masih dianggap baru," katanya kepada Zass. Usaha mereka menunjukkan hasil apabila lagu-lagu yang dipetik dari album pertama Tilu berjaya mendapat tempat dalam kalangan pendengar. Dalam keindahan diulit pujian, sebenarnya Tilu lebih senang seandainya dikenali sebagai kumpulan serba boleh yang mampu membawa pelbagai genre lain. "Kami berasa bangga apabila peminat melabelkan Tilu sebagai pejuang muda irama Jazz, namun gelaran itu tidak mengehadkan keupayaan kami. "Selain Jazz, kami sebenarnya turut menampilkan irama lain seperti pop, R&B dan dangdut dalam lagu-lagu kami," katanya. Berbekalkan sambutan peminat, Tilu semakin yakin mengorak langkah dan tidak menunggu lama untuk tampil dengan buah tangan terbaru mereka. Mira berkata, mereka berlapan kini sedang dalam proses menyiapkan album kedua yang dijangka berada di pasaran akhir tahun ini. "Kami mempunyai puluhan lagu dalam simpanan yang kebanyakannya dicipta oleh Puja dan sedang berbincang untuk memilih lagu sesuai. "Kami juga akan membuat latihan dengan lagu yang dipilih bagi mendapatkan 'feel' sebelum menjalani rakaman," katanya. Menurutnya, album yang masih belum mempunyai judul ini diterbitkan sepenuhnya oleh syarikat mereka iaitu Tilu Production. Ketika ditebak tentang kelainan dibawa Tilu berbanding album pertama, Mira berkata, mereka akan mempelbagaikan genre sebagai variasi kepada pendengar. "Kami mahu tampil dengan kelainan setiap kali muncul degan buah tangan terbaru kerana tidak mahu peminat bosan. "Mungkin untuk album kedua ini kami akan mencuba irama baru yang belum pernah dimainkan Tilu seperti reggae misalnya,' katanya. | ||
Acer guna perkhidmatan Doktor-PC Posted: 25 Jul 2011 08:11 PM PDT Acer Malaysia baru-baru ini mengumumkan mengenai pengambilan Doktor-PC, pemimpin dunia dalam bidang diagnostik dan sistem maklumat bagi mengurangkan jaminan dan kos penghantaran untuk pelanggannya. Pengarah Urusan Highpoint Service Network Sdn Bhd, Gerard Ho berkata, Acer dan cawangannya di negara ini adalah penyedia perkhidmatan rasmi Acer Malaysia. Menurutnya, ia kini sedang giat bekerjasama untuk menggabungkan rangkaian kilang perisian Doktor-PC dengan penyelesaian maju pelanggan Acer dan pihaknya berusaha sama menghasilkan pengalaman terbaik kepada pelanggannya selain menginginkan penyelesaian diagnostik yang sama. "Selepas menjalani ujian rapi penyelesaian dengan pihak ketiga dalam program perintis, Doktor-PC telah diiktiraf dari segi kualiti perisian dan kecemerlangan perkhidmatan. "Dengan penggunaan Doktor-PC di semua Pusat Perkhidmatan Highpoint, kami kini mempunyai sistem diagnostik yang konsisten dan seragam untuk pelanggan Acer di seluruh negara," katanya. Malah, menurutnya, pelanggan boleh memastikan kualiti selepas pembelian dan boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi walau di mana mereka berada. Malaysia pertama menggunakan rangkaian kilang perisian Doktor-PC pada semua pusat perkhidmatannya secara berperingkat dengan tujuan memastikan perkhidmatan jualan lebih baik kepada pelanggan Acer. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan