Selasa, 3 April 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Bukan Dira yang pijak muka orang di kelab malam

Posted: 02 Apr 2012 08:15 PM PDT

Bukan Dira yang pijak muka orang di kelab malam
Semalam telah kecoh apabila keluarnya gosip disebuah akhbar mengenai seorang pengacara perempuan telah memijak muka seorang pengunjung disebuah kelab malam.. menurut sumber gosip, seorang pengacara perempuan rancangan gossip popular telah dilanggar dengan tidak sengaja ketika pengacara tersebut tengah asyik melayan persembahan live band di kelab malam tersebut.. Mangsa telah meminta maaf kepada pengacara tu, tetapi pengacara tu telah mengadu kepada kawan lelaki dia..

Kawan lelaki pengacara tu tetiba naik angin dan terus memukul mangsa sehingga terjatuh.. dan ketika mangsa terjatuh pengacara perempuan yang berusia 28 tahun itu telah memijak-mijak muka mangsa dengan kasut tumit tingginya..

Perghh memang kejam pengacara perempuan ni.. kalau manusia pijak kucing pun dah dikatakan amat kejam.. inikan pula memijak orang.. huh!

Akibat tersebarnya gosip ni.. pengacara Melodi Dira Abu Zahar telah terkena tempiasnya.. Ramai beranggapan pengacara yang dimaksudkan adalah Dira Abu Zahar.. Pihak media yang cuba mendapatkan kepastian daripada Dira nyata mengejutkan Dira dengan gosip itu dan menafikan sekeras-kerasnya yang dia terlibat dengan pergaduhan tu..

"Saya begitu terkejut dengan berita disampaikan kepada saya. Lebih-lebih lagi, saya sendiri belum membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar terbabit. Ingin saya tegaskan di sini individu yang dimaksudkan bukan saya dan saya menafikan terlibat dengan sebarang pergaduhan," (MH Online)

Kalau bukan Dira Abu Zahar, Siapakah pengacara yang dimaksudkan dalam gosip ni? Ahah! tak perlu la anda menyiasat siapakah pengacara yang dimaksudkan, biar la pihak polis yang menyiasat.. dengarnya mangsa sudahpun membuat laporan polis..

pengacara pijak


Nurul Wahab dan kekasih ke Jabatan Agama Islam?

Posted: 02 Apr 2012 07:18 PM PDT

Nurul Wahab dan kekasih ke Jabatan Agama Islam
Wah! nampaknya hari bahagia Nurul Wahab sudah semakin hampir.. tanda-tanda persiapan perkahwinan Nurul sudah mula diperkatakan.. Terbaru, ada gosip-gosip mengatakan yang Nurul Wahab dan kekasihnya pergi mengunjungi Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi pendaftaran bakal suaminya memasuki agama islam.. Dengarnya juga bakal suami Nurul Wahab ni seorang warganegara Perancis yang dikenali sebagai Mr Eric Depp, seorang presiden di syarikat produk kesihatan Herbalife.. Wah! boleh tahan juga bakal suami Nurul ni kan..

Apa-apa pun gosip ni masih lagi menjadi tanda tanya kebenaranya.. sama-sama la kita tunggu kenyataan daripada nurul sendiri mengenai gosip ni nanti.. Kalau benar la gosip ni, kira bagus la kan.. bertambah lagi seorang saudara baru kita..

sumber : Forumer cari


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu