Rabu, 4 April 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Ketua Ajaran Ahmad 100 mahu 13 isteri

Posted: 04 Apr 2012 09:34 PM PDT

ahmad

SHAH ALAM - Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata.

Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.

Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.

Bergerak secara sulit menerusi beberapa siri pertemuan rahsia di kediaman terbabit bagi mengelak dihidu pihak berkuasa, misi Ahmad selaku penggerak utama ajaran tersebut ialah mahu melahirkan 25 pengikut yang beriman selain bernafsu menikahi 13 wanita.

Pelik dan meragukan! Malah, menerusi siasatan Sinar Harian berdasarkan maklumat diterima, Ajaran Ahmad 100 banyak mengetengahkan kelicikan dan kehebatan Ahmad bermain kata-kata. Dalam erti kata lain, 'ayat power' Ahmad ini berjaya mempengaruhi ramai pengikut hingga ada sanggup menggadaikan isteri semata-mata mahu menjadi pengikut taat dan diberkati.

Berdasarkan pengakuan beberapa bekas pengikut kepada Sinar Harian, mereka sanggup menyerahkan isteri masing-masing sebagai pemuas nafsu Ahmad menerusi perkahwinan batin selepas terpengaruh janji kurniaan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

"Kami jahil agama, kami terpesona dengan 'kejujuran' Ahmad 100, tetapi akhirnya kami terpedaya, isteri kami jadi mangsa nafsunya." Itulah antara luahan kekesalan bekas pengikut termasuk salah seorangnya mengalirkan air mata sedih berbaur kesal dalam satu pertemuan dengan Sinar Harian, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu juga, bekas pengikut Ahmad 100 ini juga mendedahkan, isteri masing-masing diserahkan kepada Ahmad untuk dikahwini secara batin dan sekiranya isteri mereka gagal memikat dan menaikkan nafsu syahwatnya, Ahmad akan menceraikannya dan dibuang daripada kumpulan dengan alasan dia tidak layak menjadi pengikutnya.

Paling tidak masuk akal, Ahmad ini juga didakwa mengelirukan pengikutnya apabila mengakui diri sebagai Imam Mahdi yang mempunyai mukjizat boleh bertemu Malaikat, ALLAH serta mendakwa dia adalah pemimpin alam jin menerusi wahyu diturunkan kepadanya.


Rumah tangga hancur lebur

Salah seorang daripada bekas pengikutnya yang dikenali sebagai Abu (bukan nama sebenar), 37, yang kini terpaksa menerima hakikat rumah tangganya musnah gara-gara ajaran sesat itu.

Abu berkata, pada awalnya dia tertarik menyertai kumpulan itu selepas kagum dengan cara Ahmad yang menasihatinya supaya menjadi orang diredai dan dikasihi ALLAH SWT.

"Kami bertemu di sebuah restoran pada mulanya mahu membincangkan bab pengurusan kewangan dan kemudian bertukar ke topik hukum merokok menyebabkan saya yakin dengannya kerana setiap kata-katanya berlandaskan al-Quran malah dia anggap diri saya kafir dan memerlukan bimbingan dan perlu menempuh ujian untuk menjadi seorang yang beriman," katanya.

Menurutnya, Ahmad yang ketika itu sudah mempunyai dua isteri memberitahu, isteri Abu, Zawiyah, 35, seorang yang baik dan perlu berkahwin dengannya untuk mendapat keberkatan.

"Bermula pada saat itu, saya dan isteri mula dipisahkan secara perlahan-lahan dan licik serta isteri saya tinggal sebilik dengan Ahmad tahun lalu.

"Bagi Ahmad, tidur sebilik dengan isteri saya adalah halal kerana ia adalah satu cara untuk menguji ketaatan dirinya kepada Tuhan dan keadaan itu berlarutan selama setahun sebelum isteri meminta cerai kerana tidak boleh meninggalkan Ahmad," katanya.

Abu berkata, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, isterinya sering berulang-alik dari rumahnya di Kedah ke Kuala Lumpur untuk menemui Ahmad dengan menggunakan alasan­ belajar agama.

"Keadaan bertambah sukar apabila isteri berubah dan menganggap Ahmad adalah segalanya dan sanggup meninggalkan saya dan ibu bapanya semata-mata kerana lelaki itu," katanya.

Dia mula menyedari bahawa ajaran­ Ahmad terpesong, namun gagal berbuat apa-apa kerana setiap pergerakan isterinya dipantau pengikut setia Ahmad.

Lebih memeritkan lagi, Ahmad turut memaksa isterinya menggugurkan kandungan yang berusia 10 minggu dan menetapkan dalil bahawa dirinya tidak boleh memiliki zuriat.

Abu berkata, dia turut dituduh membakar dua kereta milik Ahmad gara-gara cuba membawa Zawiyah pulang ke pangkuannya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, dua laporan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.

Cuba jadi isteri terbaik

Posted: 04 Apr 2012 06:55 PM PDT

Memey Suhaiza
Memey Suhaiza

JIKA dilihat semula perjalanan hidup pelakon rupawan ini, ia tidak semudah mata yang memandang. Sekuat kontroversi yang pernah menimpa, ia jelas menterjemahkan kekuatan luar biasa yang ada dalam diri Memey Suhaiza. Dengan bahasa lembut apabila bersuara, tiada siapa dapat menghitung ketabahannya dalam menempuh setiap dugaan.

Mungkin kerana itulah membuatkan Norman Hakim tanpa berfikir panjang menyuntingnya menjadi suri hidup, enam bulan lalu. Kini selepas setengah tahun memegang status isteri, Memey mula berbicara soal masa depan, perancangan dan impiannya yang masih tersembunyi di sanubari.

  • Foto

  • Foto

  • Foto

Menyifatkan perkahwinan bersama Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon memberikan sejuta kebahagiaan, wanita berusia 24 tahun ini tidak henti mengintai ruang untuk menjadi isteri yang terbaik.

"Selepas enam bulan berkahwin, saya dan Norman mula fikirkan sesuatu. Bukannya tak bahagia, sebaliknya kami rasa 'kesal' mengapa tidak mempercepatkan perkahwinan ini dari awal lagi. Mengapa kami mengambil masa begitu lama untuk mendirikan rumah tangga sedangkan kami sedar akan rasa cinta yang ada.


"Setiap saat yang kami lalui bersama memang memberikan saya rasa bahagia. Saya juga menempuh tahap kematangan, tanggungjawab dan erti sebuah ikatan perkahwinan yang sebenar. Setiap hari ada saja pengalaman yang menjadikan saya matang dalam membentuk diri menjadi seorang wanita. Maklumlah saya masih muda dan perlu belajar erti sebuah perkahwinan.


"Bagaimanapun saya bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang tidak jemu memimpin dan memberi tunjuk ajar. Dia sudah jauh berpengalaman dan sudah tahu asam garam dalam membentuk sesebuah keluarga. Lantas saya gembira kerana abang sentiasa ada membantu saya terutamanya dalam soal menjaga anak-anak.

"Sekarang saya sudah berani katakan yang saya sudah semakin mahir dalam banyak perkara seperti memasak dan menguruskan rumah tangga. Dulunya kita ada ibu yang membuat semua perkara tetapi sekarang saya kena cuba sendiri," katanya.

Pemilik nama sebenar Suhaiza Suhaimi yang dilahirkan di Kota Tinggi, Johor ini turut berkongsi keseronokannya dalam membantu Norman membesarkan anak-anaknya.
Meskipun bukan anak sendiri, namun hubungan antaranya dengan tiga anak tiri - Mohd Danish Hakim yang kini berusia sembilan tahun, Marisa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, begitu akrab. Jelasnya, itulah juga penambah warna dalam perkahwinan mereka berdua.

"Mujur sebelum kahwin lagi, Norman memang selalu membawa anak-anak bertemu saya. Lantas hubungan kami bertambah mesra apabila sudah pun tinggal bersama kini. Anak-anak akan hanya bersama kami pada hari Jumaat hingga Ahad setiap minggu. Itu saja waktu yang ada untuk Norman dan saya bersama mereka.

"Justeru sejak berkahwin lagi, kami sudah pun meletakkan syarat untuk memperuntukkan waktu hujung minggu di rumah. Kalau boleh, kami akan tolak sebarang tawaran atau jadual kerja ketika itu. Kami akan membawa mereka makan bersama, berjalan-jalan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Saya rasa ia memberikan kami suasana berbeza kerana hari-hari yang lain hanya kami berdua saja setiap hari.

"Bagaimanapun saya dan Norman tidak pernah sunyi walaupun hanya berdua. Ini kerana kami sibuk dengan jadual kerja dan hanya bertemu pada waktu malam saja.
Namun kami akan cuba luangkan masa untuk bersarapan sama dan makan malam berdua walaupun sudah lewat malam. Norman jenis yang suka isterinya masak walaupun ringkas.

"Kebiasaannya kami akan makan malam bersama dan saat itu saja yang ada buat kami berdua bertukar cerita, bersembang panjang dan berkongsi pendapat," katanya.

Terlanjur seronok bercerita mengenai kerenah tiga anak tirinya itu, Memey yang sebelum ini dikenali menerusi drama Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada, Jaringan, Karipap Istimewa dan Pontianak Air Jernih turut meluahkan impiannya untuk merasai pengalaman mengandung.

Tidak merancang, Memey yang turut pernah mengacarakan program Diari Anak Seni Musim 4 dan 5 menyerahkan segala-galanya pada ketentuan dan rezeki.

"Tatkala saya bersedia menjadi isteri, saya juga sudah membayangkan untuk hamil. Memang saya inginkan rasa pengalaman itu. Itu memang menjadi impian saya dan pastinya sebagai seorang wanita, ia adalah angan-angan terindah bersama suami," katanya.

Menyentuh soal kerjayanya, Memey yang akan muncul bersama suaminya menerusi program Aidilfitri istimewa, Dekorasi Raya tidak lama lagi baru saja selesai penggambaran drama Asmara Beijing bersama Syamsul Yusuf dan Salina Saibi.

"Alhamdulillah rezeki tidak putus sejak berkahwin. Dulu saya sangka tawaran akan kurang selepas berkahwin tapi rupa-rupanya tidak sama sekali. Sebaliknya semakin banyak pihak produksi yang meletak kepercayaan. Saya rasa inilah rezeki berumahtangga," katanya.

Memey kini menemui peminatnya menerusi drama siri terbaru terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Bukan Untukmu. Drama yang turut membariskan pelakon popular lain termasuk Ako Mustafa dan Ana Dahlia ini ditayangkan
di TV9, Isnin dan Selasa jam 8.30 malam.

"Saya memegang watak Nadia dalam drama ini dan menjadi isteri kepada Iskandar lakonan Ako. Hidup kami bahagia namun ditimpa kemelut hingga akhirnya kami membuat keputusan untuk berpisah. Dari situ bermulalah pelbagai masalah lain yang membabitkan Nadia yang membuatkannya tertekan.

"Saya rasa plot cerita Bukan Untukmu yang diarahkan Along Kamaruddin ini begitu berbeza kerana mencerminkan sisi lakonan saya yang lain. Walaupun pembangunan wataknya tidak terlalu besar namun garapan yang disuntik memberikan saya cabaran dalam menghidupkan emosi Nadia yang sukar dijangka.

"Saya hanya mengharapkan peminat tidak ketinggalan dalam menyaksikan drama ini dan menilai sendiri sejauh mana kemampuan saya sebagai seorang pelakon," katanya.



Trivia Memey

  • Sanggup memasak walaupun pada jam 2 pagi sekali pun kerana suami hanya ingin masakannya sebelum tidur. Menariknya, Memey tidak perlu masak nasi dengan pelbagai jenis lauk kerana Norman seorang yang cukup menjaga kesihatan dengan berdiet.

  • Memey dan suami masih lagi malu-malu apabila ramai yang mengusik mereka 'Wedding of the Year' apabila majlis resepsi perkahwinan mereka dianggarkan bernilai RM12 juta tajaan Rafflesia. Memey juga berpeluang menyarungkan busana sentuhan pereka antarabangsa, Vera Wang.

  • Watak Nadia menerusi drama siri terbaru terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Bukan Untukmu adalah satu lagi cabaran buatnya.
  • Yuna Bersyukur Imej Bertudung Diterima Di Amerika Syarikat

    Posted: 04 Apr 2012 06:54 PM PDT

    Yuna teruja untuk menanti reaksi peminat di Amerika terhadap album sulungnya.

    KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna amat bersyukur apabila imej bertudung yang ditampilkan dia boleh diterima oleh pengurusan albumnya di Amerika Syarikat iaitu Fader Label tanpa sebarang pertikaian.

    Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai berkata, sepanjang berurusan dengan syarikat rakaman dan bertemu dengan pelbagai pihak di negara itu, imejnya tidak pernah dipersoalkan walaupun terdapat beberapa pihak di negara berkenaan yang agak skeptikal dengan wanita bertudung.

    "Alhamdulillah imej bertudung saya tidak pernah sekali pun dipersoalkan oleh mana-mana pihak di sana malah pihak pengurusan memberikan kebebasan kepada saya untuk memilih imej yang dirasakan sesuai buat diri saya," ujarnya kepada mStar Online.

    Yuna berkata, dia juga agak terkejut dengan penerimaan masyarakat di Amerika Syarikat dan menganggap ia sebagai satu permulaan baik untuk perkembangan kerjaya seninya.

    Penyanyi itu baru sahaja membuat kemunculan pertamanya di televisyen negara itu menerusi program popular iaitu Conan dikendalikan oleh Conan O'Brien pada 2 April lalu.

    Yuna memberikan persembahan bertenaga dengan lagu Live Your Life yang mendapat sentuhan penerbit muzik terkenal, Pharrell Williams.

    Kulit album pertama Yuna di Amerika.

    Dalam pada itu dia sangat teruja apabila album pertamanya berjudul Yuna bakal dilancarkan pada 24 April ini yang akan diadakan di kota New York.

    Yuna memberitahu dia gembira melihat reaksi peminat terhadap muzik yang dibawanya dan berharap ia dapat diterima ramai selain mahu rakyat Malaysia berbangga dengan dirinya itu.

    "Selama setahun lebih saya berusaha keras untuk album pertama dan berharap ia akan dapat diterima oleh peminat," ujarnya.

    Sementara itu, Yuna yang turut menghasilkan single keduanya iaitu Lullabies akan sibuk dengan konsert jelajah ke seluruh negara itu bermula bulan Jun depan selama 30 hari.

    Selama tempoh tersebut dia akan mengadakan sebanyak 30 persembahan di pelbagai tempat dan memberitahu teruja dengan perancangan yang telah diaturkan oleh syarikat rakamannya.

    "Saya tidak pernah membuat persembahan selama 30 hari berturut-turut tetapi saya akan menyahut cabaran ini dan begitu teruja untuk menjelajah ke seluruh Amerika," katanya.

    Dalam perkembangan sama, Yuna berkata pihak syarikat rakamannya sedang mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan album itu.

    "Setakat ini album tersebut hanya akan dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja tetapi Insya-Allah peminat Malaysia akan dapat membeli album itu nanti," katanya.

    Sebulan bersama syarat cina buta

    Posted: 04 Apr 2012 06:53 PM PDT

    BUKTI...Ramli menunjukkan cek bayaran sebagai cina buta.
    BUKTI...Ramli menunjukkan cek bayaran sebagai cina buta.

    JOHOR BAHRU: Sekumpulan lelaki menjadi pak sanggup atau cina buta semata-mata mengidamkan imbuhan lumayan mencecah RM10,000 serta berpeluang bermalam dengan isteri ekspres bagi memuaskan nafsu selama sebulan sebelum diceraikan.

    Dengan imbuhan serta pelbagai barangan mewah lain diberikan isteri ekspres masing-masing, kumpulan cina buta terbabit tidak kisah dilabel dengan gelaran itu, malah memberi alasan ia bukan perkara mendatangkan kesalahan kerana segala-galanya dilakukan mengikut syarak.

    Bagi memudahkan pelanggan terdesak menghubungi mereka, kumpulan cina buta terbabit mendedahkan identiti serta maklumat peribadi berserta nombor telefon masing-masing dalam laman web.

    Seorang daripada cina buta yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli, 31, berkata, dia yang berasal dari Tapah, Perak, datang ke bandar raya ini enam tahun lalu sebelum terjebak kegiatan itu setahun kemudian.


    Menurutnya, dia mula terjebak kegiatan cina buta apabila menganggur lima bulan sebelum ditawarkan peluang menjadi cina buta kepada seorang kerani yang tinggal di Kuala Lumpur.

    Ekoran 'Gambar Peluk' Tersebar, Talha Akan Lebih Berwaspada

    Posted: 04 Apr 2012 06:52 PM PDT

    Talha hanya ketawa apabila mengetahui gambar dia didakwa memeluk seorang lelaki telah menyebabkan seksualiti dirinya dipersoalkan.

    PETALING JAYA: Pelakon Talha Harith akan lebih berwaspada sebelum mendedahkan sebarang gambar peribadi miliknya kerana bimbang pihak di luar mungkin akan menggunakan ia untuk memburukkan namanya.

    Talha berkata, dia kesal apabila gambar dia memeluk seorang lelaki telah tersebar sekali gus menggambarkan seolah-olah dirinya mempunyai hubungan songsang dengan individu tersebut.

    "Foto itu sebenarnya adalah dari telefon Black Berry Messenger (BBM) saya yang dijadikan sebagai gambar profil sahaja kerana saya menyukai gambar sedang semnyum.

    "Tapi tidak sangka pula seseorang telah mengambilnya untuk menyebarkan ia kepada pihak media bertujuan untuk memburukkan nama saya tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik foto berkenaan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

    Pada Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan mendedahkan gambar Talha sedang memeluk seorang lelaki dengan erat yang telah menimbulkan spekulasi dan tanggapan negatif sesetengah pihak.

    Talha tidak dapat mengenal pasti siapakah pihak yang bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan kerana semua kenalan di BBM adalah teman rapatnya.

    "Tidak tahu siapa tetapi di kalangan kawan-kawan juga (yang sebarkannya) kerana saya tidak akan menerima orang yang tidak dikenali sebagai kenalan di BBM saya," katanya.

    Menjelaskan mengenai foto berkenaan, Talha memberitahu ia diambil bersama seorang pelakon lelaki semasa mereka menyertai sukaneka pada program Extravaganza MyTV3 Out baru-baru ini.

    Gambar ini telah disalahertikan oleh sesetengah pihak sedangkan ia untuk memenuhi aktiviti sukan anjuran TV3 baru-baru ini.

    Talha memberitahu, gambar itu telah diambil oleh seorang kenalan mereka semasa dia didukung oleh pelakon tersebut sebelum acara sukaneka bermula.

    "Permainan yang kami masuk itu memerlukan saya didukung olehnya dan apabila gambar itu saya gunakan di BBM yang tidak menampakkan keseluruhan bahagian foto, ia seperti saya memeluk lelaki berkenaan dengan erat.

    "Tambahan pula semasa gambar itu diambil ramai ahli MyTV3 berada di situ untuk sama-sama menyertai program terbabit dan tidak mungkin saya nak buat hal di tempat terbuka," ujarnya.

    Dalam pada itu, Talha berkata, semasa mendapat tahu gambar itu tersebar dia hanya ketawa kerana menyedari masyarakat telah salah faham.

    Ahli keluarganya juga turut ketawa apabila isu itu timbul namun menasihatinya supaya lebih berhati-hati selepas ini.

    "Saya dan ahli keluarga sangat rapat dan mereka lebih mengenali saya daripada orang lain. Jadi apabila mereka baca laporan itu mereka hanya ketawa kerana tahu cerita berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

    "Saya boleh tunjuk gambar sebenar kepada wartawan jika mereka berjumpa dengan saya tetapi untuk mendedahkan gambar itu kepada media rasanya tidak kerana ingin menjaga nama baik rakan artis yang mendukung saya," ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Talha yang pernah popular menerusi drama Juvana dan Tanah Kubur memberitahu akan berangkat ke Hong Kong dan Seoul, Korea Selatan minggu hadapan bagi menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mizan Cinta.

    Dalam drama itu dia bergandingan bersama pelakon Memey Suhaiza.

    Talha memberitahu dia juga baru selesai menjalani penggambaran drama Masitah untuk RTM bersama Elyana, Beego, Amanda Misbun dan Abu Bakar Johar.

    Impak solekan segar

    Posted: 04 Apr 2012 06:50 PM PDT

    ANGGUN...gaya remaja terserlah bukan saja menerusi solekan tetapi pakaian dan dandanan rambut.
    ANGGUN...gaya remaja terserlah bukan saja menerusi solekan tetapi pakaian dan dandanan rambut.

    GADIS ini begitu bersahaja. Rambut disisir rapi dengan wajah polos tanpa sebarang solekan. Seluar denim dan kemeja menjadi pilihan.

    Katanya, dia jarang bersolek kerana tidak tahu bagaimana memulakannya. Hanya sekiranya ada majlis rasmi yang memerlukan dia berdandan cantik barulah pengilat bibir serta bedak asas disapu pada wajah. Namun hasilnya tidaklah secantik jurusolek profesional.

    • Foto

      BEDAK...sapuan bedak asas mampu menutup kekurangan wajah terutama kesan parut jerawat.

    • Foto

      MATA...pembayang mata dan celak memainkan peranan penting. Sapuan rona cerah sesuai gaya remaja.

    • Foto

      PIPI...jika inginkan senyuman menawan, sapukan pemerah pipi rona merah jambu.

    • Foto

      BIBIR...gincu merah jambu dengan pengilat bibir memberikan kesan seksi pada penampilan.

    • Foto

      SEGAR...solekan segar menjadikan wajah tampil menawan.

    "Mujur kulit tidak menghadapi masalah atau parut kekal akibat jerawat. Namun saya suka sekiranya didandan cantik kerana dapat melihat perubahan wajah," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Cat.

    Cat beruntung kerana memiliki kulit cerah tanpa sebarang cela. Malah bentuk wajah bujur sirih dengan tulang pipi yang sedikit menonjol membantu menyerlahkan penampilan selepas didandan.


    Menurut jurusolek Maybelline, Fauziah Ismail atau senang disapa Gee, setiap orang berkeinginan untuk tampil cantik dan menawan namun ramai tidak tahu teknik memadankan warna serta cara sapuan.


    Akibatnya walaupun mereka menggunakan produk mahal, hasilnya belum cukup menyerlah.

    "Padanan rona sama ada bedak asas, pembayang mata atau gincu harus serasi dengan warna kulit. Ini kerana rata-rata wanita memiliki rona kulit berbeza iaitu cerah, sawo matang dan gelap yang terangkum dalam jenis berminyak, kombinasi, semula jadi atau sensitif.

    "Pengetahuan mengenai rona dan jenis kulit akan lebih memudahkan wanita membuat pilihan," katanya yang banyak bekerja dalam produksi pengiklanan, drama dan filem.

    Tambah Gee, untuk kekal menawan terutama ketika menghadiri majlis bertema, rona pembayang mata dan celak memainkan peranan penting. Sapuan mengikut tema majlis serta warna pakaian turut menyumbang kepada penampilan segar dan memikat.

    Kini solekan menggunakan celak tebal pada kelopak mata mampu memberikan impak berbeza. Solekan ala mata kucing serta smokey masih menjadi pilihan ramai.

    "Cuma oleskan celak menutupi bahagian akar bulu mata dan lentikkan sedikit pada bahagian hujungnya. Celak cair memberikan sapuan berbeza namun bagi mereka yang kurang biasa boleh menggunakan celak jenis batang.

    "Apabila sudah lengkap keduanya, sapuan pembayang mata campuran rona gelap dan cerah seperti coklat, ungu, biru, merah jambu dengan pembayang mata keemasan sesuai digayakan pada waktu waktu siang.

    "Untuk majlis malam pula jangan bimbang menggunakan palet cerah seperti merah jambu, hijau, jingga atau ungu lembut pada mata kerana ia akan memberikan penampilan menawan. Apatah lagi apabila terkena simbahan cahaya neon yang pasti akan menambah seri.

    "Anda boleh juga menggunakan pembayang mata mengikut warna baju. Kemudian sapukan gincu merah jambu dan pengilat bibir untuk menyeimbangkan warna pembayang mata supaya kelihatan lembut," ujarnya.

    Gee yang berpengalaman dalam solekan pengantin juga memberitahu, solekan untuk remaja atau wanita muda biasanya tidak perlu terikat dengan rona gelap. Warna cerah akan membuatkan mereka tampil ranggi dan anggun dengan cara tersendiri.
    Paling penting bukan saja solekan, pakaian dan dandanan rambut turut memainkan peranan utama.

    "Bagi mereka yang ingin menonjolkan solekan, anda boleh membuat sanggul kecil dengan kemasan pada bahagian hadapan. Kemudian pilih anting-anting comel untuk kekal menawan," jelasnya.


    Apa kata Cat:

    "Saya sukakan solekan gaya remaja kerana membantu membuatkan saya tampil segar dan menyerlah. Kini saya semakin memahami mengenai pemilihan rona alat solek serta teknik sapuan pada wajah.

    "Rona segar alat solek Maybelline mampu memberikan gaya berbeza terutama ketika menghadiri majlis minum petang, koktel atau hari jadi. Ringkas dan menawan sesuai dengan usia."


    Tip solekan malam:

  • Penyamar noda perlu dipakai dengan jari dan tekap pada kawasan yang perlu.

  • Pakai bedak asas jenis cecair terlebih dulu sebelum bedak kompak. Ini bagi memastikan solekan tampak lebih tebal dan lembut.

  • Ingat solekan malam perlu kekal lama, untuk itu pemakaian satu jenis bedak asas tidak memadai.

  • Untuk tampil glamor, pilih pembayang mata berkilat dengan rona cerah kerana ia tampak lebih cantik terutama apabila disimbahi cahaya lampu. Namun, warna terang digunakan bukan jenis seperti merah dan jingga kerana ia akan memberi kesan sebaliknya.

  • Pastikan solekan pembayang mata, pemerah pipi dan gincu tidak terlalu tebal kerana ia mungkin membuatkan rakan semeja berasa kurang selesa.

  • Sentiasa membawa pengilat bibir kerana ia dapat memperbaiki penampilan biarpun selepas mengambil makanan berat.


    Tip solekan siang:

  • Jangan keterlaluan dalam mengenakan solekan kerana ia akan mencacatkan penampilan.

  • Sekiranya anda hanya menerima undangan, elakkan memakai penggaris mata terlalu gelap dan tebal kerana ia hanya akan merosakkan solekan.

  • Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Terlalu banyak maskara boleh membuat bulu mata anda kelihatan seperti palsu.

  • Begitu juga dengan bedak asas, ia perlu sesuai warna kulit agar solekan tidak terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit.

  • Pilih kombinasi rona cerah dan gelap untuk pembayang mata kerana ini akan menambah kesegaran pada penampilan. Menggunakan hanya satu jenis rona saja akan membuatkan solekan nampak kaku.

  • Gunakan gincu rona segar seperti merah jambu bersama pengilat bibir untuk tampil seksi.


    Terima kasih:

  • Solekan dan dandanan: Gee menggunakan koleksi terkini Maybelline (016-2188 958).

  • Pengurus Perhubungan Awam, Bahagian Pengguna Produk L'Oreal Malaysia Sdn Bhd, Connie Ng.
  • Faizal lepas geram

    Posted: 04 Apr 2012 06:48 PM PDT

    Faizal Tahir
    Faizal Tahir
    Cuba sentuh hati peminat dengan Mahakarya Cinta pada malam kemuncak ABPBH2011

    JIKA bukan kerana digantung daripada membuat persembahan secara langsung garagara insiden membuka baju, pastinya malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-22 menjadi acara penuh bermakna buat Faizal Tahir apabila dapat menyanyikan sendiri lagu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok itu. Namun, hukuman itu membuatkan Faizal hanya mampu melihat lagunya itu dinyanyikan Bob AF dari jauh. Meskipun dalam hatinya terselit perasaan ralat dan kecewa yang teramat sangat, namun dia reda dengan apa yang berlaku.Dalam diam dia menanam impian untuk menyanyikan lagu itu di atas pentas yang sama prestijnya dengan Anugerah Juara Lagu.

    Ternyata doa bapa kepada empat cahaya mata ini dimakbul akhirnya.

    Sewaktu ditanya pengarah muzik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, Datuk Ramli MS mengenai lagu yang ingin disampaikannya malam itu, dengan pantas Faizal memberikan judul lagu itu kepada Ramli.

    "Saya memilih untuk menyanyikan lagu itu kerana saya geram apabila gagal membawakannya pada AJL ke-22.
    Justeru apabila abang Ramli bertanya lagu yang ingin saya nyanyikan malam itu, lantas lagu Mahakarya Cinta menjadi pilihan.

    "Sebagai lagu yang berjaya memperkenalkan diri saya dalam bidang seni, saya rasa adalah sesuai untuk saya menyanyikannya pada malam kemuncak ABPBH2011.

    Memang sangat teruja dan tidak sabar untuk menyanyikan lagu itu pada Ahad nanti," kata Faizal ketika ditemui pada majlis pelancaran Bulan Kesihatan Mulut 2012 yang disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Sirlin, di Bandar Utama, semalam.

    Faizal bersama tiga anaknya itu Ahmad Mikaeel Zidane, Siti Raudhah Nur Iman dan Ahmad Rifa'ie Zidane dipilih sebagai jurucakap kepada kempen yang dijalankan selama sebulan itu.

    Memandangkan itulah kali pertama Faizal menyampaikan lagu terbabit di sebuah pentas yang cukup gah dan menjadi tumpuan ramai, pastinya ada sesuatu yang istimewa menanti peminat yang menyaksikan secara langsung acara yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands itu.

    "Ramai tahu saya memang seorang yang suka membuat persembahan berkonsep. Walaupun persembahan ABPBH bukan membabitkan pertandingan, namun itu tidak bermakna saya buat secara ala kadar. Bagi saya, sama ada AJL, ABPBH dan juga Anugerah Industri Muzik, jika saya terbabit dalam persembahannya, saya akan tetap memberikan yang terbaik.

    "Pada malam kemuncak nanti, saya akan membuat persembahan yang mampu menyentuh hati penonton," katanya.

    Sempena ABPBH edisi jubli perak ini, Faizal turut dicalonkan sebagai finalis kategori Penyanyi LelakiPopular, bersaing dengan Anuar Zain, Hafiz, Aizat dan Black. Sebagaipenyandang kategori itu tahun lalu, mampukah dia mempertahankan gelaran berkenaan untuk kesekian kalinya?

    "Bagi saya, populariti artis ada turun naiknya. Jika tahun lalu populariti saya berada pada kedudukan 100 peratus, tahun ini saya rasakan ia menurun menjadi 70 hingga 80 peratus. Puncanya, tidak banyak produk saya diketengahkan tahun lalu. Pilihan saya untuk tahun ini ialah Anuar Zain dan Hafiz.

    "Anuar mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun dia jarang keluar TV, tapi popularitinya tetap kekal. Hafiz pula popular dek kemenangannya meraih dua anugerah pada AJL awal tahun ini," ujarnya yang bakal muncul dengan album terbaru Mei ini.

    Osman terpesona dengan al-Quran

    Posted: 04 Apr 2012 06:45 PM PDT


    Dakwah... Osman Andrew Young menerangkan mengenai hasil seni karya kaligrafi khat beliau yang boleh didapati dalam pelbagai medium kepada pengunjung galeri yang kagum dengan bakat dan kemahiran yang beliau miliki.


    JIWA kembara yang tebal, membawakan Osman Andrew Young berkelana untuk meneroka tempat-tempat eksotik di pelbagai bahagian dunia. Dari situ dia bertemu dengan bermacam-macam ragam manusia, termasuk mereka yang menurutnya sebagai orang yang terbaik, iaitu Muslim.

    Mengenai Islam itu sendiri, bukan sesuatu yang asing kerana Osman pernah mempelajarinya melalui pengajian Sejarah Arab di Universiti St. Andrew, Scotland.

    Lalu pengembaraannya itu bukan hanya memperkenalkannya pada Islam tetapi juga pada seni kaligrafi terutamanya khat yang kini menjadi kepakarannya.

    Gabungan herba, sains dan falsafah

    Posted: 04 Apr 2012 06:44 PM PDT


    Pengarah Urusan Pemasaran Embun Elit Sdn. Bhd., Denise Yan (enam dari kanan) dan Pengurus Jualan Kebangsaan Embun Elit Sdn. Bhd., Goh Bak Seng (empat dari kiri) bersama wakil media di hadapan bangunan Pembangunan dan Penyelidikan Syarikat The Himalaya Drug di Bangalore, India, baru-baru ini.


    AYURVEDA merupakan perubatan tradisional India yang dipercayai wujud lebih 6,000 tahun dahulu.

    Menggabungkan sains dan falsafah yang merangkumi keseimbangan fizikal, mental dan spiritual, ia diperlukan untuk kesihatan melalui cara hidup, perubatan dalaman dan rawatan luaran.

    Elemen penting dalam rejim pembersihan luaran itu yang juga merupakan sistem perubatan kuno ialah herba yang digunakan untuk membersih, melembut dan melindungi tubuh.

    Menyedari manfaat dan kebaikan herba, pada tahun 1930 dengan mengekalkan konsep ayurveda, M. Manal, merupakan individu dari India yang bertanggungjawab mengetengahkan produk berasaskan herba di pasaran.

    Terapi untuk si kecil istimewa

    Posted: 04 Apr 2012 06:43 PM PDT


    Mohd. Izham ISmail, 33, membantu anaknya, Izz Raimi Halim, 6, bergerak dengan menggunakan alat bantuan pergerakan beroda.


    SEBAIK sahaja kaki melangkah masuk ke taman asuhan harian untuk kanak-kanak istimewa, Tasputra Perkim (Tasputra) di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur, hati menjadi sebak dan pilu di saat melihat anak-anak kecil seawal usia dua tahun menjalani fisioterapi.

    Perasaan tersebut timbul kerana mengenangkan nasib mereka yang tidak mampu menguruskan diri sendiri apatah lagi untuk bertutur.

    Rata-rata kanak-kanak istimewa yang ditempatkan di pusat jagaan itu mengalami masalah serebrum palsi (CP), hiperaktif dan Sindrom Down.

    Mereka sebenar permata hati yang perlu ditatang dengan penuh kasih sayang kerana secara tidak langsung ia boleh membantu mereka memperoleh perkembangan sewajarnya.

    Central Park taman dalam bangunan

    Posted: 04 Apr 2012 06:41 PM PDT


    Pengunjung melalui pengalaman unik apabila memasuki Central Parkt Berjaya Times Square.


    Bagi mereka yang pernah menjejakkan kaki di New York, Amerika Syarikat, pasti cukup kenal dengan Central Park.

    Taman hijau yang terletak di tengah-tengah kota fesyen itu menjadi antara tumpuan riadah utama bukan saja di kalangan penduduk tempatan bahkan pelancong dari seluruh dunia.

    Meminjam aura gah taman tersebut Berjaya Times Square (BTS) di Kuala Lumpur, 'membawa' Central Park ke dalam bangunan pusat membeli-belah tersebut sebagai tarikan terbarunya.

    Terletak di aras tiga, ruang membeli-belah ini diselubungi dengan kehijauan 'tumbuhan' renek dan menjalar membuatkan pengunjung seolah-olah berada dalam taman yang redup dan menyamankan.

    Uniknya setiap inci dinding dibaluti dengan tumbuhan-tumbuhan hijau dan reka bentuk setiap premisnya menyerupai rumah Inggeris lama.

    Brenda Tidak Mengalah Selepas Kegagalan 'Mulut Longkang'

    Posted: 04 Apr 2012 06:40 PM PDT

    Brenda.

    PETALING JAYA: Kegagalan single lagu pertama, Mulut Longkang ternyata tidak menjatuhkan semangat penyanyi baru, Brenda, 18, apabila dia tetap meneruskan usahanya untuk muncul dengan single kedua berjudul Manusia Biasa.

    Brenda berkata, walaupun kecewa Mulut Longkang kurang mendapat sambutan, namun dia mengambilnya sebagai perkara positif untuk memperbaiki kelemahan diri.

    "Saya percaya setiap 'produk' yang gagal pasti ada kelemahannya sehingga ia kurang mendapat perhatian ramai.

    "Mungkin judul lagu Mulut Longkang, kasar bunyinya, membuatkan orang ramai memberi satu persepsi negatif tentang lagu ini sedangkan ia sarat dengan mesej berguna.

    "Bagaimanapun, tanpa membuang masa, saya buktikan kemampuan diri menerusi lagu Manusia Biasa," katanya.

    Tambah Brenda, hal tersebut membuatkan dia mula berhati-hati dalam memilih sesebuah lagu tidak kiralah daripada segi lirik dan tajuk.

    Manusia Biasa merupakan lagu asal daripada penyanyi seberang, Yovie dan Nuno yang telah pun disusun semula untuk dinyanyikan balik oleh Brenda.

    "Lagu ini sangat istimewa buat saya tambah pula setelah ia disusun semula dandiberi nafas baru, orang lain pasti tidak sedar bahawa Yuvie dan Nuno merupakan penyanyi asal lagu ini.

    "Harap-harap karya ini dapat menarik perhatian ramai. Bagaimanapun, saya sudah pun bersedia dengan kritikan orang terhadap lagu tersebut," ujarnya yang akan menghasilkan album tidak lama lagi.

    Ditanya adakah dia sudah dapat merasakan cabarannya dalam ingin membina tapak karier nyanyian yang kukuh, Brenda berkata, hal tersebut sudah mula dirasai sejak kemunculan lagu Mulut Longkang lagi pada pertengahan tahun lalu.

    "Tidak apa, untuk menjadi seorang yang berjaya, seseorang itu haruslah menempuh dugaannya dahulu. Cuma saya harap ia tidak diganggu dengan kontroversi yang kurang menyenangkan," ujarnya ringkas.

    Russel Brand Serahkan Rumah RM19.5 Juta Kepada Katy Perry

    Posted: 04 Apr 2012 06:40 PM PDT

    Russell Brand - Katy Perry @ Dailymail.co.uk

    TERNYATA pelawak Russel Brand mahu membuang segala kenangan yang pernah dilalui bersama bekas isterinya, Katy Perry.

    Selepas meninggalkan rumah yang dibeli bersama-sama dengan Katy di Hollywood Hills, Amerika Syarikat dan kembali ke London, kini Russell menyerahkan rumah mereka di India kepada penyanyi yang popular dengan lagu Firework itu.

    Menurut laporan Dailymail, pelawak itu dengan senangnya memberikan kediaman mewah bernilai RM19.5 juta tersebut kepada bekas isterinya tanpa sebarang perjanjian atau permintaan.

    Rumah Russel dan Katy yang bernilai RM19.5 juta di India.

    Tidak pasti sebab-sebab Russell menyerahkan rumah itu kepada Katy kerana undang-undang di California sendiri sudah menjelaskan bahawa hartanah yang dimiliki oleh pasangan yang bercerai harus dibahagi sama rata.

    Terdahulu, tidak lama selepas penceraian mereka, Russel telah meninggalkan rumah yang didiaminya bersama Katy pada January 2012 dan memilih untuk pulang ke kampung halamannya.

    Kini Russel dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan dengan model Hongaria bernama Nikolett Barabas , manakala Katy pula dikatakan sedang hangat bercinta dengan model Baptiste Giabiconi.

    Astro Tutor TV SPM Perkenalkan 'Gradz'

    Posted: 04 Apr 2012 06:39 PM PDT

    PETALING JAYA: Saluran Astro Tutor TV SPM kini memperkenalkan Gradz, menampilkan pelbagai informasi menarik tentang kerjaya serta program-program pengajian, khususnya untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Menurut Ketua Pendidikan Astro, Ravi Gopal, memandangkan permintaan Tutor TV semakin meningkat daripada para pelajar dan ibu bapa, Gradz diperkenalkan untuk menjadikan ia antara medium bagi menarik minat penonton muda belajar setiap mata pelajaran dengan pendekatan berbeza.

    "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua lepasan SPM 2011 bagi pencapaian mereka dalam peperiksaan tahun lepas. Astro sangat komited untuk memberikan peluang-peluang pendidikan berterusan dan berkualiti kepada para pelajar.

    "Memang menjadi harapan dan aspirasi kami agar Gradz akan terus membantu dan memberi panduan kepada para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan peperiksaan mereka," katanya.

    Antara paparan Gradzyang bakal disisipkan termasuklah segmen 'Kerjaya Impian' yang membincangkan tentang pilihan pendidikan dan kerjaya, sekali gus memberikan contoh rakyat Malaysia yang berjaya dalam kerjaya impian masing-masing.

    Sementara itu, 'Lepas SPM' pula akan memberikan panduan kepada para lepasan SPM dengan mengemukakan pilihan-pilihan yang bertepatan untuk pengajian mahupun kerjaya yang sejajar dengan perwatakan dan kebolehan mereka.

    Tidak ketinggalan 'Di Luar Sana', segmen panduan kerjaya yang turut membantu para lepasan SPM untuk memilih pengajian yang sesuai berdasarkan cita-cita mereka.

    Selain itu, terdapat juga 'Get A Life – Cool Career', segmen mingguan yang memaparkan cabaran, isu-isu dan pilihan hidup remaja, terutamanya berkaitan dengan pendidikan dan kerjaya.

    Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton kesemua program-program informasi ini dalam siaran istimewa Gradz.

    Ia disiarkan pada setiap hari Ahad selama sejam dari pukul 11 pagi di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603).

    Zac Efron Dikutuk Kerana Mulut Busuk

    Posted: 04 Apr 2012 06:35 PM PDT

    PELAKON Zac Efron mengakui pernah melalui pengalaman buruk di saat melakonkan babak bercumbuan dalam filem "Summerland."

    Gara-gara tersalah makan tuna, Zac dikutuk oleh bekas kekasihnya, Vanessa Hudgens kerana bau mulut yang busuk dan tidak menyenangkannya untuk melakonkan aksi itu.

    "Saya perlu melakonkan babak bercumbuan dan pada ketika itu saya baru sahaja selesai menikmati roti sandwic tuna.

    "Ia merupakan babak cium pertama kami dan saya telah memalukan diri sendiri. Harap-harap kejadian mulut busuk tidak akan berulang lagi," katanya kepada Aceshowbiz.

    Gara-gara peristiwa tersebut, Zac mengambil ia sebagai satu iktibar dan membuat pelbagai persiapan sebelum melakonkan adegan tersebut agar pasangannya berasa lebih selesa dengannya.

    "Sejak insiden itu saya mula menyediakan gula-gula getah perisa pudina atau apa-apa saja yang boleh menyegarkan mulut sebelum melakonkan adegan cumbu. Yang penting, saya akan elakkan makan bawang," seloroh aktor berusia 24 tahun itu.

    Rozita mahu saman penyebar fitnah

    Posted: 04 Apr 2012 06:28 PM PDT


    MENGAKUI masih solo dan belum masa untuk memikirkan hal perkahwinan.


    BUKAN sekali tetapi tiga kali dia terpaksa berhadapan dengan gosip yang sama - kononnya bakal menjadi isteri kedua seorang ahli perniagaan yang juga merupakan suami kepada penyanyi terkenal tempatan.

    Tidak dinafikan gosip-gosip liar itu telah menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit buat dirinya.

    Amat terkilan dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu, pelakon popular, Rozita Che Wan memberitahu, gosip itu bukan sahaja menyinggung perasaannya tetapi juga mereka yang dikaitkan.

    Justeru pelakon 'bergetah' berusia 39 tahun itu berhasrat mengemukakan saman kepada penyebar fitnah terbabit.

    Tegas ibu tunggal kepada dua anak itu, adalah tidak adil buat dirinya dan mereka yang terpalit sama dengan kontroversi terbabit memandangkan ia tidak pernah berlaku sama sekali.

    Dicekup asmara dalam kereta

    Posted: 04 Apr 2012 06:25 PM PDT

    Dicekup asmara dalam kereta

    KOTA BHARU- "Tolong lepaskan kami encik, hanya kali ini sahaja, tolong lah...kami janji lain kali tidak akan buat lagi perkara ini."

    Itulah rayuan yang hampir menitiskan air mata dua wanita selepas ditahan pegawai penguat kuasa dalam Operasi Cegah Maksiat kira-kira jam 2 pagi semalam di Jalan Sri Cemerlang.

    Dalam serbuan di sebuah hotel bajet itu, salah seorang daripada dua wanita juga penuntut kolej kejururawatan, ditahan bersama pasangan disyaki melakukan perbuatan sumbang di dalam kereta yang diletakkan di tepi bangunan berkenaan.

    Malangnya keseronokan wanita berasal dari Besut berusia 20-an yang asyik berasmara bersama teman lelakinya itu dapat dihidu pegawai penguat kuasa walaupun ketika itu enjin kereta dimatikan.

    Ketika pegawai penguat kuasa membuka pintu kenderaan itu didapati baju lelaki berumur 20-an yang bekerja sebagai kontraktor tersebut terbuka serta berada dalam keadaan berpeluh dengan alasannya kepanasan dan kelihatan menggelabah.

    Di tempat sama, tiga remaja lelaki juga kenalan penuntut kolej terbabit turut disoal siasat berikutan penemuan beg tangan wanita di dalam bilik tersebut yang difahamkan ditinggalkan oleh rakannya setelah mengetahui kehadiran pihak berkuasa selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada seseorang.

    Wanita terbabit yang kedua-duanya memakai baju ketat dan tidak bertudung dengan rambutnya diwarnakan memberi alasan dia baru sahaja sampai di hotel tersebut kerana pintu pagar asrama sudah ditutup, lagipun pengawal keselamatan enggan membenarkan mereka masuk.

    Pasangan yang ditahan di dalam kereta tersebut diarahkan hadir ke Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut dan kedua-dua wanita itu dihantar semula ke asrama mereka selepas operasi tamat.

    Sebelum itu, sebuah pusat karaoke di Jalan Padang Tembak yang dipenuhi pengunjung, juga turut diserbu dan dikenakan kompaun serta denda termasuk merampas kelengkapannya bernilai kira-kira RM2,000.

    Operasi yang diketuai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) turut melibatkan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan polis disertai kira-kira 26 anggota.

    Sementara itu, Ketua Pengarah Penguat kuasa MPKB-BRI, Ramly Che Hussin berkata, operasi pencegahan maksiat akan dijalankan setiap masa supaya perkara yang bertentangan dengan tuntutan agama boleh dicegah.

    Lubuk rezeki pengemis tua

    Posted: 04 Apr 2012 06:24 PM PDT

    Lubuk rezeki pengemis tua

    PUNCAK ALAM – Lambakan pengemis dan peminta sedekah di pasar malam di daerah ini masih berterusan berikutan masih ada penduduk yang menghulurkan wang atas dasar simpati.

    Senario itu menjadikan masalah sukar dibendung meskipun menyedari wujudnya sindiket mempergunakan golongan kurang upaya (OKU) demi kepentingan individu tertentu.

    Lokasi pasar malam di Puncak Alam dan Saujana Utama menjadi 'lubuk wang mudah' kepada pengemis untuk meraih simpati daripada orang ramai yang sibuk membeli juadah makanan bersama keluarga.

    Tinjauan Sinar Harian di kawasan terbabit mendapati masih ada dua atau tiga individu duduk di laluan sambil menadah tangan untuk dikasihani dan ramai penduduk dilihat menghulurkan sumbangan wang kerana kasihan melihat mereka yang rata-rata sudah berusia.

    Menurut seorang penduduk, Zarina Ali Din, isu pengemis dan peminta sedekah masih berlarutan berikutan sikap pemurah serta kasihan masyarakat yang sering menghulurkan wang kepada mereka dengan niat untuk membantu mereka.

    "Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan bagi saya, jika niat untuk bersedekah terhadap sesiapa pun, ia terserah tambahan pula individu yang meminta sedekah itu terdiri golongan warga emas.

    "Ada juga yang memohon untuk dana sekolah agama, jadi jika lalu di hadapan mereka, kita jadi serba salah dan kasihan," katanya yang sering mengunjungi pasar malam di Puncak Alam setiap Sabtu dan Rabu di sini.

    Seorang penduduk, Kamarudin Othman berkata, tidak salah jika ada individu yang tampil memohon dana untuk pembinaan surau mahupun sekolah agama kerana kawasan pasar malam dipenuhi orang.

    "Pada pendapat saya, bersedekah itu tidak salah kerana ia bergantung pada niat kita yang mahu membantu orang itu tetapi perlulah berpada-pada dan banyakkan bertanya sebelum menderma kerana tidak mahu wang yang diberikan digunakan untuk perkara tidak baik.

    "Bukan sahaja pasar malam, bahkan ada remaja dan kanak-kanak dipergunakan untuk datang ke setiap rumah untuk menjual cakera padat agama dengan harga murah demi mendapatkan dana untuk sekolah mereka.

    "Perkara membabitkan kanak-kanak dan remaja ini untuk tujuan itu saya bantah sepenuhnya kerana ia salah dan tidak sepatutnya mempergunakan golongan bawah umur untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

    Sembunyi bawah katil

    Posted: 04 Apr 2012 06:20 PM PDT

    Sembunyi bawah katil

    SEREMBAN – Dua wanita warga China, dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur hanya sempat bersembunyi bawah katil selepas pihak berkuasa Jabatan Imigresen menyerbu penginapan mereka di Rumah Pangsa Jalan Tun Dr Ismail, Lobak, di sini, kelmarin.

    Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman berkata, operasi itu disertai enam anggota dan pegawai penguat kuasa, yang melakukan pemerik­saan menyeluruh, kira-kira jam 4 petang.

    Menurutnya, ketika serbuan, dua wanita terbabit yang bekerja di beberapa pusat hiburan di daerah ini, ditemui bersembunyi dalam keadaan ketakutan di bawah katil di dalam bilik, manakala seorang lagi wanita dan seorang lelaki berusia 50-an dipercayai penjaga mereka berada di ruang tamu.

    "Difahamkan, semua wanita berusia lingkungan 30-an ini akan dibawa oleh penjaga mereka ke premis hiburan tertentu di daerah ini untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral pada sebelah malam.

    "Kami turut menemui sejumlah kondom dan cecair pelincir dipercayai digunakan untuk aktiviti mereka," katanya.

    Faizal berkata, hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada wanita terbabit tiada dokumen perjalanan sah, manakala dua lagi mempunyai pas lawatan sosial dan pasport yang menunjukkan rekod meragukan.

    "Wanita yang tidak mempunyai dokumen itu memberi alasan pasportnya dipegang oleh ejen yang menguruskan pas pelajar, kononnya untuk dia mengikuti pengajian bahasa Inggeris di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur."Rekod perjalanan pada pasport dua lagi wanita menunjukkan, mereka kerap memasuki Malaysia dan tinggal sehingga tempoh lawatan tamat sebelum pulang semula ke negara asal dan datang kembali ke negara ini," katanya.

    Menurutnya, siasatan awal pihaknya tidak menolak kemungkinan wanita terbabit turut menyediakan perkhidmatan seks di rumah terbabit terutama pada waktu siang, namun hanya kepada pelanggan yang dikenali sahaja.

    Membongkar kisah pemenggal kepala

    Posted: 04 Apr 2012 06:19 PM PDT



    THE BORNEO INCIDENT tidak berbunyi seakan-akan sebuah filem. Namun itu faktanya. Ia merupakan sebuah filem seram eksperimental hasil karya sulung terbitan Maverick Media arahan Michael Helfman.

    Bakal menemui penonton pada bulan September tahun ini, The Borneo Incident juga dikhabarkan akan turut dipertandingkan di Festival Filem Toronto sebelum memasuki Malaysia.

    Filem yang mengumpulkan pengacara terkenal, Henry Golding, Daphne Iking dan Hansen Lee dalam barisan pelakonnya itu juga turut melibatkan pelakon Singapura, Fay Hokulani selain pelakon seksi Carmen Soo serta penyanyi Dennis Lau.

    Henry tidak canggung

    Tidak sukar rasanya bagi pengacara program 8TV, Without Boundaries, Henry Golding untuk sekali lagi masuk ke hutan menjalani penggambaran filem itu. Walaupun pada kali ini dia menjelajah isi hutan bukan sebagai hos, tetapi sebagai pelakon, ia adalah satu pekerjaan baharu yang mengujakannya.

    Hal itu diakui sendiri olehnya yang ditemui ketika sidang akhbar dan previu filem itu di Hotel Gardens, Petaling Jaya, Selangor, pada Selasa lalu.

    "Filem ini akan membawa penonton kembali kepada budaya asal etnik pribumi di Borneo dan pastinya menjanjikan pengalaman sebenar yang sangat realistik.

    "Penggambaran ini dilakukan di kawasan rumah panjang Ukum yang terletak di daerah Batang Ai, Sarawak, malah kami juga masuk ke dalam hutan yang mengambil masa sejam dari kawasan penempatan untuk penggambaran selama dua hari di sana.

    "Mujur sebelum ini saya dibiasakan untuk pengembaraan di dalam hutan, maka lokasi penggambaran filem kali ini tidak terlalu aneh bagi saya," ujarnya yang menjelaskan lebih banyak reaksi berbanding aksi terkandung dalam filem ini.

    Fay tukar minat

    Salah seorang pelakon dari Singapura, Fay Hokulani yang pertama kali terpaksa melakukan aktiviti lasak di dalam hutan turut menceritakan pengalamannya sepanjang tempoh penggambaran yang bermula pada hujung Februari lalu.

    "Pada mulanya apabila saya dikhabarkan perlu masuk ke hutan saya takut! Tidak pernah terlintas untuk melakukan nktiviti sedemikian. Pastinya perkara yang menyukarkan bagi saya selaku seorang perempuan adalah apabila berada di kawasan hutan dan tiada tandas.


    DARI KIRI, Fay, Henry (duduk,depan), Hansen dan Daphne merupakan antara pelakon penting filem The Borneo Incident.


    "Namun, selepas bersama dengan kru produksi filem ini, sedikit sebanyak ia telah menarik minat saya untuk melakukan treking hutan dengan lebih kerap selepas ini," cerita Fay teruja.

    Daphne ketakutan

    Sementara itu, filem itu turut menampilkan heroin filem Belukar, Daphne Iking sebagai seorang pemandu pelancong di kawasan Batu Caves, Selangor.

    Bercerita tentang tekanan bekerja di bawah produksi luar negara sehingga dirinya pernah tersesat dalam hutan, ujar pengacara rancangan ntv7, Bella itu, pengalaman dirinya sebagai seorang wartawan sebelum ini banyak membantunya.

    "Sebagai seorang wartawan, kita dilatih untuk menyerap sebanyak mungkin maklumat yang diberikan. Begitu juga sewaktu berlakon dalam filem ini.

    "Kami melakukan penggambaran di Batu Caves dua hari sebelum perayaan Thaipusam dan sewaktu ralit melihat kavadi saya terpisah daripada kru produksi lain dan sesat.

    "Menakutkan tapi pengalaman itu sangat berharga bagi saya. Selain itu, saya perlu menghafal sebanyak mungkin informasi yang diberikan pemandu pelancong dalam masa yang singkat. Akhirnya apa yang melekat saja yang keluar dari mulut," ujarnya bersungguh-sungguh.

    Hansen tayang badan

    Pengacara The Breakfast Show di ntv7, Hansen Lee pula tampil sebagai cameo dalam filem itu memegang watak sebagai abang kepada watak lakonan Carmen Soo.


    FILEM The Borneo Incident membawa penonton kembali kepada budaya asal etnik pribumi di kepulauan Borneo.


    Wataknya itu merupakan seorang pemuda yang sudah sebati dengan kehidupan pantai menyebabkan dia muncul dalam banyak babak filem itu tanpa memakai baju.

    Hansen bagaimanapun berharap ia tidak timbul menjadi isu kontroversi kerana sepanjang filem itu, dia sememangnya diwajibkan untuk tidak berbaju!

    "Saya bersedia untuk aksi tayang badan. Apabila ditawarkan watak ini saya mengandaikan sama ada saya akan memakai singlet mahupun sekadar memakai seluar pendek di tepi pantai.

    "Tidak menjadi isu bagi saya dan saya selesa beraksi sebegini. Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini sensitif tapi saya masih menghormati norma masyarakat kita," katanya yang sebelum ini pernah menjadi seorang jurulatih gimnasium selama empat tahun.

    Dia sebelum ini pernah berlakon dalam sebuah drama Singapura berjudul Polo Boys pada tahun 2009 juga tanpa memakai baju.

    Tambah pelakon telefilem Akinabalu dan Di Telapak Kaki Bonda itu, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu kerana tindakannya adalah berdasarkan watak dan tiada niat untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

    The Borneo Incident menceritakan pengalaman lima orang sahabat yang mendokumentasikan pengembaraan mereka dari New York, Amerika Syarikat ke Borneo, Malaysia.

    Tujuan rombongan mereka adalah untuk menjejak semula keluarga Henry yang terkenal dengan kaum pemenggal kepala iaitu Iban sehingga tersasar daripada matlamat asal setelah tersesat sehingga memasuki sempadan sebuah puak di Indonesia.

    Semakin jauh kumpulan itu berjalan mereka sedar bahawa kawasan yang ditinjau bukan tempat yang terbaik untuk mereka jejaki.

    Leeteuk dedah nombor telefon

    Posted: 04 Apr 2012 06:18 PM PDT


    LEETEUK


    KETUA band Super Junior, Leeteuk mendedahkan dia akan terus menggunakan nombor telefon yang sama meskipun nombor telefon peribadinya itu telah didedahkan kepada pengetahuan umum pada 1 April lalu.

    Tarikh 1 April sangat sinonim dengan hari membuat kejutan kepada orang lain atau dipanggil April Fool's Day.

    Pada 3 April lalu, melalui akaun laman sosial Twitter miliknya, Leeteuk menulis: "Saya akan terbang ke Perancis untuk konsert pertama Super Junior di sana. Kami berjanji akan memberi persembahan yang terbaik.

    "Saya juga akan terus menggunakan nombor telefon yang sama dan ia akan menjadi nombor telefon utama untuk saya berkomunikasi. Saya akan beritahu anda semua (peminat) jika saya tidak lagi menggunakan nombor telefon itu."

    Pada 1 April lalu, Leeteuk telah meletakkan nombor telefon peribadinya di akaun Twitter miliknya sebagai salah satu cara menyambut April Fool's Day.

    Kemudian salah seorang ahli Super Junior, Heechul turut mengesahkan itu adalah nombor peribadi Leeteuk dengan meletakkan gambar telefonnya yang tertera mesej dan panggilan yang dibuat oleh Leeteuk menggunakan nombor peribadinya itu di Twitter.

    Aaron mangsa fitnah internet

    Posted: 04 Apr 2012 06:17 PM PDT


    AARON AZIZ kecewa apabila nama sebenar dirinya sengaja dijadikan isu kontroversi oleh pihak tidak bertanggungjawab.


    KELMARIN hari yang cukup kecoh buat aktor popular Aaron Aziz, 36, apabila sebuah portal hiburan menyiarkan kad pengenalan Singapura yang didakwa miliknya.

    Apa yang mengecewakan hero filem Ombak Rindu dan KL Gangster itu, nama yang tertera pada kad pengenalan rekaan sendiri itu tertera nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa yang didakwa merupakan nama sebenar Aaron.

    Sejak kad pengenalan itu tersebar di Internet, Aaron didakwa menipu para peminatnya dengan menggunakan nama glamor Aaron Aziz.

    Persoalannya apakah nama sebenar Aaron?

    Ikuti temu bual Kosmo! bersama Aaron yang kini sedang menjalani penggambaran drama 80 episod berjudul Adam & Hawa terbitan Global Station bagi menghurai persoalan tersebut.

    Kosmo!: Sejak bila Aaron tahu kad pengenalan yang menggunakan gambar dan nama Mat Haron Mustapha itu tersebar di Internet?

    Aaron: Saya mula dapat tahu pada pukul 4 pagi pada 2 April lalu. Ketika itu isteri saya sedang melayari Internet. Saya memang sangat terkejut sebab gambar yang digunakan adalah wajah saya tetapi nama yang digunakan sememangnya bukan nama saya.

    Apa yang bermain pada fikiran Aaron saat pertama kali melihat kad pengenalan tersebut?

    Saya fikir apa tujuan orang yang buat kad pengenalan palsu ini. Mulanya saya ingat dia guna kad pengenalan tersebut untuk buat pinjaman bank, tetapi bila lihat nama yang tertera bukan nama saya, saya rasa lega. Kedua, saya rasa memang orang yang buat kad pengenalan itu tiada kerja dan sengaja cari kerja.

    Jadi apa nama sebenar Aaron?

    Saya rasa ramai sudah tahu nama sebenar saya ialah Aaron Mustapha Aziz bukannya Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa. Saya sekarang dalam proses untuk dapatkan status penduduk tetap di Malaysia, jika tidak percaya, boleh periksa dengan jabatan yang berkaitan tentang nama asli saya ini.

    Aaron dituduh menipu peminat apabila kad pengenalan rekaan itu tersebar di Internet, komen?

    Saya sedar ramai yang ingat nama Aaron Aziz adalah nama glamor, tetapi itu memang nama sebenar saya. Kalau saya dilahirkan dengan nama lain, saya tetap akan gunakan nama sebenar walaupun apa sahaja bunyi nama itu. Saya tidak menipu peminat dengan nama saya.

    Bagi Aaron adakah nama yang komersial dan sedap bunyinya penting buat seorang artis?

    Mungkin setiap artis ada sebab tertentu jika mereka menggunakan nama komersial dan bukannya nama sebenar. Apa yang saya lihat mereka mahu privasi diri terjaga. Jika ramai tahu mungkin orang akan guna untuk perkara yang tidak baik seperti membuat pinjaman bank tanpa pengetahuan artis itu. Artis yang sengaja guna nama komersial, bagi saya tidak salah. Ia terpulang kepada diri sendiri jika mereka lebih selesa dan yakin menggunakan nama lain.

    Selain nama, dengar cerita Aaron mendapat kontrak bernilai RM11.5 juta setahun untuk menjadi duta sebuah produk minuman. Benarkah?

    Tidak benar sama sekali. Saya sekarang menjadi duta produk minuman Drive M7, mana boleh dalam masa yang sama saya menjadi duta produk minuman yang lain. Jika ada, Alhamdulillah, tetapi memang saya tidak pernah menandatangani mana-mana produk minuman yang lain selain Drive M7.

    Saingan lima kumpulan hebat

    Posted: 04 Apr 2012 06:12 PM PDT


    AIDID MARCELLO dan Hunny Madu berganding menjadi hos Versus yang akan mula bersiaran pada 13 April ini.


    IMA kumpulan terkenal perlu berentap sesama sendiri tanpa sebarang penyingkiran selama lapan minggu berturut-turut. Itu antara inisiatif terbaharu saluran TV9 untuk memberi program yang berbeza dan menarik untuk disajikan kepada penonton mereka.

    Sebagai sebuah saluran yang menyasarkan audiens muda, TV9 sekali lagi bakal menggegarkan industri muzik tempatan dengan penampilan lima buah kumpulan generasi baharu yang terkenal untuk bersaing sesama sendiri di dalam sebuah program yang dinamakan sebagai Versus.

    Versus akan menyediakan platform bagi lima buah kumpulan yang terdiri daripada 6ixthSense, Black Parallax, Go Gerilla!, Hujan dan Sofazr untuk meluahkan kreativiti dan melangkau kebiasaan menerusi gubahan lagu yang diberikan selama lapan minggu berturut-turut.

    "Versus merupakan sebuah projek terbesar kami pada tahun ini. Keunikan konsep program realiti ini memperkuatkan lagi kepercayaan kami terhadap Versus. Kekuatan Versus terletak kepada kemampuan dan kebolehan setiap kumpulan untuk menonjolkan kreativiti mereka.

    "Semestinya ramai yang teruja untuk mendengar lagu-lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu diberi nafas baharu. TV9 juga rasa teruja kerana program ini juga merupakan satu lagi kolaborasi terbesar kami bersama Hot FM," tutur Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin ketika majlis pelancaran program tersebut di White Box, Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

    Melalui program ini juga, dua buah kumpulan yang direka khas untuk sama memberi saingan dalam program ini iaitu Black Parallax dan Go Gerilla!.

    Black Parallax merupakan gandingan Meet Uncle Hussain dan penyanyi, Black manakala Go Gerilla! pula turut dianggotai Aizat Amdan dan Amir Jahari.

    Menariknya, tiada sebarang penyingkiran akan dilakukan hingga ke akhir program dan pemenang akan dipilih berdasarkan markah tertinggi yang dikumpul sepanjang musim.

    Tiada penyingkiran

    "Kenapa tiada penyingkiran? Ini kerana kami mahu memberi mereka platform untuk benar-benar mengeluarkan kreativiti mereka.

    "Setiap minggu, mereka akan diberikan tema yang berlainan dan mereka perlu gubah lagu tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

    "Kemudian pada minggu yang sama, dua kumpulan yang mempunyai markah tertinggi akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah mingguan dan juara pula akan menerima hadiah utama bernilai RM200,000," jelas penerbit eksekutif Versus, Alet Arzuan Anuar.

    Sistem pemarkahan Versus adalah melalui dua landasan iaitu melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga pemarkahan oleh dua orang juri profesional iaitu Jennifer Thompson selaku ketua juri dan Loque pula sebagai juri tetap.

    Sementara pada setiap minggu Versus akan menjemput seorang juri yang berpengalaman dalam bidang muzik untuk sama-sama menilai persembahan kelima-lima band tersebut.

    Sementara itu, Hunny Madu dan Aidid Marcello diberi tanggungjawab sebagai hos bersama Versus.

    Ingin lihat lima kumpulan kegemaran anda tampil dengan kelainan? Jangan lupa saksikan program realiti baharu TV9 yang bakal bersiaran mulai 13 April ini secara langsung di TV9 (saluran 119 Astro) dan Hot FM pada pukul 9.30 malam.

    Sindiket dadah dua negeri tumpas

    Posted: 04 Apr 2012 06:11 PM PDT


    MOKHTAR (dua dari kanan) melihat barangan memproses dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.


    JOHOR BAHRU – Satu sindiket pengedaran dadah melibatkan Johor dan Melaka tumpas apabila polis menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah di Jalan Bakariah, Muar pada 30 Mac lalu.

    Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam serbuan pada pukul 1.15 pagi itu, polis menahan dua suspek dan merampas pelbagai jenis dadah serta peralatan mengeluarkan pil khayal dipercayai dadah.

    "Kedua-dua suspek adalah seorang lelaki dan wanita berusia 26 dan 33 tahun dan polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM500,000.

    Proton Preve dilancar bulan ini

    Posted: 04 Apr 2012 05:55 PM PDT


    SEBAHAGIAN daripada bahagian hadapan Proton Preve yang dipertontonkan kepada media di Putrajaya semalam.


    PUTRAJAYA – Model kereta global terbaharu Proton, yang sebelum ini hanya dipanggil dengan menggunakan kod nama P3-21A disahkan sebagai Proton Preve.

    Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir mengumumkan nama tersebut yang sebelum ini telah disebut-sebut dalam blog-blog permotoran tempatan.

    Preve (disebut sebagai 'prae vae') menurut Syed Zainal, membawa maksud 'proof' (bukti) yang mana model terbaharu itu dianggap bukti kepada kemampuan Proton untuk mengeluarkan kenderaan berkualiti tinggi setanding dengan pengeluar kereta global yang lain.

    Katanya, Preve juga membawa makna 'envision' (membayangkan) dalam bahasa Sepanyol.

    "Proton Preve akan dilancarkan di pasaran domestik dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.

    "Kami akan turut memperkenalkan versi yang lebih sporty untuk model ini pada masa akan datang seperti versi R3 atau versi enjin CFE yang menggunakan transmisi manual," katanya pada sidang akhbar sempena sesi pandu uji Proton Preve bersama media di sini semalam.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Label

    Senarai Lagu