Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- 2012 tahun kebangkitan semula
- Hitung hari bahagia
- Azimat gila kuasa
- Mentor 6: Anas Peroleh Markah Tertinggi Dua Minggu Berturut-Turut
- Siti Nurhaliza Obses Minyak Wangi
- 'Upin & Ipin The Musical' Tidak Perlu Tunggu Cuti Sekolah
- 7,000 terima surat tawaran
- BNM edar wang kertas baru mulai Julai depan
- ALBUM BARU: 'Zamani Terbaik' Ubati Rindu Para Peminat
- Kuku Jari Kaki Madonna Kotor
- Hubungan Kim Kardashian & Kanye West Tidak Direstui
- Beli daripada penjual bertauliah
- Guru sasaran lepas geram
- Yuna teruja Aaron menang
- Air mata iringi pelancaran album
- Rumah 70 tingkap
- Jelmaan baru Sunny bakal diperkenal
- KATMB sasar bank koperasi 2015
- Sayur, air suam rahsia usia 117
- Dapur Sarawak di Kuala Lumpur
- Intan bijak mengatur masa
- SMTKL prihatin bantu rakyat Kemboja
- Mahu pinang Yuna, Qi akui semakin serius
- SME BizFest jangka tarik 500,000 PKS
- Idottv kuasai lima negara
Posted: 15 Apr 2012 09:52 PM PDT Farahdhiya Mohd Amin SEHINGGA saat ini namanya masih terpahat kukuh di gelanggang seni gara-gara mendalamnya impak lagu Bertakhta Di Hati nyanyiannya. Hakikatnya, alunan suaranya yang indah pada lagu itu malah lebih diingati berbanding dirinya sendiri. Sekian lama tidak muncul dengan produk terbaru, nama Farahdhiya Mohd Amin, 26, bagaimanapun kembali menjadi bualan apabila gosip mengenai dirinya bakal menjadi isteri kedua seorang ahli perniagaan tersebar. Sejak itu, gadis kacukan Melayu-Inggeris ini mula diasak media bertanyakan kesahihan desas-desus itu sehingga membuatkan dirinya goyah seketika.
|
Posted: 15 Apr 2012 09:50 PM PDT Muka depan B*Pop hari ini. SOROT matanya yang memancar penuh bercahaya pada pertemuan lewat petang hujung bulan lalu cukup untuk menjelaskan segenap bahagia yang barangkali sulit diterjemahkan dengan kata-kata.Biar cuba menyusun kemas bait indah untuk menghuraikan kebahagiaan itu, ia tidak mungkin sama dengan apa yang dirasai pemilik hati, Toh Muda Rizal Ashram Ramli yang ketika ini sedang membilang hari untuk bergelar isteri.Sedikit tersipu ketika diusik persoalan mengenai debaran menanti detik bahagia yang akan direalisasikan tanggal 27 April ini di sebuah hotel di ibu negara, Fasha Sandha bersyukur kerana niat suci mereka akhirnya menjadi kenyataan. Melontar jauh pandangan seakan cuba mengimbas perjalanan panjang yang mereka atur bersama sebelum bersatu sebagai suami isteri, wajah yang pada mulanya ceria beransur hiba. "Tuhan akhirnya memakbulkan doa semua yang ingin sangat melihat saya bertemu jodoh dan bahagia di samping Rizal," kata Fasha sebak. Kembali menyusun bicara yang terhenti seketika, pemilik nama lengkap, Nur Fasha Sandha Hassan, 28, mengakui kematangan Rizal yang akrab disapa Jejai meyakinkan dirinya untuk menjadi suri kepada duda anak satu itu. "Pelbagai rasa yang sedang saya lalui ketika ini. Saya pasti ia bukan sesuatu yang luar biasa kerana setiap wanita akan berdepan dengan apa yang saya rasai. "Saya bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang memahami diri ini, malah menerima saya seadanya. Jejai bukan sekadar seorang kekasih tetapi juga sahabat yang sentiasa di sisi setiap kali saya memerlukan," katanya. Menghurai panjang ciri yang dimiliki Jejai yang membuka pintu hatinya untuk menerima lamaran jejaka itu, Fasha berkata, ahli perniagaan itu seorang yang matang, malah sentiasa membentuknya menjadi wanita yang positif dan berani mengambil apa saja cabaran di depan mata. "Mungkin kerana berkongsi minat yang sama terhadap haiwan, jadi perbualan kami tidak pernah bosan malah Jejai sentiasa terbuka untuk berbicara mengenai apa saja topik. "Dia lelaki yang bijak dan berpengetahuan, secara tidak langsung mengajar saya supaya lebih rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Jejai banyak mengubah hidup saya supaya menjadi lebih objektif," dedah gadis kelahiran Johor Bahru mengenai keistimewaan lelaki itu. Akui Fasha, keinginan untuk mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan pernikahan pernah disuarakan Jejai tahun lalu namun ditolaknya kerana masih belum bersedia. Enggan berselindung, Fasha menjelaskan, ketika itu terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikirannya malah komitmen terhadap karier seni membuatkan dia enggan memperjudikan masa depannya dengan sebuah perkahwinan. "Tetapi Jejai tidak putus asa. Dia cuba melamar lagi pada awal tahun ini dan entah dari mana kuasa itu datang, saya tidak lagi berfikir panjang dan terus bersetuju. "Ketika itu saya dapat merasakan Tuhan melapangkan laluan untuk saya melangkah seluas-luasnya hingga saya bersedia memberikan sepenuh jiwa dan raga kepada seorang lelaki yang paling saya sayangi," katanya. Fasha berkata, majlis pernikahannya yang akan diadakan secara tertutup itu hanya mengundang 300 tetamu terdiri daripada keluarga, sahabat, peminat serta teman media yang akrab dengannya. Ia disusuli dengan dua majlis persandingan yang akan berlangsung pada Mei ini, namun Fasha masih belum bersedia untuk berkongsi segala perincian mengenai acara itu. "Bukan berahsia cuma masa tidak mengizinkan saya untuk berkongsi semua cerita. Saya juga menghormati permintaan keluarga Jejai dan ibu bapa yang enggan perkahwinan ini terlalu digembar-gemburkan. "Jejai sendiri selesa semuanya berjalan secara sederhana. Saya harap semua peminat memahami," katanya menjelaskan tindakannya yang disifatkan sesetengah pihak sebagai strategi untuk memancing perhatian peminat. Sering perkahwinan dikaitkan dengan isu memperlahankan karier seni, Fasha tidak menafikan apabila tiba masanya dia akan berundur dan memberi laluan kepada perkara lain yang lebih penting dalam hidupnya. "Saya terima kenyataan tidak selama-lamanya saya akan berada di atas. Selagi masih belum bergelar isteri, keutamaan saya tetap kepada karier lakonan kerana periuk nasi saya di sini. "Tetapi apabila tiba masanya, fokus saya akan beralih arah dan ketika itu saya mungkin menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang perniagaan pula. "Alhamdulillah hampir sedekad dalam dunia lakonan saya sudah mengecapi beberapa kejayaan namun masih ada lagi yang belum saya capai dalam hidup ini. "Saya ingin mencipta nama sebagai usahawan dan pada masa sama, menjadi isteri dan ibu yang berjaya. Itu doa saya ketika ini dan Insya-Allah, saya berharap niat suci itu direstui Ilahi," katanya. Kemenangan ibarat hadiah perkahwinan EMPAT kali mengungguli kategori Pelakon TV Wanita Popular, selain pernah dua kali menjulang trofi Pelakon Filem Wanita Popular, ABPBH begitu signifikan dalam perjalanan karier lakonan gadis yang meraikan ulang tahun ke-28 pada 28 Mac lalu. Deklarasi peminat terhadap bakatnya apabila dia kembali mempertahankan trofi Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2011, Ahad lalu disifatkan Fasha sebagai sesuatu yang manis. Apatah lagi, pengiktirafan itu diterima beberapa hari selepas meraikan ulang tahun ke-28 selain menjadi hadiah awal perkahwinan paling bermakna buat dirinya. "Saya memang tidak sangka boleh menang lagi kali ini, malah rasa berat nak melangkah ke Arena of Stars kerana tahu saya tidak akan menang tahun ini tetapi kerana mahu sokong ABPBH 2011 dan saya juga finalis, saya tetap hadir. Tak sangka rezeki sebelahi saya lagi, ini macam hadiah kahwin untuk saya pula. "Siapa pun yang dicalonkan pasti menginginkan kemenangan. Secara jujur, pencalonan tahun ini cukup sengit kerana saingan saya seperti Rozita Che Wan, Nora Danish, Scha Al-Yahya dan Tiz Zaqyah memiliki kekuatan masing-masing. Alhamdulillah kerana peminat masih mempercayai bakat saya. Saya tahu bukan mudah untuk mengekalkan anugerah yang diterima, apatah lagi untuk kembali bangun selepas pernah melalui era kejatuhan. "Saya percaya sokongan peminat dan kesungguhan serta komitmen membuatkan saya masih bertahan di mata mereka," katanya. Fasha juga yakin peminat memilihnya atas dasar kekuatan bakat dan komitmen, meskipun kebelakangan ini banyak bertiup kisah peribadi yang tidak mampu dielakkan. "Syukur kerana saya mempunyai kelompok peminat tegar yang sentiasa di sisi ketika saya susah dan senang. Saya akan terus memberikan sokongan kepada ABPBH meskipun satu hari nanti, saya tidak lagi aktif dalam bidang lakonan. ABPBH terlalu banyak membantu memacu karier seni saya, malah deklarasi peminat ini juga menolong ramai artis untuk kekal bertahan dalam industri. Mana mungkin saya lupakan semua ini," katanya yang sedang meneliti tiga skrip drama berantai dan satu filem untuk dibintangi. |
Posted: 15 Apr 2012 09:48 PM PDT KHURAFAT...Sharhan menunjukkan cebisan kiswah yang didakwa boleh 'melariskan' diri si pemakai. SUBANG JAYA: Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu. Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai. Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih. |
Mentor 6: Anas Peroleh Markah Tertinggi Dua Minggu Berturut-Turut Posted: 15 Apr 2012 09:47 PM PDT SHAH ALAM: Protege Faizal Tahir, Anas Ridzuan masih lagi kekal mendapat jumlah kutipan markah tertinggi iaitu 64 markah pada konsert kedua Mentor 6, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSJ), malam Ahad. Anas yang merupakan peserta kumpulan A mengalahkan dua peserta lain iaitu protege Ramlah Ram, Ana Syuhada (41 markah) dan Ferhad, Tisha (44 markah). Juri tetap, Ramli MS berkata, peserta-peserta Mentor 6 masih lagi belum mencapai tahap sebagai seorang penyanyi profesional. "Ini merupakan persembahan program kebangsaan. Saya ingin mengingatkan kepada semua peserta bahawa mereka perlu mencapai tahap persembahan masing-masing. "Dan setakat ini mereka belum lagi sampai ke tahap itu. Banyak lagi perkara yang perlu diasah," katanya. Pada konsert kedua bagi kumpulan A itu, Anas membawakan lagu Dewi dan berduet bersama dengan protege Ella daripada kumpulan B, Caroline untuk lagu Keliru. Tisha pula tampil dengan lagu Naluri Lelaki dan berduet dengan KJ (protege Adam) menerusi lagu Aku Dan Dirimu. Manakala Ana Syuhada membawakan lagu Patah Seribu serta Someone Like You secara duet bersama Zatul (protege Ogy). Sebelum ini pada konsert minggu pertama kumpulan A, Anas memperoleh markah keseluruhan sebanyak 79, Tisha (55) dan Ana pula mendapat 51 markah. Sharifah Aini yang juga merupakan juri tetap bersama Ramli MS berkata dia amat gembira dengan persembahan kesemua peserta secara keseluruhan. Sementara itu, kesemua peserta Mentor akan mengadakan persembahan showcae di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu (18 April) pukul 3 petang. |
Siti Nurhaliza Obses Minyak Wangi Posted: 15 Apr 2012 09:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengakui dia begitu obses dengan pelbagai jenis minyak wangi yang ada di pasaran ketika usianya masih remaja lagi. Siti berkata, dek kerana kegilaannya itu, dia memiliki lebih daripada 100 botol minyak wangi di rumah dan akan memakainya mengikut 'mood' dan tempat sesuai yang dihadirinya. "Memang sejak dari dulu lagi saya tergila-gilakan wangian. Malah di rumah juga saya mempunyai set wangian tersendiri agar rumah berbau harum. "Dan setakat ini, saya memiliki koleksi minyak wangian lebih daripada seratus botol daripada pelbagai jenama. Itu tidak lagi dicampur dengan set wangian yang dihadiahkan kepada teman-teman," katanya. Tambah Siti yang baru sahaja mengeluarkan tiga set minyak wangi di bawah jenamanya, SimplySiti Eau De Parfum (EDP), dia percaya, wangian mampu mengubah mood seseorang terutamanya ketika berada dalam tekanan. "Jujur saya katakan, setiap bauan yang saya miliki boleh mengubah mood sebenarnya. "Bagi saya, ia mampu mengurangkan rasa tekanan kerja dan sebagainya. Malah minyak wangi juga boleh memberikan rasa gembira buat diri saya. "Sebab itulah, kerana rasa obses dalam minyak wangi itu saya hasilkan tiga jenis wangian yang ebrkualiti tinggi buat para peminat. Sekurang-kurangnya saya dapat kongsi minat saya ini bersama para peminat," ujarnya. Simplysiti EDP merupakan wangian peringkat kualiti tinggi yang menggabungkan sains dan seni haruman dari Perancis dengan hasil sentuhan pakar wangian terkemuka Perancis iaitu Joelle Lerioux-Patris dari Mane iaitu salah sebuah pengeluar wangian terkemuka di dunia. Memiliki tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire, SimplySiti EDO yang hanya RM69.90 kini sudahpun berada di pasaran. |
'Upin & Ipin The Musical' Tidak Perlu Tunggu Cuti Sekolah Posted: 15 Apr 2012 09:44 PM PDT KUALA LUMPUR: Populariti jenama animasi Upin & Ipin terbukti apabila teater Upin & Ipin The Musical mendapat sambutan yang baik walaupun ia tidak dipentaskan pada musim cuti persekolahan. Penerbitnya Burhanuddin Md Radzi bahawa Burhanuddin yang juga Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd berkata respons positif ini dapat diihat berdasarkan penjualan tiket yang memberangsangkan. "Berdasarkan pengalaman kami terhadap populariti Upin & Ipin, slot tarikh pementasan tidak menjadi isu walaupun ia dipentaskan pada waktu persekolahan biasa. "Tidak semestinya ia perlu dipentaskan pada musim cuti sekolah sahaja. Penjualan tiket yang baik membuktikan ia mendapat sambutan daripada masyarakat," katanya ketika ditemui selepas pementasan pembukaan teater itu di Istana Budaya, di sini. Muzikal arahan Zaifri Husin itu kini dipentaskan bermula malam Sabtu lalu hingga 7 Mei depan. Burhanuddin berkata, dengan sambutan yang baik itu dia berharap agar teater itu dapat dieksport dan dipentaskan ke negara-negara serantau termasuk Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina selepas ini. "Saya berharap teater ini akan menyusur jejak langkah kejayaan filem dan siri animasinya yang berjaya ditayangkan di luar negara. "Beberapa wakil daripada Singapura, Indonesia dan Filipina akan dapat menonton teater ini jika mereka berminat untuk membawanya ke luar," katanya. Dalam pada itu, Burhanuddin turut memberitahu persembahan bertarikh 28 April ini terpaksa dibatalkan dan ditunda pada 1 Mei depan ekoran kemungkinan perhimpunan Bersih 3.0 yang dijangka diadakan pada tarikh tersebut. "Kita terpaksa batalkan persembahan siang pada tarikh 28 April ini demi keselamatan semua. Mujurlah pada tarikh itu kita hanya ada slot persembahan siang sahaja. "Slot itu sudah ditempah sepenuhnya di mana kebanyakannya dibeli oleh pelajar-pelajar sekolah antarabangsa. Ia akan dibawa ke tarikh baru, 1 Mei depan," katanya. Muzikal itu adalah pementasan paling lama dipentaskan dalam sejarah Istana Budaya iaitu sebanyak 30 persembahan sepanjang 23 hari. Tiket-tiket berharga RM33, RM53, RM83, RM103, RM153, RM203, RM253, RM353 dan RM453 boleh didapati menerusi laman web www.ticket2u.biz. Layari blog rasmi, www.upinipinmusical.blogspot.com untuk informasi lanjut. |
Posted: 15 Apr 2012 09:43 PM PDT BANGGA...Raja Nong Chik (tengah) bersama sebahagian pelajar cemerlang Wilayah Persekutuan, semalam. KUALA LUMPUR: Semua 7,000 penyewa perumahan awam di ibu negara yang bersetuju menerima tawaran pembelian rumah di bawah Skim Pembiayaan Khas Penjualan Rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA-DBKL) menerima surat tawaran pembelian bermula hari ini. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihaknya akan memastikan tidak berlaku penangguhan berkaitan pemberian surat tawaran itu.
Katanya, skim pembiayaan itu membolehkan pembeli menjelaskan ansuran pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang menawarkan kadar faedah rendah.
Sementara itu, Mohd Idris berkata, 320 pelajar dari Wilayah Persekutuan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima insentif tunai serta sijil penghargaan.
|
BNM edar wang kertas baru mulai Julai depan Posted: 15 Apr 2012 09:42 PM PDT BARU...wang kertas bertema Keunikan Malaysia sedia untuk dipasarkan. BANK Negara Malaysia (BNM) sudah membuat persediaan bagi edaran wang kertas Malaysia siri baru mulai 16 Julai depan yang bertemakan Keunikan Malaysia terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. "Wang kertas RM50 dalam siri ini sudah berada dalam edaran sejak Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. BNM berkata, dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baru itu, pihaknya bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lalu untuk memudahkan peralihan yang lancar. BNM turut menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baru dan lama untuk kemudahan orang ramai. |
ALBUM BARU: 'Zamani Terbaik' Ubati Rindu Para Peminat Posted: 15 Apr 2012 09:41 PM PDT ALBUM: Zamani Terbaik ARTIS: Zamani EDARAN: Sony Music Entertainment SEPERTI yang diketahui ramai, Zamani tidak pernah gagal dalam muziknya dan sering menjadi perhatian setiap kali muncul dengan lagu-lagu baru. Buat para peminat yang merindui penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini, ia pasti dapat diubati dengan kehadiran album kompilasi terbaru terbitan Sony Music Entertainment yang berjudul Zamani Terbaik. Menarik tentang album ini, ia merupakan kompilasi yang mengumpulkan lagu-lagu popular Zamani dan kumpulannya, Slam, yang mula popular sejak tahun 1990-an itu. Sebanyak 16 buah lagu dimuatkan, semestinya lagu seperti Syair Si Pari-Pari, Terima Kasih, Kurnia dan Andai Gerimis Tiada Pasti menjadi pilihan buat para peminat setianya. Zamani turut merakamkan lagu-lagu popular penyanyi lain seperti Jangan Kau Rayu, nyanyian Rahim Maarof dan Namun Ku Punya Hati oleh Revolvers. Ternyata walaupun Zamani semakin kurang aktif dalam industri seni muzik, lagu-lagu lamanya masih lagi menjadi ingatan dan kerana itu pihak Sony yakin album kompilasi ini mampu laris dijual. Suara lunak Zamani yang masih kekal nadanya sejak dahulu lagi boleh dikatakan masih lagi sesuai untuk didengar pada masa kini. Malah saya percaya, ada juga generasi muda yang meminati penyanyi yang kerap membawakan lagu-lagu berentak balada dan pop rock ini. Apa-apapun, saya agak tertarik dengan lagu Jangan Kau Rayu dan Namun Ku Punya Hati, nyanyian Zamani yang tersendiri mampu membuai jiwa pendengar. Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah, Tak Kenapa, Biarkan ia Pergi, Bila Matamu Berkaca, Semanis Mungkin, Seribu Mimpi, Gejolak Rindu, Kala Hujan, Malam Seribu Gelisah, Dari Mata Hati dan Nista. |
Posted: 15 Apr 2012 09:40 PM PDT MADONNA tampak sungguh jelita dan tampil menarik pada pelancaran minyak wangi terbaru jenama miliknya, Truth Or Dare, di New York pada Jumaat lalu dan dia menjadi perhatian dengan lensa kamera jurugambar. Namun, di sebalik kecantikannya, terdapat satu perkara yang tidak menyenangkan mata umum apabila melihat kuku jari kakinya yang kotor. Menurut laporan Dailymail, penyanyi yang muncul dengan gaun serba hitam itu melengkapi penampilannya dengan tambahan aksesori sehingga membuatkannya menawan. "Tak sangka kuku jari kakinya kelihatan kuning dan sangat kotor. Malah ia dilihat seperti sudah lama tidak dibersihkan. "Sepatutnya dia patut peka dengan isu kebersihan kukunya itu memandangkan dirinya seorang selebriti," kata sumber yang tidak berpuas hati dengan penampilan kotor ratu pop itu. Bagaimanapun, Madonna sebenarnya sedar dengan kekotoran kukunya itu dan dia cuba menutupinya dengan pengilat kuku bewarna emas untuk dilihat sempurna. Dan malang sekali, ia gagal menutupi kekotoran kuku jari kakinya yang panjang dan pecah itu. |
Hubungan Kim Kardashian & Kanye West Tidak Direstui Posted: 15 Apr 2012 09:38 PM PDT BELUM ada lagi pengesahan mengenai hubungan cinta Kim Kardashian dan Kanye West, kedua-dua mereka sudah pun mempunyai masalah besar dimana ayah tiri Kim, Bruce, tidak merestua hubungan mereka. Menurut laporan Bang ShowBiz, ayah tiri Kim sebenarnya berharap agar anak perempuannya itu dapat melupakan kenangan pahit yang dilalui gara-gara penceraiannya dengan Kris Humpries. Namun dia seperti kurang senang apabila berbicara mengenai teman lelaki baru Kim itu. "Saya tak senang hati mendengar tentang hubungan itu, tapi kita lihat sahaja nanti. "Saya dan Kimsudah bercakap mengenainya dan potensi hubungan mereka," katanya. Berbeza pula dengan pendapat ibu Kim, Kris Jenner, dia sangat menyokong dengan perhubungan mereka, malah mengharapkan Kanye dapat menjadi menantunya pada masa akan datang nanti. |
Beli daripada penjual bertauliah Posted: 15 Apr 2012 09:37 PM PDT Pengguna perlu tahu peraturan, prosedur guna kanta lekap Bekas kanta lekap perlu ditukar sebulan sekali atau sekerap mungkin. APABILA ditanya tidak teringinkah memakai kanta lekap yang dianggap akan lebih menyerlahkan penampilan terutama jika memakai solekan mata, penulis terus menggeleng. Bukan tidak ingin bergaya, tetapi rasanya tahap kerajinan dan disiplin untuk mengikuti rutin penjagaan harian kanta lekap tidak mencapai standard yang ditetapkan. Soal disiplin amat penting bagi semua individu yang ingin memakai kanta lekap.
"Fungsi utama kanta lekap adalah sebagai pengganti kaca mata iaitu untuk membetulkan penglihatan. Fungsi lain ialah untuk tujuan kosmetik; supaya kelihatan cantik - yang membuatkan semakin ramai orang memakai kanta lekap supaya kelihatan lebih menarik," kata Perunding Oftalmologi Pusat Perubatan Sunway, Dr Tara Mary George.Memang tidak salah memakai kanta lekap untuk cantik, terutama kanta lekap yang berwarna dan mampu membuatkan mata si pemakai tampak lebih galak. Pakailah apa saja warna yang anda inginkan, kata Dr Tara, tetapi ada satu syarat, pastikan ia dibeli dari penjual kanta lekap yang bertauliah dan bukannya dibeli secara dalam talian. Kanta lekap bukanlah pilihan yang baik untuk anda jika: Kanak-kanak biasanya tidak disarankan memakai kanta lekap kecuali atas masalah kesihatan tertentu seperti katarak kongenital. Masalah ini biasanya berlaku pada bayi dan selepas pembedahan, mereka akan dipakaikan kanta lekap bagi membantu perkembangan mata. Ibu bapa bertanggungjawab membersihkan kanta lekap bayi mereka dan kanta lekap ini perlu sentiasa ditukar sesuai dengan perkembangan mata si kecil sehinggalah penglihatannya menjadi matang (biasanya pada hujung umur remaja). Masalah yang kerap dialami Ia boleh berlaku pada individu yang kurang menitikberatkan soal penjagaan dan kebersihan kanta lekap. Ini termasuklah kerap tidur tanpa menanggalkan kanta lekap, menggunakan air paip untuk mencuci kanta lekap dan tidak mencuci bekas penyimpan kanta lekap dengan bersih. Panduan penjagaan kanta lekap Pemakaian kanta lekap ketika tidur akan menyebabkan mata mengalami masalah kekurangan oksigen. Akibatnya, kanta lekap akan menjadi kering dan melekat pada mata hingga sukar ditanggalkan. Dalam keadaan ini, titiskan cecair mata. Panduan untuk kaki jalan Memang kanta lekap adalah pilihan yang baik jika anda mahu bercuti panjang. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda beri pertimbangan seperti: Dr Tara mengingatkan satu lagi perkara penting iaitu jangan membeli kanta lekap melalui Internet atau di pasar malam kerana dikhuatiri ia tercemar atau dihasilkan tanpa mengikut standard kebersihan yang ditetapkan walaupun ia hanyalah untuk tujuan kecantikan. Usah memperjudikan mata anda semata-mata mahu cantik atau murah. "Ramai risau kanta lekap mereka termasuk ke belakang mata apabila kanta lekap terkoyak ketika menanggalkannya. Jangan risau, ia tidak akan pergi jauh, selalunya serpihan kanta lekap itu akan terselit di bawah kelopak mata. "Titiskan larutan pencuci kanta lekap pada mata sehingga mata berair. Kelipkan mata beberapa kali. Serpihan kanta lekap akan keluar. Jika masih tidak keluar selepas kaedah ini diulang beberapa kali, pergilah berjumpa doktor. "Bagi mereka yang baru mencuba memakai kanta lekap, jadikan amalan memulakan pemakaian pada mata yang sama setiap kali. Contohnya, pakai kanta lekap pada mata kiri dulu. Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan dan tertukar kanta lekap dari mata kiri ke kanan kerana ia boleh menjejaskan ketajaman penglihatan terutama bagi individu yang ada masalah kekaburan berbeza antara kedua-dua belah mata," katanya. Apa yang perlu dilakukan sekiranya kanta lekap terjatuh ke dalam sinki ketika hendak memakainya? Menurut Dr Tara, kanta lekap itu perlu dibersihkan terlebih dulu menggunakan cecair pembersih sebelum dipakai. Langkah ini penting bagi mengelakkan berlakunya pemindahan bakteria yang mungkin ada di sinki ke dalam mata. Selain itu beliau turut memberikan soalan penting kepada individu yang mahu mencuba kanta lekap bagi mengetahui kesediaan anda untuk muncul dengan penampilan baru. Soalan untuk ditanya pada diri sendiri: 1. Mengapa saya perlu memakai kanta lekap? Berapa kerap saya mahu memakainya? 2. Apakah jenis kanta lekap yang saya mahu - sama ada pakai buang (harian) atau jenis yang boleh dipakai lebih lama? 3. Adakah saya mempunyai masalah mata di mana pemakaian kanta lekap boleh menyebabkan komplikasi? 4. Adakah saya bekerja dalam persekitaran yang kotor dan berdebu? 5. Adakah saya cukup berdisiplin dan ada masa untuk penjagaan harian kanta lekap? 6. Adakah saya ada akses kepada doktor mata jika berlaku masalah pada mata saya? 7. Adakah saya ada cukup wang untuk membeli kanta lekap? |
Posted: 15 Apr 2012 09:35 PM PDT BINCANG...guru perlu bijak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sekali gus mempertahankan profesionalisme juga integriti sedia ada. - Gambar Hiasan JIKA disoroti kisah guru dan pelajar dulu, wujud persoalan mengapa kedua-dua golongan itu ibarat bermusuhan kini. Biarpun terkenal tegas dan garang, rasa hormat pelajar pada guru masih tinggi dan tidak tergamak bersengketa hanya kerana dihukum. Malangnya, zaman kini berbeza kerana pantang dicuit, kedua-dua pihak pasti berbalah dan bertegang urat mempertahankan pandangan serta hak masing-masing.
Mantan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Kedah, Zuraidi Rahim, berkata sukar mentafsirkan taraf kedudukan guru hari ini kerana pelajar tidak mempunyai rasa hormat kepada golongan itu. Malah, lebih mendukacitakan apabila mereka menjadikan guru sebagai musuh yang perlu diperangi. "Inilah hakikat terpaksa ditelan guru hari ini. Mereka terpaksa berdepan pelajar yang tidak langsung mahu mengiktiraf jasa dan pengorbanan guru. "Malah, ada yang menjadikan guru sebagai golongan sasaran untuk melepaskan dendam. "Semakin moden cara berfikir, semakin kecil peranan guru di mata pelajar hingga hilang rasa hormat," katanya. Akuinya, pelajar hari ini sudah semakin berani dan nekad mengambil tindakan sendiri sekiranya dihukum. "Dulu, rasa takut dan hormat pelajar pada guru menggunung tinggi. Sekarang mereka lihat guru semakin kecil dengan peranan yang terbatas. "Kuasa guru juga semakin terikat seperti tidak boleh merotan sesuka hati dan ibu bapa juga mudah melenting jika anak mereka 'disentuh'," katanya. Beliau berkata, pelajar hari ini tidak memahami hasrat murni guru apabila dikenakan hukuman dan menganggapnya mencabul hak asasi individu. Manakala guru pula dianggap menggunakan status dan kuasa untuk 'mengikat' pelajar bagi menurut perintah. "Keadaan ini menimbulkan kerumitan kerana masing-masing ada hujah untuk menegakkan pendirian. Isu kecil menjadi besar terutama jika membabitkan penggunaan fizikal. "Ditambah lagi sikap kedua-dua pihak yang tidak sebulu menjadikan pertelingkahan semakin serius dan meletakkan nilai murni di tangga paling bawah," katanya. "Keadaan ini menunjukkan betapa kroniknya konflik hubungan kedua-dua pihak biarpun berada di bawah satu bumbung. "Guru mahupun pelajar seharusnya perlu bijak menilai dan jangan babitkan emosi kerana tidak menyelesaikan masalah. "Juga, usah menyalahkan antara satu sama lain kerana masing-masing ada kelemahan dan berhak menerima teguran demi kebaikan bersama," katanya. Deretan isu panas membabitkan guru dan pelajar kini mengundang pelbagai persepsi kerana kedua-duanya tidak pernah berhenti bertingkah, sekali gus menggugat keharmonian dunia pendidikan negara. Pertelingkahan itu turut menimbulkan pertanyaan mengapa mereka ibarat seteru dan begitu kontras hingga dihambat kontroversi. Sikap saling tidak memahami juga penggunaan simbolik 'perintah dan menurut', katanya, menjadi punca mereka bermusuhan walaupun hanya isu kecil. "Ada segelintir guru atau pelajar lebih suka ia menjadi sensasi supaya boleh diketahui ramai. "Sepatutnya kedua-dua pihak perlu hormat antara satu sama lain, bukan merendahkan maruah masing-masing," katanya. Beliau bagaimanapun bersetuju tindakan guru yang merotan, menghukum atau melakukan perkara di luar batas kemanusiaan wajar dikenakan tindakan tegas. "Jika guru memang bersalah wajar tindakan tegas diambil. Status disandang bukan bermaksud boleh menghukum atau menganiaya pelajar sesuka hati. "Pelajar yang melanggar peraturan dan tidak berdisiplin juga wajar dikenakan hukuman. Jangan ada sikap pilih kasih," katanya. Katanya, bukan mahu menyalahkan, namun ramai ibu bapa lebih mementingkan kerjaya berbanding mengambil tahu persekolahan anak sebaliknya menyerahkan tanggungjawab itu pada guru. "Apabila anak mengadu, mereka drastik mengambil tindakan tanpa menyelidik lebih lanjut," katanya. Beliau yakin insiden buruk membabitkan guru-pelajar hanya kes terpencil yang boleh diperbaiki. "Guru, ibu bapa dan pelajar juga perlu bersikap lebih terbuka, realistik, saling mempercayai dan menyokong antara satu sama lain. Pendidikan perlu berlangsung secara harmoni bagi menjamin hak semua. "Jangan kerana persengketaan, hubungan renggang. Kita akan rugi dan menanggung sesalan kelak," katanya. |
Posted: 15 Apr 2012 09:33 PM PDT Yuna SAAT namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, hanya kelibat anak didiknya saja iaitu Diandra Arjunaidi naik ke atas pentas untuk menerima trofi bagi pihaknya.Buat julung kalinya pemilik nama penuh Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan panggilan Yuna tidak dapat hadir ke malam kemuncak ABPBH2011 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands, 8 April lalu, kerana berada di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS), demi mengejar cita-cita.Meskipun dirinya tidak berada di arena, Yuna tetap mengikuti perkembangan yang berlaku pada malam kemuncak itu meskipun tidak sepenuhnya. Paling mengujakan Yuna apabila aktor kacak yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster, Aaron Aziz, dinobatkan Bintang Paling Popular. "Memang pada awalnya saya memang nak menonton malam kemuncak ABPBH menerusi live stream di laman web ABPBH, tapi saya tertidur. Bagaimanapun, saya sempat juga menyaksikan detik kemenangan Aaron. "Saya gembira dengan kemenangannya sebagai Bintang Paling Popular kerana dia memang layak. Aaron pelakon yang berbakat. Kehadirannya nyata mewarnai industri hiburan kita," ujar Yuna. Mengulas kejayaannya mempertahankan gelaran itu setelah kali pertama memenanginya pada ABPBH2010, Yuna berkata, sejujurnya dia memang tidak menyangka anugerah itu akan kekal berada di tangannya pada kali ini. "Saya dapat tahu yang saya menang anugerah itu menerusi ibu saya, yang menelefon sebaik saja nama saya diumumkan sebagai pemenang. Memang sangat gembira dan teruja, tapi pada masa sama ,saya memang tak sangka boleh menang. "Maklum sajalah, persaingan daripada artis lain cukup sengit, terutama Alyah, memandangkan singlenya yang berjudul Kisah Hati memang sangat popular. "Apa pun, saya bersyukur kepada Tuhan kerana peminat masih mempercayai bakat saya dan masih menyayangi saya. Sebenarnya saya tak menjangka saya boleh menang tahun ini kerana saya selalu ke LA dan jarang berada di Malaysia. Namun, saya selalu mencari peluang untuk berkomunikasi dengan peminat saya di tanah air melalui twitter dan facebook," cerita Yuna menerusi e-mel yang dikirimkan kepada Hip. Menjelaskan ketidakhadirannya itu, Yuna berkata, dia kini sibuk membuat persiapan terakhir pembikinan album AS yang bakal dilancarkan penghujung bulan ini. "Memang terkilan kerana tidak berpeluang menghadiri acara itu. Bukan disengajakan, sebaliknya Yuna sedang dalam persiapan terakhir untuk pembikinan album yang diterbitkan produser AS. "Tak sangka, selepas dua tahun saya di sini, akhirnya album ini siap juga. Memang teruja dan tak sabar untuk melihat hasilnya," ujar Yuna sambil memberitahu, dia juga terbabit membuat persembahan di sebuah program bual bicara kendalian Conan O'Brien, serta bakal membuat persembahan di Lollapalooza. Bakal kembali ke tanah air pada Mei ini, si penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Terukir Di Bintang ini memberitahu, banyak aktiviti sedang menantinya. "Antaranya kedai online IAMJETFUELSHOP yang akan dilancarkan pada Mei nanti. Selain itu, saya akan menjalani penggambaran iklan terbaru untuk beberapa produk," katanya. |
Air mata iringi pelancaran album Posted: 15 Apr 2012 09:31 PM PDT NORISH bersama tiga anak yang sentiasa menyokong kerjayanya. TANGISAN mengiringi majlis pelancaran album sulung penyanyi ini di Plaza Mont Kiara, Kuala Lumpur, kelmarin. Entah mengapa, manik jernih milik aktres dan juga pengacara kebal, Norish Karman, menjadi cukup murah petang itu.Seperti ada sesuatu yang mengusik perasaan wanita tinggi lampai ini apabila dia jadi cukup melankolik sehingga mengalirkan air mata saat menyanyikan lagu yang dimuatkan dalam album solonya itu. Adakah tindakan spontan Norish itu ada kena mengena dengan gosip kurang enak yang dikaitkan dengannya sebelum ini ataupun terkenang kisah lalu, sewaktu masih mengulit bahagia bersama bekas suami.Bagaimanapun saat diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, kisah suka duka di sebalik tabir pembikinan album ini lebih menyentuh hati dan menjadikannya begitu emosional hari itu. "Kesedihan ini disebabkan saya teringat mereka yang banyak berjasa membantu saya menghasilkan album ini, yang tidak dapat meraikan bersama-sama. Terus terang, bukan mudah untuk saya menerbitkan album ini dan ia mengambil masa agak lama untuk disiapkan. "Saya buat album ini pun secara berdikit-dikit. Jika ada duit, barulah saya rakam lagu. Memang masalah kewangan menjadi kekangan buat saya dalam penghasilannya. Mujurlah ada rakan yang sudi membantu, sehingga terhasillah album ini," kata Norish ketika ditemui selepas majlis berakhir. Selain rakan terdekat, turut hadir memberikan sokongan ialah kedua-dua orang tua, serta tiga cahaya matanya. Disebabkan terlalu lama album berjudul Terus Melangkah itu tertangguh, pernah juga terdetik di hati Norish untuk melupakan saja hasratnya bergelar penyanyi. Dalam erti kata lain, dia sudah berputus asa disebabkan masalah kewangan yang menimpa. Namun sokongan anak-anak yang tidak pernah jemu meniupkan semangat membuatkan dia mengambil keputusan meneruskan hajatnya. "Apabila melihat saya putus asa serta seperti tidak berminat untuk meneruskannya, anak-anak yang akan mengembalikan semula kekuatan dengan mengingatkan saya mengenai lagu yang sudah dirakamkan sebelum ini, namun disimpan begitu saja. Melihat kesungguhan mereka, akhirnya saya mengalah," cerita ibu tunggal ini. Meskipun terpaksa menebalkan muka mencari penaja, namun Norish bersyukur kerana dia dikelilingi keluarga, rakan dan juga peminat yang sanggup bersusah payah dengannya walau dalam apa situasi sekali pun. "Seperti majlis hari ini, saya ingatkan ia berlangsung dalam keadaan sederhana, tetapi tak sangka pula ia menjadi semeriah begini. Semua ini tidak akan berlaku jika tiada sokongan rakan dalam bentuk penajaan. "Saya juga ingin memberitahu, semua team saya hari ini, iaitu mereka yang membantu membuat persiapan dari awal hingga akhir, bekerja secara percuma. Saya tak kisah jika ada pihak mengatakan saya sengkek kerana mengharapkan tajaan sana sini, semata-mata kerana album ini, kerana itulah hakikat sebenar. "Apa yang penting, ia berjaya juga dihasilkan atas bantuan mereka dan peminat saya gembira dengan hasilnya," luah pelakon yang mula dikenali menerusi filem Jimi Asmara ini. Album itu, kata Norish, hanya boleh didapati menerusi pembelian secara dalam talian dengan melayari laman facebook miliknya, serta di lokasi yang bakal dikunjunginya untuk mengadakan persembahan. Beralih kepada soal peribadi, rasanya ramai yang sudah maklum percintaan aktres ini dengan abang seorang artis wanita sudah pun berakhir. Jika sebelum ini lelaki itu sering menemani Norish dalam apa juga aktiviti seni membabitkan dirinya, namun apa yang tinggal kini hanya memori yang cukup pahit untuk dikenang. Sebagai seorang yang sudah biasa didampingi lelaki, tidakkah Norish mempunyai keinginan mencari pengganti dan bercinta kembali? "Buat masa ini saya lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai anak seni. "Saya sedar fitrah kehidupan memerlukan pasangan. Lelaki perlukan wanita dan begitulah sebaliknya. Cuma dalam hal saya, kesibukan sebagai pelakon dan juga penyanyi membuatkan saya tidak mempunyai masa untuk bercinta. Kalau ada kekasih pun, mesti dia menyampah. Anak-anak saya ini pun, kalau nak jumpa saya terpaksa datang ke lokasi," jelas Norish yang juga teringin mempunyai konsert sendiri satu hari nanti. |
Posted: 15 Apr 2012 09:29 PM PDT RAMAI terfikir apa agaknya rahsia di sebalik gahnya sebuah rumah agam Melayu yang tampak usang di Kampung Losong Haji Su di Kuala Terengganu, Terengganu, hingga Lembaga Muzium Terengganu melabur RM3.2 juta membeli kediaman itu. Sekalipun usang dan buruk, rumah agam ini damai dikelilingi pokok buluh cina.Aura kediaman mewah zaman silam itu tetap menyerlah, hinggakan rumah itu sering dibanjiri pelancong tempatan dan luar negara termasuk dari Mesir, Belanda, Jepun dan Amerika Syarikat (AS). Tidak ketinggalan, kalangan arkitek tersohor antarabangsa termasuk dari Filipina dan Korea Selatan yang mahu mengkaji kehalusan seni bina rumah agam ini.Selain arkitek, pengkaji sejarah juga tidak ketinggalan merakamkan gambar rumah agam ini, biarpun mereka tidak dibenarkan memasuki harta peninggalan jutawan Melayu Terengganu tersohor iaitu Su Mohammed Salleh Mohammed. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Haji Su di kalangan masyarakat tempatan, cukup terkenal di Terengganu pada era 1800-an. Ketokohan Haji Su terserlah hinggakan namanya terpahat pada nama Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu. Selepas beberapa kali tertangguh, hasrat menjejaki rumah agam Melayu yang dibina pada 1850 ini akhirnya tercapai selepas Pengarah Muzium Terengganu, Mohd Yusof Abdullah sedia meluangkan masa dari kesibukan jadualnya untuk bersama penulis, baru-baru ini untuk melihat sendiri keunikan Rumah Haji Su. Rumah Haji Su adalah manifestasi kekayaan usahawan Melayu lama dan cita rasa tinggi mereka selayak taraf martabat bangsa. Seperti yang diakui Mohd Yusof, Rumah Haji Su bercirikan keunikan seni bina dan ketukangan masyarakat Melayu tradisional Terengganu dibeli untuk dipulihara dalam usaha mengekalkan martabat kesenian Melayu. Kali pertama memasuki rumah itu, diakui meremang bula roma dan rasa takut mula menular ke peroman. Perasaan terus menerjah dibawa ke zaman silam pada era kegemilangan rumah agam ini, di mana sudah pasti, ruang tamu tersergam besar seperti balairong seri istana itu meriah dengan pelbagai aktiviti - namun kini dimamah sepi. Rumah agam kayu cengal itu pernah didiami semua anak Haji Su sehinggalah anak bongsunya meninggal dunia pada 2008, rumah itu tidak berpenghuni serta terbiar begitu saja. Begitupun, keunikan dan keindahan seni reka rumah yang dibina secara pasak tanpa sebarang paku itu cepat menyulam kembali rasa teruja ketika meneroka ruang tamu seluas 4.8 meter x 18 meter tanpa disokong tiang seri, selain keindahan siling rumah. Keseluruhan rumah itu diperbuat daripada kayu cengal dan mempunyai 70 tingkap serta 12 pintu besar yang diukir indah oleh adiguru ukir tempatan. Keseluruhan rumah dihias indah dengan seni ukir menarik dengan pelbagai motif yang padan dengan kehidupan istina zaman silam. Tidak mahu rumah yang merakam sejarah silam teknokrat Terengganu zaman silam, Lembaga Muzium Terengganu (LMT) mengambil masa lebih dua tahun menjejak waris rumah itu yang tiba-tiba seperti terputus 'rahmat' dan terbiar sepi hingga membingungkan ramai yang kagum dan memuja keindahannya. "LMT mengambil inisiatif menjejak pemilik rumah itu bertujuan mengambil alih dan mempertahankan rumah itu yang sarat dengan warisan seni bina dan ketukangan masyarakat Melayu tradisional. Rumah itu perlu dipulihara serta dijadikan antara aset penting dalam sektor pelancongan di negeri ini," kata Mohd Yusof. Lebih jauh meneroka rumah agam yang turut menempatkan 10 rumah warga lain ketika itu, rumah yang kini sudah berusia 162 tahun di tapak seluar 0.4851 hektar terus mengujakan sesiapa saja. Justeru, apabila kerja baik pulih disempurnakan nanti, pasti teratak mewah lambang keusahawanan Melayu silam akan menjadi aset penting menyemarakkan kegiatan pelancongan Terengganu. Berdasarkan beberapa catatan dan riwayat soheh, rumah agam itu mula dibina pada 1840 dan siap 10 tahun kemudian oleh sekumpulan tukang Melayu yang sangat hebat sehinggakan tiang di dalam rumah itu tidak kelihatan. Tiang itu dikatakan semuanya disembunyikan di sebalik dinding. Binaannya bercirikan rekaan rumah Limas Belanda dan Bujang Berpeleh Kembar Tiga yang menjadi ciri utama rekaan rumah Melayu negeri ini. Ada juga penerapan seni bina dari luar kerana Haji Su seorang pedagang yang belayar di seluruh Asia serta memperoleh ilham untuk diterapkan dalam seni bina kediamannya. Sebagai contoh, ukiran di dinding bahagian atas rumah itu menyamai ukiran istana dan kota lama di Jaipur, India. Dindingnya daripada papan kesek dihiasi dengan bendul berlorek yang memisahkan bahagian atas dan bawah rumah serta berfungsi mengukuhkan setiap sambungan dinding. Kiri dan kanan bahagian bumbung pula dikemaskan dengan kayu peleh, manakala puncak setiap bumbung diletakkan kayu berukiran sebagai hiasan. Ada tiga bahagian dalam rumah itu, ruang beranda agak kecil, tetapi sebaik melangkah ke ruang tamu, keluasannya cukup menyenangkan dengan ukuran 4.8 meter x 18 meter dan dibahagikan kepada dua sudut. Penyelidikan LMT mendapati, pembinaan dua sudut itu bertujuan memisahkan tetamu lelaki dan wanita sebagai mematuhi peraturan dan adat serta agama. Manakala bahagian rumah ibu atau ruang makan seluas kira-kira 2 meter x 4 meter dan dilengkapi meja makan klasik untuk meraikan tetamu dalam pelbagai majlis yang diadakan. "Seni ukiran menarik memenuhi bahagian dalam rumah bagi memastikan dinding tidak kelihatan kosong. Manakala kawasan luar rumah direka untuk mempunyai halaman luas dan dipagari dengan pokok buluh cina," kata Mohd Yusof lagi. Ciri lain yang menarik bagi rumah itu ialah 70 tingkap dan 12 pintu besar yang dibina bagi membolehkan sistem pengudaraan memasuki setiap ruang, manakala bahagian atas tingkap dipasang cermin bagi memberi laluan cahaya semula jadi. Ini penting supaya setiap ruang dan sudut mendapat pencahayaan yang cukup, manakala lantainya yang menggunakan papan cengal kelihatan sentiasa kemas walaupun tidak dibersihkan. Mengulas kejayaan pembelian rumah itu, Mohd Yusof berkata, ia adalah sebahagian usaha kerajaan mengekalkan monumen atau artifak warisan bangsa agar tidak lenyap begitu saja. "Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa membelanjakan wang membeli rumah usang. Ia bukan sekadar soal rumah atau tapak warisan, tetapi kita sebenarnya turut membeli dan mengekalkan bersama ilmu mengenai seni bina Melayu, yang melambangkan intipati kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta acuan corak budaya. "Apa yang pernah menjadi lambang kebanggaan dalam kehidupan silam bangsa dan kini hampir lenyap perlu terus dipertahankan untuk diwarisi," katanya. INFO
|
Jelmaan baru Sunny bakal diperkenal Posted: 15 Apr 2012 09:19 PM PDT NISSAN Almera yang diedarkan di pasaran Amerika Syarikat bakal diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi. TAN Chong Motor Holdings Bhd (TCM), pemegang francais, pengedar dan pemasang tunggal kenderaan Nissan di Malaysia, dijangka memperkenalkan versi baru model Nissan Sunny secara pemasangan tempatan (CKD) pada separuh kedua tahun ini.Sumber berkata, Nissan Sunny, iaitu model yang sudah hampir 15 tahun dihentikan jualannya di Malaysia itu, akan ditampilkan semula dengan nama Almera.Katanya, model yang pernah menjadi kebanggaan pemiliknya sekitar tahun 80-an dan awal 90-an itu akan menemui pengguna di pasaran tempatan dengan janaan kekuatan enjin 1.5 liter lengkap transmisi Xtronic CVT, sekali gus mampu menjadikan penggunaan bahan api lebih cekap dan ekonomi. "Disasarkan kepada golongan keluarga berusia lewat 20-an yang inginkan sebuah kereta bersaiz sederhana dengan kombinasi reka bentuk dinamik dan ruang yang luas, Nissan Almera akan mempunyai penampilan lebih segar, selain daripada dijangka mendahului pesaing lain dalam kelasnya dari segi penjimatan minyak. "Ia bakal diperkenalkan dengan harga cukup berpatutan dalam satu pakej lengkap," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur. Pengurusan kanan TCM bagaimanapun gagal dihubungi bagi mengulas perkembangan ini. Pengenalan model CKD itu bakal memeriahkan lagi industri automotif tempatan sepanjang tahun ini di sebalik pelaksanaan garis panduan pinjaman kenderaan lebih ketat oleh Bank Negara Malaysia. Selain Proton Holdings Bhd yang akan melancarkan kereta global baru pertamanya, iaitu PROTON Preve hari ini, beberapa peserta automotif tempatan lain dijangka turut akan menampilkan barisan model baru serta model yang di naik taraf dengan suntikan ciri elemen yang lebih segar bagi meraih sebahagian penguasaan pasaran automotif tempatan. Nissan Almera dikatakan mempunyai ruang kaki lebih luas berbanding kebanyakan kereta sedan lain, cukup luas untuk lima penumpang dewasa untuk duduk selesa. Model yang dilengkapi dengan rekaan dalaman dan luaran yang serba moden dan disasarkan untuk meneruskan legasi Sunny ini, akan menerapkan ciri hiburan terkini dengan sistem bluetooth, paparan sistem navigasi dengan skrin sentuh lima inci dan sambungan iPod/USB. Penganalisis automotif dari sebuah bank pelaburan tempatan, ketika dihubungi berkata, pengenalan Nissan Almera dijangka akan mengukuhkan lagi penguasaan TCM dalam sektor automotif tempatan. Katanya, ini berikutan model itu berada dalam landasan terbaik untuk muncul sebagai model jualan paling laris buat kumpulan itu dalam tempoh dua tahun ini. "Kami difahamkan pihak pengurusan TCM menetapkan sasaran untuk menjual Nissan Almera sekitar 12,000 hingga 15,000 unit setahun, atau kira-kira 1,000 hingga 1,250 unit sebulan. "Dengan sasaran jualan ini, model berkenaan mudah mengatasi jualan MPV Grand Livina, iaitu model paling laris TCM dengan jualan sekitar 1,000 unit sebulan ketika ini," katanya. Beliau berkata, dengan mengandaikan TCM berupaya meraih jualan sekitar 15,000 setahun, kumpulan itu dijangka mudah untuk menguasai penguasaan pasaran dalam kenderaan segmen B sebanyak sembilan peratus. |
KATMB sasar bank koperasi 2015 Posted: 15 Apr 2012 09:14 PM PDT Koperasi Angkatan Tentera Malaysia tawar khidmat kepada orang ramaiKOPERASI Angkatan Tentera Malaysia Bhd (KATMB) menyasar membuka tiga cawangan Ar-Rahnu mulai Julai ini selaras hasrat meluaskan operasinya untuk mencapai sasaran menjadi bank koperasi menjelang 2015.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Brig Jen (B) Datuk Ahmad Zahudi Salleh, berkata pembukaan cawangan perintis Ar-Rahnu masing-masing di Sungai Besi, Kuala Lumpur; Kluang, Johor dan Melaka itu akan menjadi pembuka jalan kepada KATMB menawarkan perkhidmatan kepada orang awam."Sejak KATMB beroperasi hampir 51 tahun di Malaysia, kami hanya memberi tumpuan dalam memberi kemudahan pembiayaan kepada ahli yang juga anggota tentera dan pesara tentera, namun dengan adanya Ar-Rahnu, perkhidmatan kami lebih luas sehingga kepada rakyat biasa," katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ahmad Zahudi berkata, perniagaan Ar-Rahnu dijangka menjadi aktiviti perniagaan utama KATMB bersama-sama dengan pembiayaan peribadi kepada ahlinya, disusuli dengan pendapatan berasaskan yuran iaitu insurans dan cabang pelaburan lain. "Kami menjangkakan akan memperoleh keuntungan menerusi cabang Ar-Rahnu selepas dua tahun ia beroperasi," katanya. Mengenai pelaburan KATMB tahun ini, beliau berkata, koperasi yang memiliki keahlian mencecah 145,000 orang itu akan terus memberi tumpuan kepada segmen kewangan dan insurans dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai antara koperasi berdaya saing di negara ini. "Kami sedang merangka pilihan tepat sebelum membuat pelaburan kerana ia menggunakan dana pemegang saham atau kumpulan wang anggota (ahli)," katanya. Katanya, KATMB bercadang membeli ekuiti dalam syarikat insurans konvensional bagi mengukuhkan perkhidmatan insuransnya di Malaysia. "Kini, kami sedang meninjau beberapa syarikat yang memiliki reputasi yang baik sebelum memuktamadkan sebarang langkah pembelian ekuiti," katanya. Setakat ini, ia memiliki pegangan 30 peratus dalam Great Eastern Takaful Malaysia, hasil usaha sama dengan I-Great Capital iaitu anak syarikat milik penuh Great Eastern Capital Malaysia. Tahun lalu, KATMB melabur sebanyak RM103 juta dalam pelbagai bidang termasuk hartanah, pembuatan, pengilangan dan perkhidmatan dengan sektor berkaitan kewangan menjadi penyumbang terbesar dari segi pulangan iaitu sebanyak 75 peratus. Sehingga kini, KATMB memiliki pegangan ekuiti sebanyak 16.44 peratus dalam PacificMas Bhd, syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia (dahulunya Pacific Bank Bhd) dan 15 peratus dalam Syarikat Pacific Mutual Fund Bhd. Mengenai prestasi kewangan, Ahmad Zahudi berkata, KATMB menyasar meraih pendapatan sebanyak RM260 juta tahun ini, unjuran pertumbuhan lebih kecil kira-kira lapan peratus berbanding RM241 juta pada 2011. Beliau berkata, pertumbuhan lebih kecil itu hasil kajian dilaksanakan koperasi berdasarkan jangkaan trend pembiayaan yang menurun sebelum ia kembali meningkat untuk beberapa tahun akan datang. "Dari segi keuntungan bersih, kami jangka ia mampu mencapai RM177 juta berdasarkan perkembangan dari segi pendapatan luar biasa iaitu pulangan pelaburan yang dianggarkan mencecah RM60 juta hingga RM70 juta tahun ini," katanya. Pendapatan tahun lalu dicatatkan sebanyak RM241 juta, meningkat 30 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak 33 peratus kepada RM209 juta. |
Sayur, air suam rahsia usia 117 Posted: 15 Apr 2012 07:51 PM PDT PAK MAN membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata sambil diperhatikan isterinya, Saadiah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Denger, Jertih, semalam. JERTIH: Walaupun sudah berusia 117 tahun, ingatan Abdul Rahman Abu Bakar, masih segar dan keinginan untuk bersama wanita tetap kuat, malah mungkin dapat mengatasi keupayaan sesetengah lelaki lain.Itulah kelebihan dimiliki Abdul Rahman atau lebih dikenali Pak Man dari Kampung Denger, dekat sini, yang masih gagah dan sihat, malah boleh bertutur dengan baik berbeza dengan kebanyakan rakan apabila mencapai usia emas.Bukan itu saja, paling menarik lelaki ini pernah bernikah lapan isteri dengan isteri pertama dikahwininya ketika berusia 20 tahun, manakala isteri kelapan ketika berumur 80 tahun. Pak Man bijak mengemudi rumah tangga dengan semua isteri yang pernah dikahwininya, apabila mampu mengawal kehidupan berkeluarga tanpa sebarang sengketa dengan pasangannya. Ketika ditemui di rumahnya semalam, Pak Man mengakui perlu ada rahsia tersendiri untuk terus kekal sihat dan mempunyai isteri sehingga sekarang, meskipun sudah agak berusia. Satu-satunya isteri masih bersamanya ialah, Saadiah Hamat, 71, manakala yang lain sudah meninggal dunia. "Isteri yang lain meninggal kerana sakit tua dan hasil perkahwinan saya dikurniakan lapan anak dan 25 cucu," katanya. Dilahirkan pada 1895, Abdul Rahman yang ketika muda bekerja sebagai tukang rumah dan melalui kehidupan zaman penjajah bersyukur kerana masih dilanjutkan usia dan dapat menikmati segala kemudahan disediakan kerajaan. Beliau berkata, sepanjang berumahtangga hanya sekali dapat berkongsi hidup dengan tiga isteri serentak. "Saya bersyukur dengan kesihatan dan rezeki kurniaan Allah dan gembira melihat anak berjaya dalam hidup," katanya. Abdul Rahman mampu mengaji al-Quran, membaca akhbar serta buku tanpa menggunakan kaca mata dan penglihatan matanya masih baik. Menceritakan rahsia menjaga kesihatan, Abdul Rahman berkata, sejak kecil dia tidak suka makan makanan berlemak, sebaliknya gemar memakan sayur dan air suam. "Walaupun pernah menghisap rokok, tetapi selepas usia 50 tahun, saya cuba berhenti merokok. "Saya juga disahkan doktor tidak mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis seperti yang lazim dialami individu seusia lain," katanya. |
Posted: 15 Apr 2012 07:47 PM PDT TIAP kali menyebut makanan dari Sarawak, menu pertama yang terlintas di fikiran pastinya laksa Sarawak yang mempunyai rasa tersendiri. Laksa nipis atau bihun di dalam kuah laksa yang berlemak dilapisi dengan udang, ayam dan telur di atasnya pasti menggamit rasa kecur air liur bagi mereka yang pernah merasainya. Terbayang pula mi kolok, mi khas dari Sarawak menyerupai mi wantan dengan hirisan daging dan ayam yang telah dicelur dihidangkan bersama sup dan cili kicap. Gabungan ringkas tersebut sungguh menyelerakan. Bagi penduduk Sarawak di Kuala Lumpur yang merindui kampung halaman mereka terutama hidangan asli mereka, tidak perlu gusar mencari jalan mengimport masakan ibu ke sini kerana pelbagai hidangan negeri bumi Kenyalang itu disediakan di Restoran Dapur Sarawak yang terletak di Jalan Gombak. Dimiliki oleh pelakon Mahmud Ali Basha, restoran yang beroperasi sejak penghujung 2008 ini bukan saja menyediakan mi kolok dan laksa Sarawak, malah pelbagai masakan Sarawak yang lain seperti nasi aruk dabai, ayam pansuh dan umai. Pengurus restoran, Sharifuddin Junaidi berkata, semua menu eksotik yang disediakan mereka mengekalkan resipi asli dari sana dan ada beberapa bahan turut diterbangkan khas dari Sarawak bagi mengekalkan rasa sebenarnya. "Bahan seperti mi yang digunakan dalam mi kolok dan buah dabai yang diletakkan dalam nasi aruk dabai hanya boleh didapati di sana. "Buah dabai merupakan buah bermusim yang tidak ditanam di Semenanjung. Buah yang telah dijerukkan itu diletakkan di dalam nasi aruk iaitu nasi goreng dan membuatkan rasanya berbeza dengan nasi goreng biasa. "Selain itu, pelanggan dijamin akan keaslian resipi tersebut kerana pekerja Restoran Dapur Sarawak terutamanya tukang masak juga orang Sarawak," katanya ketika ditemui di Restoran Dapur Sarawak, baru-baru ini. Bagi mereka yang teringin menikmati lauk-pauk Sarawak, boleh mencuba ayam pansuh dan umai udang atau umai ikan yang disediakan bersama-sama pelbagai lauk Semenanjung yang lain. Cerita Sharifuddin, ayam pansuh merupakan hidangan ayam tradisional yang dimasak di dalam buluh bersama-sama pucuk ubi dan halia. Bukan sahaja makanan, restoran tersebut turut memperkenalkan air istimewa di Sarawak iaitu Teh 'C' Special yang menyerupai air teh tiga lapis yang semakin diminati ramai. Teh 'C' Special dikatakan berbeza dengan air teh tiga lapis kerana menggunakan gula apung iaitu gula dari Sarawak menggantikan gula Melaka dan rasanya lebih berlemak. Melengkapkan lagi hidangan bumi Kenyalang, Dapur Sarawak turut menjual kek lapis Sarawak yang sudah pastinya resipi asli dari sana. |
Posted: 15 Apr 2012 07:46 PM PDT GADIS yang memiliki raut wajah manja ini begitu petah berbahasa Melayu dan Inggeris ketika membincangkan masa depan dan kerjayanya, membuatkan beliau kelihatan lebih matang daripada usianya. Sesi fotografi yang diaturkan Khamis lalu di kediamannya yang terletak di Tropicana Golf and Country Resort berjalan lancar tepat seperti masa yang dijanjikan. Dengan gaya ringkas dan bersahaja, Intan Amalina Datuk Mohd. Sarit, 23, menyerlahkan kecantikan semula jadi tanpa calitan solekan. Ternyata personaliti Intan yang sederhana dan tampak merendah diri membuatkan orang sekeliling selesa berbicara dengannya. Tema wanita elegan dan kasual ketika sesi fotografi itu cukup serasi dengan penampilan Intan. Kulitnya yang cerah ditambah dengan tata rias wajah menonjolkan kejelitaan wanita muda ini. Bijak Rutinnya sebagai pelajar undang-undang di salah sebuah universiti di London dan Pengarah Eksekutif Mediaglam Sdn. Bhd., tidak menghalangnya melakukan aktiviti santai pada hujung minggu. Dia gemar membaca untuk meningkatkan pengetahuan. "Budaya membaca merupakan akar tunjang dalam membentuk kekuatan seseorang individu, malah ia mampu menjadi pemangkin peradaban sesuatu bangsa dan sesebuah negara," ujarnya. Justeru, bagi Intan, amalan membaca itu penting untuk meningkatkan pengetahuan mereka sekali gus membina kredibiliti dalam usaha menjadi generasi muda yang dapat memberi sumbangan kepada negara. Berbicara tentang tugasnya di Media Glam, Intan membantu tugas ibunya, Datuk Dr. Fadzilah Muhammad Ali dan memantau majalah digital terbitan syarikatnya, Eternity. Tambah Intan, syarikat Media Glam ditubuhkan adalah bertujuan menyedia dan mengedar bahan bacaan terbitan secara elektronik atau digital kepada masyarakat. "Ini adalah salah satu inisiatif bagi membangunkan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia. Media Glam melalui laman sesawang, http://www.mediaglam.com., menyediakan akses secara percuma kepada orang ramai untuk membaca serta memuat turun kandungan bahan bacaan dan majalah digital," katanya. Perancangan Ditanya tentang perancangannya selepas ini sama ada memilih bidang perniagaan atau peguam , Intan memberitahu sejak remaja dia bercita-cita menjadi peguam. Namun, selepas membantu ibunya menguruskan Media Glam, dia berminat pula menguruskan perniagaan. "Saya memang nak amalkan apa yang saya belajar. Ikutkan saya memang hendak buat kedua-dua bidang ini serentak," jelasnya. Kini, segala jadual dalam bidang pelajaran dan peranannya sebagai pengarah eksekutif diatur dengan bijak. Walaupun masih muda, Intan sebenarnya sudah biasa melihat dan terlibat dalam urusan kerja ibu dan bapanya sejak berusia tiga tahun. Dia kemudian melangkah setapak demi setapak melalui penglibatan dalam pelbagai kerja amal dan persatuan sejak di bangku sekolah hingga universiti. Jelas waktu itu, Intan sudah bijak mengatur jadual pembelajarannya dan dia sendiri tidak pernah hanyut. "Itu yang saya belajar untuk bijak memilih masa dan membuat keputusan. Malah hidup berdikari di London selama enam tahun mengajar saya supaya lebih yakin dan berjiwa kental," ujarnya. |
SMTKL prihatin bantu rakyat Kemboja Posted: 15 Apr 2012 07:43 PM PDT ATAS dasar keprihatinan dan nilai perikemanusiaan yang mendalam, seramai 30 warga Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) telah mengunjungi Kemboja untuk membantu penduduk Islam miskin di beberapa buah kampung di negara berkenaan baru-baru ini. Pengetua Cemerlangnya, Karteni Osman berkata, program pengantarabangsaan Sekolah Kluster Kecemerlangan buat kali pertama itu dapat membantu meningkatkan jati diri serta nilai murni dalam diri para peserta yang terlibat selain mengharumkan nama sekolah di peringkat dunia. "Program Misi Kemanusiaan Kemboja-SMTKL yang diadakan selama lima hari empat malam ini melibatkan 20 pelajar dan 10 guru dengan kerjasama daripada Cambodia Muslim Intelectual Allience (CMIA) International School," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. |
Mahu pinang Yuna, Qi akui semakin serius Posted: 15 Apr 2012 07:41 PM PDT Setelah dua tahun menyulam cinta bersama penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna, Qi yang juga merupakan bekas pemain drum kumpulan OAG mengakui sudah memandang serius terhadap hubungan itu. Baginya, pengacaraan dan lakonan merupakan dua bidang berlainan, oleh itu dirinya perlu bekerja kuat untuk memberikan yang terbaik dalam menjalani karier sebagai pelakon. |
SME BizFest jangka tarik 500,000 PKS Posted: 15 Apr 2012 07:39 PM PDT Program SME BizFest 2012 dijangka menarik lebih 500,000 komuniti peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia yang pastinya memerlukan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk meningkatkan peniagaan. |
Posted: 15 Apr 2012 07:37 PM PDT Keperluan terhadap kepentingan teknologi mudah alih adalah perkara penting dalam era teknologi telekomunikasi dan maklumat (ICT) masa kini. Bagi memenuhi peluang tersebut, satu-satunya syarikat Bumiputera yang semakin giat mencipta nama adalah Idottv Sdn Bhd. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan