Ahad, 8 April 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Fasha Sandha tersebar berpeluk dengan lelaki misteri

Posted: 08 Apr 2012 10:57 AM PDT

Wahh pasti ramai yang tertunggu tunggu siapakah lelaki misteri yang diperkatakan ini, bukan kah fasha Sandha sudah berkahwin dengan Jejai? gawat nihh... Lelaki mana pulak yang dipeluk oleh Fasha Sandha?

Kalau sekali tengok, bukan main mesra lagi Fasha peluk lelaki tu yee.. Tak risau ke nanti cik abang kat rumah tu marah? Hehehehe... Saya tidak mahu komen apa apa, anda lihat lah sendiri yea, dengan cerita jejaka ini seorang pelakon senior juga. So anda tentukan adakah ini dengan kerelaan hati atau sebaliknya?


Kisah Maria Ozawa (Miyabi) berada di Kuala Lumpur

Posted: 07 Apr 2012 11:18 PM PDT

Sebut je nama ni, dari Dang Wangi sampai ke Jinjang akan kenal. Lagi-lagi kepada lelaki-lelaki yang berhidung belang termasuklah aku punya jiran. Tapi tau tak korang yang beliau ini pernah datang ke Kuala Lumpur? Aku yakin pasti ramai yang tak tau kisah ini. Kisah terjadi sekitar tahun 2012. Itulah kelebihan aku sebagai seorang mat despatch tersohor di muka bumi ini. Aku sentiasa akan melihat dunia luar dan terserempak dengan perkara-perkara yang hebat-hebat belaka. Kisah bermula di Bangunan Mara semasa aku dalam tugasan untuk menghantar sepucuk surat.

Setelah menjeling-jeling tiada kelibat DBKL, aku dengan bongkaknya park motor kat kaki lima tepi jalan. Almaklumlah, nak parking kat tempat berbayar, poket tengah kering. Bayangkan sekali parking RM2. Kalau sehari aku ada 10 kali tugasan menghantar dokumen-dokumen? Tak ke jadi RM50. Pergh! Lebih dari gaji aku sehari!!



Lepas je aku kunci motor, aku terperasan ada sorang awek melambai dan melemparkan senyuman manis. Perghh! Pagi-pagi dah ada awek mengorat aku. Cun pulak tu. Baru aku sedari sesuatu yang selama ini tidak pernah disedari. Rupa-rupanya dengan wajah yang terlalu kacak sebegini, ramai gadis-gadis korporat akan terpikat dan menggilai aku. Aku mula berdiri tegak dengan penuh keyakinan. Aku dongakkan wajah aku 90darjah ke atas sambil menjeling-jeling awek tersebut. Bahagian dada pula aku tegapkan. Biar awek tu falling in love lebih dengan aku. Tangan kanan dan kiri aku silangkan di dada sambil mengepit surat dicelah-celah ketiak. Kehadiran angin sepoi-sepoi bahasa yang mengibar-ngibar rambut membantu menambah lagi UMMPPHH kekacakan aku. Dan kemudian, aku melihat beliau melangkah menuju ke arah aku. Bila awek tu semakin dekat, aku perasan beliau menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku apa lagi. Dengan riak wajah yang teruja,bangga dan sedikit takbur, aku menghulurkan tangan juga. Sedikit terlompat aku kerana begitu gembira. Dan bila tangan kami berdua semakin dekat, secara tiba-tiba aku terlihat ada satu lagi tangan yang terlebih di sebelah kiri. Bila aku toleh je ke kiri, kelihatan kelibat seorang lelaki yang smart berkot. Dan sejurus selepas itu , mereka berdua bersalaman. Aku yang ketika itu berada di tengah-tengah pertemuan mereka berdua mula terasa amat sentap. Apa lagi bila mereka berdua jeling-jeling sambil tersenyum-senyum sinis. Blushing-blushing kat pipi bukan warna merah lagi, tapi dah jadi warna kebiruan lebam. Pipi aku rasa macam kena lempang-lempang dengan tayar motor je. Namun, demi semangat seorang pejuang yang memperjuangkan imej kacak di mata gadis-gadis, aku serta merta buat-buat sedang bersenam ala Tai Chi. Lima minit selepas mereka berdua meninggalkan black area tersebut, aku segera memberhentikan aktiviti tak bermoral itu. Dengan kedua-dua tangan terkulai ke bawah, aku menunduk 180 darjah ke bawah sambil melangkah perlahan menuju ke pintu masuk bangunan Mara.

Selang beberapa langkahan, aku terlihat sepasang kaki yang sangat mengiurkan. Sedikit demi sedikit wajah aku panjatkan semula ke atas. Kelihatan seorang awek yang terlalu seksi berdiri membelakangkan aku. Alangkah terperanjatnya aku apabila terpandang sisi tubuhnya. Maria Ozawa!! Aku seakan-akan tak percaya Maria Ozawa berada depan mata aku. Namun, aku segera beristighfar. Kenapa perlu menyanjungi pelakon video tak senonoh ini? What da fahrin ahman!! Serta merta kemarahan aku semakin memuncak. Aku bertekad untuk sekolahkan beliau walaupun english speaking aku kategori memualkan.

" Maria!!",teriak aku tanpa mempedulikan orang ramai yang lalu lalang di situ.

Kelibat Maria Ozawa yang berada di hadapan aku segera menoleh memandang aku.




" How do you know my name sir?"

Secara tiba-tiba badan aku menggigil-gigil. Darah tersembur keluar dari hidung. Jerawat-jerawat aku juga meletup sendiri dengan menggilanya. Dalam nafas yang tersekat-sekat aku mula menyusun kata.

" You name Maria?"

" Yes. My name is Maria Ozawi. Why do you call me sir? There's anything that I can help?"

" Owh, you just forgetkan. I wrong call person. I am sorry so so."

Dengan mulut yang sedikit berbuih-buih, aku segera meninggalkan Maria Ozawi tersebut yang kelihatan menjeling-jeling manja ke arahku sambil menggigit-gigit jari manisnya. Owh!! Sangat mengerikan!!

sumber bonijll3

Wanita Mencuri Hukuman Bogel dan dimalukan depan Orang Ramai

Posted: 07 Apr 2012 10:50 PM PDT

Kejadian ini berlaku di negeri China apabila seorang wanita dibogel dan dimalukan didepan khalayak ramai setelah orang ramai berjaya menangkap wanita tersebut.

Lebih mengejutkan Orang ramai mengoyak pakaiannya dan menulis "saya pencuri" dalam karakter cina dengan menggunakan marker di belakang badannya. Insiden memalukan itu berlaku di Kota Taizhou, timur China.

Satu sumber online mengatakan pencuri tersebut juga diseksa secara fizikal. Dia terpaksa mengikat dadanya dengan menggunakan kain buruk untuk mengelak dibogel.







Setelah puas menyeksa pencuri wanita itu, orang ramai memanggil polis untuk tindakan lanjut.

Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak terutama komen-komen dari pengguna internet seluruh dunia.

Seorang pengguna internet mengatakan hukuman seperti itu memang sesuatu yang biasa berlaku di Taizhou. Penduduk setempat sering menghukum dengan memalukan pencuri di khalayak umum dan melakukan kekerasan fizikal sebelum membuat laporan polis.

Insiden sama turut berlaku tahun lepas apabila seorang pencuri dilucutkan pakaian sehingga ke pinggang sebelum diarak di jalan. Perkataan 'pencuri' turut ditulis di badannya.

Kejadian seumpama ini menaikkan kemarahan ramai pengguna internet yang berpendapat kurangnya polisi dan hukuman yang tepat di Taizou merupakan penyebab kejadian berulang.

Manakala satu pihak lagi mengatakan hukuman yang tidak efektif dari pihak berkuasa dalam mencegah jenayah turut menyumbang kepada kejadian ini.

Adakah hukuman ini boleh dilakukan di negara malaysia untuk memberi kesedaran kepada pencuri pencuri di Malaysia ini dan dijadikan teladan kesan daripada mencuri?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Senarai Lagu