Zon Artis |
Penangan Khairul Fahmi, Haruman SimplySiti Laris Di Pasaran Posted: 16 Apr 2012 07:20 PM PDT Nampaknya pelaburan Dato' Siti Nurhaliza mengambil Khairul Fahmi Che Mat yang rasanya anda semua tahu merupakan penjaga gol nombor satu negara pada masa ini sebagai model iklan untuk produk terbaru keluaran SimplySiti iaitu minyak wangi (perfume) berbaloi apabila haruman yang diwakili oleh Khairul Fahmi iaitu wangian Pure, salah satu daripada tiga wangian di bawah jenama SimplySiti dilaporkan mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Menurut orang kuat SimplySiti, untuk keluaran pertama ini, wangian Pure yang diwakili oleh Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek seperti yang dapat dilihat menerusi slot iklan di kaca TV bermula dua minggu lepas hanya tinggal beberapa ratus botol sahaja lagi. Nyata pengaruh Apek yang pernah dilanda pelbagai kontroversi itu begitu kuat sehingga mampu menarik minat ramai wanita untuk membeli wangian yang diwakili olehnya. Kalau macam ni ler, kami pasti banyak syarikat yang akan menawarkan Apek untuk menjadi model iklan terhadap produk mereka lepas ni. Kalau kami adalah Apek, sudah tentu kami akan menerima semua tawaran tersebut asalkan tidak melampaui batas kerana inilah masanya untuk mengumpul duit dengan sebanyak-banyaknya. Huhu.. Apa-apa pun, tahniah kepada Dato' Siti Nurhaliza diatas kejayaan wangian pertama keluaran SimplySiti ini. Begitu juga buat Apek. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan