Sensasi |
- Memey kesal tak kahwin awal?
- Gambar Nia Ramadhani mengandung anak kedua
- Gambar Adda,bekas kekasih Mamat sudah bernikah
- Dira enggan komen setelah nama nya disebut dalam laporan polis mangsa tendang di muka
- Just for fun:Situasi yang sering berlaku dalam kehidupan
- 5 Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan
- Kes Pengacara sepak muka wanita ,Pengacara Dira disebut dalam Laporan Polis mangsa
- Video: Nadia Mustafar disamun, rugi RM20,000 wang hasil jualan
- Gambar bekas anggota Elite semasa pernikahan Azza
- Datuk K terima pangkat Kolonel Kehormat
Posted: 05 Apr 2012 08:03 AM PDT Selepas enam bulan berkahwin, saya dan Norman mula fikirkan sesuatu. Bukannya tak bahagia, sebaliknya kami rasa 'kesal' mengapa tidak mempercepatkan perkahwinan ini dari awal lagi. Mengapa kami mengambil masa begitu lama untuk mendirikan rumah tangga sedangkan kami sedar akan rasa cinta yang ada.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang tidak jemu memimpin dan memberi tunjuk ajar. Dia sudah jauh berpengalaman dan sudah tahu asam garam dalam membentuk sesebuah keluarga. Lantas saya gembira kerana abang sentiasa ada membantu saya terutamanya dalam soal menjaga anak-anak. "Sekarang saya sudah berani katakan yang saya sudah semakin mahir dalam banyak perkara seperti memasak dan menguruskan rumah tangga. Dulunya kita ada ibu yang membuat semua perkara tetapi sekarang saya kena cuba sendiri," katanya. Meskipun bukan anak sendiri, namun hubungan antaranya dengan tiga anak tiri - Mohd Danish Hakim yang kini berusia sembilan tahun, Marisa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, begitu akrab. Jelasnya, itulah juga penambah warna dalam perkahwinan mereka berdua. "Mujur sebelum kahwin lagi, Norman memang selalu membawa anak-anak bertemu saya. Lantas hubungan kami bertambah mesra apabila sudah pun tinggal bersama kini. Anak-anak akan hanya bersama kami pada hari Jumaat hingga Ahad setiap minggu. Itu saja waktu yang ada untuk Norman dan saya bersama mereka. "Justeru sejak berkahwin lagi, kami sudah pun meletakkan syarat untuk memperuntukkan waktu hujung minggu di rumah. Kalau boleh, kami akan tolak sebarang tawaran atau jadual kerja ketika itu. Kami akan membawa mereka makan bersama, berjalan-jalan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Saya rasa ia memberikan kami suasana berbeza kerana hari-hari yang lain hanya kami berdua saja setiap hari. "Bagaimanapun saya dan Norman tidak pernah sunyi walaupun hanya berdua. Ini kerana kami sibuk dengan jadual kerja dan hanya bertemu pada waktu malam saja. Namun kami akan cuba luangkan masa untuk bersarapan sama dan makan malam berdua walaupun sudah lewat malam. Norman jenis yang suka isterinya masak walaupun ringkas. "Kebiasaannya kami akan makan malam bersama dan saat itu saja yang ada buat kami berdua bertukar cerita, bersembang panjang dan berkongsi pendapat," katanya. "Tatkala saya bersedia menjadi isteri, saya juga sudah membayangkan untuk hamil. Memang saya inginkan rasa pengalaman itu. Itu memang menjadi impian saya dan pastinya sebagai seorang wanita, ia adalah angan-angan terindah bersama suami," katanya. |
Gambar Nia Ramadhani mengandung anak kedua Posted: 05 Apr 2012 08:05 AM PDT |
Gambar Adda,bekas kekasih Mamat sudah bernikah Posted: 04 Apr 2012 09:18 AM PDT Adda merupakan bekas kekasih Mamat sepah,yang suatu ketika dahulu menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Mamat curang dan seorang playboy. Setelah kecewa dengan Mamat ,Adda sudah menemui pengganti dan baru melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan. Ada merupakan adik kepada Rody Kristal dan juga bekas penyanyi kumpulan Butterfly. Tahniah sensasi ucapkan kepada Adda dan semoga bahagia disamping suami tercinta. |
Dira enggan komen setelah nama nya disebut dalam laporan polis mangsa tendang di muka Posted: 04 Apr 2012 09:10 AM PDT Bagi yang belum tahu,Dira adalah anak VIP iaitu bekas ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Abu Zahar.Sensasi dengar Dira mempunyai bodyguard dan hidup dalam kemewahan. Dira yang kini menjadi pengacara Melodi dikaitkan dengan isu menyerang wanita. Menurut mangsa,pada mulanya seorang lelaki datang menamparnya sehingga terjatuh kemudian datang seorang wanita menendang dan memijak wajah wanita tersebut dengan kasut tumit tinggi sehingga menyebabkan kecederaan,dan Dira dikaitkan dengan isu ini berikutan laporan polis dibuat jelas menyebut namanya.
"Saya tidak mahu komen apa-apa kerana saya tidak boleh beri sebarang jawapan kerana perkara ini masih dalam siasatan dan melibatkan pihak berkuasa. "Saya minta maaf banyak-banyak dan terima kasih kerana paham dengan situasi saya sekarang," jawab Dira. Semua pihak berkenaan masih berdiam diri dan pelbagai cerita serta spekulasi telah tercetus daripada insiden ini, namun belum ada individu yang tampil untuk mengesahkan semua gosip ini. |
Just for fun:Situasi yang sering berlaku dalam kehidupan Posted: 04 Apr 2012 08:58 AM PDT |
5 Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan Posted: 04 Apr 2012 08:58 AM PDT 1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun². Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya. takut² anda hanya di gunakan untuk mengisi masa lapangnya sahaja. 2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata² manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda. 3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli la konon pda pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu. 4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya sahaja. 5 – Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan. * ini sekadar tips sahaja. |
Kes Pengacara sepak muka wanita ,Pengacara Dira disebut dalam Laporan Polis mangsa Posted: 04 Apr 2012 08:56 AM PDT Baru-baru ini seorang pengacara wanita dikatakan telah bertindak liar apabila dia menyepak muka seorang wanita di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, dan mangsa telah membuat laporan polis.Ramai yang membuat spekulasi pengacara tersebut adalah Dira,iaitu pengacara rancangan Melodi. Namun apabila ditanya wartawan,Dira menafikan dan mengatakan bahawa dia takda masa mahu ke kelab malam,pagi pagi buta. Namun dalam laporan polis yang diterima melalui Email oleh rakan blogger iaitu Rotikaya. Mangsa ada menyebut nama Dira ,pengacara Melodi telah menyepak mukanya dengan kasut tumit tinggi,sehingga mennyebabkan hidung bengkak,muka berdarah,gigi goyang dan sebagainya. Kita tunggu Melodi terjah cerita ini..errr??? akan terjah ke kisah pengacara sendiri? Kes masih dalam siasatan,tak tahulah samada betul Dira,atau mangsa tersilap tengok? |
Video: Nadia Mustafar disamun, rugi RM20,000 wang hasil jualan Posted: 04 Apr 2012 08:50 AM PDT Siti Naziyah Sheikh Mustafa atau Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Nadia, 35, bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry miliknya sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan. Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, terkejut dengan tindakan dua lelaki itu, dia keluar daripada kereta dan menjerit meminta tolong, namun beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka. "Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya. "Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi," katanya. Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara. "Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja," katanya. |
Gambar bekas anggota Elite semasa pernikahan Azza Posted: 04 Apr 2012 08:45 AM PDT Majlis nikah Azza Elite sudahpun selesai pada 1 April yang lepas,namun kontroversi Azza tidak menutup aurat semasa bernikah di masjid masih menjadi isu.Takpe lah,jadikan iktibar selepas nie supaya orang ramai faham tertib masuk masjid menutup Aurat. jom tengok gambar anggota kumpulan Elite yang suatu ketika dahulu muda remaja,kini masing-masing dah beranak pinak.hehe.. Cume Sensasi rasa mekap kahwin Azza kurang menyerlah,manakala make up Rozita Che Wan pula mcm terlebih sudah...ok layan...
Eh,pengantin laki apsal pegang watie plak...Bini awak kat belakang tue,jangan silap pula..ehe |
Datuk K terima pangkat Kolonel Kehormat Posted: 04 Apr 2012 08:32 AM PDT Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memakaikan pangkat Kolonel Kehormat kepada Pengerusi Eksekutif Ace Global Ventures Sdn Bhd, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Ia disampaikan pada majlis perhimpunan bulanan dan pemakaian pangkat kehormat di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, Selasa. Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Sebelum ini, penerbit filem terkenal, David Teo juga diberi penganugerahan pangkat kehormat yang membawa gelaran Mejar. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan