Rabu, 4 April 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Video “Live Your Life” nyanyian Yuna di Rancangan Conan

Posted: 03 Apr 2012 07:14 PM PDT

Yuna di Rancangan Conan Live Your Life
Yuna yang dijemput membuat persembahan di rancangan Conan yang boleh dikatakan sebuah rancangan yang berpegaruh di Amerika Syarikat nyata membanggakan rakyat malaysia.. Yuna adalah penyanyi Malaysia yang pertama muncul dalam rancangan tu sekaligus Yuna juga telah membawa nama Malaysia sekali ke mata Dunia.. Dalam rancangan yang diacarakan oleh Conan O'Brien tu, Yuna telah membawa lagu 'Live Your Life' yang mendapat sentuhan penerbit muzik terkemuka US, Pharrell Williams.

Persembahan bersahaja Yuna nyata memikat penonton yang hadir dalam rancangan Conan tu.. Apa-apa pun jom kita layan video kemunculan Yuna dalam rancangan Conan kat bawah ni..


Amir Raja Lawak serik bercinta selepas 5 kali gagal

Posted: 03 Apr 2012 06:12 PM PDT

Amir Raja Lawak
Amir Raja Lawak akui yang dia tidak kacak seperti lelaki lain namun hakikatnya Amir juga punya perasaan sama seperti orang lain.. Amir Raja Lawak dikatakan telah dikecewakan oleh 5 orang wanita sebelum ini termasuk seorang jururawat.. dengan itu Amir telah membuat keputusan untuk tidak mudah jatuh cinta lagi dan akan fokus dengan kerjayanya sebagai seorang pelawak..

"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,"

"Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai.

"Lagipun saya pegang dengan kata-kata "tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup". Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," (mstar)

MyGosip harap perempuan yang akan cuba mendekati Amir selepas ni boleh menerima Amir seadanya .. dan buat Amir pula.. takkan baru lima kali dah giveup???


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu