Rabu, 17 Julai 2013

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Bapa Mertua Kesal & Kecewa Ashraf Muslim Berbohong

Posted: 17 Jul 2013 09:10 PM PDT

Namun Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, mengejutkan semua pihak apabila memberitahu dia sudah bernikah dengan seorang bekas kru produksi sebuah stesen televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada 7 Julai lalu, tiga hari menjelang Ramadan.

Budiey dah baca banyak komen dan respon daripada peminat Ashraf Muslim dan juga pembaca tentang isu ini. Ada yang dah hilang respek kat Ashraf Muslim. MasyaAllah. Jangan sampai macam tu sekali ya. Cuba korang duduk di tempat Ashraf, apa yang korang rasa.

ohartis-ashraf-muslim-kahwin9

Dalam akhbar pada hari ini, hanya ada kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa mertua Ashraf Muslim yang katanya sangat kesal dengan tindakan menantunya itu yang bertindak membohongi ahli keluarga termasuk isterinya, Noor Dayana Lokman.

"Kami sebenarnya menyesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami reda dan terima keputusan. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand."

Lokman Abdul Hamid, 54, selaku pengasas Pusat Perubatan Islam al-Hidayah turut mempertikai tindakan Mohd. Ashraf yang dianggap terburu-buru apabila bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berhubung permohonan kebenaran poligami yang difailkan pada 9 April lalu.

"Kalau mahkamah membenarkan permohonannya (berpoligami), kami akan akur, tapi belum pun mahkamah buat keputusan, dia sudah pergi bernikah di Thailand."

"Kami rasa ditipu, kami tak faham kenapa dia buat macam itu." – Bapa Mertua Ashraf Muslim

Lokman Abdul Hamid, 52, telah melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ashraf Muslim semasa ditemui media ketika menemani anaknya, Noor Dayana, di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam untuk mendengar permohonan kebenaran berpoligami yang difailkan Ashraf, April lalu.

Ashraf Muslim dikatakan telah memberitahu ayahnya di Melaka juga cakap terpulang kepadanya untuk buat keputusan, tapi bapa mertuanya tahu ayahnya juga tak redha untuk Ashraf berkahwin seorang lagi. Menurut Lokman lagi, dia tidak dapat menerima alasan menantunya berkahwin lagi disebabkan belum dikurniakan anak. Ini disebabkan mereka baru sahaja berkahwin dua tahun, sedangkan Dayana pula baru habis belajar dan bekerja sebagai perubatan latihan siswazah di Hospital Kuala Lumpur.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila Ashraf tidak memaklumkan kepada Dayana dia pergi ke Thailand adalah tujuannya untuk bernikah. Ashraf bagi tau Dayana dia ke Thailand atas urusan perniagaan. Isteri dia dapat tahu pun selepas terjumpa dokumen perjalanan dalam beg pakaiannya.

"Kami kesal dengan apa yang berlaku. Dia (Ashraf) tarik balik permohonan poligami sebab dia sudah bernikah di Thailand. Bila kami tanya kenapa nikah di sana, dia tidak beri alasan."

"Dayana tahu perkara ini Selasa lalu, Bila ditanya, baru Ashraf mengaku."

Hj Lokman turut menafikan yang anaknya Noor Dayana redha dengan keputusan Ashraf Muslim untuk berkahwin buat kali kedua dan tindakan pergi ke mahkamah memang keputusan Noor Dayana sendiri. Anaknya jelas tak rela untuk dimadukan dan dia tidak tahu apa tindakan Dayana selepas ini dan tak mahu masuk campur.

"Daripada mula lagi pun anak saya tidak rela atau redha dengan keputusan untuk relakan Ashraf kahwin lain. Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, itu pun bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar."

Lokman juga memberitahu dia dapat menghidu perubahab tingkah laku menantunya itu ketika mereka sama-sama menunaikan umrah di Mekah pada Jun tahun lalu.

"Saya syak ada sesuatu yang tak kena. Saya tanya dia depan Kaabah. Kemudian dia mengaku menjalinkan hubungan dengan perempuan itu sembilan bulan selepas kahwin."

Menurutnya, Ashraf mula mengenali Wan Sakinah ketika wanita itu bekerja di sebuah stesen TV dan ketika itu Ashraf masih bertunang dengan Dayana.

Ditanya tentang hubungan mereka sekarang ini antara bapa mertua dan Ashraf, Lokman menjawab:

"Hubungan kami masih baik tapi lepas apa yang terjadi hubungan itu dah tentu tak sama seperti sebelum ini. Bagaimanapun saya tetap menghormati pendirian anak saya. Sejak kejadian ini dia banyak menangis tapi, dia kuat. Disebabkan sayang dan hormat terhadap suami. Dayana masih tinggal sebumbung dengan Ashraf di Setiawangsa."

Rentetan dari kes ini, Lokman memberitahu mulanya Dayana mohon mahkamah menangguh kes itu kerana dia tak ada peguam. Justeru, mahkamah menetapkan tarikh semalam untuk mendengar permohonan itu bagaimanapun sebaliknya yang terjadi.

Budiey harap, Dayana kuatkan semangat menempuhi rumahtangga.

Maka betullah gossip dan khabar angin Ashraf Muslim nak kahwin sorang lagi ni kan?

ashraf-muslim-tambah-isteri

Komen via Facebook

Komen

Pelakon Noniswara Sah Bercerai Secara Taklik

Posted: 17 Jul 2013 07:11 PM PDT

Setelah bernikah selama lima tahun, pelakon Noniswara (Nonis), 44 dan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, akhirnya bercerai secara taklik di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, sekitar jam 10 pagi tadi.

Noniswara

Menurut peguam yang mewakili Nonis, Datuk Amli Embong, keputusan dibuat oleh Hakim Umamuddin Yunus di dalam kamar hakim berdasarkan keterangan plantif (Nonis), saksi-saksi dan penghujahan Syariah. Selain itu Nonis telah membayar sebanyak RM10 kepada hakim sebagai syarat dalam lafaz taklik disebabkan ketidakhadiran pihak defenden (Rosman) ke mahkamah hari ini.

Mahkamah mensabitkan keputusan dengan talak khul'I (tebus talak) dan memerintah Nonis beredah tiga kali suci bermula hari ini.

Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, memfailkan permohonan cerai taklik permohonan cerai pada 9 Mei lalu berikutan usaha untuk menyerahkan saman permohonan cerai secara baik kepada suaminya gagal.

Sebelum ini aktres yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu memfailkan tuntutan cerai terhadap Rosman pada Februari lalu. Bagaimanapun Rosman tidak pernah memberi kerjasama dan gagal hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali.

Dalam pada itu Nonis ketika ditemui di luar mahkamah berkata, beliau berasa lega walaupun sedih dengan perceraian ini. Dengan nada sebak, Noniswara kata:

"Alhamdulillah saya bersyukur kerana akhirnya semua sudah selesai. Saya berasa lega kerana selepas beberapa bulan saya berdepan dengan masalah ini. Selepas ini saya dapat meneruskan kehidupan baru saya dan anak saya. Soal tuntutan akan dibincang kemudian kerana bukan itu yang saya mahukan. Saya mahukan kebebasan, kebahagiaan dan kedamaian."

Pasangan itu bernikah pada 31 Julai 2009 dan majlis resepsi perkahwinan diadakan sehari selepas itu di Hotel Berjaya Times Square.

Noniswara mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu