Jumaat, 12 Julai 2013

OHBULAN!

OHBULAN!


Trailer : Pacific Rim, Pertarungan Robot Memusnahkan Raksasa

Posted: 12 Jul 2013 01:23 AM PDT

pacificrim

Filem arahan Guillermo del Toro, berjudul Pacific Rim ini merupakan sebuah filem sains fiksyen yang mengisahkan tentang keadaan Bumi pada tahun 2020, di mana pada ketika itu planet Bumi telah ditakluki oleh seekor raksasa besar yang muncul dari dasar laut yang dikenali sebagai Kaiju.

Bagi menyelamatkan penduduk Bumi daripada menjadi mangsa serangan Kaiju, penduduk-penduduk Bumi telah bersepakat untuk membina sebuah alat atau senjata khas yang direka seperti robot yang dikenali sebagai Jaegers.

pacific-rim-gypsey-lg

Robot senjata, Jaegers yang direka untuk memusnahkan raksasa

Pacific-Rim-Robot-Pilots

Juruterbang yang ditugaskan untuk mengawal Jaegers

Jaegers merupakan sebuah robot besar yang dikawal serentak oleh beberapa orang juruterbang dalam satu masa yang sama. Sewaktu mengendalikan robot ini, minda-minda mereka akan dikunci bagi menghalang tekanan mental yang boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku.

Apabila Jaegers diwujudkan, adakah penduduk-penduduk Bumi dapat diselamatkan daripada serangan raksasa jahat tersebut dan apakah akan berlaku kepada raksasa itu? 

Untuk ketahui lebih lanjut dan kesudahan filem Pacific Rim, jangan lupa untuk menyaksikannya di pawagam-pawagam berhampiran anda mulai hari ini.

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam menjayakan filem aksi tersebut adalah Charlie Hunnam yang membawa watak sebagai Raleigh Becket iaitu salah seorang juruterbang yang ditugaskan untuk mengawal Jaegers, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Charlie Day serta Ron Perlman.

Sebelum anda menyaksikan filem Pacific Rim di pawagam, apa kata layan dahulu trailer filem tersebut selepas ini. Enjoice!

Despicable Me 2: Malaysia Catat Jualan Tiket Tertinggi

Posted: 12 Jul 2013 01:19 AM PDT

Despicable-Me-2-Movie-Posters

Walaupun baru seminggu ditayangkan, Despicable Me 2 telah berjaya mencatat rekod jualan tiket yang tertinggi hingga memperoleh gelaran Number One Biggest Opening Weekend untuk filem animasi di Malaysia.

Malah, Despicable Me 2 juga nampaknya telah menewaskan pemegang rekod sebelum ini, Kung Fu Panda 2.

Meskipun filem itu mula ditayangkan pada hari Khamis dan bukan sekitar musim cuti persekolahan, ianya langsung tidak menjadi masalah buat peminat yang telah lama menunggu kemunculan sekuel Despicable Me.

despicable-me-2-gru-is-kidnapped

Gru dan Lucy dalam Despicable Me 2

Bukan setakat itu sahaja, demam Minion juga sudah mula melanda sebaik sahaja Despicable Me 2 mula ditayangkan. Malah ada yang sanggup mencari patung mainan Minion untuk dijadikan koleksi peribadi.

Pengarah Urusan United International Pictures (Singapura & Malaysia), Nicholas Yong menyifatkan karakter Minion merupakan salah satu punca kejayaan filem Despicable Me 2.

Minion mempunyai daya tarikan yang tersendiri terhadap kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Lawak jenaka, "minion-speak" dan faktor kecomelan yang ditonjolkan oleh Minion membuatkan ia mampu diterima oleh seluruh masyarakat tidak kira usia dan bangsa.

2415-TP2F-00169R-jpg_232052

Bagi yang masih belum menonton Despicable Me 2, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada fenomena hangat Minion.

Bawalah anak, adik-beradik mahupun anak saudara anda ke pawagam berhampiran pada hujung minggu ini sementara ia masih ditayangkan.

Kalau anda inginkan pengalaman menonton yang lebih menarik, Despicable Me 2 juga ditayangkan dalam versi 2D dan 3D. Selamat berhujung minggu dengan Minion!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu