Khamis, 1 Ogos 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Trailer: KL Gangster 2 Serupa Filem Aksi Antarabangsa?

Posted: 01 Aug 2013 10:51 PM PDT

Screen Shot 2013-08-02 at 13.27.55

Selepas berjaya meraih jumlah keuntungan melebihi RM10 juta melalui filem sulung KL Gangster dua tahun lalu, Skop Productions dilihat cuba mengulangi kejayaan itu dengan menghasilkan KL Gangster 2.

Melalui trailer yang dikongsikan oleh Syamsul Yusof di laman YouTube, dapat dilihat filem sekuel ini telah diperhebatkan lagi dengan aksi dan props yang baru.

Rasanya tidak keterlaluan jika OHBULAN! katakan adegan berlawan di dalam KL Gangster 2 menyerupai filem antarabangsa seperti siri The Fast and Furious dan kebanyakan filem aksi yang lain.

Screen Shot 2013-08-02 at 13.29.29

Mungkin Syamsul selaku pengarah menjadikan filem-filem dari negara lain sebagai rujukan untuk menghasilkan sebuah karya tempatan yang mampu menarik penonton ke panggung.

Jika sebelum ini KL Gangster cuma dibarisi oleh Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra, Zizan Razak, Soffi Jikan, Adam Corrie dan Ridzuan Hashim, namun KL Gangster 2 menampilkan Rosyam Nor sebagai salah seorang gangster yang digeruni.

Nampaknya dapatlah penonton melihat aksi lagak ngeri yang dibawakan oleh hero filem dan drama sepanjang masa ini. Memang tak dinafikan kecekapan Rosyam dalam berlawan seakan tidak padan dengan usianya.

Screen Shot 2013-08-02 at 13.29.47

Rosyam Nor beraksi dalam KL Gangster 2

Respon yang diterima daripada peminat selepas menonton trailer itu juga cukup memberangsangkan. Malah ada yang sanggup berjanji tidak akan memuat turun filem ini secara haram sebaliknya mahu menonton di pawagam apabila ia ditayangkan nanti.

Kalau anda peminat filem aksi, jangan lupa nantikan kemunculan gangster-gangster Kuala Lumpur ini di pawagam berhampiran anda pada 3 Oktober 2013. Sementara itu, jom tonton trailer KL Gangster 2 di bawah dulu untuk membangkitkan keterujaan anda. Selamat menonton!

Rohana Jalil Respon Kontroversi Gambar Kilafairy

Posted: 01 Aug 2013 08:39 PM PDT

Melodi Raya-53

Sejak akhir-akhir ini nama penyanyi dan pelakon berbibir seksi, Kilafairy sering dikaitkan dengan isu kontroversi, sama ada melalui video mahupun gambar-gambar yang dimuat naik olehnya menerusi akaun laman sosial.

Justeru itu, sebagai seorang ibu dan penyanyi yang berpengalaman, Rohana Jalil telah tampil memberi respon berhubung isu tersebut, di mana menurut penyanyi era 80-an itu, dia menganggap isu berkenaan sebagai lumrah kehidupan sebagai anak seni.

Sesuatu perkara yang diperkatakan orang adalah perkara biasa dalam bidang ini. Jika tiada gosip dan kontroversi bukanlah dunia artis namanya.

Paling penting kena tenang dan jangan lari daripada tanggungjawab dan kena terima apa juga orang kata kerana tidak semua orang sukakan kita.

Melodi Raya-57

Kilafairy pernah didakwa tidak menghormati bulan Ramadhan

Dalam pada itu, menurut laporan berlainan, pengurus Kilafairy yang dikenali sebagai Jepun, turut menyatakan bahawa pihaknya enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi berkenaan.

Saya bagi pihak Kilafairy merasakan tidak perlu untuk menjawab perihal video atau gambar kerana mulut orang memang kita tidak boleh tutup. Buat baik pun orang kata, buat jahat pun orang mengata. Jadi baik Kila diamkan sahaja.

Artikel Berkaitan :

Sebagai seorang pengurus, Jepun turut menyatakan bahawa, tiada guna untuk pihaknya memberikan sebarang kenyataan lanjut, ini kerana Kilafairy telah mendapat pelbagai kritikan daripada peminat dan pihaknya mengambil keputusan untuk lebih selesa mendiamkan diri, berbanding membidas segala tanggapan negatif masyarakat terhadap penyanyi berkenaan.

Apa pun, jom layan beberapa foto Kilafairy bersama ibunya, Rohana Jalil sekitar rakaman Melodi Raya baru-baru ini :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu