Rabu, 31 Julai 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Video: Parodi Avengers Versi Raya Oleh JoHaRa

Posted: 31 Jul 2013 12:54 AM PDT

Screen Shot 2013-07-31 at 15.44.05

Nampaknya semakin dekat menjelang Syawal, makin banyak pula muzik video dan video parodi yang berkenaan dengan sambutan Aidilfitri.

Penyampai-penyampai radio ERA fm juga tidak terkecuali daripada merakam alih suara dan merakam video parodi berjudul Esok Raya Ke? menggunakan visual filem Avengers.

Video berdurasi 4:10 saat yang dibuat sekadar untuk tujuan hiburan itu berjaya membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak kerana perbualan yang direka oleh JoHaRa sangat bersahaja dan lawak.

Screen Shot 2013-07-31 at 15.45.42

Iron Man baru pulang dari melihat anak bulan

Screen Shot 2013-07-31 at 15.48.59

JoHaRa yang terdiri daripada Johan Raja Lawak, Hanif dan Ray ternyata mempunyai banyak idea bernas kerana bukan senang untuk membuatkan penonton ketawa dengan lawak sebarangan.

Kalau nak tahu apa yang dibualkan oleh superhero Avengers di dalam video itu, jom tengok Esok Raya Ke? di bawah.

Keek: Gelagat Comel Anak Erra Bakar Biskut

Posted: 30 Jul 2013 11:44 PM PDT

Screen Shot 2013-07-31 at 14.21.01

Sejak kemunculan laman-laman sosial terkini seperti Facebook, Twitter, Instagram, Keek dan sebagainya, dilihat lebih ramai selebriti berkongsi kisah kehidupan mereka bersama peminat dengan lebih terbuka.

Tidak ketinggalan, Erra Fazira juga nampaknya mengaplikasikan laman sosial Keek dengan memuat naik video berkenaan dirinya dan anak.

Terbaru, Erra telah berkongsi tiga buah video yang merakam gelagat comel Aleesya sedang seronok mengadun dan membakar biskut Gingerbread.

Screen Shot 2013-07-31 at 14.22.51

Melalui video-video itu, ramai peminat merasa geram dengan kepetahan Aleesya yang fasih berbahasa Inggeris. Puteri sulung selebriti itu juga dilihat cukup bijak walaupun baru berusia empat tahun.

Meskipun sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi melibatkan isu rumahtangganya, namun ternyata perkara itu tidak menjadi penghalang buat Erra untuk mendidik Aleesya dengan penuh kasih sayang.

Untuk pengetahuan anda, Aleesya atau nama penuhnya Engku Aleesya telah dilahirkan pada 30 Mac 2009 hasil perkahwinan kedua Erra dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Bagi yang ingin melihat  kecomelan Aleesya, di sini OHBULAN! sertakan tiga buah video yang dikongsikan oleh Erra Fazira. Semoga terhibur!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu