Selasa, 16 Julai 2013

Zon Artis

Zon Artis


Ashraf Muslim Teruskan Hasrat Fail Poligami?

Posted: 16 Jul 2013 09:34 PM PDT

GAMBAR BAKAL ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM

Sekali lagi isu Ashraf Muslim akan memfailkan permohonan berpoligami timbul dan kali ini ia seakan menjadi realiti apabila Berita Harian hari ini melaporkan yang Ashraf Muslim dijangka akan memfailkan permohonan poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini, Rabu.

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, permohonan yang dibuat oleh Ashraf Muslim itu adalah untuk membolehkan dia mendapat kebenaran mahkamah untuk berkahwin lagi. Namun sebelum ini Ashraf enggan mengulas lanjut mengenainya dan hanya memberi kenyataan selamat.

TERDAHULU: Ashraf Muslim Enggan Komen Isu Kahwin Dua

ASHRAF MUSLIM SAHKAN FAIL PERMOHONAN POLIGAMI

Perkahwinan pertama Ashraf adalah bersama Noor Dayana pada 24 September 2011. Mereka bernikah di Mekah. Selama tiga tahun mendirikan rumah tangga, Ashraf mengakui sedang menghadapi masalah namun tetap menafikan sebarang khabar angin yang beliau ingin berkahwin dua.

Mungkin ada yang tidak tahu, kami juga sebelum ini turut melaporkan Ashraf ingin berpoligami selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Sakinah mengakui menjalin hubungan dengan pelakon itu. Wanita tersebut turut mendakwa mengenali Noor Dayana serta reda jika terpaksa bermadu.

TERDAHULU: Wanita Dakwa Isteri Ashraf Muslim Rela Dimadu

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu