Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- Tak mati dek kontroversi
- Konsert gabungan rock, dangdut
- Rihanna nak jadi Houston
- Resorts World Genting, Kosmo! anjur peraduan Warkah Buat Ibu
- Mayat anak depan kedai ibu
- Dua mangsa bom Hatyai pulang
- Sistem HVE mudahkan proses sijil halal
- Jentera sedut lumpur atasi banjir di Melaka
- Pengasas Aura Seri Rugi RM500,000 Disamun Pembantu Rumah Sendiri
- Kereta terbang selama lapan minit
- Willis dapat anak pada usia 57 tahun
- 'Universiti ganja' diserbu
- Bakal bangunan tertinggi Eropah terbakar
- Lelaki tukar jantina mungkin jadi peserta ratu cantik
- 40 tahun bergelumang tanah liat
- Hab intelektual Mutanabi Street
- Didik penduduk tentang kepentingan air
- Gambar Hantu Betul (Bukan Di Edit) Di Hotel Golok!
Posted: 03 Apr 2012 11:06 PM PDT
PERTAMA kali bersua muka dengan si gadis genit yang memiliki vokal serak-serak basah pada awal pagi Isnin lalu, tidak menyangka dia merupakan pelantun lagu Bawaku Pergi yang menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini. Mana tidaknya, selama ini hanya mendengar suaranya mengalunkan lirik-lirik penuh bermakna lagu itu di corong-corong radio. Mungkin membayangkan dia seorang gadis yang agresif dan barangkali sedikit kasar berpandukan kualiti vokal menerusi lagu itu. Meleset sama sekali, orangnya manis dan aktif menyimpul bicara. Sesuai dengan usianya yang baru 23 tahun, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff lebih senang dikategorikan seorang gadis yang senang didekati. Namanya masih muda dalam bidang seni suara tempatan, masih menanti masa untuk bercambah menjadi ranum dan matang seumpama ibu saudaranya yang tidak asing lagi iaitu Ella. Namun, dia enggan menempel dan dibayangi dengan jenama seorang Ella yang sudah dikenali umum. Kaka lebih senang untuk tidak bercerita mengenai pertalian darahnya dengan Ratu Rock negara itu. "Kalau boleh saya ingin berdiri atas kaki sendiri, tidak mahu dibandingkan dengan sesiapa sekali gus ingin menjauhi perkara-perkara yang negatif," luahnya ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Anak ketiga daripada empat beradik itu bagaimanapun memiliki perspektif sendiri terutama dalam bidang seni suara yang diminatinya sejak kecil lagi. Malah, dia bagaikan sudah menduga soalan pokok yang bakal diajukan. Tidak melenting diasak pelbagai pertanyaan berhubung isu yang tercetus daripada single sulungnya, Bawaku Pergi. "Kontroversi itu menguatkan saya! Ia umpama cabaran pertama buat artis baharu seperti saya sekali gus mendorong untuk saya menghasilkan sesuatu yang lebih baik," tegasnya menetapkan pendirian. Kecoh minggu lalu apabila lagu nyanyiannya bersama Zizan Raja Lawak berjudul Bawaku Pergi ciptaan sepenuhnya Malique Too Phat menjadi rungutan sesetengah pihak dan menyarankan agar lagu itu diharamkan penyiarannya di stesen radio. Alasan mereka, lagu itu menyampaikan mesej negatif dan mendorong remaja lari dari rumah. Sehubungan itu, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memberi tempoh seminggu untuk menilai semula dan memberikan kata putus sama ada lagu itu akan diharamkan atau sebaliknya. Kaka yang melihat perkara itu sebagai satu isu yang tidak sepatutnya menjadi pertikaian menepis dakwaan bahawa kontroversi yang melanda menutup periuk nasinya sebagai penyanyi. "Ia cuma kontroversi, kalau diperhatikan banyak lagu, filem dan drama dari luar negara yang menyampaikan mesej yang jauh tidak baik tapi tidak pula timbul isu. "Lagu Bawaku Pergi langsung tidak mempunyai niat untuk mengajak orang ramai lari dari rumah, kebetulan isu remaja lari dari rumah sekarang sedang panas lantas lirik lagu pula dipersalahkan dan menjadi pertikaian," getusnya yang menyarankan pendengar agar melihat lirik lagu Bawaku Pergi dari sudut positif. Katanya, lirik yang dilihatnya secara seni itu tidak sama sekali mendorong ke arah keburukan sebaliknya ia lebih berkisar untuk mengajak orang ramai mencari resolusi menyelesaikan masalah. "Lagu itu juga mengisahkan hajat pencipta lagu itu iaitu Malique dan isterinya untuk mengembara ke sebuah tempat yang tidak kesampaian," jelasnya. Kontroversi untuk populariti Menceritakan bagaimana boleh tercetus kerjasama antaranya dan Zizan, ujar Kaka dia langsung tidak dimaklumkan bahawa lagu itu sebenarnya dicipta untuk Ella dan dinyanyikan bersama Malique. "Zizan amat suka dengan melodi lagu itu yang segar dan mesra pendengar jadi dia meminta untuk menyanyikan lagu itu. "Kemudian dia mencari individu yang sesuai untuk berduet sehinggalah pertemuan kawan atas kawan antara kami yang menjadikan kolaborasi sulung itu terhasil," cerita pencinta irama soul dan RnB itu. Jelas Kaka lagi, tiada impak negatif berlaku pada karier dan kehidupan peribadinya susulan daripada kontroversi lagu tersebut. "Insya-Allah karier saya akan terus berjalan dan saya akan cuba berikan yang lebih baik dari semasa ke semasa dan menyumbangkan bakat yang saya ada. "Buat masa sekarang, Alhamdulillah saya masih disokong oleh peminat dan individu sekeliling dan tiada sebarang perkara buruk terjadi," ujarnya yang enggan melihat khabar angin mahupun forum perbincangan mengenai lagu itu di ruang maya.
Kontroversi menaikkan populariti? Hal itu mungkin sedikit sebanyak melariskan nama seorang Kaka atau paling tidak pun dia akan lebih dikenali berbanding sebelum ini. Hal itu diakui oleh Kaka sendiri dan dia meminta agar ruang secukupnya diberikan oleh orang ramai kepada pengkarya tempatan untuk bersuara. "Saya akui kontroversi menyumbang ke arah populariti seorang artis tapi kalau boleh bukan isu-isu panas. Tidak perlu rasanya kontroversi seperti ini. "Pada pandangan saya perkara negatif yang melanda negara tidak perlu dikaitkan dengan lagu kerana ia akan tetap berlaku sepanjang masa," ungkapnya. Seandainya lagu ini diharamkan penyiarannya, penilaian Kaka tetap positif dan meminta peminat untuk tidak mengheret isu itu untuk tempoh yang panjang. "Sayanglah sekiranya lagu ini diharamkan penyiarannya. Orang seni melihat karya ini sebagai seni dan sebolehnya jangan ambil perkara ini terlalu serius. "Pendengar sekarang sudah boleh bezakan perkara yang baik dan buruk, menilai sesuatu itu dengan berhemah adalah langkah yang sejajarnya," sandar harapannya terhadap lagu itu. Tumpang populariti Zizan Tidak pernah terdetik di hati untuk menumpang populariti Zizan yang sudah dikenali umum semata-mata demi melariskan namanya yang masih baharu. Ujar Kaka, kolaborasinya dengan bekas peserta program Raja Lawak itu merupakan permulaan yang bagus untuk membina nama. "Mungkin secara tidak langsung saya menumpang popularitinya kerana kebanyakan pendengar lagu itu pun peminat setia Zizan. "Kolaborasi atau solo masing-masing ada kelebihan, berduet mungkin boleh mengumpul peminat berganda berbanding berseorangan," bicaranya yang pernah menyanyikan lagu itu secara solo dalam beberapa acara sebelum ini. Kaka kini baru menyiapkan proses rakaman single solonya yang pertama yang kemungkinan besar akan dikeluarkan pada bulan Jun tahun ini. | |||||
Konsert gabungan rock, dangdut Posted: 03 Apr 2012 11:06 PM PDT
SERAMAI 126 artis dan penyampai radio dari stesen radio Suria FM dijadualkan muncul sepanjang tiga hari berlangsung Karnival Ziarah For Peace 2012 buat julung-julung kali di Taiping, Perak. Selain dipenuhi gerai jualan, karnival yang bermula dari 6 hingga 8 April anjuran syarikat Project Ziarah bersama Majlis Perbandaran Taiping itu yang bakal diadakan di Taman Tasik Taiping menampilkan pelbagai acara menarik seperti bola sepak jalanan, hari bertemu pelanggan, pertandingan memasak, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah. "Satu acara menarik iaitu pertandingan karaoke terbuka pula bakal berlangsung selama tiga hari dari 6 hingga 8 April yang dihoskan oleh Roslan Shah dan Ifa Raziah. Sesiapa yang mahu menyertai pertandingan karaoke tersebut, boleh membuat pendaftaran di tapak lokasi karnival pada hari Jumaat, 6 April ini," ujar pengurus Project Ziarah, Mohd. Zamri Nordin. Tambahnya, karnival tersebut akan dimeriahkan lagi dengan kemunculan 126 artis dan penyampai radio Suria FM yang akan berkampung selama tiga hari di Taiping, khusus untuk karnival tersebut. Paling menarik, sebuah konsert yang bakal menggabungkan irama rock dan dangdut iaitu Konsert Rock & Dangdut bakal berlangsung sebagai salah satu acara rasmi karnival tersebut. "Antara artis yang bakal membuat persembahan untuk Konsert Rock & Dangdut pada hari Sabtu, 7 April ini ialah Bandi Amuk, May, XPDC, Ayu Cendana dan Sheeda, " katanya. Namun beritahunya, senarai keseluruhan artis yang terbabit sepanjang karnival tersebut akan diumumkan terlebih dahulu pada suatu majlis makan malam pada hari Jumaat, 6 April ini. Ujarnya lagi: "Majlis pelancaran karnival yang bertemakan Malaysia Destinasi Keamanan dijadualkan akan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu, 7 April ini. Sementara itu, Ifa berkata dia dan Roslan akan melakukan tugas lebih daripada menjadi hos. "Saya dan Roslan juga akan muncul membuat persembahan dalam Konsert Rock & Dangdut," ujar Ifa penuh teruja. Roslan Shah pula memberitahu dia terharu dan teruja kerana telah diundang untuk terbabit sama dalam Karnival Ziarah For Peace 2012 dan kami akan menjanjikan yang terbaik buat pengunjung karnival tersebut. | |||||
Posted: 03 Apr 2012 11:05 PM PDT
JIKA ada kesempatan dan peluang, penyanyi Rihanna menyatakan dia teringin untuk melakonkan karakter bintang legenda, Whitney Houston jika ia difilemkan kelak. Menurut Rihanna jika impiannya itu tercapai, dia akan memberi komitmen yang terbaik untuk menghidupkan watak Houston. Katanya: "Jika ia berlaku, ia adalah watak paling hebat yang pernah saya dapat dan saya akan melakukannya dengan baik sekali." Penyanyi berusia 24 tahun juga menjelaskan tentang obsesinya terhadap Houston. "Lagu pertama yang membuat saya jatuh cinta terhadap Houston adalah lagu I Will Always Love You. "Saya bukan jatuh cinta terhadap lagu itu kerana ia sebuah lagu cinta, tetapi ia telah memberi inspirasi terhadap muzik yang bagus dan bakat nyanyian yang luar biasa. "Dia bertanggungjawab sebagai penyanyi yang menyebabkan saya juga berada dalam industri hiburan," ujar Rihanna mengenai Houston yang meninggal dunia pada 11 Februari lalu. | |||||
Resorts World Genting, Kosmo! anjur peraduan Warkah Buat Ibu Posted: 03 Apr 2012 11:04 PM PDT KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Hari Ibu pada 13 Mei depan, Resorts World Genting dengan kerjasama akhbar Kosmo! menganjurkan peraduan Warkah Buat Ibu bermula 6 hingga 30 April ini. Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World Genting, Katherine Chew berkata, orang ramai yang ingin menyertai pertandingan itu perlu klik butang Like pada akaun Facebook Awana Hotels & Resorts dan Kosmo Online bagi melayakkan diri sebagai peserta. "Peserta peraduan itu kemudian perlu menghasilkan sepucuk surat tidak melebihi 200 patah perkataan berdasarkan pengalaman mereka bersama ibu masing-masing. "Surat itu pula perlu ditulis berdasarkan mana-mana enam tema yang telah ditetapkan sepanjang tempoh peraduan itu sebelum die-melkan kepada publicrelations@rwgenting.com," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. | |||||
Posted: 03 Apr 2012 11:03 PM PDT PASIR MAS - Seorang pemuda mati manakala rakannya cedera di tangan apabila seorang penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta yang mereka naiki di Rantau Panjang dekat sini semalam. Ketika kejadian pada pukul 11.15 pagi itu, Mohamad Nazuri Mohd. Zain, 24, dari Kampung Kubang Panjang, Lemal di sini menaiki kereta yang dipandu rakannya. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang duduk di sebelah penumpang hadapan ditembak penunggang motosikal berkenaan semasa kereta itu melalui Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Rantau Panjang. "Rakan mangsa kemudian memecut kereta ke Pekan Rantau Panjang dan berhenti di hadapan gerai mi milik ibu mangsa. "Hasil pemeriksaan mendapati dua tembakan mengenai mangsa, satu di bahagian rahang kiri dan satu di bahagian dada sebelah kiri," kata beliau di sini semalam. | |||||
Posted: 03 Apr 2012 11:02 PM PDT HATYAI - Sepasang suami isteri dari Petaling Jaya, Selangor yang cedera dalam serangan bom di sebuah hotel di sini Sabtu lepas terharu dengan bantuan daripada kerajaan Malaysia yang membawa mereka pulang ke Malaysia semalam. Pasangan itu, Choo Kok Boon, 46, yang merupakan rakyat Malaysia dan isterinya, Somkhid Luagnut, 37, (rakyat Thailand) dibawa pulang dari Hospital Rajyindee di sini menggunakan sebuah ambulans Kelab Putera 1Malaysia dan terus dihantar ke Hospital Universiti Malaya, Kuala Lumpur kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Malaysia. Kok Boon berkata, dia berterima kasih dan menghargai usaha yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membantu mereka yang dalam kesusahan akibat kecederaan dan kehilangan dokumen pengenalan diri. "Saya gembira kerana dapat balik ke Malaysia dan berjumpa saudara-mara yang sedia menunggu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam. | |||||
Sistem HVE mudahkan proses sijil halal Posted: 03 Apr 2012 11:02 PM PDT KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Dagang Halal Berhad akan membangunkan sistem pengumpulan data yang mengandungi maklumat mengenai pensijilan halal dikenali sebagai Halal Verified Engine (HVE). Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, sistem yang dijangka beroperasi pada suku pertama tahun 2013 itu akan memberi manfaat kepada pengguna, industri atau pemohon sijil halal Jakim dan badan-badan pensijilan halal. Katanya, sistem itu akan memudah dan mempercepatkan proses pensijilan halal khususnya yang dilaksanakan oleh Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). "Melalui sistem itu, pemohon dapat melengkapkan dokumen permohonan dengan lebih cepat terutama yang melibatkan penggunaan bahan mentah dari luar negara. "Di samping itu, ia membolehkan pengguna dan industri mengetahui status halal produk dan bahan mentah yang diimport khususnya yang telah disahkan halal oleh badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. | |||||
Jentera sedut lumpur atasi banjir di Melaka Posted: 03 Apr 2012 11:00 PM PDT MELAKA – Masalah banjir yang berpunca daripada longkang tersumbat di bandar ini akan dapat diatasi dengan pembelian dua jentera penyedut lumpur berharga RM1.4 juta.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara (PPSPPA), Ir. Zainuddin Abdul Samad berkata, dua jentera yang setiap satunya berharga RM700,000 akan diterima pada Ogos ini.
Menurutnya, dua jentera tersebut akan memudahkan kerja-kerja pembersihan longkang selain menjimatkan masa. "Jentera penyedut lumpur berkapasiti sehingga lapan tan ini mampu menjimatkan masa pembersihan kepada 15 minit untuk longkang sepanjang 30 meter. "Ia jauh berbeza dengan kaedah biasa di mana untuk longkang sepanjang tujuh meter mengambil masa hampir 30 minit," katanya selepas meninjau operasi membersih longkang dengan kerjasama SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) di sekitar Jonker Walk di sini semalam. | |||||
Pengasas Aura Seri Rugi RM500,000 Disamun Pembantu Rumah Sendiri Posted: 03 Apr 2012 06:56 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengasas produk kecantikan Aura Seri kerugian kira-kira RM500,000 selepas dua pembantu rumahnya melarikan pelbagai barangan berharga termasuk jam berjenama, barang kemas, telefon bimbit serta wang tunai dari kediamannya di Medan Idaman, Gombak pada Ahad lepas. Datin Ira Ghani, 35, berkata kejadian berlaku ketika beliau dan suami Datuk Ibrahim Ahmad, 46, berada di Singapura atas urusan kerja namun, dua anaknya Mohd Danish Irfan, 13, dan Mohd Danish Roshan, 8, serta seorang anak saudara berada di rumah teres tiga tingkat itu. "Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini selepas anak sulung saya Mohd Danish Irfan, yang menghantar mel suara kepada saya untuk memberitahu kedua-dua pembantu rumah saya sudah melarikan diri. "Anak-Anak saya turut menyedari dua telefon bimbit iPhone dan dua iPad milik mereka yang diletakkan di ruang tamu juga hilang," katanya pada sidang akhbar bersama Ibrahim di kediaman mereka, Selasa. Berikutan kejadian itu, beliau dan suami kembali ke Kuala Lumpur semalam dan membuat laporan di Balai Polis Gombak pada 11.25 malam. Ira berkata pemeriksaan lanjut mendapati mereka kehilangan 11 jam tangan berjenama termasuk Rolex dan Tag Heuer, 20 bentuk cincin, seutas rantai, dua pasang subang permata, empat telefon pintar, 30 helai kemeja-t berjenama, dua tas tangan Bvlgari dan Louis Vuitton, wang tunai RM5,000 serta pasport dan permit kerja kedua-dua pembantu rumah itu. Beliau berkata ketiadaan rakaman kamera litar tertutup di kediamannya menyukarkan mereka melihat gambaran sebenar kejadian itu, tetapi percaya kedua-dua pembantu rumah tersebut melarikan diri melalui pintu dapur. Mereka juga meninggalkan kunci rumah di dalam peti sejuk manakala alat kawalan jauh pagar rumah diletakkan dalam peti surat. Kedua-dua pembantu rumah itu, yang berasal dari Jawa Barat, dikenali sebagai Luluk Tanjiyah, 32 dan Udayati, 40, akan menamatkan kontrak bekerja masing-masing pada Ogos dan November depan. "Anak saya turut menjumpai beg plastik berisi pakaian kedua-dua pembantu rumah itu yang dibuang di dalam tong sampah rumah kami," katanya. Ira berkata beliau hairan bagaimana pembantu rumah itu memasuki bilik tidurnya kerana ia berkunci serta membuka pintu almari, yang juga berkunci. "Keadaan di dalam bilik tidur kami juga seperti biasa tanpa ada tanda digeledah... semuanya terletak pada kedudukan asal," katanya. Mengimbas keadaan di kediamannya sejak kedua-dua pembantu rumah itu bekerja setahun lepas, beliau menyedari sering kehilangan wang awal tahun ini dan jumlahnya mencecah RM15,000. Ira berkata berikutan laporan polis yang dibuatnya, Jabatan Imigresen telah membatalkan permit dan pasport pembantu rumahnya selain memaklumkan kejadian itu kepada ejen pembantu rumah di Indonesia.Bagaimanapun, beliau berkata mereka gagal mengesan Luluk dan Udayati di rumah masing-masing di Surabaya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. | |||||
Kereta terbang selama lapan minit Posted: 03 Apr 2012 05:54 PM PDT DEE-ANN DURBIN, Amerika Syarikat (AS) - Prototaip kereta terbang ciptaan syarikat Terrafugia Inc. berjaya menamatkan penerbangan sulung pada bulan lalu. Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat. Ia mampu terbang pada ketinggian 426 meter selama lapan minit dalam ujian yang diadakan pada 23 Mac lalu. Setakat ini, kira-kira 100 orang telah membayar deposit sebanyak AS$10,000 (RM30,502) untuk membeli Transition. Bilangan pembeli dijangka meningkat selepas kereta itu dipamerkan semasa Pameran Automotif New York berlangsung pada hujung minggu ini. Menurut syarikat berkenaan, Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952). Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang. Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS. Menurut jurucakap syarikat itu, kelajuan Transition boleh mencecah 112 kilometer sejam (km/j) di jalan raya dan 185km/j di udara. | |||||
Willis dapat anak pada usia 57 tahun Posted: 03 Apr 2012 05:53 PM PDT LOS ANGELES - Pelakon veteran Hollywood, Bruce Willis menjadi bapa sekali lagi pada usia 57 tahun selepas isteri keduanya, Emma Heming-Willis selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang juga merupakan anak pertama buat mereka, kata seorang jurucakap pasangan itu kelmarin. Menurutnya, pereka dan model, Heming-Willis, 33, telah melahirkan bayi yang diberi nama Mabel Ray Willis pada Ahad lalu di sini. Jurucakap itu berkata, mereka sangat gembira menyambut kehadiran ahli keluarga baharu itu. "Ibu dan bayi itu sihat. Berat bayi itu 4.08 kilogram," katanya. Willis yang sudah berkahwin dengan pereka dan model itu sejak tiga tahun lalu sebelum ini telah mempunyai tiga anak perempuan, Rumer, 23, Scout, 20, dan Tallulah Belle, 17, hasil perkahwinan pertamanya dengan aktres Demi Moore. Pelakon itu berkahwin dengan Heming-Willis pada Mac 2009. | |||||
Posted: 03 Apr 2012 05:51 PM PDT OAKLAND, Amerika Syarikat (AS) - Sejumlah ejen Persekutuan AS kelmarin menyerbu Universiti Oaksterdam di Teluk San Francisco kerana menyediakan kelas penanaman dan perniagaan ganja. Universiti Oaksterdam itu sebelum ini giat berkempen supaya ganja dibenarkan di AS. Serbuan itu dilakukan oleh ejen-ejen Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri (IRS) dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS. Universiti Oaksterdam itu diasaskan oleh Richard Lee. Seorang jurucakap IRS, Arlette Lee memberitahu wartawan bahawa mereka melakukan serbuan selepas memperoleh waran geledah persekutuan. Namun, dia enggan mengulas secara terperinci tentang tujuan serbuan tersebut dilakukan. "Tempat ini telah ditutup," katanya. Ejen-ejen itu turut menyerbu rumah Lee dan menahannya seketika semasa serbuan dilakukan tetapi lelaki berkenaan tidak ditangkap. | |||||
Bakal bangunan tertinggi Eropah terbakar Posted: 03 Apr 2012 05:51 PM PDT
MOSCOW - Tingkat teratas bangunan pencakar langit Vostok yang dalam pembinaan di sini terbakar kelmarin. Ia akan menjadi bangunan tertinggi di Eropah jika siap dibina sepenuhnya pada tahun 2013. Beberapa buah helikopter digunakan untuk memadamkan kebakaran dengan menggunakan air yang diambil dari sebuah sungai berdekatan. Menara Vostok itu jika siap akan memiliki ketinggian 360 meter. Bahagian yang terbakar itu di tingkat 65. Ia akan mempunyai 95 tingkat jika siap sepenuhnya. Pemilik bangunan berkenaan, Sergei Polonsky memberitahu saluran televisyen Rusia, 24, tiada kecederaan berlaku atau risiko struktur itu runtuh. Beliau memberitahu, api merebak dengan cepat ke tingkat atas ekoran angin bertiup kencang. Vostok terdiri daripada bangunan menara berkembar yang dikenali sebagai Kompleks Persekutuan apabila menara kedua, Zapad atau Barat siap kelak. Punca kejadian masih belum didedahkan. | |||||
Lelaki tukar jantina mungkin jadi peserta ratu cantik Posted: 03 Apr 2012 05:49 PM PDT NEW YORK - Organisasi Ratu Cantik Universe yang beribu pejabat di sini mengumumkan kelmarin, seorang lelaki yang telah menjalani pembedahan untuk menjadi wanita, Jenna Talackova mungkin dibenarkan menjadi peserta. Penyertaan Talackova, 23, sebelum ini dibatalkan oleh pihak penganjur Ratu Cantik Universe Kanada pada bulan lalu kerana dia didapati dilahirkan sebagai lelaki. Pertandingan Ratu Cantik Universe di Kanada akan diadakan pada bulan depan. Pengumuman itu dibuat di laman web Ratu Cantik Universe di Kanada. Talackova dari Vancouver menjalani pembedahan penukaran jantina empat tahun lalu. Pengguguran Talackova menyebabkan dia menerima simpati meluas dan mencetuskan persoalan sama ada pihak penganjur berhak mengklasifikasinya sebagai wanita. Pertukaran jantinanya bukan menjadi satu rahsia lagi kerana dia pernah bertanding pada pertandingan ratu cantik untuk golongan transeksual di Pattaya, Thailand pada tahun 2010. Dalam satu temu bual sempena pertandingan itu, Talackova menyatakan, dia menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan sejak berusia empat tahun, menjalani terapi hormon pada usia 14 tahun dan menukar jantina ketika berumur 19 tahun. | |||||
40 tahun bergelumang tanah liat Posted: 03 Apr 2012 05:48 PM PDT
TANGANNYA jarang sekali kelihatan bersih kerana sering diselaputi tanah liat. Memilih kerjaya yang kedengaran kurang glamor, perasaan bangga tidak pernah surut dalam diri V. N. Ramadas Vengadasalam, 63, yang mengabdikan lebih 40 tahun hidupnya dalam bidang pembuatan tembikar. Pemilik V. N. Ramadas Trading itu tidak pernah menyesali pilihannya mewarisi perniagaan tinggalan bapa, biar pun pada mulanya mempunyai impian untuk menjawat jawatan yang lebih hebat di mata masyarakat. "Selepas tamat sekolah pada tahun 1965, saya tidak mendapat pekerjaan. Justeru, saya menolong bapa membuat tembikar untuk menambah pendapatan keluarga dan mempunyai wang saku sendiri. "Akhirnya, saya berasa seronok dan serasi bekerja di sini lebih-lebih lagi apabila mula mahir dan dapat menghasilkan pelbagai produk tembikar baharu," katanya yang memiliki dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Ramadas memberitahu, dia mengambil alih perusahaan itu daripada bapanya sejak kira-kira 20 tahun lalu bagi meneruskan usaha bapanya yang amat meminati seni pembuatan tembikar. "Kini, saya dibantu adik perempuan, adik ipar dan anak lelaki tunggal untuk meneruskan perniagaan ini tanpa melibatkan tenaga kerja luar," katanya. Menyorot pembabitannya dalam bidang tersebut, Ramadas memberitahu, dia didedahkan dengan kaedah membuat tembikar sejak berusia 12 tahun daripada bapanya yang bermigrasi dari India. "Bapa saya, Vengadasalam datang ke negara ini pada tahun 1946 selepas Perang Dunia Kedua dan mengusahakan bengkel tembikar kecil di Batu 2, Kuala Selangor, Selangor untuk jualan dari rumah ke rumah.
"Dahulu, produk tembikar yang dihasilkan hanyalah periuk tanah, bekas simpanan air, bekas makanan dan beberapa produk berbentuk keagamaan seperti pelita tanah yang dipanggil man vilakku dalam bahasa Tamil," katanya. Ramadas memberitahu, dahulu roda gasing digunakan untuk membentuk tembikar yang akan diputarkan menggunakan sebatang kayu berulang kali sehingga produk yang dihasilkan siap. "Roda gasing itu digunakan sehingga akhir tahun 90-an apabila mesin penguli khas mula digunakan sejak tahun 2000. "Roda itu tidak dibuang sebaliknya digunakan bagi tujuan pendidikan kepada pelawat yang datang ke sini untuk mempelajari sejarah dan teknik pembuatan tembikar terutamanya dalam kalangan pelajar," katanya. Menurut Ramadas, seni pembuatan tembikar telah berkembang seiring zaman dengan terhasilnya pelbagai produk porselin, hiasan rumah dan arca yang dapat menembusi pasaran lebih luas. "Bahan utama bagi menghasilkan produk tembikar adalah tanah liat dan pasir yang diadun sebelum dibentuk dan dikeringkan. Ia kemudiannya dibakar di dalam oven khas selama beberapa jam. "Melalui proses yang serupa, pelbagai produk baharu yang lebih komersial juga dapat dihasilkan dan dipasarkan. Malah, ia turut mendapat perhatian ramai pelancong luar terutama dari Paris yang suka membeli produk tembikar sebagai cenderamata dan perhiasan rumah," katanya. Ramadas memberitahu, dia sudah menjelajah banyak negara bagi mempelajari seni pembuatan tembikar seperti pembuatan pasu bunga, periuk tanah, periuk sup dan pelita tanah. "Masih ramai pengguna lebih suka menggunakan periuk tanah untuk memasak kari, kurma dan rendang kerana periuk ini kelihatan lebih cantik dan tahan lama," katanya sambil memberitahu, penggunaan periuk tanah untuk memasak sesuai menggunakan kaedah kayu arang atau kayu api.
Katanya, pelita tanah pula amat popular dalam kalangan kaum India kerana ia adalah sebahagian budaya dan agama yang diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi. "Ramai keluarga India akan datang ke bengkel ini sebelum perayaan Deepavali untuk membeli pelita tanah yang akan diletakkan di atas altar dan di rumah. Ada juga yang menggunakan pelita tanah sebagai tapak lilin," katanya. Sementara itu, adik perempuan Ramadas, Salamah Vengadasalam, 48, memberitahu, dia mengambil masa sebulan mempelajari teknik pembuatan tembikar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mahir bagi meneruskan perniagaan keluarganya itu. "Produk yang saya selalu hasilkan adalah pasu, tabung, bekas kemenyan, periuk tanah, patung sembahyang dan barangan perhiasan rumah," katanya. Tambahnya, produk yang paling mudah dihasilkan ialah pelita tanah yang mengambil masa hanya beberapa saat sahaja untuk dihasilkan bagi mereka yang mahir. "Di bengkel ini, pengguna boleh membeli pelita tanah pada harga 10 sen sahaja bagi setiap satu," katanya sambil memberitahu harga produk bergantung kepada saiz, jenis dan kesukaran pembuatannya. Suaminya yang turut bekerja di situ, Raguchate Rengasamy, 56, pula memberitahu, pada mulanya dia hanya tertarik untuk membantu isteri sebelum terus terjun ke bidang pembuatan tembikar secara serius. "Dahulu bengkel ini ada mengambil pekerja luar, tetapi mereka tidak bertahan lama mungkin kerana tidak mempunyai minat yang mendalam. "Saya juga bermula daripada kosong dan kini mampu membuat pelbagai produk tembikar yang sukar," katanya sambil tangannya tidak berhenti membuat pelita tanah yang disusun di atas sekeping kayu. Tambahnya, kini dia mampu menghasilkan sebanyak 2,500 pelita tanah sehari kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan terutama berketurunan India. Anak tunggal Ramadas, Velavar Ramadas, 34, pula memberitahu, pertama kali dia cuba menghasilkan sebuah pasu kecil adalah ketika berumur 10 tahun. "Saya bekerja secara sepenuh masa di sini sejak berusia 18 tahun dan cuba menghasilkan pelbagai produk baharu untuk mengembangkan lagi perniagaan ini dan memasarkan produk secara lebih meluas. "Saya menyukai semua proses pembuatan tembikar bermula daripada mengacau tanah, membuat produk, membakar dan mengecatnya. Sebab itulah saya kekal di sini," katanya. Tambahnya, mereka masih menggunakan kaedah membakar secara tradisional walaupun kerajaan telah memberikan mereka sebuah oven khas untuk membakar hasil tembikar-tembikar berkenaan. "Tempat pembakaran lama lebih luas berbanding oven. Justeru lebih banyak tembikar dapat dibakar dan mempercepatkan proses menyiapkan produk dan tempahan," katanya. | |||||
Hab intelektual Mutanabi Street Posted: 03 Apr 2012 05:24 PM PDT SELEPAS mengharungi gelombang serangan baru-baru ini di Baghdad, Iraq, para intelektual telah mencari perlindungan di sebuah pasar yang dianggap sebagai oasis bagi mereka. Mutanabi Street menyingkap pelbagai imbauan sejarah tersendiri bagi para intelektual itu, apatah lagi ketika berdepan tahun-tahun yang penuh huru-hara di ibu kota berkenaan. Pada setiap hari Jumaat, kawasan ini akan lebih 'hidup' apabila pasar buku tersebut menarik minat para pejalan kaki untuk memilih bahan bacaan daripada buku-buku agama sehingga puisi karya penulis Arab. Selain mencari bahan bacaan, terdapat juga orang yang sekadar duduk sambil menghirup teh lemon panas di kafe Shabander. "Saya telah mengunjungi tempat ini sejak 30 tahun lalu. Setiap hari Jumaat, saya akan bangun dari tidur dan berkata tidak akan datang lagi ke kawasan ini. "Bagaimanapun, Mutanabi ibarat kekasih, ia akan kembali menggoda anda," kata Kamil Abdulrahim al-Saadawi sambil tangannya memegang beberapa buah buku yang baru dibeli di kawasan berkenaan. Penyair terulung Mutanabi Street telah dirasmikan pada tahun 1932 oleh Raja Faisal I dan dinamakan sempena salah seorang penyair terulung abad ke-10 iaitu Abu al-Tayyib al-Mutanabi, yang dilahirkan di Iraq. Ia dianggap rakyat Iraq sebagai hab intelektual dunia Arab malah sejak sedekad lalu menjadi titik pertemuan penulis-penulis, artis-artis dan intelektual-intelektual merentasi ibu kota berkenaan. Di salah satu sudut hujung di jalan sepanjang kurang daripada satu kilometer itu terdapat sebuah tugu penyair manakala terdapat gerbang dengan ukiran hasil karya Mutanabi bertentangan jalan tersebut. Di tugu itu tertera: "Padang pasir memahami saya, malam dan lelaki-lelaki gunung, pertempuran dan pedang, kertas dan pen." Seorang usahawan, Saadawi, 59, menambah: "Mutanabi Street tidak ada kena-mengena dengan realiti Iraq. Ia merupakan pulau terpencil. Impian Iraq kami. "Tatkala berada di dunia luar, kami didatangi keganasan dan ahli-ahli politik yang tidak bijak. Itulah realiti Iraq kami. Apabila berada di sini, ia adalah Iraq yang kami impikan," katanya. Sehari sebelum itu, seramai 42 orang telah terbunuh dalam keganasan di seluruh negara. Para penggubal undang-undang negara berkenaan akhirnya menamatkan persengketaan dan mencapai persetujuan mengenai perbelanjaan persekutuan yang dibangkitkan sejak berbulan-bulan lalu. Sungguhpun Mutanabi Street menjadi buah mulut sebagai Iraq yang ideal, ia sama sekali tidak imun daripada kekejaman pertumpahan darah yang memusnahkan ibu kota negara berkenaan semasa pencerobohan pada tahun 2003. Pada 5 Mac 2007, seorang pengebom berani mati telah meletupkan traknya di Mutanabi Street berdekatan Tebing Timur Sungai Tigris sehingga mengorbankan lebih 30 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 60 orang. Ia turut memusnahkan kedai-kedai di kawasan berkenaan. Memori pahit Serangan yang dilakukan itu turut menyebabkan kafe Shabander rosak teruk dan menyebabkan lima anak lelaki pemiliknya meninggal dunia. Lebih menyedihkan, isterinya turut mengalami cacat penglihatan akibat terkejut dengan serangan itu dan menghembuskan nafas terakhir beberapa bulan selepas tragedi itu. "Tragedi itu merupakan memori paling pahit di jalan ini. Saya sedang dalam perjalanan dari Najaf dan apabila tiba di kawasan ini, orang ramai memberitahu terdapat letupan yang dahsyat di Baghdad," kata Abu Rabea, yang memiliki kedai buku di Mutanabi Street hampir 40 tahun. Sambil meletakkan tangan di dahi, dia mula menangis: "Kawan-kawan saya sudah tiada. Saya kehilangan ramai kawan. Kehidupan berubah sama sekali selepas kejadian itu." Jalan yang menyingkap pelbagai nostalgia itu hanya kembali normal pada tahun 2008. Bagaimanapun, pemilik kafe, Mohammad al-Khashali, 80, hanya membuka semula kafe tersebut pada bulan Februari 2009. Pada mulanya, kafe yang diasaskan pada tahun 1917 itu merupakan sebuah firma penerbitan. Kini, setiap hari Jumaat, Mutanabi Street sentiasa kelihatan sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk urus niaga gerai-gerai di tepi jalan yang dipenuhi bahan bacaan. "Apa yang membuatkan kami gembira berada di kawasan ini adalah kerana di sini sangat kurang sikap tidak bertoleransi dan kebencian. Mutanabi merupakan tempat terbaik budaya negara ini," kata Jamal Saya yang menjalankan perniagaan buku undang-undang sejak 25 tahun lalu. Apabila berada di jalan berkenaan, terdapat buku-buku yang dijual pada harga AS$0.20 (60 sen) sehingga lebih AS$9 (RM27). "Saya menyukai buku, kesemua buku ini milik ayah saya," kata Ibrahim, 14, yang cuba menarik perhatian orang ramai membeli buku-buku tersebut pada harga murah. "Saya menghabiskan masa terluang di jalan ini bersama buku-buku. Saya ingin membesar di kawasan ini," katanya. | |||||
Didik penduduk tentang kepentingan air Posted: 03 Apr 2012 05:21 PM PDT
SERAMAI 30 orang yang terdiri daripada pelajar berusia antara 11 hingga 12 tahun, guru dan pemimpin komuniti dari enam buah kampung berkumpul di Sub Stesen Mahua, Taman Banjaran Crocker, Sabah selama tiga hari. Mereka berkumpul di taman negara daratan terbesar yang digazetkan itu semata-mata mahu mendapatkan pemahaman mendalam mengenai hubung kait antara sungai dan kehidupan manusia. Program tersebut dilaksanakan dengan objektif untuk memberi kesedaran kepada para peserta sekali gus orang ramai betapa pentingnya sumber air selain mengajar cara-cara untuk memelihara kebersihan sungai. Air merupakan sumber utama kehidupan manusia selain memastikan kelangsungan alam sekitar. Manusia boleh hidup tanpa makanan selama berbulan-bulan, tetapi tanpa air dalam sehari sudah cukup membuatkan seseorang itu terdesak mencari air kerana dahaga. Selain penting kepada manusia untuk diminum, kegunaannya amat penting dalam bidang pertanian, perindustrian, tenaga elektrik hidro dan rekreasi. Program kesedaran Sehubungan itu, Taman Negara Sabah dan Pusat Kepelbagaian BioSabah dengan kerjasama WWF-Malaysia, Pusat Tindakan Alam Sekitar, Japan International Cooperation Agency (JICA) serta Pejabat Daerah Tambunan telah menganjurkan sebuah program pendidikan alam sekitar. Dikenali sebagai Program Pendidikan Alam Sekitar Sungai (REEP), ia dilaksanakan dengan tujuan memupuk kepentingan melindungi khazanah alam semula jadi sekali gus membawa mesej kesedaran dalam kalangan para peserta. Taman Negara Banjaran Crocker berperanan sebagai kawasan tadahan hujan utama dengan 12 batang sungai mengalir dalam kawasannya. Ia menyalurkan bekalan air kepada seramai 200,000 orang penduduk yang mendiami kawasan pantai barat dan pedalaman Sabah. Menurut salah seorang wakil Kerjasama Luar Negara Jepun (JOCV), Ai Kinoshita, berharap melalui REEP, pihaknya dapat meningkat kesedaran mengenai kepentingan air kepada penduduk setempat. "Dengan melibatkan ketua masyarakat dari enam buah kampung di sini, kami berharap segala maklumat dan mesej penjagaan alam sekitar dapat dikongsi bersama penduduk tempatan khususnya mengenai cara dan kepentingan memelihara sumber air," katanya. Para pelajar yang terlibat dalam program tersebut didatangkan dari Sekolah Kebangsaan Kumawanan, Sekolah Kebangsaan Sintuong-tuong, Sekolah Kebangsaan Garas, Sekolah Kebangsaan Nukakatan, Sekolah Kebangsaan Patau dan Sekolah Kebangsaan Tiong Widu dari daerah Kirokot, Tambunan. Lawatan Dalam lawatan tersebut, para peserta dibawa melawat loji rawatan air dan Jabatan Pengairan dan Saliran di Tambunan. Mereka juga didedahkan dengan kaedah pemantauan kualiti air sungai di Sungai Mahua, Mesanggoh dan Pengalan. Selain itu, para pelajar turut diberitahu mengenai penyakit-penyakit yang melibatkan air. Taman Negara Banjaran Crocker telah dijadikan sebagai aktiviti perintis pada Cadangan Pengurusan Hutan Simpan Persekitaran Bio Banjaran Crocker (CRBR) di bawah program Manusia dan Persekitaran Bio (MAB), Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). | |||||
Gambar Hantu Betul (Bukan Di Edit) Di Hotel Golok! Posted: 03 Apr 2012 12:34 AM PDT Tempat : Hotel Maxxxna Tarikh:29 hb mac 2012 Time:area kul 11 Sblm kejadian:member aku terdengar org duk main ketuk tingkap...mane ader org duk sblh beranda luar tingkat 7...pastu ada bunyi tapak kaki kt lua pintu bilik. Kazen membe aku dgn n sesaje duk main snap pic....sempat snap 2 pic je tetiba tertgk pic ni....uuuuuu.....seram |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan