Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Atlet tak mampu menang digesa berundur
- Batu jalan berharga RM100,000
- SMS jual perempuan
- Pengganti pesawat MIG-29N masih peringkat penilaian
- Celcom tampil jadi rakan penaja
- Mesti tahu menganyam sebelum kahwin
- Wabak H5N1 hantui Vietnam
- Peralatan rumah jaga ekosistem
- Ulang kaji dengan uniCLIQ
- Preve bukti keunggulan PROTON
- Amy (Search) Dapat Terima Johan Asaari Sebagai Menantu
- Simon Cowell: Pertunangan Dengan Mezhgan Satu Kesilapan Besar
- Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon
- Pemandu Teksi Menang RM32,400 Teka Ketawa Artis
- Seniman Bersikap Gelojoh, Harun Panggil AJK Pulih Imej
- Search Kumpul 101 Lagu Dalam Bentuk Mp3
- Nikolaj Coaster-Waldau Tidak Letih Kerana Watak Jahat
- Avril Lavigne Lupakan Muzik Dengan Memasak
- Jessie J Diawasi Doktor Akibat Strok
- 'Hunger Games' Catat Kutipan Tertinggi AS$21.5 Juta
- Belajar sesuaikan diri
- Bob Kuman dakwa produksi tak kisah
- Dibelasah tanpa sebab
- Emma Watson dipenjara?
- Barangan hiasan kulit kayu
Atlet tak mampu menang digesa berundur Posted: 17 Apr 2012 07:36 PM PDT KUALA LUMPUR - Atlet yang sudah tidak mampu memberi kemenangan perlu berundur bagi memberi peluang kepada atlet pelapis, tegas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata, demikian juga kepimpinan sukan yang tidak lagi berdaya saing perlu memberi ruang untuk orang baru menerajui persatuan. "Saya juga dengan rendah diri merayu semua pemimpin, pegawai dan sukarelawan sukan untuk tampil ke hadapan dan terus memberi sumbangan kepada sukan negara. "Pertelagahan sesama sendiri bukan sahaja dianggap beban kepada kemajuan sukan kita tetapi akan menghilangkan keyakinan para atlet dan orang ramai terhadap sukan kita," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Kebangsaan 2011 di Hotel Palace of Golden Horses di sini malam tadi. Turut berangkat ke majlis itu Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan anugerah kepada Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 iaitu pemain badminton Datuk Lee Chong Wei, yang diwakili abangnya Lee Chong Eng, dan ratu terjun Pandelela Rinong. Pandelela dan Chong Wei menerima piala dan wang tunai berjumlah RM20,000. Ahmad Shabery berkata, beliau juga yakin pasukan bola sepak kebangsaan mampu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF yang akan diadakan di Malaysia hujung tahun ini. "Bagi saya tanpa amukan penonton yang mengejek kita, tanpa 'barracuda' yang menggugat ketahanan mental pemain-pemain kita, bermain di tempat sendiri akan memberi kelebihan untuk kita pertahankan kejuaraan ini buat kali kedua berturut-turut," katanya. Skuad bola sepak negara atau Harimau Malaya menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 untuk menjulang Piala Suzuki 2010. | |||
Posted: 17 Apr 2012 06:33 PM PDT KUALA TERENGGANU – Orang ramai khususnya warga emas dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan penjualan batu permata atau batu delima yang kononnya berkuasa ajaib sehingga mampu menyembuhkan penyakit mahupun dijadikan ubat pengasih. Ia ekoran polis menerima 11 kes sepanjang tahun lalu yang melibatkan kerugian RM200,000 melibatkan mangsa yang membeli batu kononnya mempunyai kuasa ajaib. Pada tahun ini sehingga Mac lalu, polis menerima laporan daripada lima warga emas yang mendakwa terpedaya membeli batu kononnya mempunyai kuasa ajaib. Siasatan polis mendapati batu-batu yang dibeli mangsa hanya merupakan batu yang dikutip di jalanan. Namun mangsa-mangsa terpedaya selepas batu itu didakwa mempunyai kuasa ajaib selepas batu-batu itu dibalut kertas, diwarnakan atau dibalut dengan wang syiling bagi memperdaya mangsa. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Khoh Ah Tiam berkata, kes terbaharu melibatkan penipuan batu ajaib dilaporkan di Chukai, Kemaman pada bulan lalu melibatkan warga emas berusia 70 tahun. "Warga emas wanita itu bersetuju membeli batu yang didakwa mempunyai kuasa ajaib apabila batu tersebut dapat mengeluarkan cahaya ketika diletakkan di dalam air," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri di sini semalam. | |||
Posted: 17 Apr 2012 05:56 PM PDT
KUALA LUMPUR – Dalang di sebalik sindiket pelacuran kini lebih kreatif apabila mereka didapati menggunakan taktik menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mencari pelanggan baharu terutamanya dalam kalangan orang Cina. SMS berbahasa Mandarin itu yang dihantar secara rawak turut mengandungi maklumat lengkap senarai gadis yang dibekalkan selain harga dan lokasi urus niaga seks terbabit. Menurut butiran SMS berkenaan, pelacur yang ditawarkan terdiri dalam kalangan pelajar tempatan. Ia mendakwa sebahagian mereka baru berusia 15 tahun dan boleh dilanggan dengan harga RM298 termasuk sewa bilik. Seorang wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berjaya menghubungi nombor telefon yang tertera dalam SMS berkenaan. | |||
Pengganti pesawat MIG-29N masih peringkat penilaian Posted: 17 Apr 2012 05:53 PM PDT KUALA LUMPUR – Penggantian pesawat pejuang MiG-29N dengan pesawat baharu bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini di peringkat penilaian. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sedang mengkaji keupayaan dan spesifikasi pesawat yang dikeluarkan oleh beberapa syarikat agar menepati keperluan TUDM. Katanya, pihaknya juga sedang meneliti tawaran pakej pembelian pesawat pejuang termasuk aspek tawaran timbal balik yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti pemindahan teknologi dan tempoh bayaran. "Keputusan muktamad masih belum dibuat kerana kita perlu berbincang tentang soal peruntukan negara," katanya pada pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam. | |||
Celcom tampil jadi rakan penaja Posted: 17 Apr 2012 05:52 PM PDT
CELCOM Axiata Bhd. (Celcom) menawarkan pelbagai produk pada harga istimewa kepada orang ramai yang mengunjungi semua sirkit Liga Futsal Remaja Johor 2012 Mpire Kosmo! Ketua Bahagian Perhubungan Pemasaran Wilayah Selatan Celcom, Syed Ahmad Fadeli Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membuka gerai yang menawarkan produk seperti pek permulaan prabayar dan telefon pintar seperti Samsung Note dengan pilihan pakej-pakej khas. "Bagi pek permulaan prabayar, harga tawaran adalah serendah RM8.50 dengan panggilan percuma bernilai RM5 dan yang menariknya, kadar panggilan bagi pek ini adalah paling murah di pasaran iaitu 28 sen bagi 10 minit. "Selain itu, turut ditawarkan pakej jalur lebar dengan bayaran serendah RM48 sebulan, manakala orang ramai juga berpeluang menikmati harga istimewa bagi pembelian telefon android," katanya kepada Kosmo! semalam. Syed Ahmad Fadeli berkata, pihaknya mengambil peluang menyertai liga itu sebagai rakan penaja, sekali gus dapat merapatkan diri dengan para pelanggan Celcom di seluruh daerah berkenaan. "Penganjuran pertandingan futsal merupakan satu cara bagi kami menyumbang kepada pembangunan sukan dan masyarakat, terutamanya golongan remaja," jelasnya. Celcom merupakan salah sebuah syarikat yang turut menaja liga itu dengan sirkit pertama bermula di Batu Pahat pada 28 dan 29 April ini. Ia diikuti sirkit kedua di Kluang (12 dan 13 Mei), Johor Bahru (26 dan 27 Mei), Pontian (2 dan 3 Jun), Kota Tinggi (23 dan 24 Jun), Mersing (7 dan 8 Julai), Muar (29 dan 30 September), Kulaijaya (6 dan 7 Oktober) dan Segamat pada 3 dan 4 November. Aksi Grand Final pula akan diadakan di Johor Bahru pada 9 Disember depan. Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Lelaki Bawah 17, Lelaki Bawah 12, Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita. Untuk maklumat lanjut, orang ramai atau mereka yang berhasrat menyertai pertandingan itu boleh menghubungi sekretariat pertandingan di talian 013-7860313 atau melayari laman Facebook Liga Futsal Mpire Kosmo! | |||
Mesti tahu menganyam sebelum kahwin Posted: 17 Apr 2012 05:50 PM PDT
HOBI menganyam barangkali kedengaran pelik sekiranya dimiliki oleh masyarakat moden hari ini, tetapi tanpa kebolehan tersebut, anak gadis Orang Asli Mah Meri yang tinggal di Pulau Carey, Banting, Selangor dianggap seakan-akan tidak layak untuk mendirikan rumah tangga. Begitulah gambaran betapa kuatnya masyarakat Orang Asli Mah Meri berpegang kepada budaya dan kepercayaan yang diturunkan oleh nenek moyang mereka. Apatah lagi, masih ramai susur galur keturunan masyarakat tersebut yang mendiami lima buah kampung di Pulau Carey. Menurut salah seorang wanita Orang Asli Mah Meri, Julida Anak Uju, 43, wanita Orang Asli tidak dididik secara formal untuk mempelajari kaedah menganyam, sebaliknya mereka meniru apa yang dilakukan ibu mereka sewaktu kecil kerana tertarik dengan hasil-hasil anyaman yang dihasilkan. "Semasa saya berumur 10 tahun, saya mula bermain-main dengan daun nipah dan mengkuang yang digunakan sebagai bahan utama anyaman. "Sambil meniru cara emak membuat anyaman, akhirnya saya mahir menganyam dan dapat menghasilkan pelbagai rekaan anyaman. Ia ibarat sambil bermain, sambil belajar," katanya ketika ditemui di Pusat Kraftangan Kampung Sungai Bumbun, Banting sempena TS Day Out anjuran Tourism Selangor Sdn. Bhd. baru-baru ini. Menurut Julida, menganyam adalah salah satu budaya masyarakat Orang Asli Mah Meri yang diturunkan daripada satu generasi ke generasi. Hasil anyaman tersebut banyak digunakan sebagai perhiasan untuk menghadiri majlis perkahwinan, acara-acara kepercayaan dan digunakan dalam persembahan kebudayaan. "Bagi masyarakat Orang Asli Mah Meri, seorang gadis itu harus pandai menganyam dahulu sebelum berkahwin," katanya yang gemar menghasilkan anyaman burung, ikan, belangkas, bunga-bunga dan songkok. Julida memberitahu, hasil kraf tangan wanita Orang Asli Mah Meri dikumpulkan dan dijual di pusat kraf tangan berkenaan atau dijual di kios kraf tangan yang dimiliki oleh ramai masyarakat Orang Asli Mah Meri berdekatan rumah mereka. Elemen budaya "Suami saya juga terlibat dengan pembuatan produk kraf tangan dan mempunyai kios barangan ukiran patung-patung yang dihasilkan untuk dijual kepada pelanggan terutama pelancong luar yang berkunjung ke perkampungan Orang Asli Mah Meri," katanya ketika ditemui. Sementara itu, Ketua Anyaman dan Tarian Kampung Sungai Bumbun, Maznah Anak Unyan, 44, memberitahu, terdapat kira-kira 1,000 masyarakat Orang Asli Mah Meri yang mendiami lima buah kampung di Pulau Carey iaitu di Kampung Sungai Bumbun, Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Judah dan Kampung Sungai Kurau. "Orang Asli Mah Meri amat mementingkan warisan budaya dan kepercayaan nenek moyang. Walaupun terdapat segelintir Orang Asli Mah Meri yang kini menganut agama Islam dan Kristian, tradisi menganyam dan mengukir merupakan elemen kebudayaan yang sukar dihilangkan.
"Wanitanya amat suka menganyam dan lelaki pula selain menjadi nelayan, bertani dan memburu hasil hutan, kebanyakan mereka mahir mengukir patung, hasil kerja tangan mereka mendapat perhatian dunia dan amat digemari oleh pelancong luar terutamanya dari Eropah," katanya. Tarian Jo-oh Menurut Maznah, hasil anyaman wanita Orang Asli Mah Meri banyak digunakan dalam persembahan kebudayaan terutamanya tarian kebudayaan Jo-oh yang bermaksud makan-makan dan minum. "Dalam tarian ini, tiga buah lagu dipersembahkah iaitu Moyang Jabus, Shidut dan Hari Moyang yang sering dipersembahkan dalam majlis-majlis perayaan Hari Moyang, selepas menuai atau sekiranya mendapat jemputan daripada orang ramai. "Lagu Moyang Jabus menceritakan mengenai seekor makhluk yang suka berjalan di belakang, mempunyai lubang hidung yang menghadap ke atas dan takut hujan kerana tidak mahu air hujan masuk ke lubang hidungnya, manakala Shidut bermaksud sesuatu yang tertumpah dan Hari Moyang adalah lagu yang dinyanyikan bagi memperingati nenek moyang dan melambangkan kepercayaan nenek moyang," jelas Maznah. Katanya, persembahan tarian Jo-oh memerlukan lima orang penari wanita yang memakai pakaian khas dan perhiasan daun nipah serta mengkuang yang meliliti tubuh serta menghiasi rambut mereka. Tarian itu juga melibatkan seorang penari lelaki yang memakai pakaian sama dan topeng moyang Gunung Ledang yang kelihatan menakutkan tetapi unik. "Alat muzik yang digunakan pula adalah tuntong (buluh), tambo (gendang) dan tawuk (gong), manakala lagu dinyanyikan dalam bahasa Bersisik iaitu bahasa ibunda Orang Asli Mah Meri," katanya. Maznah memberitahu, Hari Moyang adalah hari perayaan Orang Asli Mah Meri seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi masyarakat Islam. Mereka turut menyediakan makanan seperti ketupat dan ayam masak sambal sebagai hidangan istimewa semasa menyambut perayaan itu. "Perayaan ini disambut mengikut kalendar Cina dan lazimnya diadakan sebualan selepas perayaan Tahun Baru Cina. "Pada hari berkenaan, upacara sembahyang akan diadakan untuk mendiang ahli keluarga sebelum upacara sembahyang di rumah moyang yang disebut pangga dalam bahasa Bersisik. Ia bukanlah rumah sebenar tetapi sebuah tempat khas di dalam rumah untuk upacara keagamaan bagi menyeru nenek moyang kembali ke rumah," katanya. | |||
Posted: 17 Apr 2012 05:48 PM PDT NEGARA Vietnam mungkin berjaya mengawal wabak selesema burung (H5N1) yang menjadi krisis kesihatan terburuk negara itu pada akhir tahun 2000. Bagaimanapun, kes tersebut kembali lagi sehingga merunsingkan pakar-pakar di negara komunis tersebut. Sejak Januari lalu, wabak selesema burung telah dicatatkan berlaku di 14 wilayah negara berkenaan, malah kira-kira 65,000 ekor ayam dan itik telah matikan oleh pihak berkuasa. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia masih rendah berbanding kemuncak tahun 2003 hingga 2009 apabila virus berkenaan menjangkiti berjuta-juta ayam dan itik serta mengorbankan 57 orang sekali gus menjadikan negara kedua terburuk diserang virus berkenaan selepas Indonesia. Tidak takut Mengikut laporan negara berkenaan tiada kes baharu melibatkan manusia dicatatkan pada tahun 2011, tetapi virus tersebut masih ada dan tidak dihapuskan. "Selesema burung mempunyai kesan berbahaya kepada sektor pertanian, kehidupan manusia, dengan kemunculan virus baharu," kata Pengarah Jabatan Kesihatan Haiwan, Kementerian Pertanian, Hoang Van Nam. "Wabak berlaku di seluruh negara, ia disebabkan campuran struktur pertanian yang dilakukan keluarga, kurang maklumat dan jurang dalam program kawalan pemvaksinan dan menternak," ujarnya. Kebimbangan mengenai avian influenza telah meningkat di rantau Asia dengan China, Kemboja dan Indonesia melaporkan kematian daripada jenis virus H5N1 pada tahun ini. Bagaimanapun, peniaga-peniaga di pasar Ha Vi Hanoi yang menjual antara 80 dan 100 tan burung hidup setiap hari tidak berasa bimbang tentang perkembangan tersebut. "Siapa kata terdapat wabak selesema burung di sini? Ia sama sekali tidak menarik minat saya. Mereka hanya memperbesarkan perkara ini. Saya tahu bahawa semua ayam-ayam milik saya berada dalam keadaan baik," kata vendor pasar berkenaan Do Thi Thanh Hoa kepada AFP. Dia berkata, mereka tidak perlu menyediakan sijil-sijil asal-usul ataupun pemvaksinan burung-burung yang dijual di pasar berkenaan. "Sejak pasar dibuka, belum ada lagi orang yang dijangkiti H5N1. Di pasar ini, apabila terdapat larangan kami masih membeli dan makan daging ayam. Semua orang selamat," kata seorang lagi peladang, Dao Thi Ngoc. "Peti televisyen sentiasa memperkatakan mengenai H5N1. Di mana ia berlaku?" soalnya. Siaran televisyen sering menayangkan laporan-laporan mengenai bahaya mengenai ayam dan itik yang tidak mendapatkan suntikan vaksin. Ia turut memberi amaran mengenai risiko pembelian haiwan berkenaan dengan menyeludup dari negara China. Dalam sebuah negara, yang bergantung terhadap sektor pertanian dan penternakan untuk menggerakkan ekonomi, adalah sukar melakukan pemantauan jualan setiap ayam dan itik. "Terdapat terlalu banyak ladang-ladang kecil. Sukar untuk anda mengawal pengasingan haiwan-haiwan ini. "Kadangkala, garis panduan kebersihan diabaikan," kata Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Haiwan, Can Xuan Binh di Hanoi. Saban tahun, kerajaan telah mencuba untuk menggalakkan penyahjangkitan lebih baik di ladang-ladang tercemar, program pemvaksinan dan pengasingan besar-besaran untuk membendung wabak H5N1. Dengan segala usaha telah dilaksanakan, para pengawai masih bergelut dalam pengawalan pengangkutan dan penjualan ternakan hidup yang menjadi kunci utama penyakit itu merebak. Virus kalis vaksin Memburukkan lagi keadaan, pakar-pakar telah mengenalpasti virus jenis baharu di wilayah Vietnam mempunyai ketahanan terhadap vaksin yang biasa digunakan dalam membendung virus berkenaan. "Vaksin berkenaan tidak lagi efektif. Justeru itu, perlindungan agak terbatas," kata Hoang Van Nam. Beberapa pakar menyalahkan masalah H5N1 berpanjangan di Vietnam akibat politik tidak menentu sehingga menjejaskan keseluruhan usaha kawalan krisis berkenaan. "Apabila wabak ini merebak, mereka akan mengatasinya tetapi apabila ia hilang, mereka berhenti. Risiko terhadap manusia lebih penting," kata seorang doktor haiwan yang tidak mahu mendedahkan namanya. Pada dasarnya, virus tersebut merebak melalui burung kepada manusia dengan sentuhan secara langsung, tetapi pakar-pakar melahirkan kebimbangan ia akan bermutasi kepada bentuk yang mudah berpindah antara manusia. Pada awal Mac, Vietnam telah meluluskan dana baharu sebanyak AS$ 23 juta (RM 71 juta) untuk menangani virus berkenaan dengan memberi penekanan terhadap meningkatkan penyelarasan antara pegawai-pegawai kesihatan dan sektor pertanian. Bagaimanapun doktor haiwan dari Perancis, Patrice Gautier berkata, dengan sifat semula jadi virus tersebut ia akan mengambil masa yang panjang untuk dibendung. "Masalah ini tidak akan hilang jika anda hanya mengeluarkan wang. Ia akan mengambil masa yang lama, kerja keras dalam mengukuhkan perkhidmatan doktor haiwan," kata Gautier yang merupakan pakar selesema burung. Menurut beliau, perkhidmatan kesihatan haiwan Vietnam telah mula mengikuti cadangan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia untuk menangani kelemahan yang didiagnosis pada waktu puncak wabak berkenaan. "Tidak mungkin anda akan melihat krisis baharu di Vietnam. Bagaimanapun, kemungkinan situasi semasa akan berterusan selama berdekad pada setiap musim," katanya. | |||
Peralatan rumah jaga ekosistem Posted: 17 Apr 2012 05:45 PM PDT
TEKNOLOGI kini tidak hanya diukur kepada peningkatan atau penambahan ciri-ciri peralatan, bahkan kebolehan sesuatu gajet mengadaptasi dengan alam sekitar tanpa melakukan pencemaran mula menjadi pilihan pengguna. Sudah banyak peralatan elektrik yang direka supaya lebih mesra alam dengan menggunakan tenaga elektrik secara minimum dan pada masa yang sama mengurangkan kadar pengeluaran karbon ke persekitaran. Efeknya sangat besar kerana pengeluaran karbon berlebihan boleh menyumbang kenaikan tahap pemanasan global. Sekurang-kurangnya dengan menukar peralatan elektrik pada yang bersifat mesra ekosistem, kita sebagai komuniti dunia menyumbang kepada kesejahteraan bumi. Syarikat elektrik, Hitachi Sales (Hitachi) Sdn. Bhd. baru-baru ini turut tidak mahu ketinggalan menyertai masyarakat dunia membantu mengurangkan karbon dengan melancarkan beberapa peralatan rumah yang mesra alam.
Bertemakan Eco Midori, sebanyak tujuh jenis peralatan elektrik dilancarkan secara serentak iaitu peti sejuk, mesin basuh muatan depan, penyaman udara, pembersih hampagas, ketuhar gelombang mikro, penulen udara dan periuk nasi. "Sasaran kami adalah untuk kehidupan lebih baik pada masa hadapan dan semua orang akan dapat merasai mengalami gaya hidup yang lebih sihat. "Persekitaran semakin tercemar dengan sisa buangan industri dan pengguna. Jadi kami bekerja keras bagi mereka membentuk serta mengilang peralatan inovatif yang bersifat hijau. "Ia tidak menjejaskan alam sekitar dan dalam masa yang sama meningkatkan lagi gaya hidup pengguna," ujar pengarah urusan Hitachi Malaysia, Masahiro Sakata di Kuala Lumpur. Sebagai sebuah badan korporat yang menyedari kepentingan menjaga alam sekitar, Hitachi sejak tahun 2007 telah berusaha dan meletakkan sasaran untuk mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 100 juta tan setahun menjelang tahun 2025. Peralatan elektrik Hitachi baharu seperti penyaman udara, mesin basuh dan peti sejuk menggunakan teknologi inverter (penyongsang) yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sekali gus mesra dengan alam sekitar. Teknologi inverter yang terdapat pada peti sejuk Hitachi berfungsi secara automatik mengoptimum tenaga elektrik dengan menggunakan kurang tenaga apabila tidak digunakan terutama pada waktu malam. Selain itu, produk pembersih hampagas Cyclonic, Hitachi mempunyai teknologi penapis nano penyahbauan Titanium yang bertindak mengurangkan bau dalam rumah sambil membersihkan habuk dengan kuasa sedutan seakan-akan pusaran angin. Pada pelancaran peralatan elektrik rumah Eco Midori, Hitachi turut melancarkan sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna membuat rujukan dengan penyampaian mudah dan menarik dalam gajet tablet. | |||
Posted: 17 Apr 2012 05:43 PM PDT SELEPAS menjalani kelas pembelajaran selama lebih kurang enam jam di sekolah, pasti ramai para pelajar berasa jemu apabila dipaksa ibu bapa untuk menghadiri kelas tambahan di luar waktu sekolah. Bagaimanapun, jika cara pengajaran atau ulang kaji lebih interaktif disediakan untuk anak-anak, tidak mustahil ia mampu melonjakkan minat mereka. Atas inisiatif tersebut sebuah portal pembelajaran interaktif telah dibangun dan dilancarkan baru-baru ini yang dikenali sebagai uniCLIQ. Sebuah laman web yang boleh diakses di mana-mana sahaja dengan alamat www.unicliq.com, sukatan bahannya adalah mengikut kurikulum kebangsaan dan mendapat perakuan Kementerian Pelajaran Malaysia. UniCLIQ menawarkan teknik e-pembelajaran untuk subjek-subjek teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Mata pelajaran elektif yang ditawarkan pula ialah Matematik tambahan, Biologi, Seni Visual dan Pendidikan Islam. Modul-modul pelajaran boleh didapati pada harga serendah RM20 sebulan bagi satu mata pelajaran, manakala langganan untuk tempoh tiga dan enam bulan, para pelayar boleh mendapat penjimatan. Menggunakan tagline, Portal pembelajaran luar waktu sekolah, kandungannya dibangunkan secara interaktif dengan menggunakan teknik pengajaran multimedia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif uniCLIQ Sdn. Bhd., Apandi Dollah, kelebihan utama uniCLIQ berbanding pesaing mereka adalah dengan memberi tumpuan terhadap pembelajaran untuk pengetahuan dan bukan semata-mata bagi lulus peperiksaan. "Dengan pembelajaran dan pemahaman dalam mata pelajaran melalui modul yang menepati tahap pendidikan, pencapaian akademik pelajar akan tercapai dengan sendirinya. "Kami telah terlibat dalam peniagaan pendidikan selama 13 tahun dan mutu pendidikan kami sudah jelas terbukti," kata Apandi memberi jaminan. Pada majlis perasmian uniCLIQ, pihaknya turut melantik penyanyi remaja, Najwa Latif sebagai duta rasmi laman web tersebut. Pemilihan Najwa adalah berdasarkan personalitinya yang dilihat sebagai ikon bagi generasi muda selain mempunyai ramai pengikut dalam Internet. Tambah Apandi, selain itu Najwa merupakan seorang pelajar yang cemerlang, berkeperibadian baik dan boleh menjadi contoh kepada para pelajar. Dalam majlis itu juga, Apandi yakin laman web e-pembelajaran terbaharu itu mampu menarik ramai pelayar Internet dengan meletakkan sasaran seramai 50,000 pelanggan dalam tempoh 12 bulan lagi. | |||
Posted: 17 Apr 2012 02:43 AM PDT PROTON Preve ditawarkan pada harga RM59,990 hingga RM72,990 seunit. PROTON Preve, kereta global pertama keluaran PROTON Holdings Bhd (PROTON), akan menjadi model perintis untuk mengukuhkan kembali penguasaan pasaran pengeluar kereta nasional itu, baik di pasaran tempatan mahupun di luar negara. Produk PROTON memang sudah diterima di peringkat antarabangsa ketika ini. Namun begitu, kita tidak harus berpuas hati. Kita mesti bertindak lebih agresif lagi dalam mengembangkan aktiviti eksport ke luar negara dan menjadi lebih berteknologi maju, terus mampu menawarkan pelanggan kenderaan yang sewajarnya, mampu memperkukuh jualan dan khidmat selepas jualan di peringkat antarabangsa, dan mampu berkembang lebih kukuh sebagai jenama yang memiliki reputasi yang baik, yang dipercayai, diutamakan dan mampu menjadi pengeluar kereta yang kompetitif. - Mohd Khamil "PROTON Preve adalah bukti akan kemampuan PROTON setakat ini dalam usahanya bersaing pada pelbagai peringkat pasaran global."Dengan model ini, apa yang PROTON cuba nyatakan adalah model ini akan menjadi permulaan baru bagi kami, iaitu antara lain memperkenalkan arah baru reka bentuk produk dari segi kualiti dan keselamatan yang mampu bersaing di pelbagai pasaran dunia," katanya pada majlis pelancaran model itu yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Kembangan, semalam. Hadir sama Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor: Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Pengerusi Eksekutif PROTON, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil. Syed Zainal berkata, sebagai permulaan, pihaknya memperuntukkan 20 peratus daripada jumlah pengeluaran Preve untuk pasaran eksport. "Selain pasaran domestik, Preve akan dieksport ke luar negara, dengan Indonesia sebagai destinasi pertamanya pada Julai atau Ogos ini, sebelum memasuki Thailand, Australia, United Kingdom dan Asia Barat," katanya. Syed Zainal berkata, Preve dijangka mampu dijual sekitar 4,000 hingga 4,200 unit sebulan dan kini sudah menerima lebih 1,000 unit tempahan sejak mula ditampilkan secara teaser pada Pameran PROTON Power of 1 di Bukit Jalil, bulan lalu. Sementara itu, Najib berkata, keupayaan untuk mengeluarkan sebuah kereta yang global adalah suatu mercu tanda kejayaan yang amat penting kepada PROTON kerana untuk mencapai tahap piawaian dan standard antarabangsa terbabit, ketelitian dan fokus kepada aspek kualiti tidak boleh dipandang ringan. "Semuanya harus berada pada tahap global standard. Saya sendiri sangat berbangga dengan keupayaan PROTON dan ini membuktikan bahawa kereta kita juga setaraf atau lebih baik dari kereta berjenama antarabangsa yang lain," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kereta berkenaan. Dalam pada itu, beliau berkata untuk memastikan PROTON dan semua syarikat automotif tempatan dapat bersaing dengan kereta terkemuka dunia, kerajaan menerusi Dasar Automotif Negara (DAN) sudah menggariskan pelbagai insentif bertujuan meningkatkan daya saing industri automotif tempatan bagi jangka panjang. Katanya, ini termasuk penyediaan pelbagai insentif dan pakej geran dan dana automotif yang komprehensif serta pelbagai inisiatif lain bagi meningkatkan usaha sama strategik dengan rakan dagang utama negara. "Kerajaan juga sedang mengkaji semula DAN yang akan merangkumi skop yang lebih luas dengan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk syarikat kereta, vendor, institusi kewangan dan pengguna. "Pembentangan cadangan akhir ini, akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet tidak lama lagi," katanya. Preve, yang kini boleh didapati di semua bilik pameran Proton Holdings di seluruh negara, ditawarkan dalam tiga varian, iaitu standard eksekutif transmisi manual, standard eksekutif transmisi automatik dan spesifikasi premium transmisi automatik. Versi standard eksekutif transmisi manual menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan, dan tujuh kelajuan untuk versi automatik, sementara versi spesifikasi premium pula menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan. Model baru itu ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi automatik standard eksekutif CVT, dan RM72,990 seunit bagi versi premium. Semua varian berkenaan ditawarkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 kilometer, atau yang mana terdahulu. Menurut Mohd Khamil berkata, Preve, model bercirikan teknologi paling canggih pertama yang ditawarkan kepada pasaran secara besar-besaran itu, akan membuka lembaran baru buat syarikat kereta nasional itu dalam memasarkan produknya yang menepati semua cita rasa pasaran. "Produk PROTON memang sudah diterima di peringkat antarabangsa ketika ini. Namun begitu, kita tidak harus berpuas hati. Kita mesti bertindak lebih agresif lagi dalam mengembangkan aktiviti eksport ke luar negara dan menjadi lebih berteknologi maju, terus mampu menawarkan pelanggan kenderaan yang sewajarnya, mampu memperkukuh jualan dan khidmat selepas jualan di peringkat antarabangsa, dan mampu berkembang lebih kukuh sebagai jenama yang memiliki reputasi yang baik, yang dipercayai, diutamakan dan mampu menjadi pengeluar kereta yang kompetitif," tegasnya. Preve turut mendapat sentuhan anak syarikat milik penuh PROTON, iaitu Lotus Engineering, khususnya dari segi kawalan pemanduan dan pengendalian, yang mampu bertindak balas dengan baik di selekoh pada kelajuan tinggi. SPESIFIKASI: Proton Preve | |||
Amy (Search) Dapat Terima Johan Asaari Sebagai Menantu Posted: 17 Apr 2012 02:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy akan menerima Johan Arrif As'ari sekiranya pelakon itu ditakdirkan menjadi menantunya. Amy berkata, dia tidak menghalang dengan sesiapapun anaknya iaitu Nabila Huda mahu berkawan asalkan individu tersebut dapat membahagiakan dirinya. "Saya bukannya seorang ayah yang konservatif dan saya tidak akan menghalang anak saya untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. "Begitu juga dengan Johan, sekiranya Nabila ingin menjadikannya sebagai bakal suami pada masa akan datang, saya terima. Yang penting Nabila bahagia dengan kehidupannya itu," katan. Amy diminta mengulas hubungan Nabila dan Johan yang dikatakan semakin intim sejak kebelakangan ini. Bagaimanapun, tambah Amy, berdasarkan apa yang dilihat, keakraban Nabila dan Johan sekadar teman rapat sahaja dan tiada yang lebih istimewa daripada itu. Malah menurut Amy, ketika mereka bercuti bersama-sama dengan Johan di Jepun pada Mac lalu, kedua-dua pasangan tersebut tidak menunjukkan seperti pasangan bercinta. "Saya tahu bagaimana cara Nabila melayani seorang kekasih. Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat mereka tidak lebih daripada kawan biasa. "Pendapat saya tentang Johan, dia seorang yang baik dan senang diajak berborak," ujarnya. Beberapa bulan lalu, hubungan Johan dan Nabila dikatakan semakin intim selepas berlakon bersama dalam drama bersiri Pelangi Kasih. Namun sehingga kini kedua-dua mereka menafikan khabar angin tersebut dan menyatakan perhubungan mereka tidak lebih sekadar teman rapat. | |||
Simon Cowell: Pertunangan Dengan Mezhgan Satu Kesilapan Besar Posted: 17 Apr 2012 02:40 AM PDT BEKAS pengkritik American Idol dan kini penerbit program realiti X Factor, Simon Cowell memberitahu kawan-kawan rapatnya bahawa pertunangannya dengan Mezhgan Hussainy adalah satu kesilapan besar. Mezhgan, seorang berketurunan Afghan, adalah bekas jurusolek American Idol. Mereka bertunang pada Februari 2010. Simon, 52, juga mengesahkan yang dia dan Mezhgan, 39, kini telah berpisah selepas bergaduh besar tetapi pada masa yang sama membuat pengakuan bahawa sebagai menghargai hubungan mereka, dia telah menghadiahkan Mezhgan rumah agamnya yang berharga $£5 juta (RM24 juta) "Saya adalah teman lelaki yang tidak guna... tetapi saya tidak akan mengabaikan keperluannya," kata Simon lagi sepertimana yang dipetik oleh akhbar tabloid popular Britain, The Sun pada Selasa. Bagaimanapun Simon dilaporkan sebagai berkata bahawa dia tidak langsung menyalahkan bekas tunangnya itu mengenai perpisahan mereka. Ini kerana sikapnya yang enggan memberi komitmen dalam hubungan akan mencetuskan rasa gelisah pada mana-mana wanita. Akhbar itu memetik rakan-rakannya sebagai berkata bahawa Simon juga mudah tertarik kepada wanita yang bersikap kegila-gilaan dan mempunyai tabiat suka membuat wanita yang rapat dengannya menjadi tak ketahuan. Mereka juga memberitahu bahawa Simon adalah seorang yang mudah tertarik kepada personaliti yang sukar dikawal yang akhirnya membawa kepada masalah dan pergaduhan dalam hubungan mereka. "Simon memiliki tabiat yang sangat pelik dan ini membawa masalah kepadanya," kata mereka. Keretakan hubungan antara Simon dan Mezhgan bermula apabila Simon meniduri seorang lagi pengkritik X Factor iaitu Dannii Minogue, 40. Dia juga didedahkan cuba mengurat seorang lagi penyanyi popular, Natalie Imbruglia, 37, dan sangat obses dengan Cheryl Cole, 28, apabila artis itu menyertai rancangan X Factor. Menurut akhbar The Sun lagi, menjelang April 2010, dua bulan selepas pertunangan mereka, ibu Simon iaitu Julie tiba di Los Angeles dari London untuk melawat anaknya dan dapat melihat sikap sebenar Mezhgan terhadap Simon apabila suatu malam Simon pulang lewat daripada set penggambaran American Idol. Julie dikatakan telah menasihati Mezhgan supaya tidak mengamuk dan membebel terhadap Simon. Tetapi sebaik sahaja Simon pulang, Mezhgan mengamuk dan membebel tanpa mempedulikan nasihat bakal ibu mertuanya itu. Simon yang bengang dengan situasi itu telah keluar ke laman rumah menghisap rokok tetapi Mezhgan terus menerus membebel terhadap Simon ke tahap yang di luar kawalan. Julie yang menyaksikan peristiwa itu sedar yang anaknya itu bukanlah seorang yang boleh dan suka dikawal sama sekali. "Suasana tegang itu sangat dahsyat dan cara serta tingkah laku Mezhgan membuatkan perut saya senak sepanjang masa," kata ibu Simon. Dan apabila mereka duduk untuk makan malam, telefon bimbit Simon berdering lagi dan Mezhgan terus bertanya dalam nada yang sangat tinggi; "Siapa lagi yang telefon tu? Siapa yang awak mesej pula sekarang..." Selepas itu, mereka terus bertekak dan Mezhgan menjerit lalu berlari naik ke atas serta menghempas pintu biliknya dengan kuat. Terkejut dengan insiden itu, ibu Simon terus berkata kepadanya; "Sayang, ibu terkejut melihat perangai dan sikap Mezhgan." Dan Simon memberitahu ibunya, "Pedulikan dia, kita habiskan makan malam ini tanpa dia." Julie kemudian berkata kepada Simon "Ada sesuatu yang tidak kena di sini Simon... ibu langsung tidak gembira dengan situasi ini." Pada saat itu Simon membuat pengakuan yang hubungan mereka kini sedang bermasalah. Dia kemudiannya berlepas ke London tanpa Mezhgan dan terus memberitahu kawan-kawan rapat: "Saya telah melakukan satu kesilapan besar..." Ketika di Los Angeles, kawan-kawannya telah pun menyedari bahawa Simon terperangkap dalam situasi yang mana dia hendak keluar daripada hubungan itu tetapi tidak tahu bagaimana caranya. "Simon berkehendakkan satu perhubungan yang tidak kusut dan rumit tetapi dia telah dirumitkan oleh seorang wanita yang tidak tahu bagaimana hendak bertolak ansur. Ia menjadi satu bebanan kepada Simon," kata mereka. Selepas kembali semula ke Los Angeles dari London, Simon telah berpindah keluar dari rumahnya dan duduk di hotel untuk memberi masa memikirkan langkah seterusnya. Tidak lama selepas itu Simon membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka. Ramai yang berkata, Mezhgan gagal memahami tekanan yang dihadapi oleh Simon sebagai seorang penerbit rancangan realiti. Malah dia tidak langsung menunjukkan sikap simpati ke atas Simon. Bagaimanapun Simon tidak langsung menyalahkan bekas tunangannya itu secara terbuka ketika berbicara dengan pihak media. Sebaliknya dia menyalahkan dirinya sebagai seorang teman lelaki yang tidak guna malah menambah; "Apabila kita membuat janji dengan seseorang, kita wajib menanggung bebanan akibat daripada janji kita itu." Oleh itu, Simon berkata yang dia akan terus menampung keperluan material Mezhgan termasuklah menghadiahkan rumah yang pernah diduduki oleh mereka sebelum ini di Cole Place, Beverly Hills. Simon dikatakan ingin mengekalkan hubungan persahabatan dengan Mezhgan sebagaimana dia mengekalkan persahabatan dengan kesemua bekas kekasihnya sebelum ini. | |||
Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon Posted: 17 Apr 2012 02:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mahu menyertai bidang hiburan sama ada sebagai pelakon mahupun pengacara walaupun pelbagai tawaran diterimanya. Apek,23, berkata, dia tidak berminat untuk mendalami bidang tersebut namun tidak kisah seandainya diberi tawaran untuk menjadi model iklan. "Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan. "Lagipun ia bukanlah satu bidang yang saya minati melainkan jika saya diminta menjadi model iklan dan terlibat dengan aktiviti peragaan yang mana kerjanya hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama," katanya sambil memberitahu pernah ditawarkan berlakon filem. Tambah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini dia tidak mahu gara-gara sibuk dengan kerja-kerja seni, fokusnya terhadap kerjaya sukan pula akan tersasar. Dalam pada itu, ditanya adakah keengganannya menyertai bidang seni hiburan itu disebabkan dia risau muncul pula pelbagai kontroversi lain seperti yang dilaluinya sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui tentang hal itu. "Saya tak mahu hal peribadi menjadi perhatian yang lebih berbanding kerjaya. Oleh itu biarlah fokus saya terhadap sukan sahaja. "Dan selebihnya, cara untuk mengelakkan kontroversi ialah saya lebih suka duduk di rumah jika ada masa terluang," ujarnya yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan Liga Super. Kontroversi Apek mula tercetus selepas beliau yang juga penjaga gol terbaik Asia itu putus tunang dengan seorang penulis blog, Aimie Harmelia, apabila dikatakan cintanya sudah beralih kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Dahlia Teck. Tidak lama kemudian, muncul pula satu lagi khabar angin mengatakan Apek mempunyai cinta baru dengan seorang pemilik butik bernama Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey). Namun wanita itu tampil menafikan ada hubungannya dengan Apek. Terbaru, Apek dan Leuniey muncul menjadi model bagi iklan produk SimplySiti iaitu Eau De Parfum (EDP) yang baru sahaja dilancarkan. | |||
Pemandu Teksi Menang RM32,400 Teka Ketawa Artis Posted: 17 Apr 2012 02:37 AM PDT PETALING JAYA: Tuah menyebelahi seorang pemandu teksi Ahmad Rusdi Mat Daud apabila dia memenangi wang tunai sebanyak RM32,400 dalam peraduan Ketawa & Ceria Bersama Suria, Menang Sehingga Suku Juta anjuran stesen radio Suria FM. Lelaki berusia 44 tahun itu mara ke peringkat akhir selepas berjaya meneka lima rakaman ketawa selebriti mengikut turutan yang tepat menerusi peraduan yang berlangsung pada 19 Mac hingga 13 April lalu di radio tersebut. Mengulas mengenai kemenangan tersebut, bapa kepada dua anak ini berkata, dia tidak menyangka akan bernasib baik pada pertandingan akhir peraduan itu. "Saya langsung tidak letak apa-apa sasaran. Apabila saya dimaklumkan oleh Suria FM sebagai 15 finalis, saya hanya datang dengan harapan untuk mencuba nasib. "Pada tahun lalu, saya pernah menyertai peraduan Proton Inspira juga bersama Suria FM tetapi kurang bernasib baik. Mungkin, sudah rezeki saya untuk menang pada kali ini," katanya ketika ditemui selepas pertandingan akhir itu di Tropicana City Mall, di sini, petang Isnin. Ditanya mengenai perancangan dengan wang kemenangan itu, bapa kepada dua anak ini berkata, dia berhasrat untuk menggunakan sebahagian wang itu bagi melunaskan hutang. "Setakat ini, saya belum fikirkan apa yang akan dilakukan dengan wang ini. Secara kebetulan, sebelum saya datang ke sini (bertanding), ada yang menuntut hutang daripada saya. "Tidak sangka pula saya akan menang besar, jadi sudah tentu saya akan gunakan wang ini untuk lunaskan hutang yang tertunggak itu," katanya. Ahmad Rusdi berjaya mengumpulkan wang spesimen sejumlah RM22,400 yang melayakkan dia sebagai juara pertandingan akhir itu. Sebagai kejutan, pihak pengurusan Suria FM turut menambahkan wang tambahan sebanayak RM10,000 sebagai bonus kepadanya. Pada pertandingan akhir itu, Ahmad Rusdi dan 14 finalis lain dikehendaki masuk ke dalam sebuah kotak besar bersama sejumlah wang spesimen. Dalam masa 30 saat, mereka perlu merebut wang yang berterbangan di dalam kotak itu. Peserta yang mengumpulkan jumlah wang terbanyak dipilih sebagai pemenang. Sementara itu, peserta yang mengumpul wang spesimen kedua tertinggi, Rostam Wahid menerima sagu hati RM100 dan pengurut kaki Ogawa. Finalis yang mengumpulkan wang spesimen ketiga terbanyak iaitu Norusapila Morudin pula mendapat sagu hati RM100 dan penapis air Coway. 12 finalis lain tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing turut menerima wang sagu hati RM100 setiap seorang. Dalam pada itu, Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah berkata peraduan seumpama itu adalah sebagai tanda penghargaan radio berkenaan kepada pendengar setia. "Hanya dengan cara ini, kami dapat menunjukkan penghargaan kepada para pendengar yang setia menyokong Suria FM. "Peraduan seperti ini akan terus diadakan pada masa akan datang. Mungkin kami akan anjurkan satu lagi peraduan baru selepas Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya. Pertandingan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan penyampai radio berkenaan. Penyanyi Alyah dan Dayang Nurfaizah pula muncul sebagai penyanyi undangan. | |||
Seniman Bersikap Gelojoh, Harun Panggil AJK Pulih Imej Posted: 17 Apr 2012 02:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik akan memanggil semua ahli jawatankuasa persatuan itu dalam masa terdekat bagi memulihkan kemelut yang timbul terhadap persatuan berkenaan. Harun berkata, sebagai Presiden dia bertanggungjawab untuk membetulkan segala kekeliruan dan persepsi negatif umum ekoran beberapa isu dan perkara yang diketengahkan oleh Timbalan Presiden Zed Zaidi sebelum ini. "Pelbagai isu yang ditimbulkan menerusi nama Seniman perlu diperhalusi dan dibincangkan di kalangan ahli jawatankuasa dalam masa terdekat. Insya-Allah, dalam bulan ini juga, saya akan adakan mesyuarat untuk menyelesaikan beberapa isu dan kekeliruan yang timbul. "Saya akui persatuan ada melakukan beberapa kesilapan dan bersikap gelojoh dalam mengetengahkan beberapa isu kerana ia berlaku tanpa perbincangan menyeluruh semua ahli. "Sebagai Presiden, saya harus bertanggungjawab untuk membetulkan semula kesilapan yang timbul," katanya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini. Terbaru, persatuan itu sekali lagi terpalit dengan imej negatif apabila Zed Zaidi mempertikaikan kemenangan aktor Aaron Aziz pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, selain pembentangan usul penggunaan cermin gelap bagi kenderaan artis yang dilihat tidak munasabah. Ditanya adakah dia bersikap lepas tangan atau diketepikan daripada perbincangan sehingga timbulnya isu-isu tersebut, Harun berkata dia enggan menuding jaring kepada mana-mana pihak tetapi akan memperbaikinya secara perbincangan. "Saya akui agak sibuk dengan komitmen seni kerana ia adalah periuk nasi saya. Itu tidak bermakna saya lepas tangan atau tidak dimaklumkan sebelum sesuatu isu atau kenyataan dikeluarkan. "Saya mencari waktu terbaik untuk mengumpulkan semua ahli jawatankuasa bagi mengadakan perbincangan," katanya. Harun dilantik sebagai Presiden Seniman pada Disember 2010 untuk tempoh tiga tahun turut berdepan pelbagai tuduhan termasuk menyeleweng wang persatuan sehingga didakwa mahu meletakkan jawatan sebelum ini. Tempoh perkhidmatannya bakal berakhir pada pertengahan 2013. | |||
Search Kumpul 101 Lagu Dalam Bentuk Mp3 Posted: 17 Apr 2012 02:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, kumpulan Search mengumpulkan sebanyak 101 buah lagu daripada 17 buah album yang telah dihasilkan menjadi sebuah cenderahati eksklusif berbentuk Mp3. Cenderahati yang dikeluarkan oleh Hooray Marketing Sdn. Bhd dengan kerjasama Sky Search Production itu dihasilkan bersempena dengan 30 tahun penubuhan kumpulan Search. Vokalisnya, Amy, berkata, idea mengeluarkan koleksi lagu-lagu Search dalam format Mp3 telah dirancang sejak November tahun lalu, ia merupakan sebuah cenderahati yang sangat unik kerana Mp3 tersebut adalah sebuah koleksi berbentuk 'box set'. "Cenderahati ini khas buat peminat-peminat tegar Search. Kami bekerjasama dengan empat buah kilang di China dan sebuah di Malaysia untuk mendapatkan hasil yang terbaik. "Lebih eksklusif lagi, ia hanya dijual sebanyak 5000 unit dengan harga RM333 setiap satu. Harganya berpatutan dengan jumlah lagu dan reka bentuk kotak yang boleh menjadi hiasan rumah," katanya. Kesemua lagu Search telah menjalani proses master semula dan sebagai bonus, lagu Kejoraku Bersatu ciptaan Datuk M.Nasir telah disusun semula dan dinyanyikan dengan nafas baru oeh Amy. Pemain gitar bass, Nasir, pula berkata, kemunculan cenderahati berbentuk Mp3 sangat sesuai mengikut peredaran masa di zaman yang serba canggih ini. "Koleksi cenderahati ini sangat cantik dan unik malah ia mampu dibeli buat para peminat tegar. "Lebih menarik lagi, Mp3 ini turut memuatkan temubual kami bersama M.Nasir selama 80 minit," katanya Selain Amy dan Nasir, Search dianggotai oleh Yazid Ahmad dan Kid. | |||
Nikolaj Coaster-Waldau Tidak Letih Kerana Watak Jahat Posted: 17 Apr 2012 02:35 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon Game of Thrones iaitu Nikolaj Coaster-Waldau (NCW), tidak pernah berasa letih melakonkan watak jahat sejak penglibatannya selama 20 tahun dalam dunia lakonan. NCW berkata, dalam 40 buah filem dan drama televisyen yang disertai, dia berjaya membawa semua watak dengan baik sehingga menjadi ingatan para peminat. "Tentu sahaja sesuatu watak yang berjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup saya. Dan yang paling saya kenang ialah Game of Thrones di mana saya adalah penjahatnya," katanya kepada mStar Online menerusi temu bual yang dirakamkan oleh HBO. NCW yang memegang peranan sebagai Jamie Lannister berkata, perkara lucu ketika melakukan penggambaran filem tersebut apabila dia melihat dirinya berpakaian perisai buat kali pertama yang kelihatan seperti Putera Charming dalam Shrek. Selain itu tambahnya, sesuatu yang luar biasa apabila beliau mendapati kejayaan Game of Thrones pada peringkat antarabangsa menjadikan filem itu kelihatan hebat. "Mengenai kehidupan saya, saya tidak merasakan hidup saya berubah dengan kejayaan filem itu tetapi saya percaya kisahnya yang mempesonakan mampu membuatkan orang ramai menjadi teruja," kata pelakon itu lagi. Kekuatan siri fantasi terkemuka ini dapat dilihat apabila ia memenangi anugerah Emmy dan Golden Globe pada tahun lalu. Berdasarkan siri buku fantasi paling laris oleh George R.R. Martin, Game of Thrones, sebuah drama epik mengisahkan Iron Throne yang muda dan kejam, dinasihati oleh ibunya, Cersei Lannister untuk menjadi pembelot. Selain NCW, barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah Michelle Fairley, Lena Headey, Emilia Clarke dan Aidan Gillen. Ia akan menemui penonton pada Sabtu ini (21 April 2012) pada pukul 9 malam menerusi saluran HBO (Astro saluran 411). Untuk menyaksikan temu bual khas dengan Nikolaj Coaster-Waldau, pembaca boleh klik pautan berikut: http://www.hbo.com/game-of-thrones/index.html#/game-of-thrones/cast-and-crew/jaime-lannister/index.html Berikut ini disiarkan juga sesi wawancara yang disedaikan oleh pihak HBO bersama Nikolaj Coster-Waldau. Adakah sesiapa memberitahu anda bahawa anda kelihatan sama sekali seperti Putera Charming dalam Shrek? NCW: Perkara yang melucukan mengenai kisah Putera Charming ini ialah saya mungkin adalah orang pertama yang mengatakannya kami seperti masih dalam penggambaran episod pertama. Apabila saya melihat diri saya berpakaian perisai buat kali pertama, saya berkata watak itu kelihatan seperti Putera Charming dari Shrek. Saya pernah mendengar bandingan ini dan ia memang benar. Apa agaknya perubahan yang anda hadapi dalam hidup anda selari dengan populariti Game of Thrones di peringkat antarabangsa sekarang? Apakah yang menjadi kunci kejayaan Game of Thrones pada pendapat anda? NCW: Pertama sekali, saya tidak fikir hidup saya berubah selepas Game of Thrones. Dan pada pendapat saya, siri ini berjaya kerana penonton berpendapat bahawa ia satu siri yang hebat. Saya rasa kisahnya mempesonakan dan sangat teruja untuk ditonton. Jika anda terperangkap dalam dunia Game of Thrones, apakah gajet teknologi tinggi yang ingin anda bawa bersama? NCW: Saya rasa saya akan bawa tisu tandas. Tanpa memberi terlalu banyak maklumat, apa agaknya yang boleh diharap oleh penonton daripada watak anda untuk musim kedua ini? NCW: Saya tidak boleh memberitahu apa-apa tentang musim kedua. Tetapi ada satu adegan yang kami rakam yang mana mungkin antara adegan yang paling saya minati dalam tugas ini. Jadi episod ketujuh ialah episod kegemaran saya. Bakat dan kepelbagaian anda memberikan peluang yang banyak untuk memainkan watak-watak yang berbeza. Namun, pada kebanyakkan masa, anda membawa watak antagonis.Tidakkah anda penat membawa watak jahat NCW: Tidak! Saya sudah melakukannya selama hampir 20 tahun. Saya telah berlakon dalam 40 filem serta program televisyen dan saya telah membawa semua jenis watak. Tentu sekali watak yang akan kekal diingati ialah watak yang berjaya, dan sekarang ia adalah Game of Thrones, di mana saya dianggap penjahatnya. Tetapi saya suka melakonkan watak Jamie Lannister. Ia adalah satu watak yang ditulis dengan sempurna. Saya tidak mengasingkan ia kepada watak orang baik atau orang jahat, ia lebih daripada itu, ia mengenai penulisan skrip. Adakah anda merasakan Jamie mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pemerintah Westeros? NCW: Saya rasa itu bukan kemahuannya. Saya rasa dia tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi pemerintah Westeros. Saya rasa itu juga antara sebab mengapa dia boleh menjadi seorang Raja yang baik. Namun saya tidak dapat bayangkan dirinya memegang takhta. Bagaimana penggambaran di luar Denmark berbanding dengan sistem yang seumpama menggabungkan Eropah dan Amerika Syarikat? NCW: Saya fikir ia adalah sama. Saya rasa perbezaannya adalah skala pengeluaran. Tentu sekali Game Of Thrones merupakan satu persembahan yang besar. Itulah perbezaan terbesarnya. Apakah pandangan peribadi anda terhadap perkara paling keji yang dilakukan oleh watak ini demi cinta? NCW: Saya rasa ia sememangnya demi cinta. Saya benar-benar sukakan Jamie Lannister. Dan saya fikir jika orang tahu kebenaran mengenai dirinya dan mengapa dia menjadi 'Kingslayer', mereka akan mengubah pendapat mereka terhadapnya. | |||
Avril Lavigne Lupakan Muzik Dengan Memasak Posted: 17 Apr 2012 02:34 AM PDT SEJAK dahulu lagi muzik merupakan satu kehidupan dalam jiwa penyanyi Avril Lavigne dan ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilupakan. Bagaimanapun ada satu cara yang boleh membuatkan dirinya lupa tentang muziknya itu iaitu memasak. Bekas isteri vokalis Sum 41, Deryck Whibley ini mengakui dia sangat mencintai bidang masakan malah gemar memasak pelbagai jenis makanan untuk dihidangkan kepada teman-temannya. "Saya akan memasak sebanyak yang mungkin. Kalau berada di rumah, saya akan memasak dan apabila sibuk untuk konsert jelajah, saya masih lagi memasak untuk ahli-ahli kumpulan dalam bas. "Ia membuatkan saya berasa bahagia, lebih-lebih lagi apabila ia dapat dihidangkan kepada teman-teman dan mendengar komen mereka," katanya kepada Female First. Selain itu, penyanyi berusia 27 tahun itu juga gemar melukis abstrak dan menghiasinya di rumah. | |||
Jessie J Diawasi Doktor Akibat Strok Posted: 17 Apr 2012 02:33 AM PDT PRESTASI Jessie J ternyata luar biasa namun tidak ramai yang tahu bahawa penyanyi itu mempunyai masalah kesihatan yang sangat serius dan sehingga kini dia di bawah pengawasan doktor. Menurut laporan Dailymail, Jessie mempunyai masalah penyakit strok sejak berusia 18 tahun lagi dan tahap kesihatannya tidak pernah normal seperti orang lain. "Jessie mempunyai masalah kesihatan yang agak teruk sejak dulu dan perlu mendapat pengawasan doktor secara kerap. "Memang dia tampak begitu aktif apabila mengadakan persembahan nyanyian, tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang penyakitnya itu," kata sumber. Tambah sumber itu lagi, Jessie turut berada di bawah pengawasan doktor walaupun sibuk dengan konsert jelajah mempromosikan albumnya itu. | |||
'Hunger Games' Catat Kutipan Tertinggi AS$21.5 Juta Posted: 17 Apr 2012 02:32 AM PDT LOS ANGELES: Filem "The Hunger Games" masih mengungguli kutipan box office Amerika Utara selepas empat minggu di pawagam dengan kutipan hujung minggu lalu sebanyak AS$21.5 juta Jumlah itu menjadikan kutipan keseluruhan filem tersebut kepada AS$337.1 juta di Amerika Utara sahaja. Filem yang diadaptasikan daripada buku karya Suzanne Collins itu menceritakan mengenai seorang remaja perempuan lakonan Jennifer Lawrence bertarung untuk hidup dengan membunuh peserta-peserta remaja yang lain dalam satu program realiti televisyen pada masa hadapan. Kutipan mingguan filem itu telah mengatasi filem "The Three Stooges" yang berjaya mengutip AS$17.1 juta dalam minggu pertamanya di pawagam. Filem "The Cabin in the Woods," sebuah filem seram yang ditulis dan diterbitkan oleh pengarah filem "Avengers", Joss Whedon, berada di tempat ketiga dengan kutipan AS$14.85 juta. Filem yang diterbitkan semula dalam bentuk 3D - "Titanic" yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet - sempena ulang tahun ke-100 tenggelamnya kapal penumpang terbesar dunia itu menduduki tangga keempat dengan kutipan jualan tiket AS$11.6 juta. "American Reunion" - lanjutan sambungan filem asal 1999 berjudul "American Pie" berada di tempat kelima dengan kutipan jualan tiket AS$10.6 juta. "Mirror Mirror" yang merupakan satu lagi adaptasi daripada buku cerita popular kanak-kanak Snow White berjaya mengutip AS$7 juta. Filem aksi "Wrath of the Titans" yang merupakan sambungan kepada "Clash of the Titans" berada di kedudukan yang ketujuh dengan kutipan mencecah AS$6.9 juta. Ia diikuti dengan filem "21 Jump Street" iaitu filem yang dihasilkan daripada siri televisyen popular 1980an mengutip AS$6.8 juta. Di tempat kesembilan ialah sebuah filem tentang angkasa lepas "Lockout" yang dibintangi Guy Pearce dengan kutipan AS$6.25 juta manakala di tempat kesepuluh ialah filem animasi "Dr Seuss' The Lorax" dengan kutipan berjumlah AS$3 juta. | |||
Posted: 17 Apr 2012 02:31 AM PDT USIA pembabitannya dalam lapangan seni lakon masih baru hingga ramai yang belum kenal sepenuhnya wajah dan bakatnya. Hakikatnya, Ana Dahlia juga finalis program realiti Pilih Kasih musim pertama, baru tiga tahun bergelumang dalam sepak terajang industri hiburan. Namun entah mana pangkal cerita, wanita berusia 29 tahun ini mengumumkan perkahwinannya bersama anak teruna chef selebriti popular, Chef Wan iaitu Mohd Nadzri Redzuawan. Belum puas membina empayar lakonan dan menerima sebarang pengiktirafan, Ana atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar yakin dengan keputusan hati walaupun sedar akan risiko di depan mata.
| |||
Bob Kuman dakwa produksi tak kisah Posted: 17 Apr 2012 02:29 AM PDT RAWAT...keadaan terkini Bob Kuman. PETALING JAYA: "Saya terkilan dengan sikap syarikat produksi yang enggan mengambil tahu masalah kesihatan saya sehinggakan hutang tertunggak di sebuah hospital swasta pun terpaksa dilangsaikan pihak lain," kata pelakon dan pelawak, Husin Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali dengan Bob Kuman. Itu kekesalan diluahkan Bob selepas dia yang juga pelakon drama TV Jangan Pandang Belakang Congkak kini bertarung dengan penyakit bengkak kaki selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama berkenaan di Hulu Langat penghujung 2010.
"Selepas keluar hospital saya dikehendaki melunaskan bayaran RM6,500, namun kerana tiada wang saya berhutang seketika sebelum membayarnya sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, selepas beberapa minggu saya membayarnya dan kini masih berhutang lebih RM3,000.
Bob ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, dekat sini, semalam memberitahu ketika itu dia hanya mempunyai RM76 di dalam akaun Maybank miliknya.
Menurut Bob, selepas keluar hospital, syarikat produk kesihatan, Nur Lizz menawarkannya sebagai duta produk dan menjaga kebajikan serta masalah kesihatannya tidak seperti syarikat produksi drama dibintanginya. | |||
Posted: 17 Apr 2012 02:28 AM PDT CEDERA...mangsa menerima tiga jahitan di kepala. KUALA LUMPUR: Tanpa motif atau sebab tertentu, remaja lelaki dibelasah dengan batang mop hingga patah tangan kiri serta menerima tiga jahitan di kepala, selain dibogelkan dua lelaki yang dipercayai mabuk. Dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini jam 2 petang kelmarin, mangsa yang berusia 14 tahun sebelum itu diajak rakannya ke kedai runcit di blok kediaman rumah mereka. Dia yang enggan mendedahkan identitinya berkata, selepas ke kedai rakannya mengajaknya ke kolam renang pula.
| |||
Posted: 17 Apr 2012 02:27 AM PDT EMMA Watson memegang skrip untuk penggambaran filem "The Bling Ring." SAMA ada di layar perak atau tidak, Emma Watson memang dikenali sebagai gadis baik. Jadi, agak terperanjat apabila melihat aktres itu berkeliaran di luar Penjara Lynwood yang terkenal di Los Angeles, semalam. Tetapi, peminat Emma tidak perlu bimbang. Bintang Harry Potter itu sedang menjalani penggambaran untuk filem terbarunya, "The Bling Ring."
| |||
Posted: 17 Apr 2012 02:26 AM PDT MENARIK...Julitah bersama produk yang diperbuat daripada kulit pokok terap. KEHALUSAN produk yang dipamerkan mencerminkan perekanya begitu teliti menghasilkan barangan hiasan bagi menarik perhatian pengunjung pada Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012 yang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, baru-baru ini. Satu persatu barangan yang dihasilkan menggunakan kayu ditampilkan dan dapat dilihat dengan jelas penggunaannya yang boleh dipelbagaikan menerusi hasil ditunjukkan kepada pengunjung. Jika dulu kayu penting bagi membuat perabot tetapi kini penggunaannya yang pelbagai menjadi tarikan kepada masyarakat untuk memilihnya sebagai hiasan mahupun aksesori tambahan penampilan diri.
|
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan