Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Zed Zaidi Tidak Matang Pertikai Kemenangan Aaron Aziz
- Impian Aznil jadi nyata
- Tasha Shila Lebih Selektif Memilih Watak Selepas Menang ABPBH
- Siti langgar pantang
- Kamal Adli Kagum Intan Ladyana Sanggup Menanti Dilamar
- Kejutan 8 April
- Dua beradik dicekup
- Dividen AHB 3.25 sen seunit
- Saya tidak kontroversi - Rihanna
- Anne Hathaway Tampil Rambut Pendek
- Nicki Minaj Jadikan Madonna Inspirasi
- KFC sasar 15 cawangan baru
- Lelaki curi udang dari pasar raya dijel seminggu
- Bukan salah syiling baru
- Mata bayi terbonjol, bengkak
- Batu nisan 600 tahun ditemui
- Ops 6P: 15 pekerja asing ditahan
- Pelajar ponteng sekolah, lepak di pusat siber
- Isteri nusyuz dituntut bayar RM1 juta
- Berebut minyak masak ‘percuma’
- Pemandu didakwa sebab kematian
- Wanita dera anak kekasih dipenjara 8 tahun
- Sekat sebar SMS porno, permainan terselindung
- Stesen minyak Esso kering petrol, diesel
- Subahat rasuah dengan isteri
Zed Zaidi Tidak Matang Pertikai Kemenangan Aaron Aziz Posted: 09 Apr 2012 10:08 PM PDT PETALING JAYA: Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu. Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). "Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing. "Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura. Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan. Dalam pada itu, Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu "periuk nasi" Zed Zaidi selama ini. "Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia," sindir Aaron. Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon. "Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak," katanya. Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul dengan beberapa buah tangan terbaru untuk para peminatnya iaitu filem KL Gangster 2, Kerat 14, Taikun dan Taicoon serta drama bersiri Adam dan Hawa untuk Astro Prima. Selain itu, Aaron memberitahu pada bulan Jun depan dia bakal berangkat ke Brunei bagi menjalani penggambaran filem pertama terbitan syarikat produksi negara itu dan juga dipilih oleh KRU Studios untuk terlibat dalam Cicakman 3. Tahun ini adalah cukup sibuk untuk saya kerana banyak projek yang perlu dilunaskan dan ini semuanya rezeki daripada Allah untuk saya dan keluarga," katanya. Aaron diumumkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2011 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands dengan undian sebanyak 87,669. Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana 2.5 sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Rafflesia bernilai RM250 ribu. Dia turut memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular menerusi acara itu. | ||
Posted: 09 Apr 2012 10:07 PM PDT AZNIL gembira dengan kejayaan Zizan sebagai Pengacara TV Lelaki Popular. Sebaliknya Aznil Nawawi cukup bersyukur apabila bakat yang dicungkil daripada program Raja Lawak, Zizan Razak, tampil menggantikan tempatnya.Terlalu gembira dengan keputusan yang diumumkan Datin Seri Normala Shamsudin dan Nurul Syuhada, Aznil secara spontan bangkit dari tempat duduknya, lalu berlari ke atas pentas untuk menyerahkan sendiri trofi itu kepada Zizan.Ketika dia berlari-lari anak ke pentas, wajahnya nyata kelihatan riang, seperti yang dapat disaksikan peminat di Arena of Stars, Genting Highlands, mahupun penonton TV3 di rumah. Bukan gimik murahan, sebaliknya kata pengacara pelbagai bakat itu, dia sudah mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam dunia seni dan penyiaran tanah air. Justeru, sememangnya sudah lama dia menantikan tibanya saat itu. "Sejak tiga tahun lalu saya sudah memberikan isyarat kepada pengacara lain supaya bangkit dan lakukan kejutan. Saya tidak mahu lagi memegang trofi ini. Saya rasa sedih apabila melihat bidang pengacaraan seolah-olah tidak berkembang apabila peminat terus memberikan kepercayaan kepada saya. "Sebenarnya sejak tahun lalu lagi saya menjangkakan Zizan akan menggantikan tempat saya, tetapi ia tidak berlaku. Namun, hari ini (kelmarin), apa yang saya inginkan menjadi nyata. Saya akan terus berkerja seperti biasa untuk melahirkan lebih banyak pelapis dalam bidang ini," katanya. Aznil yang mula menjadi perhatian selepas mengendalikan program realiti Akademi Fantasia, menjulang trofi itu sejak ABPBH edisi 2003 sehingga 2010. Dia seakan mempunyai benteng kuat, yang sukar untuk dirobohkan. Sebagai pengacara berpengalaman, Aznil masih mengharapkan kategori ini berupaya mempunyai saingan kuat pada masa akan datang. "Saya berharap, pengacara lain jangan mengamalkan sikap suka menunggu. Sebaliknya, cuba bersikap agresif kerana peminat sekarang sukakan perubahan segera. "Cuba ambil kemenangan Zizan sebagai cabaran sekiranya mereka ingin berjaya dalam bidang ini. Saya juga berharap tidak wujud benteng antara pemenang dengan calon yang tewas," katanya. | ||
Tasha Shila Lebih Selektif Memilih Watak Selepas Menang ABPBH Posted: 09 Apr 2012 10:06 PM PDT GENTING HIGHLANDS: Pelakon Tasha Shila akan lebih selektif dalam pemilihan watak selepas ini kerana tidak mahu para peminat dan penonton berasa bosan dengan kemunculannya di televisyen. Tasha berkata, dia mengambil keputusan itu adalah kerana tidak mahu dilabel sebagai artis "stereotype" kerana sering tampil dengan watak sama. "Bukan demand tetapi ingin mengelakkan orang berasa bosan sebab asyik bawa watak yang sama sahaja setiap masa. Tambahan pula, tahun ini saya memang berazam untuk mempelbagaikan lagi kebolehan berlakon supaya kehadiran saya dapat memberi kesan kepada penonton," ujarnya kepada mStar Online. Tasha ditemui selepas berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di sini pada malam Ahad. Pelakon itu memenangi kategori Pelakon Wanita Baru Popular pada majlis tersebut. Tambah Tasha, dia juga akan lebih memilih projek filem yang diterimanya kerana sebelum ini tiga filem lakonannya tidak memberikan impak kepada penonton. "Ada beberapa tawaran filem pada tahun ini tetapi saya perlu lebih berhati-hati memilih kerana mahu watak itu memberikan impak kepada penonton dan bukan hanya diingati sebagai pelakon yang sering bawa watak 'gedik'," katanya. Bagaimanapun, Tasha berkata, keputusannya itu tidak ada kena mengena dengan kemenangannya pada ABPBH 2011 sebaliknya merasakan perkara itu perlu dilakukan untuk memastikan kerjaya lakonannya stabil. "Saya masih orang yang sama sebelum memenangi anugerah ini dan rasanya tiada sebab untuk berubah selepas memenangi anugerah ini. "Kemenangan di ABPBH 2011 adalah sebagai satu tanggungjawab kepada saya untuk lebih serius terhadap apa yang saya lakukan dan yakin peminat sentiasa bersama saya," ujarnya. Dalam pada itu, Tasha berkata, dia memasang angan-angan untuk melebarkan kerjaya seninya ke peringkat luar negara sebagai pelakon dan berharap cita-citanya itu akan tercapai suatu hari nanti. Tasha berkata, dia perlu bekerja keras untuk merealisasikan impiannya itu kerana menyedari ia bukan satu perkara mudah. "Semenjak bergelar pelakon telah banyak perkara yang saya lalui sama ada baik atau pun buruk demi mengejar sebuah kejayaan. Namun saya tidak pernah berputus asa. "Atas dorongan itu juga saya yakin dapat mengejar impian saya dengan berkat doa keluarga, peminat dan usaha," katanya. Sementara itu, Tasha memberitahu dia bakal muncul dengan beberapa buah drama dan telefilem seperti Landasan Cinta, Takdir Yang Terindah dan Friday I'm in Love. | ||
Posted: 09 Apr 2012 10:04 PM PDT WANITA yang cukup dikenali ramai ini pernah mengumumkan penarikan dirinya daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selepas menerima trofi Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular pada majlis anugerah edisi ke-23, kira-kira dua tahun lalu.Masih terngiang-ngiang di telinga ucapannya itu, bagai baru semalam ia dilafazkan penyanyi yang juga pengusaha produk kecantikan ini.Saya bersetuju untuk turut serta (dalam pertandingan) hanya untuk kali ini sebagai tanda sokongan di atas sambutan ke-25 tahun ABPBH. Lagipun, kategori yang diwujudkan adalah yang terbaik antara terbaik, jadi semestinya saya tidak mahu ketinggalan memeriahkan lagi sambutan ini. - Datuk Siti Nurhaliza Peminat sendiri amat maklum, Datuk Siti Nurhaliza berbuat demikian bagi memberikan laluan kepada artis lain untuk sama-sama berkongsi kemanisan pengalaman menggenggam trofi idaman ramai berkenaan, seterusnya menggalakkan lagi perkembangan industri seni hiburan tanah air. Bagaimanapun, kelmarin, bertempat di lokasi cukup bersejarah buatnya, Arena of Stars, Genting Highlands, penyanyi yang lebih sedekad mengungguli kategori penyanyi wanita pada anugerah berprestij ini 'melanggar pantang' apabila kembali mendaki tangga pentas ABPBH untuk menerima trofi yang dipertandingkan. Bezanya, kali ini dia menggenggam Anugerah Seri Perak, kategori yang diadakan khas sempena 25 tahun ABPBH. Pada Ahad lalu, Siti buat kesekian kali berdiri di podium dan berucap sebagai pemenang, selepas menewaskan 11 lagi bekas pemenang Bintang Paling Popular yang dicalonkan dalam kategori istimewa terbabit. Anggun dalam persalinan rekaan Rizman Ruzaini, Siti berkata, dia sedia bertanding pada kali ini sebagai menghormati usaha Berita Harian, yang meraikan sambutan jubli perak anugerah yang banyak meninggalkan kenangan indah buat dirinya. Bagaimanapun, selain anugerah khas itu, isteri kepada usahawan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini tetap berpegang teguh kepada keputusannya, untuk tidak bertanding lagi pada ABPBH. "Saya bersetuju untuk turut serta (dalam pertandingan) hanya untuk kali ini sebagai tanda sokongan di atas sambutan ke-25 tahun ABPBH. Lagipun, kategori yang diwujudkan adalah yang terbaik antara terbaik, jadi semestinya saya tidak mahu ketinggalan memeriahkan lagi sambutan ini. "Namun sejujurnya, saya tidak menyandarkan sebarang harapan untuk menang. Saya tetap berdebar menantikan keputusan dan ia tindak balas semula jadi setiap kali menyertai pertandingan. "Malah, saya sendiri bagai tidak percaya ketika diumumkan sebagai pemenang. Disebabkan itu, sewaktu nama saya disebut, saya agak lambat bangun untuk mengambil trofi," katanya yang turut diberikan penghormatan sebagai artis pembuka tirai malam kemuncak, bersama-sama Stacy dan Alyah. Selain Siti, turut dicalonkan dalam kategori itu ialah Aishah, Zainal Abidin, Eman Manan, Datin Sofia Jane, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Rosyam Nor, Saiful Apek, Mawi, Nabil dan Shaheizy Sam. Siti yang melangkah ke dunia nyanyian pada usia 16 tahun, memenangi trofi pertama Bintang Paling Popular pada ABPBH1996. Pada edisi sama, dia juga memenangi kategori Penghibur TV Popular, Artis Remaja Popular dan Penyanyi Wanita Popular. Tahun berikutnya, trofi Bintang Paling Popular mula menjadi miliknya selama lima tahun berturut-turut. Dia bagaimanapun pernah tewas di tangan Rosyam Nor, Saiful Apek, Mawi dan Nabil, tetapi kembali merampas gelaran berkenaan pada 2004 dan 2009. Ujar penyanyi ini, kemenangan tidak akan menjadi miliknya tanpa peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya. "Trofi ini ialah hadiah di atas sokongan peminat setia saya. Lebih istimewa, trofi ini hadir pada saat saya baru saja meraikan ulang tahun ke-17 pembabitan dalam dunia nyanyian. Sesungguhnya saya amat bertuah kerana mempunyai peminat seperti mereka. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kesetiaan peminat buat tempoh waktu yang lama," katanya. | ||
Kamal Adli Kagum Intan Ladyana Sanggup Menanti Dilamar Posted: 09 Apr 2012 10:03 PM PDT PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli, 25, sangat kagum dan menghargai pengorbanan kekasihnya iaitu Intan Ladyana, 29, yang sanggup menunggu untuk dilamar sebagai isteri. Kamal berkata, dia faham dengan situasi Intan yang sedang menanti untuk dipinang apatah lagi ketika keluarga dan saudara-mara mula berkata-kata mengenai perhubungan mereka, namun dia belum bersedia daripada segi hal kewangan. "Saya hormat pada Intan dan hargai pengorbanannya kerana sabar menunggu saya yang masih lagi membina karier untuk lebih kukuh. "Malah dia juga tidak kisah dengan persoalan orang di sekeliling yang bertanyakan tentang bilakah tarikh perkahwinan kami," katanya. Bagaimanapun tambah Kamal, dia akan menamatkan zaman bujangnya sebelum berusia 30 tahun akan mengukuhkan sumber kewangannya sebaik sebelum bergelar suami. "Kita nak jaga anak orang, jadi kalau boleh biarlah kita ada aset sedikit seperti rumah terutamanya, demi keselesaan bakal isteri. "Saya juga mahu meyakinkan keluarga Intan yang saya boleh menjaganya," ujar Kamal. Walaupun pelbagai gosip cinta yang melanda dirinya dengan pelakon-pelakon wanita lain, Kamal bersyukur kerana Intan bukanlah seorang yang mudah melenting kerana dia memahami tidak semua gosip itu benar. "Memang kita tidak boleh nak elak daripada cakap-cakap orang, tetapi Alhamdulillah, kami saling mengenali antara satu sama lain dan faham dengan situasi yang berlaku. "Harap-harap, jodoh kami panjang, doakan untuk kebahagiaan kami ya," tuturnya. | ||
Posted: 09 Apr 2012 10:00 PM PDT Aaron Aziz dan Maya Karin BAGAI menepati ramalan ramai, Aaron Aziz adalah calon paling layak menerima pengiktirafan tertinggi, Bintang Paling Popular 2011 kerana fenomena yang dicetuskan menerusi setiap sentuhannya dalam lapangan seni lakon. Meskipun sejak awal lagi anak seni berusia 36 tahun ini enggan terus terbuai dengan pandangan dan ramalan teman sekeliling, namun akhirnya tanggal 8 April lalu menjadi saat paling indah dalam kerjaya seninya. Menyifatkan kemenangannya itu bagai bulan jatuh ke riba kerana mampu membawa mimpinya ke lantai realiti, pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz ini tidak henti mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat yang setia untuk terus meletakkannya tinggi ke atas tanpa memikirkan soal status mahupun warga negara.
Akhirnya keikhlasan saya dalam bekerja hingga menumpang di negara orang berbaloi apabila ia diiktiraf setinggi ini. Saya hanya mampu tersenyum kerana semuanya melangkaui imaginasi saya dan sukar diterima akal.Mana tidaknya, saya menerima anugerah tertinggi dan semuanya atas undian daripada peminat. Itu sudah cukup membahagiakan saya kerana punya rasa disayangi dan dihargai. Pastinya budi mereka yang tidak jemu memangkah nama saya akan saya bayar dengan mutu lakonan yang masih gigih diperbaiki dari masa ke semasa. "Apapun saya tidak sekali terlintas soal popular dan tinggi kerana sepanjang menumpang rezeki di industri seni Malaysia, saya sedar akan saingan dan bakat luar biasa kebanyakan pelakon di sini. Mereka punya pesona dan sudah tentu senario itu menjentik semangat untuk saya semakin berusaha," katanya. Bertemu dengannya di majlis sidang media sejurus tamat Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 bersama isteri juga pengurusnya, Diyana Halik yang tidak lekang di sisi jelas mencerminkan wajah seronok tidak terkata di sebalik raut wajah kacaknya. Selama ini Diyana setia berdiri teguh di sisi aktor paling popular itu sepanjang waktu. Selain dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular mendahului beberapa bintang lain di belakangnya termasuk Fasha Sandha, Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Tasha Shilla, Aaron turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular menewaskan Sam, Remy Ishak, Bront Palarae dan Syamsul Yusof. Menganggap Sam sebagai calon paling layak selain dirinya, Aaron yang sebelum ini popular menerusi drama siri Rahsia Hati, Cinta Gila, Nora Elena dan Stanza Cinta hanya bersyukur kerana masih ada ruang buatnya memperkenalkan bakat. "Saya memang terkejut dengan segala kemenangan kerana sejak awal lagi, saya sudah cakap dengan isteri dan teman-teman yang trofi bukanlah satu kemestian atau perkara wajib yang perlu difokus sebaliknya saya hanya ingin meraikan teman-teman dan membantu memeriahkan lagi industri hiburan tempatan. "Jika tiada rezeki sekalipun, saya akan tetap berlakon kerana memang itu saja yang menjadi sumber pendapatan saya bagi menyara keluarga. Lantas dengan trofi yang kini sudah pun menjadi milik saya adalah bonus untuk memberi kekuatan kepada saya. "Insya-Allah saya akan terus memberikan yang terbaik dan moga pengiktirafan ini akan memudah saya mendapatkan taraf penduduk tetap untuk keluarga," katanya yang sudah pun menghantar borang permohonan hujung tahun lalu dan kini menanti panggilan mengenai keputusan. Aaron bagaimanapun meluahkan rasa ralat kerana kemenangannya malam kelmarin tidak dapat disaksikan anak-anaknya. "Anak semuanya terikat dengan komitmen sekolah dan saya tidak mahu mereka terbabit dalam majlis-majlis sebegini. Lantas saya sedikit terkilan kerana anak-anak tidak berpeluang melihat saya menjulang anugerah kerana mereka adalah pengkritik dan peminat setia saya selama ini," katanya yang sebelum ini pernah membintangi filem Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur dan KL Gangster. Selain Aaron, ABPBH2011 turut memperlihatkan beberapa kejutan apabila aktor Fizz Fairuz dipilih Pelakon TV Lelaki Popular buat julung kalinya sekali gus mengenepikan Sam, Aaron, Adi Putra dan Fauzi Nawawi. Bintang muda Johan Asa'ri dan Tasha Shilla pula dipilih menjadi pemenang bagi kategori Artis Baru Lelaki dan Wanita selain Zizan Razak memecah monopoli Aznil Nawawi selama sembilan tahun menerusi Pengacara Lelaki Popular. Pengacara dan pelakon, Didie Alias yang juga menjadi pengacara ABPBH2011 bersama Raja Azura, Sharifah Shahirah dan Zizan buat pertama kali untuk menerima trofi Pelakon Komedi Wanita Popular. Farah Fauzana masih kekal bersama pengiktirafannya, Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular. Fasha Sandha turut berjaya mengekalkan rekod masing-masing apabila masih relevan memegang trofi Pelakon TV Wanita Popular. Sempena 25 tahun penganjurannya, ABPBH2011 turut meraikan kategori Seri Perak yang menjadi milik Datuk Siti Nurhaliza. Keseluruhannya, pentas ABPBH2011 penuh kejutan dan diwarnai wajah segar. | ||
Posted: 09 Apr 2012 09:58 PM PDT GANAS...aksi suspek membelasah anggota polis. PAPAH...anggota polis dicederakan dibantu rakan. KUCHING: Dua beradik yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota polis dibelasah ketika perlawanan Liga Super antara Sarawak menentang Kelantan di Stadium Negeri, Sabtu lalu, ditangkap di rumah mereka di Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya, kelmarin. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, suspek berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan di rumah mereka pada jam 5 petang, selepas usaha mengesan mereka sebaik tamat perlawanan tidak berhasil.
"Suspek ditahan reman sehingga siasatan selesai dan baju yang dipakai ketika kejadian turut disimpan untuk dijadikan bahan bukti.
Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mangsa dikejarkan dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut, sebelum dibenarkan pulang. | ||
Posted: 09 Apr 2012 09:56 PM PDT AGIHAN KETIGA...Nor Azamin (kanan) dan Kamalul Arifin mengumumkan dividen AHB di Kuala Lumpur, semalam. PELABURAN Hartanah Bhd (PHB), anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan Mayban Investment Management Sdn Bhd, mengumumkan agihan pendapatan interim 3.25 sen seunit membabitkan pembayaran berjumlah RM32 juta kepada pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac lalu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mayban Investment Management, Nor Azamin Salleh berkata, tahun lalu pihaknya membayar dividen sebanyak RM50 juta iaitu membabitkan RM19 juta bagi pendapatan pertama dan pendapatan kedua sebanyak RM31 juta.
"Pembayaran untuk kali ini akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank pemegang unit pada 10 April 2012 (hari ini)," katanya ketika mengumumkan pembayaran dividen AHB bagi enam bulan berakhir 31 Mac 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
"Ketika ini, kami mempunyai lapan hartanah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.4 bilion dan kami akan mengumumkan beberapa pelaburan baru apabila masanya tiba nanti. Selain hartanah runcit dan pejabat, kami turut berminat melabur dalam pemilikan tanah," katanya. | ||
Saya tidak kontroversi - Rihanna Posted: 09 Apr 2012 09:52 PM PDT RIHANNA dakwa tidak pernah berniat mencetuskan kontroversi. BEBERAPA video Rihanna perlu menjalani tapisan kerana dianggap terlalu menjolok mata. Bagaimanapun, di sebalik pakaian terdedah dan kurang sopan ketika beraksi di pentas, penyanyi itu menegaskan dia bukan mahu mencetuskan kontroversi. Video terbarunya 'We Found Love" menarik perhatian kerana pendedahan isu dadah dan keganasan.
Rihanna yang sudah pun menguasai dunia muzik, kini menceburi industri perfileman apabila melakonkan watak pembantu dalam filem aksi terbaru, 'Battleship.' Mengingat kembali mengenai awal pembabitannya dalam dunia lakonan, Rihanna berkata: "Saya hanya tahu saya ada pertemuan dengan seseorang dan dia kemudian mula bercakap dan menunjukkan saya banyak gambar makhluk asing. "Hinggalah ke akhir perbicaraan baru saya sedar dia adalah pengarah filem itu (Peter Berg)." Rihanna mengakui dia mempunyai sedikit ilmu mengenai senjata. Dia menjelaskan: "Saya menyertai kadet ketika berusia 11 tahun." Bidang muziknya mungkin tergendala seketika ketika dia menggilap nama sebagai aktres tetapi Rihanna belum mahu melupakan persembahan di pentas. Dia mengesahkan akan melakukan konsert jelajah dunia tahun depan. Penyanyi 'You Da One' itu tidak menunjukkan tanda akan memperlahankan karier muziknya walaupun tidak lama dulu dia menyingkatkan konsertnya berjudul Loud. Rihanna memberitahu Capital FM: "Kami akan mengadakan konsert tahun depan." Jelitawan itu menjelaskan konsert itu adalah lebih besar dan lebih memberi impak berbanding dengan sebelum ini. Rihanna berkata: "Tahun ini kami merancang untuk menjadikan ia lebih besar berbanding yang terdahulu dan lebih memberi kesan, mungkin sesuatu yang berbeza, jadi peminat saya pasti seronok mengenainya." Ketika ditanya lebih lanjut mengenai konsert itu, dia berkata: "Terlalu awal untuk bercakap mengenainya!" Minggu lalu dia berada di Jepun untuk mempromosikan kariernya dalam bidang filem menerusi Battleship. Penyanyi itu memegang watak pegawai tegas bernama Cora Raikes. | ||
Anne Hathaway Tampil Rambut Pendek Posted: 09 Apr 2012 09:51 PM PDT SEBELUM ini, pelakon Anne Hathaway mengakui telah mengikuti diet ketat apabila hanya mengambil sebanyak 500 kalori sehari demi menjayakan sebuah filem lakonannya. Kini, pelakon filem Les Miserables itu turut mengorbankan rambut panjangnya dan tampil dengan imej berambut pendek. Namun tidak dapat dipastikan adakah Anne memotong rambut kerana peranan baru dalam filem atau memang ingin tampil dengan imej baru. Dailymail melaporkan, kelibat Anne, 29, dengan imej baru itu dilihat selepas meninggalkan sebuah kelab malam pada Ahad lalu sehingga ada yang tidak perasan kehadirannya. Anne ketika itu bersama tunangnya, Adam Shulman dan beberapa teman lain kelihatan tidak selesa apabila pengunjung asyik memerhatikan dirinya. Rasa kekok itu telah membuatkan pelakon itu menyembunyikan rambutnya di sebalik jaket yang dikenakan. | ||
Nicki Minaj Jadikan Madonna Inspirasi Posted: 09 Apr 2012 09:44 PM PDT PENYANYI rap, Nicki Minaj menjadikan ratu pop, Madonna sebagai inspirasinya dalam bidang nyanyian. Menurut Nicki, dia bukan sahaja kagum dengan kejayaan penyanyi itu yang dapat bertahan selama 30 tahun dalam bidang nyanyian tetapi turut menjadikan Madonna sebagai idola. "Madonna bukan hanya sukses sebagai penyanyi tetapi juga bijak mengimbangi kehidupan selebriti dan peribadinya," ujarnya. Nicki yang terkenal dengan lagu "Superbass" itu baru-baru ini muncul bersama Madonna dalam lagu Give Me All your Luvin dalam album terbaru diva itu berjudul MDNA. "Dapat bekerjasama dengan Madonna adalah seperti mimpi yang tidak mungkin akan terjadi. "Dia juga telah memberi motivasi kepada saya untuk terus melangkah maju sebagai seorang penyanyi," ujarnya. | ||
Posted: 09 Apr 2012 09:43 PM PDT Restoran makanan segera pilihan ramai, KFC menyasarkan pembukaan 15 cawangan baru melibatkan kos pelaburan sehingga RM40 juta sepanjang tahun ini, dengan 10 daripadanya adalah restoran berkonsepkan pandu lalu. Pengarah Urusan KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Jamaludin Md Ali berkata, selain pasaran tempatan, KFC juga optimis membuka 16 cawangan baru di India dengan pelaburan RM24 juta. Menurutnya, daripada segi perolehan, Malaysia adalah penyumbang utama (65 peratus) diikuti Singapura, 30 peratus, manakala Brunei dan India masing-masing lima peratus pada tahun lalu. Sejajar meningkatkan kualiti kerja, Jamaludin berkata, KFC berusaha meningkatkan system wide sales sebanyak 10 hingga 15 peratus pada suku kedua tahun ini serentak pelancaran kempen besar-besaran menggantikan cogan kata Finger Lickin Good kepada yang baru iaitu So Good "Kempen fasa satu yang bertemakan That's Why It Taste So Good lebih tertumpu pada cita rasa unik ayam goreng, ia adalah salah satu inisiatif pemasaran besar-besaran bagi KFC dengan perbelanjaan melebihi RM4 juta bagi pengiklanan dan promosi termasuk televisyen, radio, akhbar, iklan paparan luar dan secara atas talian," katanya pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya, semalam. Katanya, KFC menggunakan ramuan 11 herba dengan rempah rahsia serta teknik memasak istimewa menggunakan tekanan menghasilkan ayam goreng dengan cita rasa unik. | ||
Lelaki curi udang dari pasar raya dijel seminggu Posted: 09 Apr 2012 09:42 PM PDT KUALA TERENGGANU - Taktik kotor seorang lelaki menyembunyikan udang basah curi dalam baju dipakainya, kantoi apabila dia ditangkap. Lebih malang, bapa kepada dua anak itu, Mohd Hamzah Mohd Nor, 31, dari Kampung Baru Seberang Takir, di sini, terpaksa meringkuk dalam penjara selama tujuh hari dan dikenakan denda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Bukan itu sahaja, Mohd Hamzah yang bekerja sebagai buruh turut berdepan hukuman penjara dua bulan lagi jika gagal menjelaskan denda. Hukuman terbabit dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri udang basah seberat 1.202 kilogram bernilai RM24.03 milik Pasar raya Mydin Mall, Jalan Sultan Mahmud, di sini, kira-kira jam 3 petang pada 8 April lalu. Tertuduh mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam. Berdasarkan fakta kes, tindakan tertuduh disedari oleh pengawal keselamatan bertugas dan terus memaklumkan kepada rakan setugas supaya menunggunya di luar pasar raya. Bagaimanapun, tertuduh berjaya ditahan di kedai berhampiran iaitu di kawasan yang melepasi pintu imbasan. Tertuduh kemudian dibawa ke bilik pengawal keselamatan dan mengaku mencuri udang basah itu yang disembunyikan di dalam bajunya sebelum dia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. | ||
Posted: 09 Apr 2012 09:40 PM PDT Ada sesetengah pendapat mengatakan duit syiling baru 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen membawa masalah kepada pengguna sekarang, kerana mesin bayar dan peraga (mesin letak kereta) masih menggunakan saiz syiling lama. Namun, masalah tersebut dikesan bukanlah masalah sejagat atau menyeluruh kerana terdapat pengusaha yang sudah bersedia menghadapi fenomena edaran syiling baru yang lebih comel itu. Ia bukan sesuatu yang tidak dijangka kerana Bank Negara sudah membuat makluman, lebih enam bulan lalu. Sehubungan itu, Sinar Harian membuat tinjauan terhadap dua buah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan mesin bayar dan peraga di beberapa kawasan di Selangor. Ketua Pengarah Operasi syarikat Godell Parking Sdn Bhd, Usman Ali Mustafa berkata, syiling baru sememangnya tidak mendatangkan masalah kepada pengguna di kawasan yang diurus oleh syarikatnya, meliputi jajahan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Daerah Kuala Langat dan beberapa petak di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurutnya, selepas dimaklumkan Bank Negara berkenaan edaran syiling baru, syarikatnya telah memprogram semula dan menaik taraf sekurang-kurangnya 2,000 mesin di sekitar kawasan Selangor dan DBKL untuk tujuan syiling baru. "Proses itu merangkumi pemprograman semula dan pemasangan perisian, menaik taraf pungutan syiling, pemasangan di lokasi, penentuan ukuran kerana syiling baru berbeza berat dan saiz, termasuk membuat ujian dan pengesahan. "Namun, pengubahan ini bukan melibatkan kos yang kecil sebaliknya menelan belanja kira-kira RM2.2 juta kerana semua peralatan memprogram semula diimport dari Perancis. Tambahan pula, melibatkan lebih 40 jurutera syarikat yang bertanggungjawab memprogram semula semua mesin. "Syarikat tanggung sendiri kos berjuta-juta itu, bukan ada subsidi daripada kerajaan," ujar Usman Ali. Menurutnya, pihaknya mengambil langkah pantas supaya memudahkan pengguna dan hasilnya, semua mesin milik syarikatnya kini boleh menerima syiling lama dan baru. "Oleh itu, tidak ada masalah bagi pengguna di kawasan yang diuruskan oleh syarikat saya," tegas beliau. Bagaimanapun, hasil tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan di Shah Alam mendapati, kebanyakan mesin tidak boleh menerima syiling baru. Malah ada yang diletakkan notis "mesin ini tidak boleh menerima duit syiling baru". Orang awam dikenali sebagai Man berkata, mujurlah dia ada membawa duit syiling lama, jika tidak pasti menjadi masalah kerana mesin masih tidak boleh menerima syiling baru. Berhubung keadaan itu, Sinar Harian mendapatkan maklum balas daripada syarikat yang bertanggungjawab, Suasa Efektif (M) Sdn Bhd berhubung isu syiling baru ini. Pegawai Perhubungan Awam dan Pemasarannya, Rosli Mat Zin berkata, bahagian operasi syarikatnya kini sedang menjalankan proses program semula ke atas semua mesin secara berperingkat. Sementara itu, Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah dimaklumkan syarikat berkenaan sedang memprogramkan semula setiap mesin secara berperingkat. "Kami difahamkan, Suasa Efektif sedang melaksanakan proses itu dan diharap selesai dalam tempoh yang cepat untuk kemudahan orang ramai," katanya. | ||
Posted: 09 Apr 2012 09:38 PM PDT PENDANG – Sepasang suami isteri di Kampung Sungai Baru mukim Air Puteh dekat sini, hanya mampu menanggung kesedihan apabila mengenang nasib anak mereka yang menghidap penyakit Glaucoma apabila kedua matanya terbonjol. | ||
Posted: 09 Apr 2012 09:36 PM PDT BENUT – Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan kubur lama oleh penduduk Kampung Parit Hassan Benut di sini berjaya membawa kepada penemuan mengejutkan apabila mereka menjumpai sebuah kubur lama dengan batu nisan dipercayai berusia lebih 600 tahun. Batu nisan yang terukir dalam tulisan Bugis lama ini turut mencatatkan tahun 1350 pada batu berkenaan dan sekiranya ia benar, penemuan itu perlu diangkat sebagai bahan sejarah seperti penemuan Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan berusia 700 tahun. Imam Surau Parit Hassan, Milok Woddi, 63, berkata, dia tidak menyangka menemui batu nisan tersebut memandangkan tanah perkuburan lama itu sebelum ini dipenuhi semak dan terbiar sehingga ramai penduduk tidak mengetahui kewujudan kawasan kubur terbabit. "Saya sendiri yang berketurunan dan fasih berbahasa Bugis, turut tidak dapat memahami tulisan pada batu nisan ini berikutan tulisan yang digunakan adalah tulisan lama," katanya. Katanya, tanah perkuburan lama seluas dua hektar itu mempunyai kira-kira 200 kubur berdasarkan kepada cerita orang-orang lama di kawasan itu dan ia terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit, agak jauh dari rumah penduduk serta kerap dinaiki air sekiranya hujan lebat. "Batu nisan yang digunakan bukan dari sembarangan batu dan berdasarkan kepada bentuk dan warna, ia betul-betul batu asli yang tidak akan rosak walau sudah terendam dengan air banjir berulang kali," katanya. Selain itu, katanya, bentuk batu nisan yang agak besar dan sukar untuk ditemui lagi kini, memberi gambaran tanah perkuburan terbabit sudah begitu lama usianya. "Hanya orang-orang lama sahaja di kampung ini mengetahui tentang kewujudan kubur lama ini, memandangkan sebelum ini ia dipenuhi dengan semak samun setebal hutan rimba, dan kedudukan agak jauh sehingga perlu merentasi beberapa ladang sawit," katanya. Dia yang tinggal di kampung itu sejak kecil lagi, bersyukur dengan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan secara bergotong-royong sebelum ini berjaya menemukan batu nisan terbabit. "Penduduk kampung di sini terpanggil untuk membuat gotong-royong secara berperingkat-peringkat sejak setahun lalu untuk membersihkan kawasan kubur lama ini selepas ada penduduk yang bertanya mengenai kubur terbiar ini," katanya. Penduduk gesa bina jalan masuk Berikutan penemuan itu, penduduk kampung berkenaan berharap Jabatan Agama Islam Johor ( Jaij ) mahupun Pejabat Agama Daerah Pontian dapat mengambil langkah yang sewajarnya bagi memulihkan semua kubur-kubur lama itu. Menurut Setiausaha Surau Kampung Parit Hassan, Saadon Badilah, 45, dia berharap sebatang jalan masuk dapat dibina bagi memudahkan penduduk dan waris melawat tanah perkuburan terbabit. Katanya, sebidang tanah kebun kelapa sawit yang hampir dengan kawasan tersebut dilihat bersesuaian untuk pembinaan jalan terbabit. "Tetapi ia pastinya memerlukan peruntukan pihak kerajaan bagi membina jalan tersebut kerana penduduk tidak mampu untuk mengeluarkan belanja sendiri ," katanya. Penduduk lain, Ambok Lalak Woddi, 65, memberitahu tanah perkuburan berkenaan masih digunakan penduduk pada era 50an. Namun selepas pembinaan jalan baru ke kampung berkenaan dibuat ketika itu, jalan masuk ke kampung yang dahulunya berhampiran dengan kawasan kubur lama itu, terus terbiar. Akibatnya, ramai yang tidak menyedari kewujudan kubur di situ sehinggakan ia dipenuhi dengan semak samun seperti hutan. Justeru, sekiranya penemuan itu benar, usaha perlu dilakukan bagi membolehkan kubur-kubur di kawasan berkenaan dipelihara dengan sempurna seterusnya menjadi tinggalan sejarah kepada generasi muda. | ||
Ops 6P: 15 pekerja asing ditahan Posted: 09 Apr 2012 09:35 PM PDT JOHOR BAHRU - Seramai 15 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops 6P di sebuah pasar raya di sekitar kawasan Nusa Bestari, di sini, kelmarin. | ||
Pelajar ponteng sekolah, lepak di pusat siber Posted: 09 Apr 2012 09:13 PM PDT BUKIT SENTOSA – Pasangan kembar seiras dan sepasang adik beradik antara 27 pelajar sekolah menengah yang ditangkap dalam Ops Ponteng di sini semalam. | ||
Isteri nusyuz dituntut bayar RM1 juta Posted: 09 Apr 2012 09:09 PM PDT KUALA LUMPUR – Terkilan dan sedih dengan tindakan isteri yang didakwa lari bersama teman lelakinya, seorang mualaf memfailkan permohonan nusyuz terhadap jururawat sebuah hospital kerajaan selain menuntut ganti rugi RM1 juta kerana memungkiri perjanjian perkahwinan. Pembantu arkitek, Muhammad Sem Yap Abdullah, 39, selaku plaintif mengemukakan permohonan tersebut terhadap isterinya, Norlysalfarina Zainal, 30, di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 16 Januari lalu. Plaintif dalam afidavit permohonan tersebut berkata, sebelum berkahwin, mereka telah membuat perjanjian perkahwinan bertarikh 7 November 2010 iaitu sekiranya defendan mungkir janji syarat-syarat perkahwinan, dia perlu membayar ganti rugi RM1 juta kepada plaintif. Jelas plaintif, dia dan Norlysalfarina berkenalan menerusi laman sosial Facebook sebelum mengambil keputusan bernikah di Kerteh, Terengganu pada 12 November 2010 demi menyelamatkan wanita itu yang didakwa ketika itu mempunyai masalah dalaman. Hantaran perkahwinan pasangan itu berjumlah RM15,000. "Namun selepas bernikah kami terpaksa tinggal berasingan atas alasan kerja dengan defendan menetap di Kerteh. Bagaimanapun, pada Jun 2011, atas usaha saya, defendan berpindah ke Hospital Selayang," kata Muhammad yang memeluk agama Islam sejak 1994. | ||
Berebut minyak masak ‘percuma’ Posted: 09 Apr 2012 06:09 PM PDT ALOR SETAR – Kira-kira 5,000 penduduk kampung dan kawasan perumahan berhampiran Jalan Langgar di sini tidak melepaskan peluang mendapatkan minyak masak 'percuma' daripada tangki sebuah lori yang bocor selepas terlibat dalam kemalangan semalam. Orang ramai dilihat mula membanjiri kawasan tersebut dari pukul 12 tengah hari sehingga pukul 8 malam dan ada yang masih menadah minyak masak tersebut ketika hujan pada sebelah petang. Lori tangki dari Butterworth, Pulau Pinang yang membawa sebanyak 18 tan minyak masak dianggarkan bernilai kira-kira RM45,000 itu tersadai di bahu jalan selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Kia Sportage dari arah belakang kira-kira pukul 11.55 pagi. Ketika kejadian, lori tersebut dalam perjalanan menghantar bekalan minyak tersebut ke sebuah kilang untuk proses pembungkusan di Kampung Bukit, Naka di sini. Pemandu lori, Azizan Hashim, 47, memberitahu, akibat kemalangan itu, bahagian bawah tangki bocor menyebabkan muatan minyak masak tumpah ke jalan raya dan longkang bersebelahan. | ||
Pemandu didakwa sebab kematian Posted: 09 Apr 2012 06:07 PM PDT BENTONG – Seorang pemandu bas persiaran tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kemalangan sehingga meragut dua nyawa pelancong warga India dalam kemalangan pada 5 Mac lalu. Tertuduh R. Sugumaran, 26, dituduh memandu bas persiaran itu sehingga menyebabkan kenderaan berkenaan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands dekat sini. Kemalangan itu menyebabkan dua daripada 22 pelancong dalam bas itu maut. Dua mangsa yang terkorban ialah Rajindra Kumar Agarwal, 67, dan Anita Aggarwal, 59. Akibat kejadian itu, Sugumaran didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun hingga maksimum 10 tahun dan denda RM5,000 hingga RM20,000 jika sabit kesalahan. | ||
Wanita dera anak kekasih dipenjara 8 tahun Posted: 09 Apr 2012 06:06 PM PDT
KLANG – Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan teman lelakinya yang berusia 13 tahun hingga menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa. Shalina Sundiri Abdullah (gambar), 42, telah mendera mangsa dengan menyimbah air panas, memukul menggunakan getah paip dan kayu besar serta memasukkan batang kayu mop dan cili padi ke dalam kemaluan kanak-kanak malang itu. Hakim Siti Noraida Sulaiman memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bagi kelima-lima pertuduhan itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 7 Mei 2011. Siti Noraida turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas bapa kanak-kanak itu selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa dengan memukulnya menggunakan kayu. Shalina didakwa melakukan kesemua perbuatan itu ke atas mangsa di sebuah pangsapuri di sini, antara 25 Disember 2010 sehingga akhir April tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 326, Seksyen 324 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan. | ||
Sekat sebar SMS porno, permainan terselindung Posted: 09 Apr 2012 06:06 PM PDT KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (Telco) digesa mencari satu kaedah terbaik bagi menangani penyebaran maklumat yang tidak diperlukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Maklumat tersebut diedar secara rambang dan mengenakan caj tidak munasabah kepada pengguna. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kedua-dua pihak berkenaan diberi tempoh dua bulan untuk mencari jalan untuk menyekat penyebaran SMS tersebut selain daripada mengenakan tindakan undang-undang. "Kita tidak mahu SMS yang berunsur pornografi atau permainan terselindung dihantar terutamanya kepada anak-anak kita yang masih kecil. "Sehubungan itu, kita meminta agar syarikat Telco dan SKMM dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membendung perkara itu," katanya pada Kempen 10 Juta Tandatangan bagi membantah caj enam peratus yang dikenakan oleh syarikat Telco di sini semalam. | ||
Stesen minyak Esso kering petrol, diesel Posted: 09 Apr 2012 06:05 PM PDT
KUALA LUMPUR – Pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang mendakwa perniagaan mereka kini terjejas setelah tidak menerima bekalan petrol dan diesel daripada syarikat petroleum tersebut sejak 1 April lalu. Gangguan bekalan minyak itu menimbulkan persoalan di kalangan pengusaha stesen minyak berkenaan kerana bekalan minyak petrol RON95 dan diesel yang dihantar oleh syarikat pembekal secara tidak berjadual. Menurut pengusaha terbabit, masalah kekurangan bekalan mungkin ada kaitan dengan tindakan syarikat San Miguel Corp. melalui Petron Corp. (Petron) membeli 65 peratus kepentingan dalam Esso Malaysia Bhd. dan semua saham ExxonMobil Borneo Sdn. Bhd. serta ExxonMobil Malaysia Sdn. Bhd. berkuat kuasa 1 April lalu. Tinjauan Kosmo! di beberapa stesen minyak Esso sekitar ibu negara dan Petaling Jaya mendapati, ada antara stesen minyak tersebut yang terputus bekalan minyak RON95 sejak tiga hari lalu dan ada yang mengalami masalah yang sama sejak seminggu lalu. | ||
Posted: 09 Apr 2012 06:01 PM PDT SHAH ALAM – Seorang Timbalan Pengarah Bahagian Kandungan dan Penguat Kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan bersubahat dengan isterinya serta seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta berhubung kesalahan rasuah RM250,000 pada Mac lalu. Tertuduh, Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan, 39, didakwa bersubahat dengan isterinya, Suraya Hani Ahmad Zaki yang sedang mengandung dan Noorshidin Mohd. Noor, iaitu menerima bagi diri mereka wang RM250,000 daripada Ketua Pegawai Operasi Syarikat Siaga Informatics Sdn. Bhd., Mohd. Shukri Othman. Perbuatan itu sebagai upah kononnya membantu syarikat itu memperoleh surat penganugerahan bagi tender mereka bentuk, melaksana, menguji dan pentauliahan makmal forensik digital di SKMM di pejabat Siaga Informatics di Suite 2-6, Level 6, Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre, Subang Jaya, pada pukul 10.25 pagi, 14 Mac lalu. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan