Khamis, 25 Julai 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


MTV World Stage 2013 : Robin Thicke Turun Malaysia!

Posted: 25 Jul 2013 05:03 PM PDT

Robin-Thicke-robin-thicke-49292_569_365 (1)

Sempena tahun kelima konsert MTV World Stage Live in Malaysia diadakan, pihak penganjurnya bakal menampilkan penyanyi antarabangsa, Robin Thicke dan Far East Movement serta penyanyi tempatan, Joe Flizzow sebagai artis undangan mereka.

Konsert yang penuh berprestij ini difahamkan akan diadakan pada 8 September 2013 bertempat di Sunway Resort City, Kuala Lumpur dan bakal dihadiri hampir 15,000 penonton.

Nampaknya, dengan kehadiran Robin Thicke di Malaysia, peminat akan semakin teruja untuk menyasikan persembahan penyanyi tersebut dan lebih menggembirakan lagi apabila pihak penganjurnya turut mengumumkan bahawa konsert sebegini akan diadakan di Sunway Resort City selama tiga tahun berturut-turut bermula tahun 2013.

joeflizzow

Konsert ini turut dimeriahkan dengan artis tempatan, Joe Flizzow

Pada dasarnya, konsert MTV World Stage Live in Malaysia ini telah dianjurkan sejak tahun 2009 lagi dan ia bertujuan untuk menyatukan pelbagai genra muzik dalam satu konsert.

Selain itu, ia turut dijadikan sebagai satu platform untuk mengetengahkan jenama MTV bukan sekadar dikalangan peminat muzik di Malaysia, malah ia turut merangkumi hampir 154 buah negara yang mempunyai rangkaian serupa.

Untuk makluman, konsert MTV World Stage kali ini telah ditaja oleh beberapa badan korporat terkenal, antaranya adalah Sunway Group, Xpax, Suzuki, Astro serta beberapa rangkaian radio tempatan seperti hitz.fm, ERA fm, MY FM dan MIX fm.

Sebarang maklumat lanjut mengenai konsert ini, anda boleh layari laman sosial mereka sama ada di Twitter, www.twitter.com/mtvasia , Facebook, www.facebook.com/mtvasia mahupun Instagram, www.instagram.com/mtvasia.

Sementara itu, apa kata anda layan dulu video menarik daripada Robin Thicke sewaktu mengadakan persembahan di acara The Voice (Australia) baru-baru ini. Enjoice!

Kahwin Bukan Kerana Zuriat – Ashraf Muslim Jelas Isu Poligami

Posted: 25 Jul 2013 05:00 PM PDT

Ashraf-Muslim-1

Bagi yang masih tertanya-tanya dan berspekulasi tentang punca Ashraf Muslim berkahwin dengan isteri keduanya, selebriti berusia 32 tahun ini semalam akhirnya tampil dihadapan para media untuk menjelaskan perkara sebenar.

Untuk pengetahuan, Ashraf telah selamat menikahi Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, pada 7 Julai lepas di Selatan Thailand. Namun, tindakannya ini bukan saja telah mengundang kontroversi malah pelbagai tohmahan dan cacian telah dilemparkan oleh peminat kepadanya.

Ashraf dalam kenyataannya kepada mStar Online memberitahu bahawa perkahwinannya dengan isteri kedua, Sakinah, tidak ada kena mengena dengan isunya yang masih belum mempunyai anak bersama isteri pertama, Dayana.

"Saya berkahwin dengan Sakinah kerana memang hati saya terdetik untuk menikahi dia dan bukan kerana alasan zuriat.

"Saya mengenali Sakinah sudah lama tapi kami hanya berkawan sebelum saya berkahwin dengan Dayana lagi. Saya bukan manusia sempurna."

Artikel Berkaitan :

Ashraf turut menambah bahawa dia sudah pun meminta pendapat dari semua pihak yang berkaitan sebelum mengambil keputusan untuk berpoligami.

"Saya tahu ia sesuatu yang sukar terutama sekali untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak.

"Saya sudah minta pendapat kepada semua pihak termasuk keluarga saya, memang ada yang tidak setuju tapi ini adalah keputusan yang saya buat."

Dayana & Ashraf

Ashraf Muslim bersama isteri pertama, Noor Dayana Lokman

Dalam pada itu, Ashraf yang juga seorang pengamal perubatan Islam memberitahu bahawa dia kini sedang dalam proses untuk menjernihkan suasana.

"Sekarang saya dalam proses untuk memujuk kedua-dua belah keluarga dan tenangkan keadaan. Namun keadaan di luar masih belum tenang.

"Dayana pun dalam proses untuk menerima keadaan, begitu juga Sakinah yang banyak terima kecaman daripada orang luar. Saya hanya nasihatkan mereka agar banyak bersabar dan ikut cakap saya."

Ashraf Muslim sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan dengan Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 di Mekah. Bagaimanapun, selebriti ini secara tiba-tiba menggemparkan dunia hiburan apabila berita dia bernikah dengan isteri kedua iaitu Sakinah tersebar di internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu