Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Lebih nipis dan ringan
- PlayBook 2.0 lebih unggul
- Ancaman keselamatan Android
- Inovasi dari pedalaman Sabah
- Bongkar inovasi luar bandar
- Minat seni bonsai
- Sham pernah tinggalkan gitar
- Izreen: Kisah realiti, sarat mesej
- Ikan pekasam tradisi
- Clixster bakal saingi telco terkemuka
- Dibelasah guru, murid alami gegaran otak
- Jururawat dituduh curi seluar dalam
- Pencuri kabel diberkas
- Shiha, Iqbal kena perbaiki cara makan
- Tidak sangka popular
- 15 pelajar berkhemah dipanah petir
- Hidup tertekan bisnes merosot
- Jururawat HUSM didakwa mencuri
- Masuk hospital angkara hutang
- Penjenayah berputih mata
- Sekitar Hot FM Big di Terengganu
- Kapal mewah ikut laluan Titanic
- Usaha menyelamat 135 orang ditimbus salji
- Pengacara dibaling dengan telur
- Acara berlawan dengan bantal
Posted: 08 Apr 2012 08:05 PM PDT MELAYARI dunia komunikasi kini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis telefon pintar, Huawei sebagai sebuah syarikat peneraju sistem telekomunikasi turut tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan produknya. Terbaru, Huawei memperkenalkan telefon pintar Ascend D yang terpantas di dunia. Dijana oleh pemproses K3V2 quad-core 1.2GHz/1.5GHz daripada Huawei dan dipadankan bersama skrin seluas 4.5 inci, Ascend D dilihat mampu menarik hati peminat gajet yang memiliki pelbagai aplikasi. Menurut Pengerusi Peranti Huawei, Richard Yu, pihaknya banyak menerima maklum balas daripada orang ramai yang memerlukan sebuah telefon pintar yang memiliki kelebihan dari segi kelajuan pemproses, bateri yang dapat bertahan lama, visual berkualiti tinggi dan kompak. | |||
Posted: 08 Apr 2012 08:04 PM PDT PENGGUNA komputer tablet BlackBerry PlayBook kini boleh menikmati pengalaman bekerja dan berhibur secara lebih lancar menerusi pengenalan sistem operasi baru peranti itu, PlayBook OS 2.0. Penambahbaikan platform tersebut merangkumi aplikasi pelayaran web, multimedia, sokongan kepelbagaian operasi secara serentak dan perkhidmatan komunikasi lebih efisien. Ia termasuk integrasi akaun e-mel kerja dan personal pengguna serta mesej daripada laman sosial seperti Facebook atau Twitter yang boleh capai hanya pada satu hab. Tidak cukup dengan itu, laman web sosial para pengguna juga akan dipautkan secara bersama dengan kalendar aktiviti serta senarai kontak secara automatik untuk kemudahan capaian pada bila-bila masa. | |||
Posted: 08 Apr 2012 08:03 PM PDT Kadang-kala peralatan canggih boleh diubah menjadi perumah kepada penjenayah keselamatan maya. Tetapi bagaimana pengguna dapat mengelakkan 'jangkitan' dan 'perebakan' yang berlaku dalam telefon pintar atau komputer tablet? Biasanya apabila anda berfikir mengenai virus, spyware atau apa-apa ancaman keselamatan siber, tentu saja anda terfikirkan mengenai komputer peribadi. Kerana majoriti serangan siber biasanya berlaku dalam komputer peribadi. Malware di telefon mudah alih? Atau komputer tablet? Bolehkah berlaku? Sememangnya boleh berlaku terutamanya jika peralatan mudah alih anda menggunakan sistem operasi seperti Android. Menurut Juniper Networks, contoh malware Android meningkat dengan mendadak sehingga 472 peratus dalam tempoh Julai sehingga November 2011. Penggodam telah mengisytiharkan perang terhadap Android dan sebagai pengguna mungkin mereka terkena tempiasnya. Bak kata Sun Tzu dalam Seni Peperangan, 'jika anda kenal musuh anda, anda boleh menang beratus-ratus peperangan tanpa kalah'. Di sini terdapat lima musuh utama yang perlu pengguna Android ketahui dan bagaimana untuk mengalahkan mereka dalam permainan ini. SMS Trojans Menurut laporan Juniper yang sama, hampir separuh aplikasi seakan-akan Android yang berniat jahat yang beredar sekarang adalah SMS Trojan yang menghantar mesej teks dalam latar belakang (tanpa pengetahuan pengguna) kepada beberapa nombor telefon yang dimiliki penggodam. Akibatnya sebagai pengguna anda terbeban dengan bil bulanan yang melambung. Jalan terbaik untuk menghentikan SMS Trojan adalah dengan mengelak terkena jangkitannya. Justeru gunakan bantuan keselamatan Android yang direka khusus bagi memerangi semua serangan yang menimbulkan ancaman. Jangan menggunakan aplikasi yang kelihatan mencurigakan atau kelihatan amat sempurna dan baik. Carrier IQ Penghujung tahun 2011, penyelidik mendapati rootkit pembangun perisian Carrier IQ beroperasi pada berjuta-juta peralatan mudah alih. Walaupun kelihatan tidak mencurigakan, kod berkenaan dilaporkan merekodkan lokasi termasuk kata laluan. Malangnya semua ini berlaku tanpa pengetahuan pengguna dan tanpa pilihan melumpuhkan penggunaanya. Bagi mengawal ancaman berkenaan dapatkan Carrier IQ Test, aplikasi percuma yang dapat mengesan dan membuang perisian yang tidak dibenarkan. Aplikasi Preloaded Biasanya telefon pintar atau tablet didatangkan dengan bonus seperti aplikasi, perisian yang tidak termasuk dengan Android tetapi telah ditambah oleh pengilang. Disember tahun lalu, penyelidik mendapati terdapat aplikasi preloaded yang mendedahkan keselamatan pengguna seperti yang biasa digunakan untuk mencuri data peribadi atau mencuri dengar perbualan telefon. Atau lebih teruk lagi kerana kebanyakan aplikasi 'diadun' bersama-sama OS dan tidak boleh dibuang. Jika pengguna menggunakan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), mereka boleh menyembunyikan dan melumpuhkan aplikasi bloatware. Hanya dengan masuk ke Settings, Device, Apps, pergi ke All kemudian aplikasi yang mahu dibuang dan tekan Disable. Kedai palsu Google Play Awal tahun, Google telah mengubah Android Market kepada Google Play di mana ia menggabungkan beberapa perkhidmatan seperti aplikasi, muzik, e-book. Bagaimanapun penjenayah siber mula mencipta domain Google Play palsu bagi menipu pengguna memasang aplikasi berbahaya. Cara melawan ancaman berkenaan adalah dengan menjadi lebih pintar. Jangan memasang aplikasi Google Play dengan memuat turun sendiri tapi ikutlah peraturan biasa untuk mengemaskini peralatan OS. Perisian keselamatan Android boleh mengesan dan membuang segala aplikasi mencurigakan yang mungkin dipasang tanpa pengetahuan. Jadi lebih baik gunakan anti-malware pada peralatan mudah alih. Peringatan palsu Jika anda mendapat mesej daripada bank berbunyi 'Akaun anda bermasalah! Kemaskini kata laluan.' Pergi ke link berkenaan membawa pengguna ke laman web yang sama dengan bank yang anda selalu lawati. Jika pengguna masuk ke akaun berkenaan, ia akan membuka laluan menjadi mangsa jenayah siber mencuri semua data peribadi pengguna. Jangan sekali-kali masuk ke link yang terdapat di dalam e-mel atau mesej teks walaupun kelihatan memang sama. Pastikan anda buka perayauan dan sambung kepada institusi kewangan secara terus dan pastikan URL bermula dengan https:// dan kini beberapa institusi kewangan yang mempunyai pelbagai langkah-langkah keselamatan bagi menjaga hak pengguna. Dan jika pengguna masih ragu-ragu mengenai keselamatan, hubungi institusi kewangan untuk berurusan secara terus. | |||
Posted: 08 Apr 2012 08:02 PM PDT INOVASI bukan sekadar ciptaandaripada kreativiti dan inspirasi untuk menghasilkan sesuatu bagi membantu menyelesaikan masalah, tetapi ini menjadi penggerak ekonomi. Hari ini terdapat segala macam inovasi. Daripada pelbagai peralatan dan gajet canggih menguasai dunia kepada elemen-elemen kecil yang membantu memudahkan kehidupan. Inovasi telah mengubah hidup manusia. Ia menjadikan tamadun manusia berkembang. Tanpa inovasi tidak ada tamadun dan tidak permodenan Idea, kreativiti dan inovasi pula tidak pernah terbatas. Di pelosok kampung, kreativiti tercetus bagi penduduk mencari penyelesaian kepada masalah harian mereka. Sebab itu apabila Program Jejak Inovasi (PJI) dicetuskan pada tahun lepas bagi meneroka inovasi penduduk kampung, ia dianggap satu pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha dan titik peluh penduduk kampung. | |||
Posted: 08 Apr 2012 08:01 PM PDT Ekspedisi Program Jejak Inovasi (PJI) Sabah yang diadakan tahun lepas sepatutnya dijadikan panduan kepada program Karnival Sains dan Inovasi di enam Zon yang dirancang sempena Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) pada tahun ini. Kunjungan ke beberapa daerah pedalaman Sabah seperti Tambunan dan Keningau ternyata tidak mengecewakan apabila berjaya menjejak pelbagai inovasi yang dimanfaatkan oleh penduduk kampung. Ekspedisi pada 17 hingga 19 Julai tahun lalu menerusi PJI Siri II itu turut melibatkan Kampung Libang Ulu berjaya mengesan produk inovasi Taufik Siadam. Meskipun tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, Taufik mengambil inisiatif menghasilkan Pais atau pisau tradisional di Sabah daripada besi buruk dan komponen kenderaan terpakai untuk memenuhi keperluan dan permintaan penduduk setempat. | |||
Posted: 08 Apr 2012 07:57 PM PDT KESABARAN seseorang akan teruji tatkala menanti gubahan pokok bonsai yang dihasilkan menjadi tua dan kenit. Namun bagi penggemar seni menggubah pokok dalam pasu, tempoh menunggu yang kadang kala memakan masa belasan tahun itu dikatakan berbaloi dan 'terbayar' tatkala melihat keindahan dan keunikan yang terhasil dari tumbuhan kenit itu. Perkara tersebut diakui oleh Abdul Hakam Mohamed Esivan, 35, yang merupakan antara penggemar seni bonsai dan juga ahli Persatuan Seni Bonsai Malaysia sejak tahun 2008. Anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu berkata, mencintai seni bonsai memberinya ketenangan dan kepuasan berganda kerana ilham yang dicetuskan mampu dijual sehingga puluhan ribu ringgit. | |||
Posted: 08 Apr 2012 07:56 PM PDT KUALA KLAWANG - Terkenang dosa dilakukan sebelumnya, pemuzik, Sham Kamikaze pernah tidak memegang gitar selama empat bulan ketika awal penghijrahannya mendekatkan diri kepada agama. Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohd Salleh, 36, berkata, perubahan kira-kira setahun lalu bermula dengan ajakan seorang sahabat karib yang sama-sama bergelumang dalam industri muzik selama 13 tahun. "Dia sama-sama meminati muzik rock dan metal serta berkongsi minat dalam bermain gitar. "Satu perubahan berlaku apabila sahabat saya ini mengajak menunaikan solat fardu dengan menjelajah dari masjid ke masjid," katanya. Menurutnya, dia mengikuti rakannya itu sehinggalah bertemu dengan imam dari Makkah di salah sebuah masjid yang mereka singgah. "Bermula dari peristiwa itu saya mula mendalami ilmu agama. Selama empat bulan saya tidak pegang gitar kerana saya memikirkan banyaknya dosa saya lakukan sebelum ini," katanya pada Forum Bicara Cinta Anak Muda (FBCAM) di Dewan Majlis Daerah Jelebu (MDJ), di sini, malam kelmarin. Forum anjuran Majalah-i terbitan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) dan Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) itu dipengerusikan Editor Majalah-i, Ahmad Yani Abdul Manaf. Selain Sham, tiga panel lain yang turut serta adalah bekas penyanyi popular sekitar 90-an, Farra; penulis buku Karya Bestari, Profesor Madya Mohd Nor Mamat dan penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Kebangsaan 2011, Muhammad Adnan Abdullah. Sementara itu, Farra atau nama sebenarnya, Farihah Mohd Arshad, 43, yang popular dengan lagu 'Bagaikan Puteri' turut menceritakan detik dia meninggalkan zaman glamor untuk untuk mendekatkan diri dengan agama. "Generasi muda pada masa kini juga perlu sedar akan tanggungjawab mereka kepada diri dan agama serta tidak jemu mendalami ilmu agama," katanya. Sementara itu, Ahmad Yani berkata, forum berkenaan merupakan siri ketiga dianjurkan pihaknya. "Sebelum ini kita memilih tajuk 'Hatiku Hanya Milikmu'. Namun kali ini kita sesuaikan program khas untuk golongan muda pula," katanya. | |||
Izreen: Kisah realiti, sarat mesej Posted: 08 Apr 2012 07:54 PM PDT IZREEN Azminda turut berkongsi pengalamannya membintangi drama ini. Membawa watak sebagai gadis tomboy bernama Akmar , Izreen mengakui drama ini banyak memberikannya pengalaman berharga. "Sejujurnya, drama ini lain dari drama yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Ianya sarat dengan mesej dan pengajaran yang perlu di hayati mayarakat kita. Malah, ia juga merupakan kisah benar yang dekat dengan kehidupan kita," katanya. Bercerita mengenai wataknya, kata Izreen, bukan mudah untuknya menghayati watak tomboy memandangkan sebelum ini dia sering membawa watak feminin dan cinta. "Dalam drama ini, Akmar adalah seorang gadis tomboi dan pada masa yang sama, menyukai seorang gadis bernama Mai lakonan Shera Ayub. "Pengalaman menghidupkan watak dalam drama ini tidak semudah y ang disangka apabila saya yang merupakan seorang kaki bangku terpaksa bermain bola sepak . Bagaimanapun, saya telah lakukan yang terbaik untuk menjayakan drama ini," katanya. | |||
Posted: 08 Apr 2012 07:52 PM PDT Koperasi Pembangunan Kampung Teluk Petata Baling Berhad, melalui jenama ikan pekasam Petatabest yakin meraih 30 peratus keuntungan daripada purata kos pengeluaran setiap bulan. Pengerusinya, Basrah Ibrahim berkata, pengeluaran ikan pekasam sebelum ini diambil dari orang kampung, tetapi kini, semakin aktif dan mula mengeluarkan jenama sendiri. Menurutnya, pelaburan bagi pembungkusan ikan pekasam melibatkan RM20,000 malah mendapatkan khidmat nasihat daripada Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia (Sirim). "Purata pengeluaran ikan pekasam setiap bulan mencecah 100 kilogram (kg) di mana ia diproses sendiri secara manual dan dijual dengan harga RM20 sekilo bergantung pada jenis ikan. "Sebelum ini, kami lebih fokus kepada pemprosesan ikan sungai tetapi kini cuba mengembangkan lagi perniagaan kepada ikan laut seperti gelama," katanya kepada Sinar Harian. Basrah berkata, kini permintaan semakin tinggi namun menghadapi masalah kekangan untuk mendapatkan stok ikan sungai. Katanya, kaedah pemasaran ikan pekasam lebih tertumpu kepada edaran sekitar kedai runcit dalam kampung dan pasar tani. Selain di Baling, mereka pernah cuba menghantar ikan pekasam ke Melaka, Kuala Lumpur dan Perak. "Keistimewaan ikan pekasam kami adalah cara proses menggunakan resipi tradisional. Kami mendapatkan resipi tersebut daripada seseorang yang mahir dalam pemprosesannya sejak dia berusia 20 tahun lagi," katanya. | |||
Clixster bakal saingi telco terkemuka Posted: 08 Apr 2012 07:47 PM PDT Tanjong Clixster Mobile (Clixster), syarikat telekomunikasi milik Bumiputera menyasarkan dua hingga tiga tahun untuk berdiri sebaris dengan syarikat telekomunikasi (telco) utama negara. | |||
Dibelasah guru, murid alami gegaran otak Posted: 08 Apr 2012 07:43 PM PDT SEGAMBUT – Akibat ditampar dan ditendang oleh seorang guru matematik yang juga guru besar sekolah, seorang murid tahun lima mendakwa mengalami gegaran otak. | |||
Jururawat dituduh curi seluar dalam Posted: 08 Apr 2012 07:42 PM PDT KOTA BHARU-Hanya kerana mencuri sekotak seluar dalam, seorang jururawat sebuah hospital dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya, minggu lalu. Tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di hadapan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor. Mengikut pertuduhan, Zubaidah didakwa mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin, dua helai baju T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, satu selipar dalam rumah jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style di pasar raya tersebut pada jam 2.30 petang. Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.Bagaimanapun Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan 30 April ini untuk sebutan kes. | |||
Posted: 08 Apr 2012 07:38 PM PDT KOTA BHARU - Tindakan licik pencuri kabel meloloskan diri selepas tiga kali melakukan kegiatan sama akhirnya tumpas apabila pihak polis bersama penduduk kampung berjaya menangkap lelaki terbabit di Taman Pulong, Kubang Kerian pagi kelmarin. | |||
Shiha, Iqbal kena perbaiki cara makan Posted: 08 Apr 2012 07:38 PM PDT PROGRAM Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang diterbitkan sejak tahun 2003 di TV3 kini telah masuk musim yang ke-18. Pengacaranya juga silih berganti. Selepas pengacara paling bijak membangkitkan selera penonton di meja makan iaitu Maria Tengku Sabri, JJCM kemudian diterajui oleh aktres Sabrina Redzuan dan seterusnya Qi Razali. Selepas Qi mengambil keputusan mengundur diri daripada JJCM untuk memberi fokus kepada bidang lakonan, JJCM musim baharu telah digantikan oleh Shiha Mentor dan juga Iqbal yang lahir daripada program Pilih Kasih. Baru bersiaran sebanyak lima episod daripada sasaran keseluruhan sebanyak 38 episod, sudah kedengaran maklum balas negatif daripada penonton setia yang beranggapan mereka berdua tidak sesuai untuk menerajui program tersebut. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Intan Suraya yang baru pertama kali menjadi penerbit untuk program tersebut. Kosmo!: Sejak JJCM musim baharu bersiaran, banyak komen negatif mengenai dua pengacaranya iaitu Shiha dan Iqbal. Siapa sebenarnya yang memilih mereka untuk menerajui program tersebut? INTAN SURAYA: Saya yang menjalankan uji bakat tetapi yang mempunyai kuasa untuk memilih adalah pihak pengurusan jenama. Apabila mereka memilih Shiha dan Iqbal pasti ada sesuatu yang istimewa pada mereka berdua. Maknanya, dalam fikiran Intan terdapat orang lain yang sepatutnya berada di posisi pengacara itu? Sebenarnya tujuan asal kami mengadakan uji bakat adalah untuk mencari pasangan buat Qi. Saya buat uji bakat dengan ramai artis termasuk Yana Samsudin dan Taiyuddin Bakar (Tai). Tai antara pilihan tetapi jadualnya bertindih dengan drama Apa Celop dan kebetulan ketika itu Qi memberitahu mahu mengundur diri daripada JJCM. Sebab itu kami memilih dua pengacara baharu. Jika rating JJCM musim ke-18 ini menurun, adakah Intan akan menggantikan Shiha dan Iqbal dengan orang lain seperti Tai jika terdapat kelapangan dalam jadualnya? Untuk menggantikan orang itu bukan keputusan saya. Apa yang saya lihat walaupun penonton memberi maklum balas yang buruk tetapi rating program ini tidak turun langsung. Alhamdulillah, setakat ini rating tidak pernah kurang daripada satu juta penonton, malah angka itu semakin naik sedikit demi sedikit. Apa tindakan yang diambil Intan selaku penerbit apabila terdapat komen negatif daripada penonton JJCM mengenai dua pengacara baharu itu? Apa sahaja komen yang mereka berikan saya ambil untuk memperbaiki lagi mutu program. Sebenarnya mengendalikan program yang sudah bermusim-musim dan terkenal, penonton pasti membuat perbandingan. Perkara ini berlaku dalam semua program televisyen. Biarlah mereka bersuara kerana itu hak mereka untuk memberi sebarang komen. Saya terima dan akan memperbaiki sedaya upaya. Ramai penonton yang tidak senang dengan cara Shiha dan Iqbal mengacarakan JJCM kerana nampak sangat mereka berlakon seolah-olah berselera di depan kamera. Komen? Apa yang boleh saya buat adalah memperbaiki cara mereka makan supaya mereka nampak benar-benar berselera dan mampu menyakinkan penonton bahawa makanan yang dimakan itu sedap. Bagi saya sendiri, tiada pengacara lain yang mampu membangkitkan selera orang seperti mana yang dilakukan oleh Maria Tengku Sabri, itu sudah kelebihannya. Saya tidak boleh paksa untuk pengacara baharu mengikut cara pengacara sebelum ini. Maksudnya, Intan akan mengekalkan cara pengacaraan mereka berdua meskipun terdapat komen negatif? Mereka orang baharu, masih banyak yang perlu diperbaiki. Ada sesetengah orang suka dengan cara mereka dan ada yang tidak suka. Saya juga berusaha untuk mendidik mereka sebaik mungkin. Setakat ini mereka tidak mendatangkan masalah, malah komitmen kerja mereka sangat bagus. Saya harap penonton memberi peluang kepada mereka berdua. Selepas ini apa perancangan penggambaran untuk memantapkan lagi JJCM? Perjalanan penggambaran JJCM masih panjang, banyak lagi makanan di Malaysia yang kita tidak tahu. Mungkin selepas Malaysia, kami akan ke Brunei kerana banyak masakan Brunei yang agak menarik, tetapi perancangan itu akan terlaksana jika JJCM mendapat tajaan. Saya harap penonton akan terus memberikan sokongan kepada JJCM. | |||
Posted: 08 Apr 2012 07:37 PM PDT
TIDAK pernah merancang untuk menjadi popular, apatah lagi bergelar seorang pelakon dan selebriti yang dikenali ramai seperti hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, boleh dikira antara aktres yang bertuah kerana mencipta nama dalam masa yang cukup singkat. Ketika dia mula-mula muncul dalam industri seni, namanya sarat dengan gosip cinta. Kemudian dia dikatakan tersangkut dalam perang dingin dengan seorang lagi aktres popular, meskipun ketika itu belum ada produk yang mempertaruhkan bakatnya kecuali kecantikan yang dimiliki. Bagaimanapun, selepas kegagalan filem Azura 2011 lakonannya bersama pelakon Shah Jaszle, peminat seni mula mempersoalkan kehadiran Neelofa dalam industri seni. Neelofa sedar akan kritikan negatif yang diberikan terhadap filem sulung lakonannya itu. Tanpa segan silu, dia mengaku dirinya tidak pandai berlakon. "Saya masuk ke dalam industri seni ini secara tidak dirancang dan saya mengaku sebelum menjadi pelakon, saya tidak pernah ada pengalaman berlakon langsung. Saya memang tidak pandai berlakon. "Saya sedih juga apabila filem Azura 2011 mendapat kritikan dan lakonan saya dikategorikan sebagai menghampakan, tetapi segala kritikan yang dilontar tidak melemahkan semangat saya. Saya juga masuk ke dalam industri seni bukan untuk menjual kecantikan semata-mata kerana saya sedar untuk bertahan lama dalam industri ini, bakat perlu datang seiring," jawabnya yang ditemui pada majlis pelancaran produk baharu Habib Jewel di Ampang, Selangor baru-baru ini. Tidak mahu mengalah, Neelofa mengambil inisiatif untuk menghadiri kelas lakonan daripada aktor dan aktres terkenal tempatan bagi memantapkan mutu lakonannya. "Saya sedar diri dan tahu kemampuan saya. Kerana itu saya sudah merancang untuk memasuki kelas lakonan secara peribadi sebelum saya masuk ke set penggambaran sesebuah filem. Antara aktres hebat yang saya ingin belajar daripadanya adalah Elly Suriati," jawabnya jujur. Selepas filem Azura 2011, berderet filem lakonannya menanti untuk ditayangkan seperti Lemak Kampung Santan, King Kapcai dan Saya Amat Mencintaimu (S.A.M). Menurutnya lagi, terdapat beberapa tawaran filem yang masih dipertimbangkan dan Neelofa mengakui dia seorang yang amat memilih naskhah demi memastikan kelangsungannya dalam industri seni. "Sebenarnya sebelum filem Azura 2011 lagi saya telah memilih naskhah. "Bukannya mahu berlagak diva tetapi saya harus memilih bagi memastikan profil kerjaya saya berada dalam landasan yang betul sekali gus memanjangkan lagi usia saya dalam industri seni. "Perkara pertama yang saya lihat dalam sesebuah naskhah sudah pasti skrip yang bagus, kemudian saya akan menilai mampu atau tidak saya membawakan sesebuah watak itu dengan baik. Sebenarnya saya teringin untuk berlakon dalam filem yang berkisar tentang kekeluargaan," beritahu anak kelahiran Kelantan ini. Besar kepala Perjalanan kerjaya seni Neelofa baharu sahaja bermula, sejak dari awal sehingga hari ini, ada sahaja gosip liar yang membabitkan namanya. Terbaharu gadis berusia 22 tahun ini dikatakan sudah mula besar kepala disebabkan permintaan yang tinggi terhadapnya. Menjawab isu tersebut, Neelofa terdiam sebentar lantas bertanya kembali, bila masa dia bersikap demikian. "Saya tidak tahu bila dan di mana saya besar kepala. Mungkin ada orang salah faham dan menyebarkan cerita yang tidak betul. Setakat hari ini Alhamdulillah saya tidak pernah gagal menghadiri semua acara atau temu janji yang terdapat dalam jadual saya," terangnya mempertahankan diri. Namun Neelofa mengakui yang dia kini cukup teliti dalam memilih acara yang ingin dihadirinya bagi mengekalkan nilai eksklusif buat dirinya. "Saya tidak boleh menghadiri semua acara kerana jika peminat terlalu kerap melihat wajah saya, nilai eksklusif itu akan segera hilang. Jika ada dua acara dalam satu masa, saya akan mengambil kira mana yang lebih penting dan memberi faedah kepada saya tetapi kepentingan itu bukannya kerana wang semata-mata, sebaliknya boleh jadi dalam acara itu saya dapat bertemu peminat," tambahnya lagi. Sudah menjadi orang popular, namanya cukup kuat untuk menarik orang ramai menghadiri sesebuah acara. Neelofa memberitahu, ada masanya dia terasa dirinya dipergunakan oleh pihak penganjur apabila namanya digunakan untuk menarik orang ramai sedangkan dia belum membuat sebarang pengesahan kehadiran atau tidak tahu menahu langsung tentang kewujudan acara tersebut.
"Mungkin sebab hal-hal begini, maka timbul gosip saya besar kepala. Konon janji nak datang tetapi tidak datang. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah gagal menghadiri mana acara yang terdapat dalam jadual saya. Memang saya rasa diri dipergunakan tetapi mahu buat macam mana sebab saya sendiri tidak tahu, jadi saya terima sahaja," katanya sedikit kesal. | |||
15 pelajar berkhemah dipanah petir Posted: 08 Apr 2012 07:36 PM PDT
MELAKA - Seramai 15 pelajar lelaki yang sedang mengikuti program perkhemahan di Kem Pengakap Bukit Katil di sini cedera disambar petir ketika berteduh di bawah khemah masing-masing sewaktu hujan lebat semalam. Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, pelajar yang menganggotai Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) dari Sekolah Menengah St. Francis, Bandar Hilir berusia 15 hingga 17 tahun tersebut menerima rawatan di jabatan kecemasan, Hospital Melaka. Difahamkan, sebelum kejadian, semua pelajar yang berjumlah 584 orang dari sekolah seluruh negeri Melaka sedang menjalani sesi perkhemahan di kawasan terbabit sebelum hujan lebat dan petir berlaku. Seorang mangsa, Mohd. Faisal Othman, 15, berkata, ketika kejadian dia dan rakan yang lain diarah masuk ke dalam khemah yang menempatkan enam pelajar lain kerana hujan lebat. | |||
Posted: 08 Apr 2012 07:34 PM PDT KUALA LUMPUR – Seorang pengusaha produk kecantikan mendakwa bukan sahaja tertekan akibat menerima persepsi negatif masyarakat malah bisnesnya turut mengalami kerugian hampir RM180,000 sejak suaminya memfailkan dakwaan di mahkamah terhadap dirinya yang dikatakan lelaki menyerupai wanita. Sri Wani Choo Abdullah, 37, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 setiap bulan sejak suaminya, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, memfailkan kes tersebut tahun lalu. "Semua andaian yang dibuat mengenai status jantina saya menyebabkan saya tertekan dan menjatuhkan maruah diri, keluarga serta perniagaan. "Saya juga terpaksa menutup premis selama dua hari kerana tertekan dengan apa yang berlaku," katanya ketika ditemui Kosmo! di premis perniagaannya semalam. | |||
Jururawat HUSM didakwa mencuri Posted: 08 Apr 2012 07:33 PM PDT
KOTA BHARU – Seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di sini pada minggu lalu. Bagaimanapun, tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor. Zubaidah didakwa melakukan perbuatan tersebut di pasar raya Giant Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam di sini pada pukul 2.30 petang, 3 April lalu. Selain satu kotak seluar dalam jenama Edwin, Zubaidah turut didakwa mencuri dua helai baju-T lelaki jenama Polo, sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, sepasang selipar jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style milik pasar raya tersebut. Difahamkan nilai keseluruhan barangan yang didakwa dicuri jururawat itu sebanyak RM190.82. Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500. Bagaimanapun, Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan. "Saya banyak hutang, tanggungan ramai, saya mohon wang jaminan dikurangkan," kata Zubaidah yang difahamkan sudah berkahwin. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan menetapkan 30 April ini untuk sebutan kes. Sementara itu, Zubaidah dilihat sudah berada di mahkamah sejak pagi. Zubaidah menutup mukanya dengan tangan apabila jurugambar mahu merakam wajahnya. Dia membayar wang jaminan. | |||
Posted: 08 Apr 2012 07:33 PM PDT KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera parah dipercayai menjadi mangsa sekumpulan ah long yang menculik dan membelasahnya selepas gagal melangsaikan hutang sebanyak RM40,000 yang didakwa dipinjam mangsa. Sebelum kejadian itu, mangsa yang berusia 54 tahun keluar dari rumahnya di Sungai Long di sini pada pagi Jumaat lalu dengan menunggang motosikal seorang diri sebelum dia dipercayai dilarikan ah long di satu lokasi yang belum diketahui. Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan selain patah tulang rusuk kini dirawat di sebuah hospital di ibu negara selepas ditemui di sebuah kawasan di Petaling Jaya pada malam pada hari sama. Sebelum kejadian, anak perempuan mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa bapanya berhutang sebanyak RM40,000. | |||
Posted: 08 Apr 2012 07:27 PM PDT KUALA LUMPUR - Seorang penjenayah dicekup ketika cuba bersembunyi dengan hasil curi di atas bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Desa Setapak, Wangsa Maju di sini kelmarin selepas memecah masuk rumah jiran bersebelahan. Lelaki warga tempatan itu dikatakan memecah masuk sebuah rumah yang pada ketika itu tiada berpenghuni pada kira-kira pukul 10 malam serta melarikan beberapa barang yang dicuri. Bagaimanapun, perbuatannya itu disedari jiran tetangga yang bertindak memberkas suspek sebelum menghubungi polis. Ramai penduduk di kawasan perumahan itu keluar bagi membantu menangkap penjenayah terbabit. Dalam keadaan kelam-kabut itu, suspek berumur 36 tahun itu melarikan diri dengan memasuki rumah bersebelahan dan bersembunyi berhampiran tangki air yang terletak di siling rumah tersebut sebelum diberkas polis dan penduduk setempat. Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Mispani Hamdan berkata, polis turut menemui barangan dipercayai hasil pecah rumah antaranya komputer riba, kamera dan telefon bimbit daripada suspek. | |||
Sekitar Hot FM Big di Terengganu Posted: 08 Apr 2012 07:26 PM PDT MENJENGAH tahun 2012, rupa-rupanya sudah enam tahun stesen radio popular hot FM beroperasi dan pastinya konsert tanda penghargaan buat pendengar, Hot FM Big Jam kembali lagi tahun ini. Sinonim dengan jenama itu, penganjuran tahun ini mendapat sambutan luar jangka daripada penduduk di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya dari Terengganu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Bhd., Seelan Paul, lebih kurang 50,000 penonton hadir membanjiri Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu sepanjang konsert yang diadakan sebanyak dua sesi iaitu petang dan malam pada hari Sabtu hujung minggu lalu. "Sambutan kali ini sangat menggalakkan! Konsert ini adalah yang paling sukses dan emosional. Kami sudah lama tidak membuat acara sebegini dan apabila konsert ini muncul kembali, sambutan yang diterima di luar jangka," katanya yang ditemui selepas tamat konsert itu baru-baru ini. Konsert Hot FM Big Jam tahun ini adalah kerjasama kali pertama dengan stesen televisyen TV9 untuk siaran secara langsung di kaca televisyen. Malah, konsert itu juga boleh ditonton secara live streaming di www.tonton.com.my serta boleh didengari melalui stesen radio hot FM sendiri. Berbicara mengenai pemilihan artis untuk menjayakan acara itu, ujar Seelan pilihan yang dibuat berdasarkan pendengar di pantai timur yang rata-ratanya masih mahukan muzik era 1990-an. "Pendengar di sini (pantai timur) masih sayang akan muzik 90-an dan otai-otai dulu, maka kami sajikan apa-apa yang mereka inginkan. "Radio adalah satu bentuk komuniti, sesebuah stesen itu perlu mencari relevan dan membentuk hubungan dengan masyarakat," ujarnya lagi. Jelas sekali, persembahan daripada penghibur era 90-an masih dinanti-nanti pengunjung yang membanjiri Dataran Syahbandar sejak pukul 4.30 petang hingga lewat malam. Buktinya, empat kumpulan popular sekitar era itu iaitu AXL's, Uk's, Slam dan XPDC mendapat sorakan luar biasa sepanjang konsert. Slot petang menyajikan Sofarz, Najwa Latif, AXL's, Amir Uk's, Alyah, Hafiz dan Zamani Slam beraksi penuh bertenaga di pentas. Sementara pada sebelah malamnya, Black, Spider, Ella, XPDC dan band yang diterbangkan dari Indonesia, Nidji tampil menghangatkan suasana. Pujian harus diberikan buat kumpulan Nidji. Bukan kerana usaha memberikan persembahan terbaik tapi pukauan Nidji yang memaksa penonton bersorak tanpa henti sepanjang mereka di pentas. Barangkali tarikan utama Nidji terletak pada gelekan vokalis kumpulan itu, Giring menerusi rangkaian lagu-lagu popular mereka antaranya Biarlah, Laskar Pelangi dan Jangan Takut. | |||
Kapal mewah ikut laluan Titanic Posted: 08 Apr 2012 07:25 PM PDT
LONDON - Hampir 100 tahun selepas kapal Titanic karam, sebuah kapal pesiaran mewah, MS Balmoral dengan jumlah penumpang yang sama memulakan pelayaran semalam. Kapal itu belayar dengan mengikut laluan yang sama Titanic dari pelabuhan di Southampton. Ia membawa 1,309 penumpang. Kapal itu turut menuju ke lokasi Titanic yang tenggelam pada 15 April 1912 di Lautan Atlantik. Titanic karam semasa pelayaran sulung menuju ke New York, Amerika Syarikat. Pelayaran selama 12 malam itu adalah sempena ulang tahun ke-100 tragedi kapal terbabit. Pihak penganjur cuba menghidupkan semula pengalaman di atas kapal tersebut seperti sajian makanan yang sama sehingga kepada persembahan muzik secara langsung zaman itu. Menurut pihak penganjur, penumpang dari 28 buah negara menempah pelayaran itu. Sebahagian mereka merupakan saudara-mara penumpang kapal tersebut. Tiket-tiket berharga AS$4,445 (RM13,595) sehingga AS$9,520 (RM29,117) ditawarkan kepada penumpang. Antara penumpang lain turut serta ialah para penulis dan ahli sejarah termasuk seorang pakar sejarah Titanic, Philip Littlejohn, seorang cucu mangsa yang terselamat. Sebahagian penumpang turut memakai pakaian pada zaman awal tahun 1900 semasa mereka menaiki kapal berkenaan. Kapal itu tenggelam selepas ia melanggar bongkah ais. Penganjur pelayaran itu, Miles Morgan menyatakan ia merupakan pelayaran yang istimewa terutamanya untuk para saudara penumpang yang telah meninggal dunia. Kapal itu akan berlabuh di Cherbourg di Perancis dan Cobh, Ireland seperti yang dilakukan Titanic. | |||
Usaha menyelamat 135 orang ditimbus salji Posted: 08 Apr 2012 07:25 PM PDT ISLAMABAD - Askar-askar Pakistan semalam berusaha menggali salji, ketulan batu dan ais dalam misi mencari 135 orang yang tertimbus di bawah runtuhan salji. Bagaimanapun, harapan menemui mereka yang terselamat tipis. Seramai 124 orang yang tertimbus itu ialah askar Pakistan. Hampir 36 jam selepas satu runtuhan salji mengenai sebuah pangkalan tentera Pakistan yang dibina di kawasan pergunungan Kashmir, para penyelamat belum lagi menemui mangsa yang terselamat atau mayat dari Glasier Siachen. Salji runtuh itu mengenai pangkalan tentera itu antara pukul 5 dan 6 pagi kelmarin waktu Pakistan dan mungkin semasa sejumlah orang masih tidur. Menurut satu kenyataan tentera, kawasan tersebut ditimbus salji, batu, lumpur dan salji yang cair. Pihak tentera berkata, sekitar 180 askar dan 60 anggota penyelamat awam terlibat dalam misi menyelamat di sempadan India, sebuah kawasan yang dikenali sebagai medan perang tertinggi di dunia. | |||
Pengacara dibaling dengan telur Posted: 08 Apr 2012 07:24 PM PDT ATHENS - Seorang pengacara stesen televisyen swasta, Epiros TV1, Panagiotis Vourhas dibaling dengan telur dan yogurt oleh sekumpulan penceroboh di bandar Ioannina, utara Greece pada Jumaat lalu. Menurut pihak pengurusan televisyen itu, seramai 17 orang menceroboh masuk dengan sebahagian muka mereka ditutup dengan sapu tangan. Ketika kejadian, Vourhas sedang mewawancara seorang ahli politik tempatan di studio televisyen itu. Baju dan muka pengacara tersebut terkena balingan telur dan yogurt itu. Para penceroboh itu merupakan sebuah kumpulan dari tenggara Greece yang marah kerana Vourhas mewawancara jurucakap parti Golden Dawn yang menyokong Nazi baru-baru ini. Jurucakap itu diwawancara Vourhas dalam program bual bicaranya. | |||
Posted: 08 Apr 2012 07:23 PM PDT SHANGHAI - Sejumlah orang menyertai Hari Pertarungan Bantal Antarabangsa yang diadakan di sini kelmarin. Ia dianjurkan oleh Pergerakan Permainan Bandar. Orang ramai memukul lawan mereka dengan bantal dalam permainan itu. Beberapa anggota polis dilaporkan bertindak menghentikan acara itu selepas lima minit ia berlangsung. Namun, acara itu turut diadakan di 115 buah bandar di 39 buah negara Antara bandar itu ialah London, Washington, New York dan Budapest. Laman web pergerakan itu tidak menjelaskan kenapa ramai orang menyertai acara tersebut. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan