Zon Artis |
‘Saya Sudah Melangsaikan Bayaran Bob Kuman’ – David Teoh Posted: 17 Apr 2012 06:23 PM PDT
Itu kata penerbit filem terkenal, David Teoh menjawab tuduhan Bob Kuman yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak di Hulu Langat, Selangor pada penghujung tahun 2010. Harian Metro semalam melaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya sehingga dia terpaksa berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital. Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh Bob Kuman itu sambil memberitahu yang pihaknya sudah pun melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi berjumlah RM5,000 ketika melawat Bob Kuman di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur tahun lalu. Zon Artis: Kami tidak tahu kenyataan siapa yang betul dan siapa yang salah. Hanya mereka yang tahu cerita sebenar mengenai dakwaan berhubung bayaran yang dibangkitkan oleh Bob Kuman itu. Kami hanya menyampaikan sahaja. Apa-apa pun, mari sama-sama kita doakan agar Bob Kuman segera sembuh. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan